Showing posts with label Ujian. Show all posts
Showing posts with label Ujian. Show all posts

Wednesday, July 29, 2015

TTC#2 - 2 tahun berlalu..ikhtiar seterusnya

Sehingga hari ini sudah 2 tahun perjalanan TTC#2 ini. Berbagai usaha kami lakukan demi mendapatkan adik Haziq. Kadangkala timbul rasa penat dan hampir berputus asa. Ya Allah...berat sungguh ujianMu ini. Melihat pasangan lain dikurniakan zuriat yang berderet-deret, hati kecil ini sungguh tak kuat untuk mengelakkan diri daripada berasa sangat cemburu. Mudahnya mereka...sedangkan diri ini terpaksa mengharungi pelbagai kesulitan demi mendapat seorang zuriat. Manakan tidak, Haziq lahir pada usia perkahwinan kami menginjak ke-3 tahun dan kini, sejarah lama berulang kembali apabila kami sekali lagi terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan adik Haziq pula.

Bezanya, cabaran kali ini tak sama seperti kali pertama. Mungkin sebab kami dah ada Haziq. Walau apa pun, usaha, ikhtiar tetap diteruskan. Pengalaman lalu adalah guru kami.

Dek kerana usaha dengan MAB tidak berhasil. Maka, kami teruskan berikhtiar dengan cara lain pula.  Jom intai apa usaha kami setakat ini:-

Furmon

Mami tertarik nak cuba Furmon ini selepas membaca testimoni pengguna di FB. Tapi harganya bagi Mami agak mahal. Mami kena fikir banyak kali nak beli krim ni. Almaklumlah..pendapatan ciput, komitmen banyak. Kalau main beli je, alamatnya ada yang tak cukup belanja nanti. Lama jugak Mami terpaksa tangguhkan keinginan Mami untuk beli Furmon ni. Sampailah satu hari tu, Mami kebetulan dapat bonus sikit. So, Allah dah bagi rezeki, Mami terus ambil peluang beli & try krim Furmon ni. 

Pertengahan April lepas Mami start guna krim ni. Pada mulanya Mami macam tak rasa any improvement. Rasa biasa je. Cuma nampak ketara bila sampai mid-cycle Mami dah mula perasan ada eggwhite cm, masa luteal phase ada rasa breast tenderness (petunjuk adanya hormon progesterone) and yang paling best, period Mami jadi regular.

Cara guna krim Furmon ni mudah je. Guna 2 jari, ceduk krim dari bekas. Then sapu di kawasan ari2 (3 jari di bawah pusat) secara gerakan membulat bermula dari arah kiri.
Semasa haid -  buat sapuan setiap 4 jam.
Selain waktu haid -  buat sapuan 2-3 kali setiap hari. 

Acid Folic

 Jika dulu, Mami biasa mengambil acid folic brand Appeton 4-5mg setiap hari. Tapi kali ni Mami just ambil vitamin B-Complex Shaklee. Selepas sarapan 1 biji sahaja. 1 kapsul ada pelbagai jenis vitamin B termasuk acid folic.

Fertility Friend

Dah 5 tahun Mami dengan kaedah ni dan Mami rasa ianya sangat membantu untuk Mami lebih memahami tubuh Mami, especially tentang isu kesuburan. Pagi2, perkara pertama yang Mami akan buat selepas tersedar dari tidur ialah grab termometer & plup masuk mulut sampai dengar bunyi bip. Lepas tu amik telefon, bukak account Fertility Friend, update suhu & lain2 yang berkenaan; cth, Cervix position, cervical mucous, opk..etc

Lepas mandi pagi, especially hari2 yang Mami jangkakan akan berlaku ovulasi/hari subur, Mami akan observe pulak cervix position, samada tinggi, rendah, lembut, keras & terbuka @ tertutup. Caranya mudah aje. basuh tangan bersih2, masukkan jari hantu kedlm faraj, cuba capai benda yang agak membulat di hujung jari. itu adalah servik kita @ mulut rahim @ pangkal rahim. Secara ringkasnya:-
*Sejurus sebelum haid - serviks berada di posisi rendah (mudah dicapai), sedikit terbuka & lembut.
*Sebelum ovulasi - serviks rendah/sederhana, tertutup & keras (seperti hujung hidung)
*semasa ovulasi - serviks tinggi, terbuka & lembut.

