Monday, October 31, 2011

RESEPI PILIHAN SEMASA BERPANTANG



Ekceli ada banyak resepi yang bleh mami share kat sini. Tapi takkan la mami nak share sume tu kan???? so, dalam banyak2 resepi tu, yang mami letak kat bawah ni yang agak menarik perhatian mami. kalo bleh masa confinement nanti mami nak makan cam dlm resepi ni...hehehehheh...lagi sedap kalo En. Hubby kesayangan mami yang tolong masakkan...Bleh kan Bang????!!hehehhe...

Daging Halia

Bahan2:
300 gm daging-potong nipis..seelok2nya guna daging yg tak berlemak (boleh ganti dgn hati ayam jika suka)
1½ inci halia-potong nipis
1 inci kunyit-potong nipis
3 ulas bawang putih-potong nipis
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
Garam
minyak

Cara2:
  1. Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan daging biarkan air daging kering dulu. bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan air kering.
  2.  Tuangkan minyak,kacau daging rata2. masukkan kicap,sos lada hitam dan lada hitam.kacau rata.
  3.  Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam. goreng sampai bawang besar layu.siap utk dimakan.
Ikan Bawal Kukus Halia

Bahan2:
1 ekor ikan bawal putih
1½  inci halia-potong nipis
1 inci kunyit-potong nipis
3 ulas bawang putih-potong nipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk
garam
1 btg karot
bunga kubis

Cara2:
  1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.perap seketika.
  2. letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil, siram baki perapan kicap atas ikan.
  3. tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
  4. kukus hingga masak...anggaran 10-12 minit atau hingga masak.
*  Ikan Pindang Kicap

Bahan2:
2-3 ekor ikan (ikan merah/jenahak/selar kuning/kerisi/siakap)-boleh juga ganti dgn daging
*1 ulas bawang putih --tumbuk-lebihkan letak 3 ulas
5 ulas bwg merah
1-2 btg cili merah
*5 cm kunyit- tumbuk
*5 cm halia muda-mayang
*5 cm lengkuas-ketuk
1 btg serai-ketuk
1-2 helai daun salam-tak letak pun ok
3-4 kpg asam gelugur
1-2 sudu teh kicap manis
4 cwn air
Garam

###semua bahan * potong nipis aja

Cara2:
  1. Panaskan minyak sikit tumis bawang dan halia.
  2. Masukkan air.biarkan mendidih dan masukkan bahan lain dan ikan.rasakan garam.

**nak mudah, masukkan air dan semua bahan kecuali ikan buat stail singgang. Bila mendidih baru masukkan ikan.

     Ikan bilis Lada Hitam

Bahan2:
1 gengam ikan bilis
1½ inci halia-potong bulat nipis2
1 sudu mkn lada hitam-tumbuk kasar
sedikit minyak

Cara2:
  1. Goreng ikan bilis dlm minyak yg sikit. bila hampir garing masukkan halia.
  2. Kacau sekejap dan angkat. Gaulkan ikan bilis halia tadi dgn lada hitam. Siap utk dimkn.
 **kalau nak tumbuk ikan bilis dan halia pun boleh

     Sup Ikan Haruan

Bahan2:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
minyak untuk menumis
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
halia – ditumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara2:
  1. Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.
  2. Panaskan minyak  dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air.
  3. Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih.
  4. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.
*   Daging Lada Hitam

Bahan2:
daging lembu
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
minyak
Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
  2. Panaskan minyak. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
*   Ayam Kukus Bercuka

Bahan2:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sm halia – ditumbuk
3 sudu makan cuka
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara2:
  1. Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus ayam sehingga masak.
  2. Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. Kukus lagi selama 5 minit.
Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.

