Monday, October 24, 2011

Alhamdulillah..bertambah lagi ummat Muhammad

Dah berhari2 blog ni terbiar berhabuk. Bukan apa, kekangan masa yg menyebabkan mami terpaksa membiarkan blog mami ni tak ter'update'..ceh...lagi2 alasan..hihihihi..

Memandangkan esok cuti, jadi mami rasa xsalah sesekali tido lambat sebab nk update blog.

Mami taknak melalut dok crite yg bukan2, back to the topic, actually mami sebenarnye nk berkongsi rasa hepi sebab pada 7.10.2011 yg lalu mami dh dapat anak buah baru..anak buah ke-7..Alhamdulillah..syukur sangat!! Mami tumpang bahagia.




Nak tengok tak baby baru???













scroll down.......













tadaaaa......











hi...name saye BALQIS BATRISYIA BINTI YUNUS...


comel kan??? my new niece....hihihihi..pasni xsabo nk tatap bby mami lak..wallla...

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, October 11, 2011

my pregnancy: 27week

pejam celik pejam celik, sedar tak sedar sekarang mami dah pun hampir sampai ke penghujung trimester. Banyak perkara yang terjadi pada mami semenjak preggy 27minggu ni. Di antaranya cramp kaki yg sgt menyakitkan, sakit bontot, semput2 (especially bile mami mengaji), gatal2 kt perot sbb perut mami dh makin menegang, kaki membengkak kalo lama2 sgt berjalan @ bdiri..etc ape2 pon mami syukur sgt sbb Allah dh makbulkan impian mami untuk merasai sendiri pengalaman mengandung, melahirkan & insya allah untuk membesarkan anak mami ni..

Jom kite tgk ape yg dh jadi pd anak mami si tecit tonet ni plak...jom!!
Baby mami yg semakin aktif ni dh pon seberat 875g @ 2pound (tp masa mami scan baru2 ni, baby mami dh pon seberat 1.02kg..mak aih....semangat betul anak mami ni..hehheheh..) dgn ketinggian mencecah 36.6cm @ 14.5inci. Yang paling best, bermula minggu ini baby mami dh pandai membuka & menutup mata.. (mami nampak sendiri masa scan haritu anak mami dh bukak mata...hhehheh..sonoknye..) Baby time ni pon dh ada jadual tidur & berjaga yg teratur..Cam anak mami ni, mami dh dapat faham pola tidur & jaganya sbb mami dh start buat kick chart skg..besenya anak mami akan bangun awal..sblm subuh lg dh bangun & mula buat aksi dlm perot mami..(hehheehe..nk kejutkan mami agaknya, suh solat subuh...bagus anak mami ni...hehheheh..) lps pukul 8 baby akn tido balik & dekat2 nk kul 9 tu baby bangun sampai kul 10. pastu tenang jap, kul 11 baby kick lg smpai tengahari. kul 1 pas mami lunch, baby beraksi lg...penat menyepak menyiku, baby rehat...camtu la hari2....hehehheheh.. Ade 1 lg perkara yg baby akan buat pada minggu ni. Baby mungkin dah pandai menghisap jari...alolololo...comeynye...!!! (yg ni mami xpenah experience lg sbb mase scan haritu, x nmpk la bby hisap jari..)

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, October 3, 2011

my pregnancy: 25-26 weeks

25 minggu
Daripada kepala ke kaki, baby mami sekarang dianggarkan berukuran 13½ inci @ 34cm. Berat pulak lebih kurang 1½ paun @ 680gm. Baby sekarang dah mula mengumpul lemak dan mula ditumbuhi rambut. Yang paling best, baby dah start to look more and more like a newborn. Walla…..mami x sabo nk nengok rupe paras anak mami ni. Camne la ye rupenye nanti???? Mcm mami ke, macam abi??? Hehheheh..ape2 pon yg penting cayang mami ni zuriat dari mami & abi..alhamdulillah…
Bercerita pulak tntang perubahan yg mami lalui setakat ni. Of cos la perot mami dh semakin memboyot. Pergerakan mami pon dh jadi agak payah..hehhhe.. rase mcm x cukup nafas pon ade.pendek kate, mami skg ni mmg dh nmpk terlalu obvious sedang preggy..hehhehehe…
26 minggu
Bila dah mencecah 26minggu, nerves system pada telinga baby sudah pon tumbuh dgn baik dan sensitivitinya bertambah berbanding sebelum2 ini. Baby dh mula boleh mendengar suara mami & abi kalo mami & abi berborak2. (sbb tu la kalo bleh mami & abi xnk bcakap benda2 yg xde faedah sbb baby dh start mendengar & blaja dari sekarang lagi) Baby terus prektis bernafas walaupun bukan udara yg disedutnya lagi. Lemak semakin hari semakin menebal. Baby sekarang seberat 725gm dgn ketinggian 14 inci @ 35.5cm.
Perubahan mami pulak, x byk bezanya dari minggu lepas. Cuma apa yg mami perhatikan , pada minggu ini baby mami yg sgt aktif bergerak smpai perot mami nmpak berombak2 setiap kali baby bergerak @ berpusing. Best sgt!!!!! Memang akan menjadi momen terindah dalam hidup mami yg akan mami kenangkan sampai bila2. Seronok sgt bila berpeluang mengandung ni…Alhamdulillah..syukur sgt pada Allah..