Selain daripada posisi serviks, tekstur mukus yang keluar daripadanya juga perlu diambil perhatian kerana keadaan mukus yang keluar itu ada membawa maksudnya yang tersendiri. Keadaan ni boleh dipantau pada bila2 masa sepanjang hari & setiap keputusannya perlu diupdate di dalam Fertility Friend.

Kat bawah ni contoh graf BBT Mami dengan menggunakan khidmat Fertility Friend. Jom tengok..


'Bersama' secara berkualiti & bijak

Dah usaha macam-macam tapi tak berhubungan dengan suami tak jadi jugak kan? Hihihihi... Bab berapa kali sehari, berapa kali seminggu, sebulan itu subjektif. Yang penting hubungan yang berkualiti. Mengikut saranan bijak pandai, digalakkan untuk berhubungan suami isteri secara maksimum semasa hari-hari subur untuk meningkatkan potensi kehamilan atau secara ringkasnya, dinasihatkan untuk berhubungan selang 1-2 hari sebelum & semasa ovulasi. Yang paling penting, selepas proses ejakulasi, isteri dinasihatkan untuk terus berbaring dengan meninggikan bahagian pinggul selama 15-30minit bagi memberi peluang sperma berenang mencari ovum untuk disenyawakan.

Moga Allah memudahkan kami untuk meramaikan ummatnya..amin..
 
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, May 5, 2015

A very faint double line to single line..

Sambungan daripada ENTRY lepas..

Awal pagi Jumaat (27/2/2015) (ketika itu Abi masih lagi outstation ke Kelantan) dengan penuh semangat Mami terus grab UPT cap Guardian yang dah lama dok tunggu Q untuk digunakan. Tanpa banyak berkira2, Mami buat apa yang patut & macam biasa terus letak kat atas toilet flush sementara nak mandi etc. Sambil2 tu dok jeling2 la jugak tgk UPT to kot nampak 2 line..Tapi memang tak la kan..dasar rabun..haram 1 line pon takkan nampak kalo dah tak pakai spek (masa mandi takkan nak pakai spek kan..) hihihi..

Lepas selesai , Mami pon kalut dengan Haziq pulak. Bagi mandi & siapkan dia. Ohh..hampir2 terlupa nak tengok result UPT tadi. So, tanpa berlengah, Mami pun ambik la UPT yang masih di dalam bilik air. Sekali pandang nampak hanya 1 line je. Tapi Mami tak puas hati.tengok lagi sekali. Eh..ada 1 lagi line la...very faint line!!



Terus dalam hati macam dah berbunga2 sebab walaupun faint line, Mami yakin dan percaya ianya positive. Mungkin terlalu awal Mami test atau alat UPT tu perlukan paras HCG yang lebih banyak untuk detect pregnancy. So, Mami pon decide untuk repeat UPT lagi seminggu untuk double confirm.

Tapi...



















Belum sempat seminggu...


























Sabtu malam Ahad, Mami dah mula terperasan ada semacam tompokan darah segar (spotting) sebesar syiling 5 sen semasa Mami buang air. Tapi Mami just ignore sebab keluar spotting in early pregnancy bukan perkara yang luar biasa. Sehinggalah pada keesokan pagi, kira2 jam 5 pagi, Mami terjaga dari tidur sebab terasa seperti contraction nak bersalin. Tapi dek kerana terlalu mengantuk, Mami terus melayan rengat sampai terlena semula. Mami malas nak kejutkan Abi sebab kesiankan Abi yang kepenatan baru sampai dari Kelantan. Tapi, jam 6 pagi, sakit bertambah kuat & bila Mami bangun aje dari katil, terus terasa cecair panas mengalir di betis dan agak banyak & ianya adalah darah yang fresh!! Oh...perkara yang langsung tidak disangka2 akhirnya terjadi pada Mami. Mami bleeding!!

