Friday, November 18, 2011

kedai buku

Semalam (17.11.2011) lepas setel urusan checkup Mami kat klinik, Mami & Abi pon meneruskan agenda 'cuti' kami. Dgn alasan nak cuci kete & nak cari sandalAbi, smbil bjalan2..maka kami pon sepakat nak pegi ke Shah Alam. Mula2 ingat nak lepak kat Plaza Alam Central, tp last minit tukar fikiran nk pegi Tesco Extra kat Sek.13 tu je sebabnye kat situ ade dua2 benda yg kami nk.. (ade car wash Cuci-Cuci bleh trus basuh kete, ade kedai Boss, bleh cari sandal Abi kat situ...)

Setel bab2 nak basuh kete, kami pon terus masuk ke dlm Tesco. Dah lame betul Mami & Abi tak pegi Tesco tu..dah banyak berubah rupe2nye. Dah ade kedai buku yang besar kat sebelah kedai Tewah.. Waaahhhh!!!! Mami & Abi teruja betul! Terus masuk dalam kedai buku tu. 

Mami terus pegi kat tempat display magazine. Nampak magazine kesukaan Mami, terus 'tangkap' satu.
Feberet magazine Mami...
Lepas tu Mami & Abi ronda lagi dalam kedai buku. Mami nampak pulak buku2 ni

Mami pon buat le 'muka kesian' kat Abi, mintak sumbangan amal jariah belikan buku-buku ni kat Mami.Yes!!! Mami berjaya!! Abi setuju 'belanja' Mami belikan buku-buku ni..Alhamdulillah...Terima kasih, Sayang..hehheheheheh...


Pastu Mami pegi plak kat rak buku2 Alaf21. Mami jumpa plak buku ni


 Waaaaa....buku Abang Mami la!! teruja sgt tengok buku hasil karya abang sendiri terpamer kat rak buku kedai. Rasa cam nak je bagitau sume orang yg kat situ "Ni lah abang saya!!" Abi terus snap gambar buku Abang Mami tu buat kenang-kenangan. Dalam hati Mami, hanya Allah aje yang tau betapa Mami rasa bangga dan bertuah punya abang yang glemer camni. Mami cakap kat Abi, "one day, Mami punya buku plak yang akan displayed kat kedai ni.."  Waaaaaah....besar sungguh angan2 Mami kan??? hehehhehe...

Ada satu lagi buku idaman Mami yang Mami nak sangat beli. Tapi Mami terpaksa hold dulu sebab Mami takut Abi tak cukup duit plak nanti..Orang dah sudi nak belanja, kena la berterima kasih kan??? Jgn lak nak ambik kesempatan plak..Baik kan hati Mami??? hehhehehe..
  Takpe la...lain kali je la Mami beli buku ni. Mami kan keje, ada income sendiri. Duit Mami, Mami punya suka la nak beli ape pon..ye tak??? bui bui bui.....

Abi pon taknak ketinggalan. Mami nampak Abi pegang 1 buku..'Beduk Diketuk".

Abi cakap best buku ni. Mami x kesah..Abi dah beli, nanti Mami bleh tumpang baca. Hihihihihi...

Setel bab buku dan kedai buku, Mami ajak Abi masuk 'dalam Tesco' plak. Tak banyak pon barang yang Mami beli sebab memang takde plan pon nak shopping. So, beli mana yang Mami rasa perlu aje.

Lepas tu kami pon pegi la kedai Boss, kedai feberet Abi. Memang ade sandal dijual kat situ. Tapi x byk choice le plak. Abi pon macam kurang berminat. Di tambah lagi ngan harganya yang sangatlah mahal..makanya Abi terpaksa cancel aje nak beli sandal.

Dipendekkan cerita, lepas kete dah siap dicuci, kami pon balik la...

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, November 9, 2011

Melegakan sakit ‘contraction’ secara semula jadi

1. Kehangatan
Ambil botol air panas diisi dengan air panas (bukan mendidih), dibalut dengan tuala dan diletakkan di belakang. Mengurut juga dapat memberikan kepanasan. Caranya, usap bahagian belakang kerana sentuhan dapat merangsang badan untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.
2. Pernafasan
Cara yang terbaik untuk menghadapi setiap kontraksi. Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi melalui hidung dan hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut. Lakukan berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, relaks.