shawqunnur.blogspot.com ®

Sunday, October 2, 2011

PETUA DAN TEKNIK MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN SECARA NORMAL

Bila dah mula menghampiri fasa2 terakhir aka trimester ke3 ni, perkara yg selalu bermain diminda mami adalah tentang proses bersalin. Di tambah lagi dgn adik mami yg skg ni dok kuar masuk wad sbb dh mula turun tanda2 nk bersalin (hihihi...adik mami yg kawen thn lepas tu sebenarnya tgh menunggu hari) menjadika mami mula tertanya2 tentang tanda2 nak bersalin yg mana satukah yg mami akn hadapi nanti sebab lain org lain karenahnya. macam adik mami tu, dah mula kuar tanda lendir + darah sejak 5 hari yg lalu tp sampai saat ni still x bersalin lagi. kwn mami kat opis lak penah bercerita yg dia kalo nak brsalin x pernah keluar tanda. yang pasti pada hari checkup kat klinik, masa doc check, tgk2 dh terbuka 2cm.. sorg lg kawan mami cakap die kalo nk bersalin x pernah keluar darah @ apa2 tanda, jz sakit macam senggugut tu je.. macam2 pengalaman org kan?? semuanya unik2 belaka. Mami nanti tah camna la nasibnya. Harap2 dipermudahkan lah segala2nya...amin...

disebabkan mami budak baru belajar (ceh, budak lagi ke???? huhuhuhu..) kat bwh ni antara petua yg mami dapat dari 1 blog dan 1 website yang mami rase bagus sgt utk mami share ngan raeder sume. so....melalui pemahaman mami, ada beberapa petua yg setiap preggy moms perlu ambik tau dlm proses nk bersalin ni bagi memudahkan proses kelahiran.
  1. Senaman Pernafasan- ada 3 stage yg kena slalu prektis starting from now.
  • Early labour breathing (mula rase sakit/ start contraction): Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung
  • Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit): Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.
  • Second stage breathing: Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
  1. Senaman kegel (kemut)- baik untuk peregangan otot alat sulit
  2. baca surah Maryam - utk memudahkan bersalin dengan izin allah.
  3. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk - utk mengelakkan mommy2 jadi lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran.
  4. Makan secukupnya - sbb proses bersalin memerlukan jumlah tenaga yg banyak. Kalo makan sikit @ mommy x kenyang, mami akan cpt lesu & x kuat nk meneran nanti. Makanan yg paling baik pada saat2 nk bersalin adalah kurma.2. Senaman Kegel (Kemut)- bagus untuk memudahkan peregangan otot alat sulit semasa bersalin nanti.
Bila dah start contraction @ pintu rahim dh mulka terbuka 2cm, mommy2 mestilah:-
  1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing” aka bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung.
  2. Minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca al-fatihah dan berdoa "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”
  3. Sapu minyak selusuh (kalo ade la..) pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang sambil berselawat.
  4. Minum, sikit (sesudu) minyak selusuh tu dgn sambil berselawat dan berdoa.. ",Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..” 
  5. Jangan terlau fokus pada rasa sakit, maknanya kene selalu ingat allah sbb bersalin ni mcm pertarungan nyawa gak..
  6. Bila contaraction makin kerap, bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.
  7. Banyakan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”
masa nak meneran:-
  1. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. bila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.
  2. Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung utk mengelakkan koyakan yg teruk) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat.
  3. teran tanpa mengeluarkan suara.
shawqunnur.blogspot.com ®

























