Friday, April 26, 2013

Yeay...we have passport!!

Cerita dah nak basi jugak la ni sebab kejadiannya awal bulan lepas..kikikiki...Alasan? biasa la..Mami kan bz..sokmo tak sempat nak update blog kalo kat rumah tu..curi2 masa kat opis jela..ups!! hey..yang penting kerja Mami dah siap tau!!!.

Ini adalah rentetan daripada cerita entry ni sebenarnya. Kami kan nak jalan2 pegi obersi this coming Sunday, makanya kena la buat passport. hihiihii...

8/4/2013 lepas kami pon pegi la imigresen kat Komplek PKNS Shah Alam tu untuk buat passport ni. Sampai aje kat sana dah dekat pukul 1 pun kerana pagi tu dok sibuk uruskan chek up Haziq kat klinik kesihatan dulu, jadi lepas setlle urusan klinik baru sambung dengan urusan passport pulak..multi tasking katanye...buibuibui..

Mula2 sampai, Haziq dok lena je..penat sangat kot dok melasak kat klinik pagi tadi. Ditambah pulak tak tido langsung since wake up early in the morning..harusla si Bujang tu keletihan..Tapi tak lama pun..boleh la dalam 30min kot si Haziq beradu, lepas tu dok sibuk 'beradu tenaga' ngan Mami la berkejaran dalam opis imigresen tu.hahhahahahah...sangat penat ok!!!

 Sedapnye titon......

Hampir 2 jam jugak la nak tunggu no. giliran kami naik. Bila dah berurusan di kaunter tu ingatkan settle la, tapi Abi punya passport pulak tak lepas..sebab..cip kat IC Abi dah rosak & sistem tak boleh baca. Alamak!! Makanya berkejaran la pulak Abi ke Plaza Masalam untuk buat IC baru. Dipendekkan cerita, akhirnya passport kami siap la jugak hari tu..Alhamdulillah!!

Passport kami bertiga..sekarang ni dah selamat berada dalam simpanan management opis..


Mood: dah tak sabo nak 'menjonket' Ahad ni...ahaks..

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, April 25, 2013

Air tangan Mami#28


Cous Cous Lemak Manis
(7bulan ++)

Bahan-bahan:-
5 sudu besar Cous Cous (Mami guna brand Agnesi)
Sedikit kismis
Sedikit keju (diparut)
Air panas
**1 sudu besar Madu (Mami prefer Madu Khaula)

Cara Penyediaan:-
  1. Satukan cous cous dan keju dalam satu bekas, tuang air panas. Biarkan selama 5-10 minit agar cous cous benar2 kembang.
  2. Taburkan kismis & tuangkan madu. Siap
*** Madu hanya boleh diberikan pada anak yang sudah berumur 1 tahun ++ sahaja.

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, April 24, 2013

Air tangan Mami#27

Konon-kononnye Mami just prepare biskut awal2 buat bekal untuk pegi trip this coming Sunday, tapi nampak gayanya Mami kena buat lagi la..Haziq really loves this biscuit..Baru dok tengah canai, belum bakar lagi dah nak makan. Bila dah masak pulak, memang tak berenti makannya sampai banyak ni aje yang Mami boleh simpan. Takpelah Haziq..Mami ada masa lagi 3 hari untuk buatkan haziq biskut lagi. Haziq suka kan??? Nanti Mami buat banyak2 lagi tau..hihihihi..

Biskut Anak-Anak
(8bulan++)

Bahan-bahan:-
2 1/2 cawan tepung Atta
100gm unsalted butter
1 cawan Susu tepung
1/2 cawan kismis (cincang)
1biji telur gred A

Cara penyediaan:-
  1. Pukul telur bersama unsalted butter yang dicairkan, masukkan tepung atta, susu tepung & kismis. adunkan sehingga semuanya sebati dan membentuk bebola doh.
  2. Canaikan adunan setebal 0.5cm, bentukkan & bakar di dalam oven selama 5 minit.
P/s: Oven Mami oven jenis murah je, takde temperature indicator..huhuhu..

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, April 23, 2013

1 tahun 3 bulan a.k.a 15 bulan

Seminggu je lagi Haziq akan menginjak keusia 16bulan/1thn 4 bulan tapi Mami baru nak update perkembangan Haziq..kahkahkahkah..apa daaaa... lately Mami sgt bz ok..masuk opis pon sokmo lambat..meeting la, attend klien kat luar la, over slept la..upssss..hihihihi..alasan kan..

Ok back to the main point...Haziq's achievement as at 15mo terlalu banyak sebenarnya. Secara fizikal, Haziq makin tinggi (80cm) dengan berat hanya 9.5kg (as per last check up early of this month) & sudah ada 2 gigi taring..menjadikan jumlah gigi setakat ni ialah sebanyak 14 batang!! dah hampir penuh tu.... Tapi bila makan nasik, still tak nak nasik biasa yang agak keras tu..haishhhh..malas nak mengunyah kisahnye...

Dari segi language & communication, every day si bijak ni will come out with his new vocab, at least a word per day..Yang menariknya, Haziq dah mula boleh cakap a combination of 2 words. Contohnya cam semalam, Haziq cakap "pi kit" (tepi sikit) kat Abi sebab Abi dah block 'laluan' dia.. Pastu minggu lepas masa Mami & Abi konon2nya nak peluk2 (nak kasi Haziq jeles je..hihihihi.), Haziq cakap "pi aah" (tepi lah) sambil tepis tangan Abi...hahahha..what a clever boy!! No harm kan, if Mami puji anak sendiri kan kan kan??? hihihi...