3. Berehat
Simpan tenaga dengan cara berehat. Baring di atas katil atau duduk di kerusi dengan selesa. Letakkan bantal di sekeliling, mainkan muzik kegemaran atau tonton TV dan BEREHAT! Jika masih di rumah, ambil minuman panas. 

 
4. Tukar posisi
Elakkan dari berehat di atas katil apabila kontraksi semakin kerap kecuali jika terlalu letih kerana berbaring akan menyebabkan proses kelahiran menjadi lebih panjang. Jadi, banyakkan berdiri, iaitu bersandar pada katil atau pada suami atau boleh juga berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Duduk dalam keadaan merangkak juga baik untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung sebanyak mungkin kerana ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!

5. Urut
Urutan yang perlahan-lahan membantu untuk lebih relaks. Urutan merangsang badan untuk melepaskan endorfin, hormon 'rasa lega' yang membuatkan rasa lebih lega.
6. Suami
Kajian menunjukkan bahawa dengan kehadiran orang yang teristimewa (suami) di samping wanita yang sedang di dalam proses kelahiran akan membuatkan wanita itu lebih tenang serta dapat melahirkan dengan lebih cepat dan mudah.

 
 
 
 
Tips menghadapi ‘contraction’:-
  1. Bersedia dengan info & maklumat tentang proses bersalin.
  2. Bernafas secara beritma dan relaks semasa menghembus nafas.
  3. Pegang tangan, dakap, peluk dan bergurau dengan suami
  4. Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.
  5. Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila terasa lapar.
  6. Berkipas untuk menyejukkan badan.
  7. Mengerang kerana mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan.
  8. Bayangkan baby yang sedang bergerak turun ke pelvis pada setiap kontraksi.
  9. Dengar alunan zikir, ayat-ayat al-Quran atau muzik yang menenangkan
  10. Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar.
  11. Berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi bagi membuka pelvis seluas mungkin. Goyangkan pelvis dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan pada setiap kontraksi
  12. Berfikir secara positif: 'Saya akan selamat bersalin sekejap saja lagi!'.
  13. Percayalah pada diri “Saya pandai melahirkan baby saya!”
  14. Fahami rawatan yang ditawarkan.
  15. Kosongkan pundi kencing.
  16. Berjalan-jalan.
  17. Tidur dalam masa antara kontraksi.
shawqunnur.blogspot.com ®

my pregnancy: 32 weeks

Grow sayang grow!!
Lagi 4-5 minggu Mami akan mencapai tahap cukup bulan & semestinya telah selamat untuk bersalin. Waaaahhh…dah makin hampir!!! Bila dah dekat2 ni, debarannye makin kuat terasa. Even sekarang pon Mami dah mula terasa contraction sikit2. Perut Mami pon dah agak ‘jatuh’ ke bawah menandakan baby Mami dah mula prepare nak kuar. Mami rasa cam eksaited + ngeri + cuak!!!! Ya Allah..permudahkanlah hambaMu ini untuk melahirkan seorang lagi khalifah di muka bumi ini. Wa la haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim!!
 
Apa yg terjadi pada Cayang Mami & Abi sekarang??
  1. Of course la makin membesar bagai juara. Berat baby sekarang lebih kurang 3.75 paun @ 1.7 kg dgn panjang lebih kurang 17 inci @ 42cm.
  2. Masih berusaha berlatih utk bernafas bila lahir nanti dgn menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya.
  3. Mungkin juga dah ada rambut sepenuhnya.
  4. Testikel Baby boy Mami (Insya Allah) dah start turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Tapi kalo belu lagi, Insya Allah ianya akan automatically ok bila Baby dah berumur 1yr.
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, November 8, 2011

Birasku sayang


Ini adalah entri khas yang mami buat dedikasi untuk biras mami yang mami dah anggap macam adik mami sendiri. Mami namakan biras mami tu sebagai 'S'

S bagi mami seorang adik yang baik, mengambil berat, ringan tulang, peramah & terlalu menghormati mami & ipar duai yang lain. Kehadiran S dalam keluarga Abi semestinya sangat2 dialu2kan dan diraikan. Mami ingat lagi, 1 thn 8 bln yg lalu, Mami gembira sekali menyiapkan itu ini bersama2 dgn mak mertua mami untuk menyambut S sebagai menantu baru dalam keluarga. Selepas adik ipar mami & S selamat diijabkabulkan, kami terus akrab seolah2 telah lama berkenalan (sedangkan mami sebelum ini jarang2 sekali bersua muka dengannya berbanding dgn aka2 biras mami yg lain yang dah mengenali S terlebih dahulu drp mami). Mami selesa sgt dgn S sampai tahap mami boleh bercerita itu ini dgn S.

