Showing posts with label Kid's food. Show all posts
Showing posts with label Kid's food. Show all posts

Thursday, August 27, 2015

Air Tangan Mami#55




Homemade Fish Ball
(abaikan rupa paras fish ball Mami yang macam ball tak cukup angin tu ye..huhuhu..)

Bahan-bahan ( anggaran 3 org makan )
  • 400gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu kecil garam (paras rata)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah (better pakai yabg kisar sendiri di rumah sebab bebas MSG)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil tepung ubi
  • 60 ml air sejuk atau secukupnya
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • secubit serbuk perasa jika suka (Mami tak bubuh pun)

Cara-cara
  1. Masukkan isi ikan, lada sulah dan garam dlm mesin kisar (kalau guna food processor lagi best..huhuhuhu). Kisar hingga lumat & sebati.
  2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian kisar lagi sehingga sebati dan kenyal.
  3. Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
  4. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
  5. Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat (Ala..macam kuih buah melaka tu la..).
 Selamat mencuba!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, June 3, 2014

Air Tangan Mami#52

Labu bersama Cous Cous

Bahan-bahan:
1/2 mangkuk labu tua - potong kiub
2-3 biji pisang berangan - potong kecil2
3 sudu besar biji sagu
1-2 mangkuk santan kelapa
2 inci halia - ketuk
1 helai daun pandan
gula pasir secukupnya / puree kurma secukupnya
sedikit garam
1/2 cawan cous cous - rendam di dalam air panas mendidih sehingga kembang.

Cara penyediaan:-
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali cous cous, biji sagu, pisang dan garam) di dalam periuk.
2. Renihkan sehingga mendidih. Masukkan biji sagu dan pisang. Renihkan sehingga biji sagu masak.
3. Perasakan dengan secubit garam (untuk memberi rasa sedikit lemak)
4. Tutup api, sedia di hidang bersama cous cous yang telah kembang.



shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, June 2, 2014

Air Tangan Mami#51


Cekodok Tauhu

Bahan-bahan:
3 keping tauhu - hancurkan
1 mangkuk kecil ikan bilis - kisar separa hancur
1/2 cawan Tepung gandum
1/2 mangkuk kecil taugeh
1/2 biji bawang besar - potong dadu
garam secukupnya
air secukupnya
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:-
1. Satukan taugeh, bawang besar, tauhu hancur dan ikan bilis di dalam mangkuk. Gaul hingga semuanya bercampur.
2. Masukkan tepung gandum dan garam, gaul sehingga semuanya bersalut.
3. Pecahkan telur di dalam campuran tepung tadi sambil tuangkan air sedikit. Gaul sehingga semuanya sebati dan bancuhan tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair (boleh dijemput dengan menggunakan jari)
4. Goreng sehingga kekuningan.


shawqunnur.blogspot.com ®

Air Tangan Mami#50


Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Patin
1 labu bawang besar
4-5 biji cili padi (jika suka pedas tambah lagi)
1 batang serai - dititik
Sedikit kunyit hidup
1 Mangkuk tempoyak lama (lagi lama lagi bagus)
Sedikit daun kesum
Asam keping (jika tempoyak kurang masam)
Garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:-
1. Kisar bawang besar, kunyit hidup & cili padi bersama sedikit air.
2. Satukan bahan kisar, tempoyak, daun kesum, serai, air dan ikan dalam periuk.
3. Renihkan sehingga ikan masak. Perasakan dengan garam. Siap.

