Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Tuesday, May 5, 2015

A very faint double line to single line..

Sambungan daripada ENTRY lepas..

Awal pagi Jumaat (27/2/2015) (ketika itu Abi masih lagi outstation ke Kelantan) dengan penuh semangat Mami terus grab UPT cap Guardian yang dah lama dok tunggu Q untuk digunakan. Tanpa banyak berkira2, Mami buat apa yang patut & macam biasa terus letak kat atas toilet flush sementara nak mandi etc. Sambil2 tu dok jeling2 la jugak tgk UPT to kot nampak 2 line..Tapi memang tak la kan..dasar rabun..haram 1 line pon takkan nampak kalo dah tak pakai spek (masa mandi takkan nak pakai spek kan..) hihihi..

Lepas selesai , Mami pon kalut dengan Haziq pulak. Bagi mandi & siapkan dia. Ohh..hampir2 terlupa nak tengok result UPT tadi. So, tanpa berlengah, Mami pun ambik la UPT yang masih di dalam bilik air. Sekali pandang nampak hanya 1 line je. Tapi Mami tak puas hati.tengok lagi sekali. Eh..ada 1 lagi line la...very faint line!!



Terus dalam hati macam dah berbunga2 sebab walaupun faint line, Mami yakin dan percaya ianya positive. Mungkin terlalu awal Mami test atau alat UPT tu perlukan paras HCG yang lebih banyak untuk detect pregnancy. So, Mami pon decide untuk repeat UPT lagi seminggu untuk double confirm.

Tapi...



















Belum sempat seminggu...


























Sabtu malam Ahad, Mami dah mula terperasan ada semacam tompokan darah segar (spotting) sebesar syiling 5 sen semasa Mami buang air. Tapi Mami just ignore sebab keluar spotting in early pregnancy bukan perkara yang luar biasa. Sehinggalah pada keesokan pagi, kira2 jam 5 pagi, Mami terjaga dari tidur sebab terasa seperti contraction nak bersalin. Tapi dek kerana terlalu mengantuk, Mami terus melayan rengat sampai terlena semula. Mami malas nak kejutkan Abi sebab kesiankan Abi yang kepenatan baru sampai dari Kelantan. Tapi, jam 6 pagi, sakit bertambah kuat & bila Mami bangun aje dari katil, terus terasa cecair panas mengalir di betis dan agak banyak & ianya adalah darah yang fresh!! Oh...perkara yang langsung tidak disangka2 akhirnya terjadi pada Mami. Mami bleeding!!

Benarlah seperti yang diceritakan. Sakit keguguran ni memang sangat sakit!! Mujurlah kandungan masih muda..kira2 dalam 5-6 minggu, jadi Mami tak perlu buat D&C.. 'Adik' keluar completely pada hari ke2..

Adik, biarpun hanya sekejap Allah pinjamkan Adik untuk Mami, Abi & Abg Haziq, tapi kehilangan Adik tetap membuatkan kami semua rindukan Adik. Moga kita semua berkumpul semula di syurga nanti & moga Mami cepat dapat pengganti Adik...Insya Allah.

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 30, 2014

Selamat tinggal Sultanku..Selamat datang Sultan yang baru.

Tak terlewat lagi rasanya untuk Mami mengucapkan takziah kepada kerabat diraja Perak khasnya dan seluruh rakyat Negeri Perak amnya di atas kemangkatan baginda Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Sungguh fitrah setiap kejadian yang ada awalnya pasti akan berakhir, yang ada tidak akan kekal abadi melainkan Allah SWT. Kepada almarhum Tuanku Sultan, moga rohnya ditempatkan bersama salafussoleh. Perjalanan Tuanku di dunia ini telah bernoktah, moga pengganti Tuaku akan terus menyambung menabur jasa kepada kami semua. 

 

Kepada Sultan Perak yang baru, kami sebagai rakyat hanya mengharapkan Tuanku menjadi pemerintah yang adil & saksama. Yang sentiasa berlandaskan kepada ajaran Islam dan bukan bangsa melayu semata-mata. Semoga rakyat negeri Perak mendapat yang terbaik daripada baginda Tuanku.