Tapi kini S dah x seperti dulu. S sakit. S terlalu menderita. Mami betul2 simpati dgn nasib S. S sakit yg sehingga kini doktor pon x tahu nk jelaskan sakit apa. Mula2 dulu S selalu mengadu kpd mami kakinya sakit. Mami nasihatkan dia elakkan pakai high heel. S dgr cakap mami. S stop pakai high heel. Drp sakit kaki, S ngadu plak sakit kat sendi2 tangan. Mami jadi pelik..dlm hati mami berkata2 "takkan sakit gout??" mai suruh S pegi klinik, jumpa Doctor..Lepas tu sakit S makin menjadi2. mami mula syak yang S sakit berkaitan dgn sesuatu yang bukan klinikal. Tapi mami diamkan aje sbb takut S tersinggung. Mami cuma ajar S ayat2 pendinding & mami mintak S amalkan. Tapi ternyata sakit S tak jugak sembuh. Makin menjadi2 lagi pulak. Sampai ke saat ni, sakit S bertambah kronik. Kaki, perut, S membengkak, muka S sembab, badan S bertambah kurus. S dah tak blh berjalan, hanya terbaring di katil wad. Mami sedih sgt tgk S macam tu. S tersiksa. Mula2 dulu doktor diagnosed S sbgai SLE-Arthritis, lepas tu kidney problem & infection kat liver ,  latest leukimia plak. Paling menyedihkan Doctor sampai cakap tahap S sekarang dh 50-50 @ dah xde harapan..Allahuakbar!!!! besarnya dugaan & ujian S!!!

Lagi menyedihkan S skg ni sudahpun bergelar ibu. Anak S baru nak masuk 11 bulan. Pendek kata, masih lagi mentah & tak tau apa2. Mami namakan anak S sbgai 'F'.  Melihat keadaan S yang menderita kesakitan & F yang terpaksa ditinggalkan oleh S, hati mami bertambah2 sayu. F seolah2 "tidak beribu" skg ni. Mami tau, F rindukan ibunya. sebab tu la F bila dgn mami seolah2 dgn ibunya sendiri. F manja dgn mami. Setiap kali mami datang ziarah F, mami dapat rasakan F selesa dgn mami. bila mami nak balik, F macam x sanggup nk biarkan mami pergi. Muka F nampak sayu je bila mami cakap bye bye kat dia. Mami tau, F seronok bila ada mami. F nk menumpang bermanja dgn mami. Tapi apakan daya. mami pon ada keluarga & kerjaya sendiri. Ikutkan hati mami memang mami nak sgt jaga F. Mami dah anggap F macam anak mami sendiri.

Ya Allah..
mami dah x boleh nak continue menulis lagi. Mata mami dah berair2. Mami dah sebak. Doa mami, moga adik kesayangan mami, S akn sehat seperti sediakala. Mami terlalu rindukan S yang dulu, S yang sehat & ceria. Semoga Allah mengampunkan segala dosa mami & S & semoga Allah menyembuhkan semua penyakit S.Amin ya Rabbal Alamin.

shawqunnur.blogspot.com ®

balik kampung


4.11.2011 yang lalu, Alhamdulillah mami & hubby kesayangan bersama-sama dgn sorang adik mami (mak teh) akhirnya pulang jugak ke kampung tanah tumpah darah kami, meraikan Hari Raya Qurban bersama family. Balik dari kerja petang tu, kami terus packing barang2, masukkn barang2 dlm boot kete, prepare bekalan & lepas je solat Isyak, maka kami bertiga pun berangkat la balik kampung. 
Seperti yang mami jangka, perjalanan kami tidaklah terlalu smooth sbb traffic jam telah pun melanda sebaik kami melalui Sg. Buloh..Tapi nk buat macam mana kan..jem pon jem lah...dh jadi adat sistem traffic di Malaysia ni camni. Asal nk sambut perayaan je, highway mesti jem..hadap jela..

Selama lebih kurang 5jam menempuh perjalanan yang sekejap ok, sekejap x ok, kami pon selamat sampai kat kampung Mami, sebuah perkampungan kecil yang terletak di Hulu Perak...Alhamdulillah...

