Monday, July 18, 2011

diabetes semasa hamil (part 3)

Pemeriksaan ultrasound sangat penting untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu mengandung yang menghidap GDM lebih berisiko untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Kemungkinan besar juga akan menyebabkan kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Ramai orang menganggap GDM bermakna bayi yang akan dilahirkan mestilah dengan secara pembedahan. Pendapat ini sebenarnya langsung tidak tepat. GDM itu sendiri bukanlah secara automatik bermaksud kelahiran mestilah tidak dapat dilakukan melainkan secara pembedahan Caesarean. Oleh itu, harus diingat bahawa seseorang pesakit GDM masih boleh melahirkan secara normal, melainkan jika keadaan langsung tidak mengizinkan, barulah pembedahan Caesarean dilakukan.

Cara merawat GDM sebagai langkah awal ialah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah melalui diet dan bersenam secara sederhana. Diet seimbang yang berkhasiat penting untuk mengekalkan kesihatan ibu & bayi. Namum, bagi ibu2 yang disahkan menghadapi GDM, kadar pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah harus diberi lebih perhatian. Contoh2 pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah ialah:-
  • Elakkan pengambilan gula ringkas. Contohnya gula2,kek, aiskrim dll
  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran ubi, dan makanan berkanji).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dll).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dll).
Di samping mengawal pemakanan, wanita mengandung yang menghidap GDM juga perlu menitik beratkan aspek senaman bagi mengawal keseimbangan tolerens gula dalam darah. Secara asasnya bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini amat baik bagi memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Aktiviti seperti berenang, berbasikal dan berjoging merupakan contoh senaman yang baik dilakukan semasa mengandung. Berjalan-jalan juga langkah permulaan yang bagus untuk wanita yang baru memulakan aktiviti bersenam semasa hamil. Senaman secara konsisten selama 4-5 kali setiap minggu sangat membantu untuk merendahkan paras gula dalam darah. Walaubagaimana pun, sebagai langkah berhati-hati, wanita mengandung tidak boleh terlalu memaksa badan melakukan aktiviti yang boleh merbahayakan diri dan kandungan. Wanita mengandung juga digalakkan untuk minum banyak air sebelum dan selepas bersenam untuk mengelakkan dehidrasi. Kadar denyutan jantung juga perlu diawasi. Pastikan kadar denyutan jantung tidak melebihi 140/min semasa bersukan atau bersenam. Sekiranya denyutan jantung lebih daripada kadar ini, janin akan menghadapi kekurangan oksigen dan keadaan ini amat merbahaya.

Sekiranya amalan diet dan senaman masih lagi tidak dapat membantu untuk mengawal paras gula dalam darah, terapi insulin adalah jalan yang terakhir. Pesakit akan diajar teknik suntikan insulin. Kawasan suntikan yang biasa ialah pada bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas sahaja.

Selain daripada ujian darah, ibu mengandung juga dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan kehadiran keton, iaitu hasil sampingan dari penguraian lemak yang boleh dijumpai di dalam darah dan air kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam diet. Walaupin tiada kayu ukuran sebenar jumlah keton yang boleh mengancam janin, namun keton yang banyak akan disertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam janin.

Sebaik sahaja seseorang wanita mengandung itu disahkan menghidap GDM, maka pemeriksaan antenatal perlulah dijalani dengan lebih kerap, iaitu setiap 2 minggu sehingga kehamilan berusia 32 minggu dan selepas itu pemeriksaan setiap minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran janin. Profil gula di dalam darah (BSP) akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberkesanan pengawalan diabetes.

shawqunnur.blogspot.com ®

Sunday, July 17, 2011

Perubahan Kulit Semasa Mengandung

1. "Seri Wanita Mengandung"

Walaupun ini hanya satu istilah yang merujuk kepada betapa comel dan bahagianya wanita itu saat mengandung, namun, istilah ini sebenarnya mempunyai asas biologi. Jumlah peningkatan darah di bawah permukaan kulit menyebabkan pipi menjadi kemerah-merahan dan menarik. Selain itu juga, peningkatan rembesan kelenjar minyak kulit memberikan suatu kemilau berkilat. Wajah kemerahan pada kebanyakan wanita hamil sebenarnya sama seperti wanita-wanita lain yang tidak hamil apabila mereka gembira, menangis, atau berbuat sesuatu yang akan meningkatkan kadar degupan jantung mereka.