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, March 11, 2014

Cerita si Kecil, si Ayah, si Ibu, si Tua & Mama

(Ku dedikasikan puisi ini buat Adikku yang amat ku rindui sempena memperingati hari lahirnya yang ke 26 pada 15 Mac nanti..al Fatihah)  

Ada 1 cerita
Kisah sebuah keluarga 3 beranak
Malangnya si Ibu telah menemui penciptaNya
Sebelum si anak puas bermanja
Amanat Ibu: "besarkanlah si Kecil dengan sempurna"
"Didiklah dia dengan iman dan taqwa"
"Agar kelak menjadi insan berguna"
"Jambatan buat Ibu Ayah ke syurga"

Tinggallah si Kecil dengan si Ayah
Malah keluarga Ibu jugak tidak membantah
Kerana mereka faham hati dan batin si Kecil
Pasti lebih parah jika berpisah pula dengan si Ayah
Jika itulah yang paling terbaik
Mereka sanggup beralah
Biarpun hati mereka gundah

Benar si Kecil hak mutlak si Ayah
Namun sepertinya si Tua yang lebih bersusah-payah
Makan, minum, mandi hatta tidur si Kecil
Si Tua lah yang lebih memberi perhatian
Mentanglah si Tua masih berqudrat
Si Ayah seolah mencuci tangan
Di manakah janji si Ayah kepada si Ibu dulu? 
Faham..si Ayah perlu mencari nafkah
Agar keperluan si Kecil sentiasa tersedia 
Tapi bukan sekadar keperluan yang si Kecil dambakan
Hakikatnya si Kecil kehausan perhatian dan kasih sayang Ibu dan Ayah
 Jika disiang hari si Kecil merindui si Ayah yang keluar mencari rezeki
Maka sisihlah sedikit waktu pada malamnya untuk si Kecil bermesra
Pasti si Kecil bahagia bila lenanya dalam pelukan si Ayah
Sambil diulit nyanyian dan dodoian manja
Terubatlah rindu si Kecil pada si Ibu yang telah tiada

2 tahun sudah berlalu
Akhirnya si Ayah tak betah bersendirian
Fitrah makhluk yang ingin berpasangan
Si Ayah membawa si Mama pengganti si Ibu
Si Kecil yang langsung tak pernah mengerti
Sungguh gembira menyambut ibu baru
Teruja hingga tidak terucap dengan kata-kata
Hati si Kecil kembang menggebu-gebu
Bangga dia juga mempunyai ibu
Betapa bahagianya si Kecil itu
Kerana Ibu yang dirindu akhirnya muncul di depan mata
 Seluruh dunia dicanang dan dijaja
"Inilah Mama saya!!"

Saat si Mama bersetuju menerima si Ayah
Pasti dia juga bersedia menerima si Kecil
Namun timbul pula isu kedua
Si Tua seolah kurang percaya
Bermacam dalih si Tua cipta
"Si Kecil lasak Mama pasti penat"
"Kasihan Mama yang belum terbiasa"
Si Kecil yang teruja ingin bermanja dengan Mama
Menjadi mangsa si Tua yang tamak kuasa

Si Mama hanya pihak ketiga
Masakan mampu dirinya bersuara
Si Ayah diam 1000 bahasa
Membiarkan si Kecil terus didominasi si Tua
Padahal si Kecil itu hak mutlaknya

Mungkin dia telah lupa tujuan utama menikahi si Mama
Juga syarat sebelum si Mama diterima
"Si Kecil adalah subjek utama"
"Jika si Kecil Mama terima, Mama diterima dengan berlapang dada

 Apakan daya nasib si Kecil
Jiwanya meronta batinnya merintih
"Kenapa si Tua perlu pisahkan dia daripada Ayah Mama?"
"Bukankah anak perlu tinggal bersama ibu bapanya?"
"Kenapa bukan Ayah dan Mama yang menguruskan dirinya?"
"Kenapa perlu berjadual untuk serumah dengan Ayah Mama?"