Benarlah seperti yang diceritakan. Sakit keguguran ni memang sangat sakit!! Mujurlah kandungan masih muda..kira2 dalam 5-6 minggu, jadi Mami tak perlu buat D&C.. 'Adik' keluar completely pada hari ke2..

Adik, biarpun hanya sekejap Allah pinjamkan Adik untuk Mami, Abi & Abg Haziq, tapi kehilangan Adik tetap membuatkan kami semua rindukan Adik. Moga kita semua berkumpul semula di syurga nanti & moga Mami cepat dapat pengganti Adik...Insya Allah.

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, September 22, 2014

Haziq warded lagi #2 @ UMMC

Baru2 ni (12/9/2014) Haziq sekali lagi terpaksa warded sebab dehydrated due to Acute Gastroenteritis (AGE) (sakit perut cirit-birit & muntah2).

Alkisahnya pada hari Selasa (9/9/2014) Mami sengaja hantar Haziq ke rumah Mami Yang instead of ke rumah Nenek (BS) sebab kebetulan Opahnya ada. Nak bagi peluang Opah & cucu bermesra. Daripada awal pagi sehingga ke petang Haziq ok aje. Cuma menjelang petang Haziq mula mengadu sakit perut dan kemudiannya muntah2. Keadaan bertambah 'teruk' menjelang maghrib bila Haziq kemudian cirit-birit pulak. Bimbang Haziq akan dehydrated, kami pun bawak Haziq ke klinik malam tu. Alhamdulillah doktor yang merawat bagitau Haziq cuma muntah2 biasa, agak sedikit dehydrate tapi tak perlu refer ke mana2 hospital since Haziq masih lagi nampak pink & aktif. Cuma kami perlu repeat balik untuk ujian darah sekiranya sakit masih berlarutan. Lepas makan ubat, Haziq terus terlena sampai esok pagi.

10/9/2014 (Rabu)- Mami EL hari ni sebab nak pantau kesihatan Haziq. Rasa macam tak best pulak nak hantar Haziq ke rumah Nenek dalam keadaan tak sihat begini. Takpelah Nak..Mami berkorban utk awak. Haziq dah tak muntah2 lagi (mungkin sebab Mami bagi dia ubat tahan muntah) tapi masih lagi cirit-birit. Selera makan memang kurang. Jadi, setiap kali tanya nak makan/minum laju je Haziq akan menggeleng kepala sambil cakap 'tak nak'. Air yang hanya boleh Haziq minum cuma Yakult. Beriya Mami buat bubur nasik akhirnya Mami juga yang kena habiskan. Takpela Haziq..dah takde selera..dipaksa2 kang muntah pulak. Sepanjang hari Haziq cuma melayan youtube menonton cerita Ultraman.

11/9/2014 (Khamis) - Hari ni Opah akan balik semula ke kampung. Hati Mami memang agak berat untuk menghantar Haziq ke rumah Nenek memandangkan Haziq masih lagi belum sembuh. Tapi apakan daya, Mami terpaksa bekerja membantu Abi. Sebelum 8.30 pg Mami dah mula meredah Federal Highway untuk ke pejabat. Tetapi mengenangkan Opah yang akan balik ke kampung pagi tu, Mami ambil keputusan untuk singgah sekejap di rumah Mami Yang untuk berjumpa dengan Opah. Dalam perjalanan Mami rasa tak sedap badan. Perut sakit menyucuk2, kepala terasa berat. Sampai di rumah Mami Yang, Mami mula muntah melambak2, kepala berdenyut2 & cirit-birit. Mami ambik keputusan untuk MC saja. Haziq yang pada mulanya nampak ok mula merengek2 sakit perut & muntah2 di sana-sini. Mami terpaksa menjaga Haziq dalam keadaan Mami sendiri pun masih sakit. Ya Allah memang rasa nak pitam!! Mami sampai merayu mintak Abi segera balik ke rumah selepas habis office hour (Abi berhajat untuk menziarahi jenazah kawan sepejabatnya yang kebetulan meninggal dunia pada ptg itu, dijangka jenazah akan dikebumikan pada malam itu jugak). Alhamdulillah, Abi selamat sampai ke rumah sebelum pukul 7 mlm. Mami mintak Abi belikan makanan untuk kami berdua memandangkan Mami sejak pagi belum makan apa2. Akhirnya selepas makan, Mami mula bertenaga. Sakit kepala & perut beransur2 hilang. Keadaan Haziq pulak nampaknya makin serius. Haziq nampak lemah selepas beberapa kali muntah2. So, takkan nak biar gitu je kan??  