Thursday, February 27, 2014

Air Tangan Mami#48

Penkek 
(Sesuai juga untuk anak usia 10bulan++ tapi dengan sedikit modification ingredient)

Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 bekas (kecik) plain yogurt
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
Air secukupnya
2 sudu besar salted butter

Cara penyediaan:
1. Campurkan kesemua bahan dalam blender/food processor/mangkuk biasa. Gaul sehingga semuanya sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
2. Panaskan pan, tuang sesenduk bancuhan tepung. Masak dengan api yang sederhana sehingga kedua2 belah permukaan keperangan.
3. Jika ingin menyediakan cheezy pancake, hanya letakkan sekeping cheese ke atas penkek yang masih panas untuk mencairkan cheese dan lipat 2 penkek tu.
4. Ideal dihidang bersama ais krim jika sukakan yang sweet2 & jika suka savoury, enak dicicah dengan kuah kari/sardin/sambal telur.

         
Penkek aiskrim untuk Mami & Abi                              Cheezy penkek untuk Haziq


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, February 26, 2014

Air Tangan Mami#47

Dah lama Mami tak up entry resepi kan.. So, hari ni Mami just nak share resepi olahan Mami sendiri dikala Mami dah kekeringan idea tak tau nak masak apa. Biasa sangat terjadi kat Mami bila balik dari office tu perut memang lapar sangat tapi macam dah tak larat & malas pulak nak masak beriya. So, resepi Mami kali ni memang sesuai sangat untuk dicuba oleh ibu2/isteri2 atau sesiapa saja yang sukakan penyediaan makanan yang cepat & ekspress tapi masih mengekalkan kualiti kesegaran dan khasiat makanan tu (jauh lebih baik daripada instant mee yang memang boleh disediakan dengan cepat, tapi.....pikir la sendiri!!).

Ceh..panjang pulak mukadimahnye..hihihi.. Moh kite ber'sharing' resepi pulak. Resepi ni sangat mudah & yang paling penting sedap! (Haziq makan bertambah2 gitu..) 

Pasta Aglio Olio Style

Bahan-bahan:
1 mangkuk pasta yang telah direbus & ditoskan (Apa2 shape pasta pon ok, tapi Mami hanya gunakan shell pasta & angel hair shj.)
Brokoli - suka2 hati
cauli flower - suka2 hati
carrot - suka2 hati
5 biji meatball
1 biji tomato - potong dadu
1/2 biji bawang Holand/bawang besar - potong dadu
2 sudu besar Minyak zaitun
Sedikit serbuk lada sulah/black pepper
Sedikit mix herb
Garam secukup rasa
Air (jika suka)

Cara penyediaan:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga kekuningan.
2. Masukkan meatball & tomato. Goreng hingga meatball masak.
3. Masukkan sayuran, mix herb dan pasta. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan lada sulah/black pepper. Siap!

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, December 30, 2013

Air Tangan Mami#45


Sup Telur Puyuh dengan Labu
(12bulan++)

Bahan-bahan:-
1 mangkuk (20biji) telur puyuh yang telah direbus dan dikopek kulit
1 jurai labu manis (potong kiub-jangan terlalu kecil sebab labu mudah empuk & hancur)
Sedikit bawang besar
2-3 ulas bawang putih
2 inci Halia (diketuk)
Sedikit daun bawang (racik)
Semangkuk air/stok ayam/stok ikan bilis
Sedikit minyak
Garam (pilihan)

Cara penyediaan:-
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, masukkan air, labu dan halia.
2. Bila labu sudah lembut, masukkan telur dan tabur daun bawang.
3. Perasakan dengan garam.
4. Tutup api. Siap.

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, November 19, 2013

Air Tangan Mami#42

Meehoon Sup Semudah ABC
(12bulan++)

Bahan-bahan:
1 cawan mihun (dicelur)
2 ulas Bawang putih
1/4 biji bawang besar
2cm halia
1 peket sup bunjut
1 mangkuk air rebusan ayam/daging
1/2 batang lobak merah
sedikit daun sup & daun bawang (racik)
1/2 cawan isi ayam
2 sudu besar minyak masak 
Garam secukupnya (jika perlu)

Cara Penyediaan:
  1. Kisar halus bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan air rebusan ayam/daging, isi ayam dan sup bunjut, biarkan mendidih seketika. 
  3. Masukkan lobak merah, renihkan sehingga lobak merah sedikit lembut. Masukkan garam, hirisan daun sup dan daun bawang. Tutup api.
  4. Tuang sup di atas mihun yang telah dicelur. Sedia untuk dimakan.
  