Kasihan si Kecil ketandusan kasih sayang
Setiap detik merindukan si Ayah dan si Mama
Tetapi tak mampu meluahkan dengan kata-kata
Hanya tangisan bukti kesedihan
Setiapkali si Tua memaksanya ditinggalkan
Kasihan si Kecil mangsa keadaan

Benar sayangnya si Tua tiada bandingan
Si Kecil dilayan bak putera raja
Namun batin si Kecil tetap menderita
Hak bermanja dengan Ayah Mama dihalang si Tua 
Jika beginilah selamanya
Mampukah si Mama untuk terbiasa?

Wahai si Ayah
Kamu lelaki sejati yang bukan dayus
Berusahalah menjaga 'amanah'mu dengan qudratmu sendiri
Sudah-sudahlah kamu bergantung dengan si Tua
Kasihanilah si Kecil yang masih belum mampu bersuara
Ayuh besarkan si Kecil sepertimana amanat si Ibu

Wahai si Tua
Terimalah hakikat si Ayah telah mempunyai si Mama
Positifkanlah tanggapanmu terhadap si Mama
Sesungguhnya dia mampu menggantikan si Ibu
Letakkanlah dirimu di tempat si Kecil
Bagaimana perasaanmu bila diperlakukan sebegitu?
Sesungguhnya si Kecil, si Ayah dan si Mama berhak membina keluarga mereka tersendiri

Wahai si Mama
Buktikanlah kemampuanmu kepada si Tua
Suarakan hasratmu kepada si Ayah
Biar dia tahu biar dia faham
Kamu dan si Ayahlah yang bertanggungjawab ke atas si Kecil
Si Kecil adalah amanah Allah untuk kamu dan si Ayah
Bukan si Tua dan bukan juga orang lain
Kerana kamu bertiga adalah 1 keluarga 

Kepada si Ibu
Tenanglah dikau di sana
Sungguh si Mama adalah penggantimu
Tapi dia tetap tidak setandingmu
Moga kamu aman dan baik-baik sahaja
Beristerehatlah menunggu si Ayah dan si Kecil bila tiba waktunya
Agar semuanya bersatu kembali untuk selamanya

*Puisi ini adalah nukilan khas luahan perasaan seorang pemerhati yang sangat prihatin tetapi suaranya tidak mampu terluah malah bicaranya juga bagaikan angin lalu kerana siapalah dia yang hanya pihak ketiga. Besar harapan si penukil kiranya pembaca puisi ini yang lebih memahami situasi sebenar agar menyampaikan suara hatinya kepada si polan dan si polan watak terpenting di dalam puisi ini agar maksudnya bisa disampaikan*
 shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, February 27, 2014

Rindunyeeeeer lahaiii..

 

Bila Mami dah mula meroyan dok godek folder lama..maka terkeluarlah gambo2 lama ni..Masa Haziq berumur 2-3 bulan. Alaaaaahaiii.....rindunya nak ber'baby' lagi. Mami gerammmmmm sangat tengok Haziq dalam gambo ni. Memang so adorable and gebus gebas. Rasa macam nak picit2, nak geget2..nak gomol2 je budak yang super cute ni..Jangan salah sangka ye..Mami bukan nak riak ke hape ke tau, dok puji kecomelan anak sendiri ni. Tapi Mami sebenarnya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana dipinjamkan Allah anak yang cukup sempurna rupa parasnya..subhanallah!!..alhamdulillah..Allahu akbar!!!

Dah...tu je yang Mami nak share..bye!!


shawqunnur.blogspot.com ®





Monday, December 30, 2013

Hari-hari terakhir 2013

Tak lama lagi 2013 akan meninggalkan kita dengan 1001 kenangan yang manis dan mungkin juga kenangan pahit. Bagi Mami, 2013 ni tak banyak beza dengan tahun-tahun lepas yang lain. Dari skop kehidupan keluarga kecil kami, kami masih lagi bertiga dan belum ade tanda2 kami akan bertambah ahli keluarga...huhuhu..

