Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Rumahku Syurgaku#2-playspace & mini library

Dah lama kot entry ni terperam sebab Mami dok bertangguh nak upload pic..hihihihi..Tapi akhirnya hari ni ter'up' jugak entry ni kan..

So, back to the main point. Mami nak bercerita pulak pasal playspace si kecik Haziq + mini library kami.

1st of all, kisah Playspace la kan..

Sejak Haziq dah besar ni memang tak terkontrol rasenya tahap 'kerajinannya mengemas' rumah dengan toys nya. Mami teringin sangat nak rumah yang sentiasa kemas & bersih. Maklumlah..rumah kami ni dari luar memang nampak macam ok..tapi cer masuk kat dalam. Banyak benda yang Mami terpaksa pejam2 je mata nengoknye..huhuhuhu. Disebabkan nak renovate tu makan banyak belanja, hadap jugaklah walaupun sakit mata memandangnya.

Makanya yang Mami boleh buat ialah make over rumah tanpa modal yang banyak & dalam pada dok giler menyusun atur ni, Mami dok mencari gak solusi camna nak bagi Haziq punya mainan tak sepah2 satu rumah. Awal2nya macam2 angle Mami dok try & error, last2 kat ruang ni gak yang pada mata Mami nampak ok dijadikan playspace. Dipendekkan cerita, maka hasilnya seperti pic kat bawah ni.
Pic lama ni..masa awal2 playspace ni diwujudkan.
Kekonon nak bagi nampak ceria dan beriya..letak la puzzle mat yang colourful tu..toys pon gigih Mami dok susun gitu nak make use shelve comel tu..tapiiiiiiii......dapat kat si Haziq x dan 5 minit sumenye dah berterabur..hai laaaa anak...
 
Siap meja study lagi...study la sangat kan..Haziq baru 1year++ kot time tu..hihihi

Latest pic..
Puzzle mat dah bertukar jadi evamatic mat. Puncanya si Haziq ni jenis tangan tak reti diam..penat le Mami & Abi dok susun balik puzzle tu tiap kali Haziq sepahkan.Last2 Abi bungkus je mat tu simpan..selesai masalah!Toys pon Mami dah tak rajin nak susun2 kat shelve tu. Cukuplah seadanya. Mami just asingkan toys Haziq je dalam 2 bakul tu. Soft/Net basket tu Mami simpankan soft toys and bakul plastic tu utk toys yang lebih keras/made of plastic/wood..etc  
Poster kat dinding tu setakat ni selamat lagi la..tak pernah lagi Mami nampak cubaan Haziq nak cabut. Tapi buku2 kat shelve tu memang jenuh Mami dok susun balik tiap kali Haziq dah sepahkan. Bimbang buku2 tu rosak gitu je sebelum sempat Haziq pandai baca, sudahnye, tinggal beberapa buah je yang Mami letak kat situ, the rest masuk kabinet mini library...Bila nak baca baru amik...habis cerita!

Pandangan keseluruhan..
Ok la kan...Ada meja nak menulis, toys yang boleh tahan jugaklah banyaknye..cukup la space sebesar tu untuk Haziq main2..Ups..babychair tu memang multitasking...tak semestinya nak makan je pakai babychair..kadang Haziq dok layan tab tengok upin ipin pon dok kat babychair tu..cam pic kat bawah ni..

  
Kemain lagi bersantainye.... 
******************

Cukup bab playspace, kisah Mini library pulak... 
 Actually mini library kami ni just built-up cabinet je (kabinet free dapat masa Abi tolong pindahkan barang2 office) So, ada 2 pintu je.. Memang la crowded gila kabinet ni sebab semua nak sumbat kat situ..huhuhu..
Tak percaya? tengoklah pic kat bawah ni..

Right side
1st & 2nd layer tu sebahagian buku2 Mami zaman uni.
3rd layer books collection Mami & Abi..ada novel, ada buku2 motivasi, buku2 agama..sume main susun je tak ikut classification..
4th layer belah kanan tu himpunan Yasin, ma'thurat..Quran...left side buku2 Haziq + collection magazine Pa&Ma kesayangan Mami..

Close up sikit...
 1st layer
2nd layer
3rd layer

Bawah sekali pintu belah kanan kabinet Mami terpaksa derhaka sikit letak dinner set ni sebab kabinet asalnya dah takde cermin (Haziq terpecahkan..huhuhu) Nanti bila Mami dah re-structure kabinet pinggan mangkuk nanti mungkin dinner set ni akan dialih ke sana. Buat masa ni dok diam2 je kat sini..huhuhuhu...
     
Asalnya layer paling bawah ni Mami letak magazines. Tissue tu  tumpang sementara je. So, kurang la derhakanya kan..kikiki..

Enough for 1st right side cabinet. Now, left side plak..
Jangan terkejut dengan khazanah yang ada dalam ni...









tadaaaaa....