Monday, September 26, 2011

Majlis Hari Raya Aidilfitri PATEL kali ke13

sebahagian warga PATEL (perempuan)
Alhamdulillah..pada 16.9.2011 (Jumaat) bersamaan dgn 18 Syawal 1432H & bersempena dgn cuti hari Malaysia & sambutan hari kemerdekaan yg ke54, majlis yg menjadi tumpuan seluruh keluarga PATEL akhirnya berjaya dilaksanakan jugak. Lebih bermakna tahun ini diadakan di rumah mami & abi & lagi bertambah bermakna kami adalah cucu pertama yg membuka tirai penggiliran tuan rumah bagi perhimpunan keluarga besar ini mewakili susur galur generasi ke3 kerana penggiliran generasi ke2 telah pon tamat pada tahun lepas dengan ayah chik aziz & makcik nor menjadi tuan rumahnya.

Seperti yang dirancang, majlis bermula dengan solat isyak secara berjamaah, bacaan yasin dan doa selamat. Kemudian, pihak pengacara majlis, Paksu memulakan majlis dan diikuti dengan ucapan alua2an pengerusi PATEL a.k.a Abah kesayangan serta ucapan dari Tuan Rumah a.k.a abi. Selepas itu perbentangan mengenai isu2 berbangkit mengenai PATEL yg memerlukan perhatian semua pihak. Selesai agenda berucap, barulah acara mengisi perut bermula.

Warga PATEL muslimin
Mami & abi selaku tuan rumah pada kali ini diberi mandat untuk menyediakan juadah utama & juadah sampingan akan disumbangkan oleh ahli2 PATEL yg lain. Makanya, mami & abi pon bermuafakat untuk menyediakan Nasi Ayam pada hari tersebut. Alhamdulillah..biarpon mami dalam keadaan terboyot2., juadah tetap berjaya disiapkan...hehehhe.. Mami terasa macam Supermak la pulak sebab mampu lakukan semua tu biarpon sebenarnya mami kurang kudrat.hehheheheh.... Terima kasih kepada ayah bonda mertua mami yg dari pagi lagi tampil membantu, ipar duai mami, Syam & Rafi yg menyelamatkan keadaan pada petangnya dan yg paling penting, suami kesayangan mami yg x kering tangan membantu mami dari awal sampai habis program di samping ahli2 keluarga yg lain yg turut bekerjasama membantu mami.
 
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, September 19, 2011

my pregnancy: 20-24 weeks

Fuh...skali update terus utk 4 minggu punya...hehehhe...ni bukan kes ape...bile virus M melanda..camni la jadinye..ekekkkkeekkekek.....K la...takmo bebel panjang2..lets go to our main point..
Minggu 20
Minggu ke20..cayang mami punya berat badan anggaran dlm 10½ auns @ 298g. Panjang pulak dari kepala ke bontot kira2 6½ inci @ 16.5cm..wallaaaaa...dah beso cyg mami ni kan??? heheheh...mami suke sgt.. Masa ni gak baby mami dok prektis menelan which is bagus utk baby's digestive system. Baby time ni gak ade produce meconium a.k.a najis yg hitam melekit tu la..biasenye pas je lahir, baby akn buang air besar & kuarkan najis ni. Dlm bahasa kasarnye , taik pertama dia la…hehehheh..
Minggu 21
Minggu ke21, baby membesar lagi lbh kurang ¾ pound @ 340gm..ketinggian pulak dh mencecah 10½ inci @ 26cm.. Wow!!!....memang dh besar kan??? Alhamdulillah… Time ni baby memang dh gerak.Cuma mungkin belum begitu aktif sangat. Minggu2 akan dating, confirm mami akan rase gerakan yg lebih hebat lagi..hehhehe…bersedialah mami ngan sepakan2 anak mami yg aktif ni… Lain2 perkembangan, baby skg dah ade bulu mata & kening..cewahhhh…kalo baby ni baby gegurl, time ni gak alat kelaminnya akn semakin tumbuh dgn baik. Emmm…baby mami ni boy ke girl ek???? Ape2 ajela….yg penting baby mami sehat & sempurna fizikal & mental...
Minggu 22
Pd minggu ke22, semestinya baby akan terus membesar. Now, baby dah setinggi 11 inci @ 28cm dgn berat anggaran dlm 450gm. Baby skg ala2 miniature newborn je..hehehhhe..cute sgt… Tingat lak mami kat miniature baby marzipan..hehehhe..tp baby mami xde la sebesar tu kan…..Skg gak bibir, kelopak mata & kening baby dah more distinct. Tunas gigi pon dah terbentuk. Mata baby jugak dah terbentuk, cuma bahagian iris je yg masih x cukup kaler..heheheh..badan baby dh dipenuhi lanugo. Dlm perut baby, ada pancreas..organ ni pon dah terbentuk dgn jayanya…. Alhamdulillah..
Minggu 23
Minggu ke23, ramai pakar tentang perkembangan kanak2 mencadangkan 1 cara pendidikan semasa alam rahim. So, mami pon xnk ketinggalan utk mengajar baby mami sesuatu sblm dia lahir. Makanya, mami pada minggu ni dah kerap memperdengarkan anak mami lagu2 nasyid, zikir & ayat2 alquran.. memang pengalaman yg menakjubkan!! Baby cyg mami ni sentiasa respon dgn ape yg mami perdengarkan utknya.. Ya Allah…..mami rasa beruntung sgt dpt peluang mengandung & membawa 1 lg nyawa dlm perut ni!!!.. Alhamdulillah…
Bercerita tentang perkembangan baby, now baby for sure dah semakin besar. Minggu ni mami pegi scan, tgk ank mami sgt aktif. Bergerak, berpusing, menendang2…oh…sweet sgt!! Berat baby mami mase scan hari tu dah 480gm..wow!!! dah hampir ½ kg tu…..mami tanye kat Dr., “ni berat baby sy ni normal x?”..Dr. tu ckp masih ;lagi dlm range yg normal.. Alhamdulillah…Perkembangan lain, pembuluh darah dalam paru2 baby jugak dah berkembang dgn giatnya bagi menyediakan baby untuk bernafas.
Minggu 24  