Dari segi kerjaya, Mami masih lagi kekal dengan posisi yang sama dan di pejabat yang sama. Yang berubah hanyalah suasana kerja dengan kehadiran gantian staff baru di samping staff2 lama dan juga karenah pelanggan yang ada kalanya semakin mencabar dan betul2 menguji kesabaran dan kemampuan Mami.

Cuma yang mungkin yang akan terus tinggal kenangan dan menjadi sejarah sepanjang hayat Mami ialah tahun ni Mami kehilangan sorang ibu saudara (sebelah abah) - Allayarhamah Makcu yang Mami akan terkenang2, sorang sepupu (sebelah Abi) -Allayarham Hanif yang Mami belum sempat kenal, sorang bapa saudara (sebelah mak) - Allayarham Angah yang pastinya akan Mami selalu rindu dan juga sorang nenek saudara (sebelah mak)- Allayarhamah Opah Kati yang kelucuannya akan terus segar diingatan Mami. Alfatihah untuk mereka semua..semoga roh2 mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama Mukminin solihin..

3 bulan terakhir 2013 merupakan bulan ujian kesihatan Mami. Bermula dengan kisah gatal2 seluruh badan seminggu sebelum Raya Haji, bersambung pulak dengan sakit mata yang kronik dan belum sempat betul2 pulih, berdepan pulak dengan masalah calculi..Tapi Alhamdulillah..semua masalah pastinya berhikmah dan kini bila menghampiri saat2 akhir 2013, semua ujian kesihatan itu telah beransur pulih.

Pencapaian sepanjang tahun 2013 pun nampaknya takde yang super duper boombastik sangat. Jadinya azam Mami yang masih tertunggak tahun ini macam biasa akan di carry forward le ke tahun 2014 pulak..kikiki..
Cuma satu aje lagi tambahan azam untuk tahun 2014 ialah Mami nak menambahkan lagi umat Muhammad..mudah2an sebelum penghujung 2014 tercapailah semua hasrat Mami ini..amin.

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, August 23, 2013

Raya raya raya..2013

Satu2nya gambar yang sempat di snap pada hari raya pertama..
Tahun ni 1 Syawal jatuh pada hari Khamis. Hari Selasa petang kami sekeluarga berangkat balik kampung. Alhamdulilah perjalanan balik kampung kami sangat lancar biarpun jumlah kereta bertambah. Kami selamat sampai di kampung Mami pada jam 10 malam. Di kampung sudah meriah dengan keluarga abang Mami yang sudah balik kampung lebih awal. Alhamdulillah, akhirnya dapatlah jugak merasa bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga Mami. Kemeriahan menyambut Syawal di kampung sangat terasa bila semuanya berkumpul. Masing-masing komited dengan tugasan yang dipilih. Mak Mami sibuk dengan ketupat & rendang, Makyang sibuk dengan sup & kuih raya, Makteh kemas mengemas rumah, Mak usu mencuci pinggan mangkuk, Mami pulak bermandi peluh menggosok baju raya semua orang. Meriah dan sangat menyeronokkan. Terasa keakraban sesama adik-beradik yang jarang2 sangat dapat dirasa setelah masing-masing hidup membawa haluan masing2. Sesungguhnya silaturrahim di antara Mami & adik-beradik adalah sesuatu yang paling mahal yang tak boleh dibeli walau dengan harga yang berjuta..(huhuhu..tersyahdu syahdan plok..)