Selepas solat Maghrib, Mami & Abi pon bawak la Haziq kat Klinik kesihatan kat belakang rumah ni. Bila bagitau aje kat doktor segala bagai, maka doktor request buat blood test & urine test (urine test tak boleh nak buat sebab Haziq takmo kencing). Dipendekkan cerita, blood test found out that Haziq punya darah dah makin memekat sebab kekeringan air dalam badan. Doktor suruh refer hospital. Malam tu buat pertama kalinya kami berdua dihantar terus ke wad kecemasan Pediatrics dengan ambulan..mak aihh..

Kat wad kecemasan kami menunggu daripada 9 mlm sampai 2 pagi baru Haziq di'transfer' ke wad (Lebih 5 jam tu..Sabor ajelah!!). Alhamdulillah keadaan Haziq tak sekritikal masa 1st admitted April lepas, Lepas drip air 1 botol, Haziq dah mula nak makan. Nampak aktif. Jam 4.30 ptg esoknya Haziq dah boleh discharged. Syukur takde ape2 yang serius. Cuma Mami agak pelik bila doktor tiba2 bagitau Haziq kurang Vitamin D. Hmmm..Mami kena study ni..!! 

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, June 19, 2013

Ujian di pagi hari..

Hari ini dalam sejarah semenjak menjadi ibu selama hampir 1thn setengah kali pertama perkara ini terjadi dalam hidup Mami. Berdepan dengan anak yang sakit sorang2 tanpa suami (Abi ketika ni sedang berkursus di Cherating, Pahang) dan kali pertama jugak Mami bawak sendiri Haziq ke klinik tanpa ditemani sesiapa.

Segalanya bermula pada pagi Ahad (16.6.2013) baru2 ni seawal jam 4.30 pagi dalam keadaan mamai2 Mami mendengar Haziq merengek2. Alah.. Haziq nak apa pulak pagi2 ni? Dalam pada mengantuk2, Mami peluk Haziq tenangkan dia supaya kembali terlena. Ye la..awal2 pagi hari minggu ni kalau boleh nak la tidur bangun lewat sikit daripada biasa..hihihi..

Tapi, tak sampai 10 minit, Haziq merengek2 lagi. Macam tak selesa. Mami raba bontot Haziq kot2 dah terbocor & buat Haziq tak selesa. Tapi kering je. Mami dakap lagi Haziq. Mami fikir Haziq mungkin kesejukan sebab kami tidur dalam aircond. Haziq kembali lena.

Dalam pada Mami nak terlelap, tiba2 Mami terdengar bunyi yang agak pelik daripada Haziq serentak dengan bau muntah. Alamak Haziq muntah!! Serta-merta Mami bingkas bangun, dudukkan Haziq sambil urut2 belakang Haziq yang dah mula menangis. Haziq muntah melambak2. Baju Mami, cadar, selimut semuanya terpalit muntah Haziq. Bila dah agak reda, Mami cempung Haziq ke bilik air. Sempat jugak pandang jam dinding masa tu dah hampir jam 5 pagi.  Haziq menangis menggigil2 menahan sejuk penangan mandi di awal pagi. Maklumlah..di bilik air rumah kami takde water heater. Terpaksa la jugak Mami siram Haziq dengan air sejuk macam tu. Kesian Haziq..maafkan Mami ye nak..