2. “Topeng kehamilan”

Kadang-kadang semasa kehamilan trimester ke-2, tompok-tompok kecoklatan atau kekuningan yang dipanggil chloasma (juga dikenali sebagai topeng kehamilan) boleh muncul di mana-mana bahagian di muka. (lazimnya di dahi, pipi tinggi, hidung, dan dagu). Hormon kehamilan estrogen dan progesteron merangsang sel melanin dalam kulit untuk menghasilkan lebih pigmen. Oleh kerana sel-sel ini tidak menghasilkan pigmen tambahan secara seragam, kulit muka wanita hamil lebih mudah menjadi bertompok gelap. Chloasma tidak dapat dielakkan, tetapi ianya boleh dikurangkan dengan mengehadkan pendedahan kepada cahaya matahari yang akan terus merangsang pengeluaran melanin.

3. Jerawat.

Walaupun jerawat yang tumbuh semasa mengandung tidaklah seteruk seperti yang dialami semasa remaja. Malah, kesan parut jerawat juga akan hilang sejurus selepas bersalin. Elakkan skrub kasar atau exfoliants (penggelupas) kerana kulit wanita mengandung terlalu sensitif. Skrub muka berasaskan oatmeal dapat membantu masalah jerawat ini. Walaubagaimanapun, ubat anti-jerawat seperti Accutane dan Retin-A tidak boleh digunakan ketika mengandung.

4. Linea nigra.

Kebanyakan wanita biasanya mempunyai garisan menegak yang sedia terbentuk di bawah pusat hingga ke tulang kemaluan. Akan tetapi, ianya hampir tidak kelihatan sebelum mengandung. Seawal kehamilan pada trimester pertama, garisan ini akan beransur menjadi sedikit gelap dan berubah menjadi linea nigra. Warna Linea nigra ini akan semakin pekat dan memanjang sepanjang kehamilan, tetapi akan kembali pudar dan hilang beberapa bulan selepas bersalin.

5. Kawasan yang gelap menjadi lebih gelap.

Tahi lalat sedikit dan freckles yang wujud sebelum kehamilan kini boleh menjadi lebih besar, dan bintik coklat atau tanda lahir menjadi lebih kecoklatan. Tahi lalat baru juga mungkin muncul. Kawasan areola dan puting buah dada anda akan menjadi lebih gelap, namun ianya akan kembali ke warna asal mereka selepas mengandung.

6. Tapak tangan dan tapak kaki kemerahan.

Seawal bulan kedua kehamilan, bahagian tapak tangan dan tapak kaki wanita hamil cenderung untuk mengalami kegatalan sehingga menyebabkan sedikit kemerahan @ dikenali sebagai "erythema".

7. Urat jaringan labah-labah.

Dengan pertambahan isipadu darah, kapilari darah di bawah permukaan kulit menjadi halus, berlekuk-lekuk merah atau ungu dan ini membentuk seakan-akan jaringan labah-labah pada kulit. 

8. Tags kulit.

Sesetengah wanita mengandung menghadapi masalah pertumbuhan polip kecil yang dikenali sebagai tags kulit di kawasan-kawasan di mana berlakunya geseran pada kulit. Biasanya tags kulit ini boleh didapati di bawah lengan, antara lipatan leher, atau di bawah garisan coli. Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan hiperaktif lapisan kulit. Namun ianya akan hilang setelah melahirkan.

9. Ruam panas.

Mungkin ruam panas lebih sinonim kepada bayi. Tetapi, bagi sesetengah wanita hamil keadaan ini juga mungkin akan berlaku. Puncanya ialah perubahan suhu badan yang sedikit meningkat semasa mengandung akan menyebabkan wanita mengandung kerap berpeluh.
10. Gatal.

Beberapa kawasan kulit wanita hamil mungkin menjadi gatal kerana ia kering dan tidak stabil. Tempat-tempat biasa yang sering menjadi keluhan wanita hamil ialah di sekitar abdomen, punggung, paha termasuk di sekitar payudara.

shawqunnur.blogspot.com ®

diabetes semasa hamil (part 2)

Sambungan daripada entri yg lepas, hari ni mami nak post sikit citer tentang Diabetes Melitus yg mami amik dari salindah.com. So, secara umumnya, Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan Diabetes Melitus.