Aktiviti pagi raya macam biasa akan bermula dengan sarapan & seterusnya bersiap ke masjid untuk bersolat sunat Aidilfitri. Sepatutnya ada sesi bersalaman & bermaafan sebelum ke masjid, tapi memandangkan masing2 sibuk bersiap mengejar masa untuk ke masjid, terpaksa lah KIV dulu bab salam2 ni..boleh plak gitu kan? Tapi ada 1 lagi yang ekstravaganza di pagi 1 Syawal pada tahun ni sebab harijadi Mak Mami jugak kebetulan jatuh pada hari ini!! Wah...tambah meriah gitu!! Sambut raya dengan kek harijadi..!! Selesai solat sunat hari raya, kami berkunjung ke rumah Opah Mami sebentar sebab kalo tak pergi time ni, memang takkan sempat nak pegi lagi. Memang betul pun, sekembalinya kami dari rumah Opah, tetamu yang datang ke rumah langsung tak putus2, bersilih-ganti sehinggakan tak kering la tangan kami semua bersiap itu ini melayan tetamu. Sampai ke malam la kami melayan tetamu. Meriah betul suasana hari raya di kampung Mami. Adat kunjung-mengunjung sesama sanak saudara & jiran tetangga masih menjadi amalan. Teringat pengalaman berhari raya di kampung Abi yang sangat berbeza cara sambutannya. Lepas solat sunat hari raya, ziarah kubur, jika tak ke mana2, terus balik rumah, tengok TV. Takde rombongan orang masjid/surau, takde jiran tetangga yang datang berkunjung. Kalu ada pun budak2 je. Itu pun beberapa kerat. Langsung tak terasa meriah beraya. 2 kali Mami berpeluang beraya di kampung Abi, betul2 buat Mami rasa mati kutu. Pakai baju raya cantik2, tapi dok lepak kat rumah je. (Abi, sila jangan marah tau..sekadar berterus-terang..peace no war!!)

Hari raya ke-2, sebelum solat Jumaat kami mula berangkat ke kampung Abi yang jarak perjalanan lebih 100km daripada kampung Mami. Di dalam perjalanan sempat jugak ziarah member Abi yang kebetulan kampungnya satu daerah dengan Mami. Lebih 1 jam perjalanan, akhirnya kami selamat sampai di kampung Abi pada jam 3 ptg. Seperti yang Mami dah jangka, hanya mak mertua Mami & Irfan yang ada menyambut ketibaan kami. Abang sulung dan abang no.2 masih beraya di rumah mertua masing2. (Agak ralat jugak sebenarnya sebab Abi nak cepat sangat sampai kat kampungnya sebab hari raya pertama di kampung Mami, langsung tak sempat Mami nak beraya ke mana2 menziarah sahabat handai. Tapi dah namanya isteri kan..terpaksa rela jela..) Berbalik kisah di kampung Abi, selepas makan tengahari ala kadar, destinasi pertama kami beraya di rumah Makwan, kemudian ke rumah Opah. Memandangkan Opah akan berkenduri esoknya, maka dah tentu2nya lah Opah akan bizi sepanjang hari. Istilah 'beraya' di rumah Opah tu macam sekadar pegi jenguk muka jela atau secara kasarnya, 'pepandai kau lah layan diri kau sendiri' wakakakakakka...

Malamnya selepas solat jamak taqdim maghrib & isyak, kami ke rumah kawan Abi. Kemudian sekali lagi ke rumah Opah dengan tujuan nak menolong2 apa yang patut untuk kenduri esok. Tapi setiba di sana, langsung tak ada apa2 kerja yang perlu dibuat. Sekadar lepak2 kosong, minum2 air je.

Hari raya ke-3, selepas bersarapan masing2 bersiap2 untuk ke rumah Opah. Acara bermula jam 12 tengahari. Lepas tu balik rumah. Prepare serba sikit untuk kenduri esok. Malam lepas solat jamak taqdim maghrib & isyak kami ke rumah Maklah yang hanya selang beberapa pintu daripada rumah mak abah Abi. Acara bidan terjun sebenarnya sebab Pakcik nak sangat abang sulung Abi bagi tazkirah di rumahnya. Jam 10 lebih kurang kami semua balik ke rumah & tidur.

Hari raya ke-4, awal2 pagi masing2 dengan tugasan masing2 membantu apa yang patut membuat persiapan untuk kenduri tengahari nanti. Seperti biasa mak sebagai masterchef, Abi pembantu tukang masak, Mami memotong2 & menyiang udang, biras no. 1 menyiapkan sarapan, biras no.2 menyapu dan mengemas rumah, abang2 ipar susun atur meja kerusi, sepupu2 menyudahkan apa yang belum siap. Apa yang penting kenduri pada kali ni Mami tak rasa letih sangat sebab keluarga abang no.1 & 2 tiba lebih awal dan banyak membantu. Semasa kenduri dah berlangsung pun Mami relax aje. Petang selepas asar, abang no.1 balik ke rumahnya, abang no.2 balik ke rumah mertuanya. Yang tinggal hanya kami anak-beranak.