Selesai mandi, Mami balut Haziq dalam selimut, peluk sampai Haziq rasa selesa. Dalam pada dok berkira2 nak sambung tido, Haziq termuntah lagi untuk kali kedua. Alamak!!! Nasib baik kali ni Mami sempat tadah. Selamat la satu lagi blanket kena muntah Haziq.

 Kesian Haziq..lembik terus..

Mami berkira2 samada nak bagitau Abi atau tak sebab after all Abi akan balik hari ni. Tapi memandangkan Haziq dah muntah berkali2, maka akhirnya Mami ambik keputusan untuk inform Abi jugak tentang hal ni. Setelah berbincang dengan Abi dan selepas mengambil kira nasihat Opah (mak Mami) ditambah pula melihat kepada keadaan Haziq yang dah nampak pucat, maka Mami terus ambik keputusan untuk bawak Haziq pergi klinik saja sebab Mami takut Haziq dehydrated.

Dalam kereta, dalam perjalanan ke klinik. Diam tak terkutik langsung.

Destinasi pertama, Klinik Othman, malangnya masih tutup atau mungkin jugak klinik tu memang tak buka pada hari Ahad. Dalam kepala Mami dah tak boleh fikir klinik apa lagi yang terima patient pagi2 camni selain daripada emergency unit Klinik Kerajaan. Mami pun terus la menghala ke sana tetapi di pertengahan perjalanan, Mami ternampak ada satu klinik yang dah buka. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Tanpa berfikir panjang, Mami terus membelok ke perkarangan Klinik Dinar (klinik baru sebenarnya) dan hasil konsultasi dengan doctor, rupa2nya Haziq hanya mengalami masalah pencernaan & syukur Haziq jugak masih belum dehydated, Alhamdulillah.. Haziq hanya diberi ubat tahan muntah dan doctor suruh Mami monitor keadaan Haziq sehingga ke petang sebab sekiranya setelah makan ubat pun Haziq masih lagi muntah2, Haziq mungkin tak boleh tolerate dengan ubat tu dan Haziq perlu dirujuk ke mana2 hospital utk further treatment..Oh..Mami takut sangat kalau Haziq terpaksa warded..

 Lepas makan ubat baru Haziq boleh makan benda lain. Mami buatkan bubur, tapi Haziq hanya makan 3 4 sudu..

Alhamdulillah menjelang petang Haziq beransur sembuh. Walaupun Haziq masih taknak makan bubur nasik, tapi Haziq dah mula mintak makanan lain. Moga2 inilah kali pertama & terakhir Haziq sakit macam ni. Mami tak sanggup tengok keadaan Haziq yang lesu. Mami nak Haziq sentiasa sihat & ceria. Amin..mudah2an..





shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, March 15, 2013

Aturan Allah itu sangat cantik

13.3.2013 hari ke3 Mami membonceng Abi naik motor untuk pergi kerja sebab kereta Mami masih lagi di bengkel. Kira-kira dalam pukul 4ptg, guruh mula berdentum-dentam menandakan hujan akan turun dengan lebatnya petang tu. Memang betul pun, bumi Klang tempat Mami mencari rezeki dibasahi hujan yang sangat lebat semasa azan Asar sedang berkumandang. Mami dah sedikit cuak. Almaklumla..nak balik rumah nanti kan nak naik motor. Mami start contact Abi.  Mami tanya Abi keadaan cuaca kat area ofis Abi. Abi cakap langit dah mendung. Abi tanya macam mana nak balik nanti? Mami bagitau  kalau terpaksa redah hujan lebat pon takpe, Mami sanggup sebab kesiankan Haziq terpaksa tunggu Mami lama sangat untuk jemput bawak balik rumah daripada rumah nenek babysitter. Kemudian, Mami tanya Abi lagi bila kereta boleh siap? Menurut Abi, kereta akan siap sepenuhnya & boleh diambil esoknya. Ohhh...Mami terpaksa redha. Jam 5.15pm Mami mula bersiap solat Asar & pam susu kesayangan Mami bungkus elok2 dalam beg plastik & letak dalam beg sandang. Persediaan sekiranya terpaksa meredah hujan, pam Mami akan selamat tak basah.

