Monday, May 16, 2016

Holla!!

TBismillahirrahmanirrahim.
Setelah berbulan lamanya blog ni sepi..akhirnya hari ni Mami kembali berkarya. Rindunyaaaaa...
Alasan cliche..busy...huhuhu...
Whatever la kan. Janji hari ni I'm back!! 😊
Ok..memandangkan hari ni 16 May which is 1 Malaysia celebrate Teacher's Day hari ni. So, dikesempatan ini Mami nak ucapkan selamat hari guru & terima kasih banyak2 kpd:-
1) Cikgu Hanam yg pernah mengajar Mami masa Tadika dulu..(wpun hanya utk 3 bln je sbb lepas tu Mami dah tak tadika..😁)
2. Cikgu2 di SK Banggul Belimbing
3. Cikgu2 di SMK Dato' Ahmad, especially yg mengajar kelas RK(A) & Sc. Stream.
4. Cikgu2 di SMKA Kerian
5. Pensyarah di Matrikulasi UIA PJ & main campus Gombak, terutamanya di AIKOL
6. Master2 senior lawyer yang pernah mencurahkn Mami ilmu kepeguaman semasa menjalani Program Attachment & Latihan Dalam Kamar; and
7. Last but not least to all my fellow friends who become teacher now especially Ena, Ina, Deklah, Idah, Ijan, Ana, Cumi, Mus & ramai lagi..
Happy Teachers Day guys!!



shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, November 4, 2015

Adik Jantanku Sorang

Family sebelah Mami kaya dengan 'bunga'. Adik-beradik seibu sebapa seramai 5 orang, 4 daripadanya adalah bunga  dan hanya seekor saja kumbangnya. Tapi bila dicampur dengan seorang lagi adik-beradik seibu, maka jadilah 2 ekor kumbang. Haaa..mesti pening nak faham kan?? hahhaha..

In short gini aje.. Mami ada sorang abang, 3 orang adik pompuan & sorang adik lelaki. Tapi fokus Mami hari ni hanya nak cerita tentang Adik Jantan Mami yang sorang tu je..kikiki..Muqaddimah panjang sikit dehhh..Namanya Muhammad Amin.

Amin lahir pada 15/4/1988, kiranya pada tahun ni (2015) dia dah berusia 27 tahun la. Alhamdulillah, tahun ni Allah dah rancangkan dia akhirnya jadi suami orang (kawen le tu..) pada 30 Mei 2015 bersamaan dengan 12 Syaaban 1436H (Sabtu)






Jadi..








Haaaa..layan jelah gambo2 kawen si Amin ni. 

 Akad nikah..kelakor tok Qadhi ni..hilang gemuruh Amin..hihihi..

Berarak ke rumah pengantin pompuan

  
Dapat adik ipar baru..Nurhidayah namanya. Panggil Ida je..
 
Di pelaminan..macam merpati 2 sejoli..sama padan..

close up sikit..

Makan beradab
  
Bersama Mak, Abah & Opah..

Selamat datang Ida ke keluarga Anak Cucu Cicit Fatimah Sam.. 

Moga jodoh keduanya berkekalan hingga ke akhir hayat & bercinta selamanya hingga ke Jannatul Firdausi..aamin..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, September 28, 2015

Anak Cucu Hj Usop & Hjh Zaleha (Atok & Opah Haziq)


Kisah anak cucu Hj Usop & Hjh Zaleha @ keluarga sebelah Abi.
Saiznya sederhana je..Hj Usop & Hjh Zaleha dikurniakan 5 orang anak dan kesemuanya adalah lelaki.

Abi anak ke-4, dan daripada 5 orang itu, salah seorangnya (anak ke-3) telah pun dijemput Allah pada usia 25tahun kerana terlibat di dalam kemalangan maut di Langkawi lebih 10 tahun yang lalu..al-Fatihah utk almarhum Abang Yusri.

Daripada 4 beradik ini, lahirlah cucu-cucu sebanyak 7 orang dan bertambah menarik lagi kesemua cucu-cucu ini juga adalah lelaki!! 
Hebatnya genetik lelaki dalam keluarga Abi ni kan??
Harap-harap Mami dapatlah memecah rekod keturunan ini dengan melahirkan anak-anak perempuan pula lepas ni..insya Allah..amin..

Tapi daripada 7 orang tu, cucu yang sulung juga telah dijemput Ilahi (al-Fatihah utk almarhum Haikal) dan bagi menggantikan almarhum, abang Abi @ Pak Chor kemudiannya mengambil seorang anak asuhan (Muhammad) yang dihalalkan pertaliannya dengan pertalian susu ibu..Maka, jadilah kesemua cucu yang ada pada saat ini seramai 6 orang.

Bila kesemuanya berkumpul..haaaaaa....pandai-pandailah imagine sendiri keadaannya ye..hihihi..

 Gambar-gambar kat bawah ni sebagai bukti..

v
v
v

 Syamil (11), Mizan (8) dan Muhammad (6)

 Irfan (5) & Haziq (3)
Yang tengah-tengah tu kanak-kanak zaman purba ye..