Memang super sendat kan..? Di situlah files, album kawen, notes, CDs, siap bag pon sumbat kat situ.. Derhaka tahap super lah. Mini library dah jadi store..adoi!!..Dah macam poket Doraemon pon ye..Nak buat camne? Takde store yang proper kekdahnye..Nantila..insya Allah ade rezeki nanti akan selamatlah semua files tu Mami simpan elok2 dalam store. Kat kabinet ni nanti 100% buku2 & magazines je..kot nak selit gak mungkin ade album gamba je. Nama pun library kan..
huhuhuhu...serabut wehhhh...

 shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, October 18, 2013

Rumahku Syurgaku #1

Mami selalu citer pasal family je kan.. Pasal Haziq la yang paling banyak kot..kikiki.. Tapi kali ni Mami nak bercerita pasal rumah kami pulak. Alhamdulillah selepas setahun lebih berumahtangga kami ditakdirkan untuk membeli sebuah rumah dengan harga yang kami mampu milik. Rumah kami jenis teres 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air (asal2nya 1 je) berkeluasan lebih kurang 1337kps. Taklah besar sangat, cukup sekadar menjadi tempat yang selamat buat kami anak-beranak berteduh dari hujan dan panas..Alhamdulillah..

Kalau nak ikutkan rumah kami ni memanglah banyak 'defect'nya masa kami dapat vacant posession dulu. Maklumlah..rumah sub-sale katakan.. Lagi pulak bukan owner yang duduk, sewakan pulak kat budak2 bujang, bolah bayangkanlah camna condition rumah tu. Dengan anai2, bocor sana-sini, lantai pecah, macam tunggu masa nak roboh je.hohohoho..

Camni lah keadaan lantai & dinding rumah kami yang memang menyakitkan mata bila memandang. Tapi nak buat camne. Terpaksalah kami tutup sebelah mata & redha aje dengan keadaan ni sebab nak make over 100% takde modal..huhuhu..

Tapi mengenangkan susah payah PIL dok bargain si owner (vendor)untuk dapat better price dan di samping menyedari hakikat bahawa untuk memiliki rumah mampu milik pada zaman ini amatlah sukar dek kerana harga yang mahal, akhirnya termetrailah satu Perjanjian Jual Beli di antara kami dan owner(vendor) pada 28.12.2010 dengan harga belian sebanyak RM129k. Bermula saat itu, rumah ini secara amnya telah menjadi milik kami.

Selepas kami dapat vacant posession rumah ni, bermulalah misi renovation. Tapi tak dapatlah nak renovate dengan sempurna memandangkan kami pun bukannya berduit sangat. Sekadar repair mana yang rosak, touch up sini sikit, sana sikit. Itu pun dah menelan belanja lebih daripada RM40k!!  So, pelan2 kayuh lah & hasilnya seperti gambar2 kat bawah ni..

Ruang tamu kami memang panjang. Masa belum ada perabot terasa besar sangat. Tapi memang beginilah yang kami nak. Ruang yang luas dan selesa untuk tetamu berborak, makan-makan & juga bermalam. Maklumlah, keluarga kami ni besar. Jika dah berkumpul ramai-ramai tu, haruslah perlukan space.

Ruang santai keluarga dan ruang makan untuk tetamu sekali bersambung tanpa dinding pemisah. Hanya susunan perabot yang mewujudkan perbezaan di antara ruangan ini. Perabot yang kami letak pun cukup sekadar yang basic sahaja sebab kami seboleh2nya taknak rumah kami terlalu sarat dan sesak.

Di sebalik dinding ruang menonton adalah bilik kedua. Sepatutnya inilah bilik Haziq, tapi memandangkan kami belum lagi bersedia untuk pisahkan tempat tidur dengan anak, maka bilik ni kami jadikan bilik baju & simpanan tilam bantal cum bilik tetamu.

Di sebelah bilik kedua, ada 1 lagi bilik. Tapi bilik ni kami buat ala2 setor aje. Tapi masih lagi selesa untuk bermalam kat bilik ni. Cuma tak berkatil aje. Mak & Abah Mami kalo datang rumah kami, memang kat sini lah diorang suka tidur, golek2 lepak2. Mungkin sebab bilik ni lebih lapang & ada tingkap.So, taklah suram macam bilik No. 2 tu..kikiki..

Di sebelah kanan bilik ni adalah sewing station. Dalam kotak A4 tu barang jahitan Mami & dalam kotak yang bergambar mesin jahit tu, of course la mesin jahit kesayanganku..Yang dalam open box tu pulak kain2 buruk yang besar buat lap lantai. (Tak tau nak simpan kat mana kekdahnye ni..huhuhuhu..)

Ni barangan yang disusun sederet sewing station. Kerusi dining table lama yang dah rosak tapi sayang nak dibuang sebab masih boleh dibaiki (tak taulah bila En. Hubby nak gi hantar ke kedai..huhuhu..) Kabinet yang banyak kenangan (dibeli semenjak kami kawen tu) pulak diisi dengan segala khazanah tupperware yang besar2 dan jarang digunakan. TV tu pulak bahan lupus ofis Abi yang kami pakai bila TV kami rosak dulu. Masih elok & buat sementara ni terpaksa dibiarkan bertapa kat situ..heheh..

Ni di sebelah kiri dinding bilik. Macam2 barang tersimpan kat sini. Ada kabinet yang siap attached ke dinding.. Apa yang ada kat dalam kabinet tu???

Tadaaaaa....

Ada 6 tingkat semuanya. Paling atas of course Mami letak barangan yang jarang digunakan. Tingkat 5 segala bagai tupperware yang selalu guna. Next, set cawan kopi. Tingkat 2 & 3, set caserol, mangkuk2 besar, dinner set & jug2 air. Tingkat bawah, khas untuk kategori barangan yang sekali sekala pakai.

bersambung....

shawqunnur.blogspot.com ®