Cukup time, Mami pun keluar dari ofis. Abi dah sms bagitau dah sampai untuk jemput Mami balik. Mami jenguk2 tengok kat parking depan ofis Mami. Emmm..tak nampak pulak bayang motor Abi. Dalam hati dah ngomel.."Abi ni suka sangat cakap dah sampai, tapi still on the way". Tiba2 Mami nampak Vios kesayangan Mami meluncur dari tempat parking menuju ke tempat Mami berdiri. Mami senyum lebar sampai telinga sebab Vios Mami dah 'pulang kepangkuan' Mami. Rupa2nya Abi sengaja cakap camtu sebab nak surprise Mami (Eiiii..Abi memang suka menyakat Mami macam tu!!! Tadi confiden je cakap kereta tak siap lagi, rupa2nya.......eeeiiiii)
Perkara pertama yang Mami buat lepas Abi stop kereta depan Mami ialah terus tengok bumper Vios Mami yang 'tercedera' sebelum ni. Oh...dah ok. Cantik macam baru. Mami puas hati. So, perjalanan balik ke rumah petang tu dengan kereta. Motor oren Abi tinggalkan di ofis.

Mami syukur sangat2 sebab Allah takdirkan kereta Mami siap dan boleh digunakan petang itu kerana rupa2nya hujan yang sangat lebat mengiringi perjalanan kami. Laluan jalan untuk masuk ke kawasan taman perumahan kami juga dah dipenuhi air. Termasuk juga lorong di depan rumah kami turut dinaiki air. Ohhh..sangat cantik aturan Allah itu. Bayangkanlah jika Mami & Abi terpaksa balik petang itu dengan menunggang motor. Mungkin sehingga waktu Maghrib pon kami belum sampai rumah lagi sebab terpaksa berhenti di tepi jalan berteduh daripada hujan lebat dan mungkin juga kami tersangkut di dalam banjir. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu akbar!!!



shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, March 11, 2013

Kali pertama

Rentetan daripada peristiwa minggu lepas, hari ni buat pertama kalinya Mami membonceng Abi naik motor datang ke opis sebab Vios Mami dah 'admitted' kat 'pusat rawatan' Sabtu lepas.huhuhuhuh.. Patah kaki Mami minggu ni. Harap2nya tak lama la..

Tapi best jugak rupanya naik motor ni. Cuma yang tak tahan tu kalo Abi terlanggar lopak atau terpaksa lalu kat jalan yang agak tak rata, Mami macam terhentak2 la pulak...hihihhii.. Mami dok terbayangkan kalo Mami mengandung atau baru aje habis pantang terpaksa naik motor pergi kerja..hohohoho..mesti rase ngilu2 kan??? takmo bayangkan lah...ngeri!!!

Ape2 pun Mami dah selamat sampai opis awal dan berjaya punch card sebelum pukul 9..Alhamdulillah. Mudah2an perjalanan balik rumah petang ni akan lancar & tak hujan..amin..


Honda Future je..(kalo Mami tersilap tolong betulkan ye Abi..hhihihi)
Gambo ehsan pakcik google

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, March 7, 2013

Tragedi 6 Mac-Part II

Seperti yang dijanjikan, petang semalam Mami & Abi ber'blind date' dengan Akak & Suaminya. Mami punchcard out awal 1 jam sebab Abi dah berjanji untuk berjumpa dengan diorang pada pukul 5 ptg.

Jadi tepat pada waktunya, kami pun berjumpa di area Masjid Negeri. Suami Akak tu nampak ok je..(ye la..yang salahnye kan wife dia, bukan Mami). Lepas dok belek2 kecacatan Vios Mami, Abi bagi Suami Akak tu 2 pilihan:-
1) Abi akan hantar kereta ke mana2 pomen & diorang akan setel sendiri berapa saja kosnya.
2) Sama-sama pergi buat report polis & insurans akan cover kos untuk baiki kerosakan.