Paling touching sekali ialah Haziq sekarang dah pandai panggil "mi/ami" (Mami) dengan lebih clear..heheheh.. Abi jangan jeles ye!! What a wonderful feeling when a mother heard his son/daughter calling her name correctly...Lagi2 masa nangis atau merengek2 sebut "mi..ami.." fuhhh cair tau!! Rase cam terharu sangat!!! Ohh..anak Mami sudah besar!!

Salah 1 skill Haziq..dah terer masukkan syiling dalam tabung..Kemain seronok lagi kalo dia berjaya insert coin tu dalam tabung. Siap tersengih2 tepuk2 tangan lagi..geram tau tengok aksi budak kecik ni..over excited ok..

Skill tekan2 button pon makin terer gak..bukan setakat tekan2 pakai jari tangan, dengan kaki pon pernah..adoi la Haziq..abis la rosak mainan Haziq nanti...
Itu kalo mainan...TV, motherboard PC, button radio dalam kereta pon dah jadi bahan eksperimen Haziq. 3 4 hari lepas, Abi tinggalkan Haziq dalam kereta sorang2 jap sementara nak settle down sebelum nk gi jalan2, Abi on enjin. Sekali bila masuk aje dlm kereta, Haziq siap dok tersandar je kat driver seat sambil layan lagu..on radio sendiri....ish  bijak..bijak.. Nasib baik on button radio je..buatnye dah pandai masuk gear lagi la parah..adoi..
Ha...yang ni tak bleh blah..asal jumpe je bendalah mesin ni kat shopping complex, harus tunjuk2 mintak nak main..aiyooo..Kalo setakat 50sen/seringgit tu Mami layan jela..tapi kalo lebih2 mintak maap la...BIG NO ok..hihihi..kecik2 camni la nak ajar anak kan..jangan nak over2 sangat.hihihihi..

Banyak lagi improvement Haziq atau keletah2 Haziq yang sangat mencuit hati & kadang2 mencabar kesabaran. Contohnya:-
  1. Masa minum susu dalam botol, Haziq tarik teat/puting keluar, lepas tu tuang susu atas lantai @ mandi susu (dia curah susu tu kat badan dia) as complained by Nenek..huhuhuuh..
  2. Pagi2 bangun aje dari tido akan cari Mami kat dapur, ambik cawan kat rak, hulurkan kat Mami, mintak air kosong. Minum pakai cawan dah makin master & kurang tumpah.
  3. Sebelum makan, tadah tangan 'baca' doa dulu. Penggunaan sudu pon dah makin ok.
  4. Dah boleh duduk dalam carseat dengan sopan. 2 hari Haziq ikut Mami gi ofis (sebab Haziq tak berapa sihat & Mami malas nak EL), Haziq tak mengamuk2 langsung bila Mami dudukkan dia dalam carseat. Perjalanan pergi & balik smooth je..Alhamdulillah..
  5. Dah tau pukul2 orang/bergaduh..Alamak!!! Even ianya a bit negative, but in 1 angle, this is a good achievement actually because when someone hit him/take his toys by force, he will hit him back just to defend himself as he knows his rights, tapi kalo asyik nak pukul/gaduh aje xbleh gak kan..Erkkk..kena perbaiki akhlak ni..huhuuhu...

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, April 17, 2013

6 Perkara yang Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata, "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Tidak"

Kemudian Jibrail AS berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail AS solat, maka Allah SWT berfirman lagi, "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata, "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman, "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud, "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu:-
  1. Redha-Nya dalam taat.
  2. Murka-Nya di dalam maksiat.
  3. Nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran
  4. Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. Tarikh terjadinya hari kiamat di dalam semua hari.
P/s: sekadar pesanan/ilmu yang dipanjangkan daripada rakan2 emel..semoga kita semua beroleh rahmat dariNYA..amin

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, April 16, 2013

Bicara manusia, malaikat & syaitan!!

Pada waktu pagi...
Manusia : Eh, dah subuh dah?
Malaikat : bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan : Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Masa sarapan..
Manusia : Nak makan, laparlah ??
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan : Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Sedang bersiap nak pergi kerja..
Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan : Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Sebelum ke pejabat..
Manusia : Alamak, dah lewat!
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan : Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Lepas lunch
Manusia : Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Rilek2 tengok TV..
Manusia : Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui ! Syaitan : Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Keluar jalan-jalan..
Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Lepak2 dengan kawan..
Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Semasa bersendirian..
Manusia : aku telah berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)
Keluar berseronokManusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Balik rumah nak tidur..Manusia : Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami#26


Ikan Kurau Sweet Sour
(10bulan++)

Bahan-bahan:
2 ketul ikan kurau
2 biji tomato
1-2 biji tamar (dadu)
Sedikit bawang besar (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 keping asam keping
sedikit daun bawang
sedikit serbuk kunyit
minyak masak
air secukupnya
2-3 inci batang saderi
2-3 inci lobak merah (dadu)

Cara Penyediaan:
  1. Gaulkan ikan dengan kunyit, goreng ikan sehingga masak. Ketepikan.
  2. Di dalam periuk yang lain, rebus tomato sehingga lembut. Buang kulit dan bijinya, kisar halus.
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan batang saderi, lobak merah dan air. Masak sehingga lobak merah lembut.
  5. Masukkan puri tomato, asam keping, ikan yang telah digoreng,buah tamar dan daun bawang. Renihkan seketika atau sehingga semuanya sebati. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.
shawqunnur.blogspot.com ®