*  Hati Masak Berempah

Bahan2:
hati lembu
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 ulas bawang putih – dikisar [A]
2 ulas bawang merah – dikisar [A]
2 sm halia – dikisar [A]
1 sm lengkuas – dikisar [A]
Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Hati lembu dipotong dan dibersihkan.
  2. Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.
  3. Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk.
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 – 35 minit atau sehingga masak.
*   Ikan Talang Kering Masak Asam

Bahan2:
Ikan talang kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inch halia
1 labu bawang besar
air asam jawa
minyak
garam

Cara2:
  1. Potong ikan talang kering dalam bentuk kiub.
  2. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan air asam jawa.
  3. bila agak mendidih, masukkan hirisan halia dan ikan talang.
  4. masukkan garam dan hirisan bawang besar.
Rendang Peria

Bahan2:
2 biji peria katak (dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis – dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 sudu teh lada hitam – dikisar
2 keping asam keeping
Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.
  2. Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api.
  3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.
Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya.

Petua Orang Tua: Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.

Ikan Panggang Halia

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
garam
kunyit
cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara2:
  1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
  2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.
Petua Orang Tua: Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Rendang Hati Lembu

Bahan2:
½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar)
10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras

Cara2:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
  3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
  4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa



shawqunnur.blogspot.com ®

Berpantang cara orang Melayu

-->
Memandangkan mami sekarang berada di trimester ke3 preggy, jadi mami dah start le surfing kat tenet tentang amalan2 berpantang yg akan mami follow nanti. Dalam banyak2 perkara, mami a bit more concern on cara pemakanan semasa berpantang. Malklumla...org xde pengalaman lagi. setakat basic2 tu mami tau la sikit2. tapi detailnye kene la korek ilmu tu dari mereka yang lebih arif.. So, mami pon blogwalking la dari 1 blog ke 1 blog, baca artikel itu ini..akhirnye...ini la conclusion yg mami dapat..harap2nye dapat le mambantu mami nanti bile tiba masanya nanti..

Antara jenis-jenis lauk/sayur yang BOLEH di makan (berdasarkan pengalaman berpantang) oleh ibu-ibu yang berpantang adalah:
  1. ikan bilis – biasanya di goreng biasa atau pun di masak sambal. tapi jangan terlalu pedas.
  2. ikan cencaru – biasanya di bakar untuk lebih sedap selain di goreng
  3. ikan haruan – lebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng
  4. ikan siakap – masak stim
  5. ikan bawal putih/hitam – goreng
  6. ikan gelama – goreng
  7. ikan merah – masak sup
  8. ikan jenahak – goreng
  9. ikan selar kuning – goreng/ masak asam
  10. ikan kerisi – goreng/ masak asam
  11. ikan kurau – goreng/ stim
  12. ikan kerapu – goreng/ stim
  13. ikan senangin – goreng/ masak asam
  14. ikan tengiri – goreng/ masak asam
  15. sayur sawi – sup
  16. sayur bayam – tumis air
  17. sayur kailan – goreng/ tumis
  18. sayur kacang buncis – goreng/ tumis
  19. halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
  20. daun pegaga – di campur dalam masakkan/ di buat jus – elok utk tambah air susu badan
  21. milo/horlicks – sesuai untuk sarapan dan minum petang
  22. biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
  23. ayam – di buat sup atau di campur dalam bubur

Antara makanan/lauk yang TIDAK BOLEH dimakan adalah:
  1. makanan laut – sotong/udang/ketam – takut gatal di tempat luka
  2. telur – luka lambat sembuh
  3. ikan yang tidak bersisik dan berbisa – sembilang/keli
  4. sayur kubis/kacang panjang/kacang soya/kekacang/kentang
  5. tebu/ air kelapa/ buah anggur
  6. makanan pedas/ berminyak
  7. aiskrim/keju

Pemakanan Seimbang Semasa Dalam Pantang.
  • Nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, spagetti, pasta dan makaroni.
  • Sayur-sayuran – carrot, ulaman pegaga, lemuni, daun dan bunga kunyit, brokoli, dedaun pudina, kari.
  • Ikan yang segar - ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
  • Makanan bijirin - oats, corn flakes, bran, muesli, beras merah, beras perang, beras, kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus dan bijan, roti putih, roti wholemeal / wholegrains, roti canai, chapati, tosei
  • Buah-buahan - epal merah, limau manis, kurma, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pear, lai, pic, aprikot, strawberi
  • Minuman - susu, kacang soya, horlicks, jus epal, ribena, sirap, milo
  • Gunakan gula merah, gula perang, raw sugar dan madu lebah.