Suami Akak tu prefer untuk selesaikan sendiri sahaja dan Mami sangat bersyukur kerana option yang pertama tu pada pendapat Mami satu jalan yang paling mudah & cepat.

Petang itu juga Abi bawak kami semua ke bengkel kawannya untuk di'estimate' berapa kos untuk memperbaiki kerosakan Vios Mami. Insya Allah..lusa (Sabtu) Vios Mami akan 'admitted ward' dan untuk beberapa hari selepas itu, Mami & Abi terpaksa merempit untuk pergi kerja. Sekian

NotaKaki: Malang itu tidak berbau. Bilamana kita selalu berhati-hati, tetapi ada pulak orang lain yang kurang waspada, akhirnya berlakulah seperti yang terjadi pada Mami..Alhamdulillah, mujur Mami tak apa2 & mujur jugak Mami tak termelatah sewaktu kejadian tu. Kalau tak...huish..tak mau cakap la....

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, March 6, 2013

Tragedi 6 Mac

Pagi tadi macam biasa Mami akan drive sendiri ke opis. Selepas aje keluar dari TOL  T_ _ _ _ M_ _ _ _ _ menghala ke Federal Highway, perjalanan mula la slow. Mami mengensot sikit2 sambil dok layan Qasidah Ya Hanana dendangan pak Habib Syech. Dalam dok sedap2 berselawat, tiba2 Mami rasa tertolak ke depan & Mami dengar bunyi dentuman yang kuat. Alamak...Mami dilanggar dari arah belakang!!!! Apeke halnya pulak orang sondol aku tengah2 jalan jammed ni?? Ya Allah!! musibah apa pulak ni??? Dalam hati Mami dok mula bertanya2 apa dosa yang Mami dah buat hari ni sampai Allah 'bagi cash' kat Mami ni?? Allahu Akbar..inna lillahi wa inna ilaihi raji'un....
Mami tengok kat cermin pandang belakang, nampak orang yang langgar Mami dok tepuk2 dahi, dok geleng2 kepala. Adoi..teruk sangat ke bumper Vios Mami ni. Tak sabarnya Mami nak park tepi jalan nak tengok tahap kecederaaan Viosku..huhuhuuhhu...
Akhirnya selepas beberapa minit, Mami & 'Kakak' tu dapat port yang sesuai untuk park sekejap. Belum sempat Mami keluar kereta, Kakak tu dah datang siap mintak maaf sambil cakap "kereta you tak teruk, calar je. Kereta I yang teruk. Tengok ni ha..(sambil tunjuk bumper depan kereta dia yang dah terjongket)". Mami speechless & masih lagi dalam keadaan terkejut. Mami hanya ingat nak ambik no. telefon Kakak tu je. Plat No. kereta dia pun Mami lupa nak ambik. Mami cuma boleh ingat kereta dia jenis Proton Saga kaler silver.. Lepas ambik contact no. Akak tu, Mami pun terus dalam keadaan yang masih lagi terkejut & menggigil2 terus continue drive ke opis..
Sepanjang perjalanan, kepala Mami tak abis2 dok pikir apa yang patut Mami buat. Mami nak telefon Abi, tapi henfon Mami dah battery off. Mami rasa nak nangis, tapi tak boleh nak nangis (air mata takmo keluar..huhuhuhu..) Pelan2 Mami selawat, istighfar banyak2. Mami cakap sorang2, "tiap2 yang terjadi, pasti ada hikmahnya" Insya Allah..
Now, Mami nak bersiap2 kemas barang sebab sekejap lagi Mami & Abi nak pegi jumpa Akak & her Husband untuk bincang hal ini sebab Akak tu cakap Vios Mami tak rosak teruk, sedangkan masa Abi datang tengok tadi, rupa2nya Vios Mami memang teruk. Boot belakang tak boleh tutup rapat, lampu renggang..nanti Mami update lagi outcome perbincangan petang ni.



shawqunnur.blogspot.com ®