Sup Ayam Lobak Putih
(15bulan ++)
Bahan-bahan:
1 batang lobak putih
2-3 ketul (saiz sederhana) ayam
3-4 ulas bawang putih (mayang halus)
sedikit bawang besar (mayang halus)
2cm halia (ketuk)
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1-2 sudu besar minyak untuk menumis
Air secukupnya
Daun sup & daun bawang (hiasan)
secubit garam (optional) - Mami masih lagi mengekalkan masakan tanpa garam & perasa tiruan dalam makanan Haziq
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga hingga wangi. Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih. Goreng hingga kekuningan.
- Masukkan air, ayam dan lobak putih. Renih sehingga ayam masak & lobak putih empuk.
- Perlahankan api, masukkan serbuk lada sulah. Biarkan 2-3 minit.
- Tutup api, taburkan daun sup & daun bawang. Siap.
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.