Yang paling kecik, Ikhwan (di atas dukungan Atok)

Aksi-aksi mereka bila sesekali dapat berkumpul..6 orang tapi macam 20 orang..meriah sangat!!

Nampak macam semuanya sudah cukup lengkap.
Tapi sebenarnya masih ada seorang lagi yang juga pernah bersama kami semua suatu ketika dulu..
v
v
v

Arwah adik biras yang sentiasa segar di dalam ingatan Mami.
Isteri kepada adik bongsu Abi, Ibu kepada Irfan.
Pemergiannya pada usia 23 tahun, ketika Irfan baru saja menyambut harijadi yang pertama.
Alfatihah untuk almarhumah Nor Samsiah.

Semoga kebahagiaan kita semua sekeluarga akan sentiasa harum mewangi sehingga ke taman Firdausi..Amin ya Rabb.


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, September 23, 2015

Review~Mee Tarik Warisan Asli

Baru-baru ni Abang Ipar belanja kami sekeluarga bersama Mak Abah mertua makan di Restoren Mee Tarik Warisan Asli. Restoren ni menyajikan masakan asli masyarakat wilayah Xin Jiang China. 

 Mee yang dihidang di restoren ni adalah mee tradisi buatan tangan. Rasanya sangat sedap dan lain daripada mee kuning biasa yang kita beli di kedai. Bak kata Abi, makan mee gitu aje pun dah sedap!!


 
 Antara menu-menu pilihan yang boleh dicuba.

 
 Teh herba, Teh Ba Bao yang sangat menyegarkan. Jangan lupa cuba teh ni bila ke resetoren ni. Serius sedap!!

 Inilah Abang Ipar & ana punya biras yang bermurah hati belanja kitorang hari tu..Alhamdulillah..moga bertambah murah rezeki kalian..amin..

 Budak penggemar mee..percaya tak, budak kecik ni boleh habiskan semangkuk mee ni in one shot??  Adult  portion tu!! 
 Kepada yang berminat, nak try mee tarik yang asli ni, boleh la pergi ke sini

v
v
v
v


Address: 51, Jalan Tasik Utama 3, 57100 Kuala Lumpur, KUALA LUMPUR

shawqunnur.blogspot.com ®

Floria Putrajaya 2015

Bulan Jun lepas, Mak Abah datang KL ziarah anak-anak. Kebetulan time tu ada Floria kat Putrajaya. Dah bertahun kot tak jejak kaki ke Floria ni..so, amik peluang yang ada, di tengahari yang panas terik tu, kami berlima memulakan eksplorasi ki Floria Putrajaya..

Takmo celoteh panjang-panjang. Biar ajelah gambar berbicara. 









Gambar-gambar yang kat atas ni hanya sebahagian.. 
Memandangkan hari dah petang sangat dan kami belum lagi bersolat asar, ditambah pulak terpaksa mendukung Haziq yang dah lena, maka tak banyak lah tempat yang sempat kami ziarah..

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, September 22, 2015

Review hotel~Bukit Merah Lake Town Resort

Macam biasa, cerita lama baru nak update..huhuhu
Tarikh kejadian : 18-20 Mac 2015
Ad hoc family vacation katanya sebab ikut Abi pegi meeting..ngeeeee
Kami bermalam di bilik jenis Standard. Normal rate RM300/day siap dengan breakfast. Tapi since kami pergi berkumpulan..ramai..rasanya harga tu dapat lagi murah kot. Siap dapat pakej main air kat Water Theme Park lagi!!

 
(Gambar: credit to agoda)
Haa...ginilah bilik jenis Standard.. Ada 1 katil queen size & 1 katil single tapi ada extra drawer bed. So, utk family yang ada anak 3-4 orang tu pun masih selesa utk stay kat sini.

Kami bertiga je..so, bilik ni sangat luas utk kami.

Ada dining table..boleh la nak duduk relax2 sambil minum kopi..

 Bilik ni tak sediakan lemari baju, so gunakan lah perabot yang ada mengikut kreativiti anda ye..
Wall detached box tu hanya utk barang-barang peribadi & baju bajan Haziq je..

 TV pon jenis oldies je..tapi ok sebab gambar clear. Tak ye pun, datang bercuti bukan nak tengok TV je...kalo tak, baik duduk kat rumah kan???

 Haa...ni ala2 open wardrobe..kat bahagian atas ada letak 1 rod utk ampai towel & baju bajan. Kat bawah ada 1 pangkin & laundry basket utk simpan baju kotor.

 Next to open wardobe, ada mini pantry, share dengan sink sebab dalam bilik air dah takde sink ni.


 Bilik air comel je..takde bath tub bagai. Ko nak berenang bagai sila pegi ke water theme park..muahahahahha..


 Bilik air, mini pantry & open wardrobe ni disembunyikan dengan langsir yang labuh ni..menarik gak kan??

 Anak bujang Mami yang so excited setiap kali cakap nak pegi hotel..seronok sangat gayanye!! Untunglah...bebudak sekarang ni, kecik2 lagi dah merasa tido hotel..Makpak dia dulu2 masa kecik haram tak tau pekebendanya 'hotel' tu..huhuhu..

shawqunnur.blogspot.com ®