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, November 18, 2013

Air Tangan Mami #41

Dah lama betul Mami tak up entry resepi kan... Ups..ini bukan bermakna Mami dah tak masak-memasak. No.....masak is my terapi jiwa. Mami, masak & resepi memang tak dapat dipisahkan..hihihii.

So, untuk perangat balik mood berkongsi resepi ni..Mami nak share resepi yang giler super senang ni..sambil pejam mata pon boleh buat kot..hahahha..

Jom...


Fruit & Vege Squeeze
(nama mesti gempak beb!!)

Bahan-bahan:
1 biji Epal Hijau
1 biji Belimbing
1 batang lobak merah
1 batang seleri
1 biji tomato
1 biji lemon/limau nipis/2-3 biji limau kasturi
3-4 sudu besar madu
Air secukupnya

Cara penyediaan:-
  1. Semua bahan kecuali limau dan madu di kisar dan ditapis. (Jika menggunakan juicer machine lagi mudah)
  2. Perah limau dalam jus tadi, campurkan dengan madu (pastikan hanya guna sudu plastik ye..)
  3. Kacau sebati dan siap untuk diminum.. 
P/s : For baby below 1 year, JANGAN campurkan jus limau & madu.

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, August 27, 2013

Garam bukit vs Garam biasa

NEVGEL - Garam Bukit Untuk Masakan

Mami prefer menggunakan garam jenis Premium Iodized Rock Salt (PRIS) sebagai tambahan perasa dalam hidangan keluarga Mami (lebih2 lagi masakan untuk Haziq) kerana garam bukit kualitinya sangat tinggi, lebih bersih dan bebas pencemaran jika dibandingkan dengan garam biasa yang dihasilkan melalui proses turasan air laut dan campuran kimia lain.

Selain daripada itu, kandungan mineral dalam garam bukit juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan garam biasa yang mana telah terbukti kandungan mineral dalam garam bukit menyamai kandungan mineral di dalam air zam-zam yang diketahui sebagai air yang paling baik di alam semesta ini.

Penggunaan garam bukit dalam masakan adalah baik untuk kesihatan kerana ianya boleh meningkatkan sistem imunisasi badan dan membantu merawat penyakit contohnya mengawal tekanan darah (dengan izin Allah) 

Terdapat 2 jenis garam bukit iaitu Garam Bukit Tulen Natural Mineral (Ionik) & Garam Bukit Tulen Premium Iodinized. 

1. Garam Bukit Tulen Natural Mineral (Ionik)

Mengandungi mineral semulajadi kerana ianya adalah sejenis garam yang bermutu tinggi yang terhasil secara semulajadi (organik). Berbentuk hablur halus berwarna merah jambu. Sesuai digunakan dalam masakan harian kepada pengamal pemakanan organik.

2. Garam Bukit Tulen Premium Iodized

Garam bukit tulen bermutu tinggi berbentuk hablur halus berwarna putih. Diperkaya dengan mineral tambahan (Iodin) yang sangat penting bagi merangsang proses pembesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak terutamanya kepada kanak-kanak.