Minggu ke24… Baby terus membesar dgn berat yg semakin bertambah kira2 4auns lagi berbanding minggu lps. So, berat baby skg anggaran 590gm. Panjang baby jugak dh 12 inci @ 30cm. otak sedang berkembang dengan pesat, tunas2 rasa masih lagi terus berkembang,paru2 terus bertunas membentuk ‘cabang2’..ceh, mai terbayangkan cauliflower lak…hehehheh.. Kulit baby masih lagi nipis dan transparen, tapi ianya akan terus berubah x lama lagi. Seperti yang disebut pada minggu lepas, memang betul, minggu ni mami dpat rasekan gerakan baby mami semakin kuat & bertenaga. Fuh!!!! Baby mami ni memang super aktif!! Hampir setiap masa mami akan terasa sepakan2 & putaran2 baby yg adakalanya akan membuatkan mami termengaduh sikit sbb rase ngilu + geli sikit dek sepakan penalty anak mami yg sgt la aktif ni…agaknye tgh prektis nk main bola kot???? Hehhhhe…….Alhamdulillah..

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, September 15, 2011

Aidilfitri 2011

Alhamdulillah..tahun ni kali ke3 mami beraya sebagai isteri & insya allah raya terakhir mami berdua je dgn abi sbb thn depan mami akan beraya ber3 pulak bersama cayang mami yg stil dlm perot mami ni...alhamdulillah..

Bercerita tentang raya, tahun ni mami beraya dgn suasana yg serba baru. Alhamdulillah, raya pertama di rumah baru, jiran2 baru & yg plg best, beraya dgn penampilan yg baru a.k.a beraya dgn perot memboyot..hhehheheh...Sronok sgt rasenye berpeluang mengandung time2 raya ni. Pegi mana2 jadi tumpuan org..terutamanya bab2 makan. sebut aje nak, seboleh2nye org akn bagi...hehehhe..syokkkk...(jgn jeles ye..)

Raye tahun ni, mami bersederhana je. Baju2 pon beli yg simple2 je. Yg penting harga mesti berpatutan & x lari bajet..hehehhe..Yela..lps raya mami nk shopping sakan lagi. Nak beli brg2 nk sambut "org baru" pulak. So, xbleh la nk blanje raya suka2 hati je cm thn2 lepas...kena la berjimat2 & lebih berhemat...

Raya thn ni gak raya yg bermakna bagi mami. Raya thn ni mami mcm dh x sabar2 nak beraya. rasa seronok sgt nk pegi ziarah kaum kerabat & kwn2 kalo nk dibandingkan dgn raya 2 tahun lepas. Puncanya....heheheh....mstila sbb tahun ni mami beraya sebagai seorang bakal ibu. Kalo dulu, mami rase cuak sgt nk beraya sbb bimbang ditanya "soklan2 cepumas" yg akan menyebabkan mami bersedih sepanjang hari, tapi raya kali ni alhamdulillah...

Syukur pada Allah di atas semua kurniaannya..

shawqunnur.blogspot.com ®