Hari raya ke-5 jam 10 kami mula bergerak balik ke kampung Mami semula. Tapi singgah dulu di Manjung di rumah cikgu Abi ber'mini reunion' di sana. Jam 5 petang baru sampai di kampung Mami. Yang tinggal hanya adik bongsu Mami, mak & abah. Hasrat hati nak menagajak abah dan mak beraya di rumah mak sedara, tapi semuanya terpaksa ditangguhkan sebab adik Mami yang tiba2 diserang athma masih lagi belum betul2 pulih.

Hari raya ke-6. Pagi2 selepas sarapan kami beraya di rumah jiran yang masih belum sempat dikunjungi. Selepas zohor kami sambung berhari raya di rumah jiran yang lain pulak, kemudian terus ke rumah Alang di Kati dan kembali balik ke rumah. Esok kami akan pulang ke rumah kami. Jadi pada waktu malamnya lebih banyak masa dihabiskan dengan melipat baju2 dan mengemas beg.

Hari raya ke-7. Kami kembali pulang ke kota. Cuti selama 8 hari telah tamat pada hari ini. Esok Mami & Abi akan mula bekerja seperti biasa. Tapi yang paling best, mak & abah Mami turut ikut kami. Jadi, biarpun kami cuma beraya di kampung selama beberapa hari, tapi kami masih berpeluang beraya dengan mak & abah di sini, di rumah kami.

Sekian kisah raya kali ini. Semoga kita semua masih diberi peluang untuk terus menyambut Ramadhan & Syawal pada tahun2 yang akan datang.Amin..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, August 5, 2013

Entry khas sempena Aidilfitri 1434H

Insya Allah lagi 2 hari seluruh umat Islam khasnya di nusantara akan menyambut 'Idul fitdri' dan keluarga kecil kami akan memulakan destinasi balik kampung pada 6.8.2013 petang/malam esok. Frankly speaking Mami dah 'takde hati' nak bekerja, tapi kerana tugas..kuterpaksa..hohoho..
Bukan apa..yang sebenarnya mood nak raya dah membuak-buak ni. hihihi..macam budak kecik je kan?? 

Raya tahun ni, macam tahun2 lepas kami bersederhana. Persiapan untuk raya sekadarnya je. Tapi dalam pada kami bertiga, yang paling sedih Abi lah..sebab Abi terpaksa pakai baju melayu tahun2 lepas untuk solat sunat hari raya nanti. Semuanya gara2 Abi terlambat hantar kain ke tailor..hohohoho..(pengajaran utk Abi..lepas ni jangan bertangguh lagi nak buat baju..kalo tak...kena pakai baju lama lagi..huhuhuu..tak best!!!!!)

Alhamdulillah..untuk Mami dan Haziq, kami beraya dengan baju baru. Warna hijau pilihan tema kami tahun ni. Tapi hijau kami taklah seragam sangat sebab Mami ala2 hijau cendol, Haziq pulak more to hijau lumut & Abi pulak either hijau cam Mami or hijau epal. Gasaklah gayah...janji baju kan? hihihihi...Untuk 2nd day raya, kami pilih kaler ala2 maroon pink. Mami punya baju kurung pesak gantung, Abi & Haziq kemeja kotak2 sedondon. Utk raya ke3 & seterusnya, Mami pakai aje baju2 lama yang still nampak cantik..kikikikik..tapi bonus utk Abi & Haziq deme boleh melaram lagi dengan tshirt baru..kehkehkeh...