Bagaimana yang dikatakan Dabetes Mellitus semasa mengandung (GDM) dan apa perbezaan di antara GDM dengan diabetes yang lain?

Melalui pemahaman mami, dalam keadaan biasa (x mengandung) diabetes dikelaskan kepada 2 jenis. 
  1. Diabetes Mellitus bersandarkan insulin (IDDM) - insulin yang dihasilkan di dalam pankreas tidak cukup atau takde langsung.
  2. Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin (NIDDM) - reseptor insulin x sensitif & biasanya terjadi pada org2 yg gemuk.
Utk kes GDM pulak, Diabetes semasa mengandung ni terjadi kerana gangguan hormon a.k.a rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Kes biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Tetapi pesakit GDM lebih berisiko untuk mendapat Diabetes kemudiannya.

Sebenarnya semua perempuan yg mengandung sangat berisiko mengalami GDM. Lebih2 lagi jika seseorang itu sudah mengalami Diabetes Melitus sebelum mengandung lagi. Banyak faktor-faktor yang akan meningkatkan risiko GDM, di antaranya:-
  • Sejarah keluarga menghidapi diabetes (Faktor genetik)
  • Wanita berumur (>35 tahun). (Faktor usia)
  • Wanita dengan indeks jisim badan >30. (Faktor berat badan)
  • Pernah mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil, cth: hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran. (Faktor kehamilan terdahulu)
  • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar, lahir mati @ stillbirth, atau bayi yang dilahirkan cacat.
  • Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit.
Apakah pulak tanda2 wanita yg menghadapi GDM? 
Menurut salindah.com, biasanya penyakit ini terjadi tanpa menunjukkan sebarang tanda.Tetapi berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan sebelum ini, wanita mengandung biasanya akan dicadangkan untuk melakukan ujian saringan glukosa a.k.a ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai (MOGTT) a.k.a kena minum air gula. Caranya ialah dengan berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sehingga sampel darah diambil keesokkan harinya. Selepas itu, air gula(75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air) diminum dan selepas 2 jam kemudian sampel darah diambil lagi untuk mengukur paras gula dalam darah selepas minum air gula.

Dalam keadaan berpuasa, kadar kandungan gula dalam darah bagi kadar yang yang normal adalah <6 mmol/l, manakala jika berlaku tolerans glukosa yang terganggu, bacaan gula dalam darah adalah di antara 6-8 mmol/L dan bagi pesakit diabetes, bacaan paras gula akan lebih tinggi, iaitu >8 mmol/L.

Manakala selepas 2 jam glukosa diambil, bacaan kadar gula dalam keadaan yang normal pula mestilah 8 mmol/L; sekiranya dalam kes tolerans glukosa yang terganggu, bacaan kadar gula pula akan sedikit meningkat di antara 8-11 mmol/L dan bagi pesakit diabetes, bacaan gula dalam darah dapat diukur sekiranya ianya >11 mmol/L.

Kenapa GDM sangat merbahaya dan apa kesannya kepada bayi? 
Jawapannya mudah saja. Sekiranya paras gula dalam darah tidak terkawal sehingga berlebihan, ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Kesannya, bayi akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi lebih besar (makrosomia). Secara umumnya, bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika proses kelahiran dan seterusnya akan meningkatkan risiko untuk melahirkan secara pembedahan Caesarean. Selain daripada itu juga, bayi2 yang lahir daripada ibu2 yang menghadapi GDM akan lebih berisiko untuk berhadapan dengan masalah hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi itu dilahirkan. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Dengan saiz badan yang lebih besar juga, bayi tersebut juga akan kemudiannya cenderung menjadi obes dan setelah meningkat dewasa, mereka akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).
                                                                                                                                 .....bersambung.....

