Friday, December 31, 2010

Bye bye 2010, welcome 2011!!!

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Cuma tinggal beberapa jam saja lagi detik 12 malam 1 Januari 2011 akan tiba dan ini juga bermakna hanya tinggal beberapa jam saja lagi 2010 akan berakhir. Bersedia atau tidak, 2011 akan tetap muncul dan akan tetap ditempuhi, melainkan jika Allah telah menjadikan suratan takdir kita hanya sempat bernafas sehingga 2010. 
Bagi aku, banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui sepanjang 2010 ini yang telah mendewasakan aku. Di samping itu juga, 2010 banyak mengajar aku perkara-perkara tentang kehidupan kekeluargaan, kerjaya, tidak terkecuali hal ehwal semasa.
Apa yang paling penting, semoga 2011 yang bakal disambut ini akan menjanjikan yang terbaik untuk aku, keluarga, agama, bangsa dan negara..Insya Allah.    

Day 24- A letter to your parents.

Haish...nak kena tulis surat la pulak...Kat mak abah lak tu. Mengong lak rasanya.ngehngehngeh..;) ;) ;) maklumla..dah lama tak buat aktiviti cenggini..adoii!!!
Zaman2 sekarang ni mana ada lagi org dok hantar2 surat kat makbapak. Talipon je..kan senang!!!
Tak pon, SMS je...lagi cepat..
Whatever la....Takpe..aku yg baik ni akan try tulis gak... Jgn gelak ngan kejiwangan aku sudah le..hikhikhik..



Jeng jeng jeng........
Assalamu'alaikum wbt..

Kehadapan Mak & Abah yang dirindui dan disayangi. Semoga Mak & Abah sentiasa sihat dan berada di dalam rahmat naungan Allah S.W.T selalu..amiin.

Mak & Abah,
Anakanda suami isteri di perantauan ini sihat sejahtera berkat doa dan ingatan Mak & Abah setiap hari. Terima kasih Mak & Abah.

Mak & Abah,
Anakanda tak pasti samada Mak & Abah sedar atau tidak bahawa dalam masa beberapa hari lagi Anakanda suami isteri akan menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2. Justeru itu, Anakanda ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Mak & Abah di atas doa restu yang dicurahkan kepada kami selama ini sehingga rumahtangga yang kami bina ini dapat bertahan hingga kehari ini. Sesungguhnya tiada hadiah yang paling berharga yang dapat Anakanda anugerahkan kepada Mak & Abah untuk membalas jasa dan budi Mak & Abah kepada Anakanda selama ini dan sesungguhnya hanya Allah sahaja yang layak membalasnya.

Mak & Abah,
Sebelum Anakanda mengundurkan diri, Anakanda memohon ribuan keampunan dan kemaafan di atas segala kekhilafan yang Anakanda pernah lakukan terhadap Mak & Abah. Insya Allah, jika ada kelapangan ruang dan waktu, kami akan pulang ke kampung pada awal Februari nanti.

Sekian, wassalam.

Anakanda yang jauh..

Thursday, December 30, 2010

Day 23- Something you crave for a lot.

Ape daa...? Cam same je ngan soklan utk n3 lepas..



Whatever la...





Tapi buat masa ni dlm byk2 bende, yg 1 ni memang aku nak & teringiiiiiiin sangat!!!!!







Inilah dia....










Comel betul!!!!
Moga2 tahun 2011 ni penantian aku & Hubby akan berakhir..Insya Allah..



MUSIBAH @ MALAPETAKA

Assalamu'alaikum dan salan sejahtera.

Pagi tadi sementara bersiap2 nak ke ofis, aku sempat menonton MHI, segment motivasi bersama Dato Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah tentang topic MUSIBAH. Bagi aku, topik ni sangat menarik & dapat memberi satu motivasi kepada aku. So, dengan input yg aku dpt & aku nak share dengan reader semua. Semoga apa yang aku cuba sampaikan ini dapat dimanfaatkan, Insya Allah..

Ada 3 jenis Musibah.

Jenis yg pertama Musibatul Bala', maknanya musibah yang diturunkan kesan daripada perbuatan jahat seseorang supaya dia dihina di dunia ni dulu sebelum dia dihina di akhirat nanti. Wana'uzubillah...  Contohnya Pengamal seks bebas yang dijangkiti  HIV. (ni contoh yg aku bagi sendiri berdasarkan pemahaman aku, Dr. Fadilah Kamsah tak cakap pun..).

Jenis yg kedua, Musibatul Jaza' atau yang biasa kita dengar Kaffarah dosa. Tujuan Allah turunkan musibah ni pada hambaNYA sebab Allah nak uji hambaNYA, nak tengok kekuatan iman seseorang itu. Ganjaran yang akan seseorang itu dapat bila dia bersabar dengan ujian Allah ini, maka Allah akan mengangkat darjatnya dan diampunkan dosa2nya.

Jenis yg terakhir, Musibatul Ibtila'. Bila musibah ni Allah turunkan? Jawapannya apabila orang baik melakukan kebaikan. Aik, buat baik pun bala'??? Hehehhee...jangan salah faham. Ok aku bagi 1 contoh. A (bukan nama sebenar) seorang yang sopan dan lemah lembut. Allah kurniakan dia nikmat kesihatan yg baik dan tak pernah jatuh sakit. Disebabkan dia tak pernah MC, dia dapat anugerah dan dia berbangga dengan anugerah itu. Rasa bangga kerana selalu sihat itulah yang dinamakan Musibatul Ibtila'. Dengan kata lain, musibah jenis ni diturunkan supaya seseorang itu kembali kepada Allah iaitu BERTAUBAT!!

So, apa yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yg buruk itu datangnya daripada kita sendiri.

Sekian.  

Wednesday, December 29, 2010

Day 22- What makes you different from everyone else?

What makes me different from everyone else?
Hummm....soklan ni terlalu general...Ape nak jawab ni ye?
Dari segi luaran, rupa bentuk fizikal aku same je cam orang lain, ada 2 bijik mata, 1 hidung, 2 kaki, 2 tangan, 1 mulut...bla bla bla..
Apa yang aku boleh katakan di sini, setiap manusia tu masing2 ada perbezaan dan keistimewaan yang tersendiri & yang paling penting takde sape pon yang perfect & hanya Allah S.W.T aje yang tau rahsia disebalik perbezaan penciptaanNya.
Sekian.



Monday, December 27, 2010

Day 21- A picture of something that makes you happy.

Utk soklan ni, jawapannye sama cam jawapan utk soklan Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you. So, kalo nak tau, baca aje lat situ...
sekian terima kasih.

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future.

Apa punya soklan la....aku dah kawen pon..takmo la layan soklan ni..