Habis bab baju raya. Mami nak cerita pasal kuih raya pulak. Tahun ni macam tahun2 sudah, Mami prepare kuih tunjuk je..hihihi...Mami memang teringin nak bake biskut raya, tapi facility kat rumah kami sangat2 tak mengizinkan. Oven cinonet je..hadiah kawen dulu. Kalo nak buat biskut 100pcs ntah brape sesi le nak masak  biskut tu sebab sekali naik boleh masak dapat dalam 5 pcs je. Lepas tu  oven Mami xde temperature indicator..pernah kononnye buat biskut beberapa kali sebelum ni, biskut Mami sokmonye hangus, kat luar dah ireng, dalam tak masak..macam2 la..so, Mami decide, no more baked biskut raya until Mami dah ada oven yang betul2 sesuai..hihihihi.. Tapi utk raya kali ni ada jugak 1 kuih raya yang Mami buat sendiri..biskut yang tak payah guna oven..goreng2 aje..kuih popia nestum..jadi la kan...hihihi..

Tahun ni Mami betul2 'berkira' order kuih raya. Mami taknak sejarah lama berulang kembali. Percaya tak, biskut raya tahun lepas punya pon masih ada lagi dalam tersimpan dalam peti ais kat rumah Mami?? Sebab tu la untuk tahun ni Mami just order/beli kuih yang betul2 Mami sure boleh cepat habis. Memandangkan Mami jenis yang hantu kerepek dan juga untuk mengelakkan pembaziran, pilihan kuih raya tahun ni lebih kepada kerepek2 saje. Biskut2 ada la dalam 2 3 jenis je buat penyeri balang kuih raya kata orang..kikikiki..

Ok lah..Mami penat berceloteh panjang2..Masa untuk kembali bekerja dah ni. Moga perjalanan balik kampung kami & kembalinya kami ke kota sentiasa dalam perlindungan dan peliharaan Allah SWT. Amin..

 Jom layan aksi si kenit dok melaram baju raya..heh..tibe2 je kan..tititititi..sukati Mami la kan..

 Si kenitku yang dah beso..
 Elok2 je baju ni dengan Haziq..cuma seluar & panjang lengan kena lipat sikit
Big boy..1yr 6mo mase ni..pakai baju saiz 2 tahun pun ngam2 je..

Sebelum mengundurkan diri (macam tulis surat pulak kan?? hiiiiiii..) Mami mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan kemaafan zahir & batin kepada sesiapa yang mengenali Mami & keluarga termasuklah mane2 silent reader blog ini. Salam 'Eid Mubarak minal 'Aidil wal Faizin.


shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, July 18, 2013

Sangat Happy!!! Lalalallalalala...

2 3 menjak ni Mami susah sangat nak update blog kat opis Mami. PC Mami terlalu slow and selalu sangat hang..adoi..dah la macam banyak je benda yang Mami rasa nak share kat sini. Tapi malangnya Mami tak boleh..huhuhuhu..sedih kan.?

Alhamdulillah hari ni PC Mami dah ok lepas Mami dok godek sana godek sini..hihihihi..tak sangka Mami ada bakat jadi PC technician..kahkahkah.. Happy sangat tau!!! Akhirnya Mami dapat menaip entry dengan sangat lancar & PC Mami dah tak hang lagi..Syukur...

Itu aje cerita Mami...sekejap lagi Mami nak post entry pasal benda lain pulak. This is just a begining..so......wait ya!!!

Challo & selamat berpuasa!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, July 10, 2013

Ahlan ya Ramadhan

Alhamdulillah tahun ke-2 berpuasa sebagai Mami. Tahun lepas Haziq kecik lagi. Baru pandai angkat2 bontot nak merangkak. 1st day solat terawih Mami dengan penuh rasa semangat bawak Haziq ke masjid untuk sama2 berterawih. Haziq ok aje..tak menangis pon even masa tu baru nak masuk 7 bulan. Tapi Mami tak boleh tahan dengan budak2 lain lep plak. Time Mami solat ade yang cuba nak dukung Haziq la, main dengan Haziq over2 sangat la sampai menjadikan Mami agak kecut perut & tersangat bimbang untuk teruskan solat dengan terawih & biarkan Haziq sorang2. So, the best solution is terpaksa la tunggu tahun depan (which is tahun ni) utk teruskan niat berterawih di masjid.