Azam mami, semasa berpantang nanti mami nak berpantang betul2. mami nak cepat kurus & kalo  bleh mami nk lebih slim cam anak dara..wow!!!!  hehheheheh....
shawqunnur.blogspot.com ®

TRY YOUR NAME IN JAPANESE..hehehheheh..


A= ka
B=tu
C= mi
D= te
E= ku
F=lu
G= ji
H= ri
I= ki
J= zu
K= me
L= ta
M= rin
N= to
O= mo
P= no
Q= ke
R= shi
S= ari
T= chi
U= do
V= ru
W=mei
X= na
Y= fu
Z= zi

Masa leisure time hari tu, mami terjumpa ttg benda ni kat wall sorg membe. mami pon saja la amik. bukan apa, saja nk sronok2.. mami dah try eja nama mami..hasilnya...

"Tokarinka arikafuka Tomoshi rikafukachiki"

hahhahahahahhahhaha....lawak tul bunyinye.. ntah betol ntak idak..kalo org jepun dengor pon mau digelaknye guling2...hahhah...

selamat mencuba!!



shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, October 27, 2011

my pregnancy: 30 weeks

Baby mami suke sgt mengeras2 sekarang ni..sooooo sweeet!!
Alhamdulillah.syukur syukur..syukur ya Allah di atas nikmat kurniaan ini. Seperti bermimpi je rasanya mami bawak si tecit tonet ni dh 30 minggu. Tak lama je lagi si comel ni akan melihat dunia. Cepat sungguh masa berlalu. Masya Allah…memang sesuatu yg miracle sgt. Lagi2 bila sayang mami yg comel ni dok bergerak2 dlm perot. Satu moment terindah bagi mami yang akan kenang sampai bila2. Hanya mereka yg pernah mengalaminya je yg tau betapa perasaan si ibu bila babynya aktif menendang2 dlm perot. Terima kasih ya Allah kerana memberikan hambaMu ini kesempatan untuk menjadi seorang mami.

Update citer perkembangan baby. By right, baby mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya. Now, panjang tubuh baby biasanya mencapai kira-kira 37.5 cm, dgn berat mencapai 1.36 kg. Paru-paru baby & aluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Menarik lagi, baby kini sudah ada bulu kening dan bulu mata. (Emmm…camne la agaknye baby mami ni ye? Bulu kening lebat & bulu mata panjang cam abi ke, bulu kening halus & bulu mata pendek cam mami???...huhuhuhu…surprise!!!!)

Selain drp tu jugak, organ visual baby masih terus berkembang. Tapi ini tak bermakna bila dah lahir nanti, daya penglihatan baby akan terus tip top. Actually, baby yg baru lahir hanya boleh melihat objek yg jauh hanya dalam jarak lebih kurang 8 - 12 inci @ 20 – 30cm saja & kemampuan daya penglihatan baby hanyalah kira2 20/400 shj berbanding dgn kita yg mempunyai daya penglihatan normal 20/20. Bila dah berumur antara 7 - 9 tahun, barulah seseorang itu mempunyai daya penglihatan yang normal. Sebab tu lah sgt2 merbahaya membiarkan kanak2 yg berumur bawah 9 tahun melintas jalan raya sorang2 tanpa pengawasan org dewasa sbb diorg punya jarak penglihatan masih lagi terbatas…(hehehhehe..sedikit info tentang vision development yg mami dapat dari hasil pembacaan mami…)

Apa yg terjadi pada mami pulak???
Ok, memandangkan baby dalam perot dah semakin besar, adalah menjadi kebiasaan bagi mami berasa semput (bukan athma tu ye..hihihihi…) & mengalami kesulitan untuk tidur (sbb panas + sakit belakang deh..) Selain daripada itu jugak, sakit sendi, kram, beser (nak terkencing je..) tu perkara biasa la..nak buek camno??? Dulu2 mase mak kite pregnantkan kite pon camni la yg dia rase.. sekarang bila dah mengandung ni, rasa la sendiri kesusahan & kepayahan camne yg mak kite rase dulu. So, sayangilah mak kite & jgn la menderhaka!!! (peringatan untuk diri sendiri jugak.)