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, November 4, 2011

Salam 'Eidul Adha 1432H

Insya Allah Ahad (7.11.2011) nanti 1 lagi perayaan besar umat Islam akan disambut. 'Eidul Adha sangat sinonim dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anakandanya, Nabi Ismail AS demi perintah Allah SWT, yang ternyata ketulusan & keikhlasan mereka menjalankan perintah Allah itu, akhirnya Allah SWT gantikan Ismail AS dengan seekor kibas. Allahu Akbar!! 

Namun disebalik kisah ini, sebenarnya ada lagi 1 kisah pengorbanan yang mami sendiri jika ditakdirkan untuk menghadapinya belum tentu mampu menghadapinya. Kisah apa???

Kisah Siti Hajar, isteri ke2 Nabi Allah Ibrahim.. Setiap kali mami membaca @ mendengar kisah pengorbanan wanita mulia ini, pastinya hati perempuan mami akan menjadi sebak & sayu. Ya Allah, betapa mami mengagumi keimanan & kekerasan hati wanita agung ini. Dalam keadaan yang masih lagi lemah kerana melahirkan anak, dibawa pula jauh ke suatu tempat yang langsung tidak berpenghuni, kemudian ditinggalkan suaminya di situ tanpa berbekalkan apa-apa. Anak yang masih merah itulah penemannya. Subhanallah!!!

Saat ditinggalkan suaminya yang tercinta, Siti Hajar yang masih lagi dalam keadaan yang keliru cuba menerima seadanya yang takdir ini adalah semata-mata perintah Allah yang Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Dengan kudrat wanita yang tidak seberapa, Siti Hajar bersabung nyawa menjaga dirinya dan anaknya yang masih lagi mentah. Di tengah-tengah padang pasir yang tandus, tiada apa yang boleh didapatinya melainkan hanya  debuan pepasir yang panas dan kering. Ditambah pula dengan rengekan si kecil yang dahagakan susu, menjadikan Siti Hajar seperti hilang arah. Berulang-alik, berlari-lari dari Safa ke Marwah mencari seteguk air biarpun yang dicarinya tidak juga ditemui. Allah Maha Kaya dan Maha Mengerti. Terpancar mata air dari bekas sepakan dan tendangan si kecil Ismail. Maha Suci Allah...mata air itu tidak pernah kering, sentiasa subur hingga ke hari ini, memberi manfaat kepada berbilion manusia. Nikmat air Zam Zam semuanya kerana pengorbanan Siti Hajar AS. Subhanallah...

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, November 1, 2011

my pregnancy: 31week

Minggu ke-31..Now, mami dah hampir sampai kepenghujungnya..Alhamdulillah..syukur padaMu ya Allah!!! Minggu2 kepayahan mami dah bermula sekarang. Sakit belakang, susah nak tidur, sakit kaki, rasa mengantuk, kurang bertenaga & penat, semua ni dah mula menyerang mami sejak akhir2 ini.. Bagi org yg tidak mengalaminya mungkin menganggap mami mengada2 dan sengaja menarik perhatian untuk bermanja-manja. Tapi hakikatnya, mami bukanlah seperti itu. Apa yang mami sedang hadapi sekarang adlalah bukti pengorbanan mami sebagai seorang ibu yang sanggup menerima apa jua kesusahan dah kesukaran demi membawa 1 lagi nyawa di dalam rahim ini. (Wahhhhh...syahdu le plak!!! huhuhuhu..)  
Bercerita plak tentang si comel kesayangan Mami & Abi ni, pada minggu ke-31, baby akan terus membesar dengan jayanya. Berat baby sekarang lebih kurang 3.3 paun @ 1.5kg, dengan ketinggian sebanyak 16 inci @ 41cm.Lengan, kaki dan badan baby akan terus membesar untuk menyama padankan dengan saiz kepalanya dan baby sekarang sudahpun kelihatan seperti newborn baby. Aktiviti gerakan baby dalam perut pula bemula saat ini akan menjadi sedikit perlahan berbanding  sebelum ini kerana ruang dalam rahim yang semakin sempit. Namun, selagi masih terasa baby bergerak, mami tak perlu risau. Apa yang penting, mami tak lupa untuk mencatat setiap gerakan baby dalam "kick chart". Pada minggu ini juga, baby akan terus praktis membuang air kecil dari pundi kencingnya...


shawqunnur.blogspot.com ®