Jika inginkan keterangan lanjut mengenai garam bukit, sila lawati http://nevgel-garam-bukit.blogspot.com/


P/s: Mami bukan ejen jualan garam ni tau..Sekadar berkongsi kebaikannya. Murah & berbaloi..RM2.20/paket. Boleh didapati di kebanyakan supermarket.

shawqunnur.blogspot.com ®

Air tangan Mami # 40


Kurma Telur
(18bulan++)

Bahan-bahan:-
2 biji telur
2 sudu rempah kurma Adabi (bancuh dengan sedikit air)
Serba sedikit rempah 4 sekawan
Sedikit bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1inci halia - diketuk
1/2 batang lobak merah
2 kelopak kubis
1 mangkuk santan
Minyak untuk menumis
secubit garam (Mami guna Premium Iodized Pure Rock Salt)

Cara Penyediaan:
  1. Rebus telur sehingga masak, kopek kulit & ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga bawang kekuningan.
  3. Masukkan rempah kurma, kacau rata dan goreng sehingga rempah masak/berbau wangi (Jika terlalu pekat & untuk mengelakkan rempah hangus, masukkan sedikit santan cair/air).
  4. Masukkan santan, telur dan lobak merah. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan pula kubis dan biarkan selama 1-2 minit. Siap untuk dihidang.
Bekal untuk Haziq..ada carb, protein & sayur
Resepi mudah ini adalah contoh hidangan sepinggan lengkap yang sangat praktikal untuk dicuba oleh ibu-ibu bekerjaya yang selalu dihambat waktu macam Mami ni. Yang penting, jangan jadikan alasan 'mak kerja & tak sempat', so anak-anak terpaksa makan lauk kedai/makan aje apa yang pengasuh sediakan. Percayalah, memasak menu sebegini tidak memerlukan masa yang lama pun. 30 minit aje dah cukup.   




shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, July 30, 2013

Air tangan Mami # 38


Puding Cheesekut Karamel
(18 bulan ++)

Bahan-bahan:-
10 keping cheese cracker
1 biji telur gred A
2 keping cheese
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula
kismis
1-2 titik esen vanila

Cara penyediaan:-
  1. Sediakan karamel hangus (2 sudu besar gula & beberapa titik air, cairkan di atas api sehingga gula menjadi hangus/keperangan). Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, pukul telur hingga kembang. Campurkan sedikit esen vanila dan sedikit susu segar (anggaran 1/4 cawan). Bahagikan kepada 2 bahagian & tuang salah satunya ke dalam bekas yang telah siap 'berkaramel'. Kukus selama 5-10 minit.
  3. Celup cheese kracker dalam susu segar, susun di atas lapisan campuran telur, taburkan cheese & kismis. Ulang langkah ini sehingga semua biskut habis.
  4. Kukus lagi sehingga masak.
  
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, July 29, 2013

Air tangan Mami # 37

Mami dah lama tak update resepi kan? hihihihi..Ini tak bermakna Mami dah tak masak tau.. Hari2 Mami masak. Lagi2 dibulan puasa macam sekarang ni. Mami masak juadah untuk berbuka, bekalan Haziq..tak kering tangan la kata orang Mami kalo kat rumah tu. Melainkan kalo ada jemputan untuk berbuka puasa kat mana2, makanya untuk that specific day, Mami gantung periuk la..kikikiki...

Ok Mami tak nak membebel panjang2..jom kite tengok ape hidangan baby food (baby la sangat kan..Haziq dah beso kot.hihihi..) yang Mami akan share hari ni..

Gulai Lemak Tenggiri
(18 bulan++)

Bahan-bahan:-
2 keping isi ikan tenggiri
4 sudu besar Santan pekat
1/2 mangkuk santan cair
Kacang buncis
1 kpg asam keping
Minyak masak
Garam

Bahan kisar:
Bawang besar
1cm kunyit hidup
1/2 btg Serai

Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak, goreng sebentar isi ikan, ketepikan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar dan santan ke dalam periuk. Renihkan sehingga mendidih. Kacau selalu untuk mengelakkan santan 'berkepala' (api jangan terlalu kuat)
  3. Masukkan isi ikan, santan pekat, asam keping dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan kacang buncis, masak lagi sehingga 2 minit @ kacang sedikit layu. Tutup api.
  5. Gulai lemak ikan tenggiri siap!
shawqunnur.blogspot.com ®