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, October 24, 2011

my pregnancy: 29 weeks

comelnye anak mami tengah hisap jari...hehehehh..
Welcome to final trimester!!! Yeeeha!!! Bermula minggu ni, mami dah pon berada di hujung perjalanan mami. Now mami dah mula terpikir2 saat2 nak bersalin sampai termimpi2..hehheheh..moga2 nanti mami dapat bersalin secara normal dgn kesakitan yg paling minimum..amin ya Rabb!!

Sepanjang trimester ke3 ni (bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 @ 42 minggu kehamilan), kebanyakan ibu2 akan menambah berat badan sebanyak 11 paun @ 5kg. Tapi berlainan plak ngan mami..sehingga setakat ini (drp mula bukak buku pink kat klinik smapai ke latest checkup 19.10.2011 yg lepas) mami baru berjaya menaikkan berat badan sebanyak 2.7kg..very poor weight gain.!! huhuhuhu… adoi la..mane la peginya makanan yg mami makan selama ni?? Confuse tul mami..agaknye sume yg mami makan baby si tecit tonet ni yg amik agaknye.sebab tu la agaknye mami punye berat badan xnaik dgn jayanya cam mami2 yg lain.. Takpe la..janji anak mami sehat & normal..mami senang hati…hehehhehe…

Bercakap tentang baby yg mami tersayang ni plak, now baby dah seberat ≤2.5 paun @ 1.1 kg dgn ukuran panjang 15 inci @ 38cm (dari kepala ke kaki). Tapi menurut firasat mami, anak mami ni lagi berat dari ni sbb last time mase scan 27minggu pun baby mami dah seberat 1.028kg..so, by this week sekurang2nya baby mami dianggarkan dh menjangkau 1.2kg..wahhh…semangat anak mami ni!!! hihihihi..

Kepala baby jugak semakin besar, dan pertumbuhan otaknya sgt pantas. So, mami kena la makan @ minum benda2 yg berkhasiat je..(ni peringatan utk mami sendiri sebenarnye..hehhe..)

shawqunnur.blogspot.com ®

my pregnancy: 28 weeks

Hari-hari terakhir trimester ke-2 sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir trimester ke-3. Alhamdulillah....macam tak pecaya je mami dah berjaya mengharungi pahit manis kenangan preggy ni selama 28 minggu. Now tinggal lagi beberapa minggu je lagi fasa kedua mami sebagai 'MAMI' akan bermula..urghhhh.....nevesnye!!
Baby mami pada minggu ini dianggarkan mempunyai berat sebanyak 2.3 paun @ 1kg++ dan mungkin berukuran 14.8 inci @ 38 cm (panjang dari kepala - kaki). Baby selain drpd dah boleh bukak mata, baby jugak dah pandai palingkan kepala jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Wah…satu perkembangan yg menarik!! Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul. Alhamdulillah…sempurnalah hendaknya anak mami ni…

shawqunnur.blogspot.com ®

Alhamdulillah..bertambah lagi ummat Muhammad

Dah berhari2 blog ni terbiar berhabuk. Bukan apa, kekangan masa yg menyebabkan mami terpaksa membiarkan blog mami ni tak ter'update'..ceh...lagi2 alasan..hihihihi..

Memandangkan esok cuti, jadi mami rasa xsalah sesekali tido lambat sebab nk update blog.

Mami taknak melalut dok crite yg bukan2, back to the topic, actually mami sebenarnye nk berkongsi rasa hepi sebab pada 7.10.2011 yg lalu mami dh dapat anak buah baru..anak buah ke-7..Alhamdulillah..syukur sangat!! Mami tumpang bahagia.




Nak tengok tak baby baru???













scroll down.......













tadaaaa......











hi...name saye BALQIS BATRISYIA BINTI YUNUS...


comel kan??? my new niece....hihihihi..pasni xsabo nk tatap bby mami lak..wallla...

shawqunnur.blogspot.com ®