shawqunnur.blogspot.com ®

My pregnancy: 15 weeks

Alhamdulillah...dah masuk minggu ke15 preggy. So far mami dah dapat rase gerakan2 baby..tak sangka begitu cepat mami dh bleh rasenye..memang satu pengalaman yang mami xkan boleh lupekan sampai bila2. heaven sgt!!!! mula2 rasa cam de jentik2 dalam perut mami. mami terkejut!! ape tu?? bile tanye pade kakak opis mami yg dh berpengalaman, die senyum je..die cakap, "tu la baby gerak". Hah??? mami confuse..mami bace dlm buku, rata2 kehamilan yg pertama akn start rase baby gerak masuk minggu ke 18..tp mami???  lepas mami search kat tenet, memang betul, fakta tu..tp bagi sesetengan wanita yg salu observe diri (cam mami ni.heheheheh...) @ bagi yg dah pernah preggy, gerakan pertama baby dapat dirasa seawal minggu ke 15...wahhhhhh.....!!!
citer pulak pasal baby cayang mami, sekarang ni baby mami dah makin membesar.Berat baby sekarang lebih kurang 2.5 auns @ 70 gm. Panjang pulak (dari kepala ke bontot) hampir 4 inci @ 11cm. Kaki baby lebih panjang dari lengan, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan anggota boleh bergerak. Alhamdulillah...moge anak mami terus membesar dengan sihat. Insya Allah.. 

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, July 15, 2011

Diabetes semasa hamil (Part 1)

Sebenarnya dah lame entry ni aku simpan dek kemalasan yg melampau. Hari ni tetibe lak aku rase bersemangat nak share ngan reader sume pasal diabetes @ kencing manis ni. Actually aku baru je disahkan kena diabetes..hhuhuhuhu..Awal2nya memang macam tak dapat nak terima kenyataan. Rasa cam malang sangat. Tapi pikir2 balik, ni sume ujian Allah..aku redho..ade hikmah disebaliknya..itu yg pasti.

So, bile dah kena mark kencing manis, makanya aku sekarang jadi pengunjung setia klinik..tiap2 minggu kena cek BSP (Blood Sugar Profile), esoknya jumpa pulak ngan doctor untuk review result. Tapi aku lebih bernasib baik xperlu pegi buat BSP kat klinik sebab kebetulan mak mertua aku ade bende alah nak cek gula tu..so, aku pon pinjam aje la..

Berbalik pasal BSP, dalam sehari aku kena buat 4x test. Sekali selepas 8jm posa malam, pastu 2 jam lepas breakfast, 2 jam lepas lunch and lastly 2 jam lepas dinner..

Kat bawah ni aku ade copy paste dari salindah.com, guideline paras glukosa yang aku mesti selalu aware.

Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)

                             Puasa          2 jam selepas glukosa diambil
Normal                           <6                            <8
Tolerans glukosa            6-8                             8-11
yang terganggu  
Diabetes                        >8                         >11

......bersambung.......

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, July 6, 2011

My pregnancy: 14 weeks

Biasanya panjang baby pada minggu ke-13 adalah sekitar 3 1/2 inci @ 9 cm, dan beratnya 1 1/2 auns @ 43 gm. (sebesar sebiji lemon). Badan baby sedang membesar dengan lebih cepat berbanding kepalanya. Kulit baby pula dilutupi dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Baby kini boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Malah, boleh juga menghisap jarinya.
shawqunnur.blogspot.com ®

my pregnancy: 13 week

Penyakit malas sedang melanda..ekceli dh masuk 14minggu baru nk update cite yg 13 minggu..huhuhuhu..ape2 pon, ni aku copy paste sejibik2 dari baby center Check it out!!!

How your baby's growing:

Fingerprints have formed on your baby's tiny fingertips, her veins and organs are clearly visible through her still-thin skin, and her body is starting to catch up with her head — which makes up just a third of her body size now. If you're having a girl, she now has more than 2 million eggs in her ovaries. Your baby is almost 3 inches long (the size of a medium shrimp) and weighs nearly an ounce.
Makin beso anak Mami ni...

How your life's changing:

This is the last week of your first trimester, and your risk of miscarriage is now much lower than earlier in pregnancy. Next week marks the beginning of your second trimester, a time of relative comfort for many women who see early pregnancy symptoms such as morning sickness and fatigue subside. More good news: Many couples also notice a distinct libido lift around this time. Birth is still months away, but your breasts may have already started making colostrum, the nutrient-rich fluid that feeds your baby for the first few days after birth, before your milk starts to flow.
Emmm...mmg pon, letih2 dah start hilang, cume tahap kemalasan je yg masih x ubah2..adoii...!!! Breast mmg sensitip lg + gatal2..dah buh losyen pon same je..kate org sbb nk membesar lagi !!!  

shawqunnur.blogspot.com ®