Tahun ni Mami kembali berkobar2 nak join solat terawih di masjid. Tapi Mami buat keputusan untuk bersolat di ruangan 'warga emas' je memandangkan ruang solat wanita terletak di tingkat 1 masjid dan keadaan ini mungkin akan mengundang bahaya kepada Haziq disebabkan Mami takut Haziq main tangga.. (yela Haziq kan dah 18bln..berjalan dah laju..!!)

Dipendekkan cerita, tahun ni sekali lagi Mami nampaknya terpaksa berterawih sendirian di rumah..huhuhu.. Kali ni bukan sebab Haziq kacau Mami solat, tapi Mami takut jemaah lain terganggu sebab Haziq ada sekali dua tu berlari kat depan saf. Even masa tu belum mula solat, tapi Mami ada terperasan makcik2 kat situ macam tak selesa ada budak kecik macam Haziq ni dok kat ruang solat tu. Jadi, sebelum ada orang bukak mulut complaint itu ini yg akhirnya akan buat Mami sakit hati & bertambah dosa, Mami decide untuk lupakan keterujaan berterawih di masjid dan akan berterawih dengan Haziq saja di rumah.. Dalam hati Mami memang kecewa yang teramat sangat tapi nak buat camna kan..biah masjid di kebanyakan tempat di Malaysia ni (kecuali masjid UIA tempat Mami belajar dulu) memang tak mesra kanak2. Bagi jemaah terutama makcik2 & pakcik2 yang tua2 tu, baby2 & anak2 kecik tak sesuai dibawak ke masjid, sedangkan bagi generasi berilmu seperti generasi Mami yang dah open minded ni memang sangat menggalakkan anak2 kecik dipupuk dengan budaya cinta masjid dan sangat tak bersetuju dengan istilah 'Masjid hanya untuk org2 tua'..oh..apalah daya Mami yang hanya berseorangan nak menyedarkan 'mereka' yang ramai itu..huhuhuhu..Mami terpaksa redho..Oh..terpanjang pulak luahan perasaan..hihihih..

Ok berbalik pada cerita puasa. Tahun ni Mami nak jadi lebih bersistematik dan berdisiplin dengan pengurusan waktu. Maklumlah..Mami kan isteri & ibu yang berkerjaya yang dalam masa yang sama nak serve the best utk familiy..So, puasa tahun ni Mami dah siap2 dengan plan menu yang sesuai utk kami anak-beranak. Contohnya:

MENU BERBUKA PUASA/SAHUR (Minggu pertama)

10/7/2013 (Rabu)
Ikan Sardin Goreng Berlado
Sayur Bayam Tumis
Soya Cincau

11/7/2013 (khamis)
Acar Ikan Tenggiri
Kangkung Tumis
Sambal sotong
Jus Mangga

12/7/2013 (Jumaat)
Pindang Serai Ikan
Tauge Tauhu Tumis
Air sunquick

13/7/2013 (Sabtu) Kerutub Ayam
Ulam-ulaman + Sambal Kuini
Puding Cendol
Air Soya

14/7/2013 (Ahad)
Siakap 3 Rasa
Timun + Sambal Serai
Caramel
Teh Herba

Iklan jap....Iklan jap...


Berselera je Haziq bersahur


Lepas makan tengok TV le plak ye Haziq..senangnye hidup jadi budak2 kan?? hihihi..

Apa2 pon Mami mengharapkan Ramadhan kali ni akan dapat dilaksanakan dengan cemerlang..amin Insya Allah...

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, June 11, 2013

Irfan oh Irfan!!

Ingat tak, di entry ni Mami ada mentioned pasal Irfan.. So, hari ni Mami nak story sikit tentang anak bertuah yang sangat comel ini, Muhammad Irfan.
 Memiliki wajah persis ibunya menjadi penawar kerinduan kami semua terhadap arwah.

Irfan ialah anak saudara Mami sebelah Abi @ anak kepada adik Abi. Kisah Irfan ini sedikit tragis sebab Irfan sudah kehilangan kasih sayang ibunya pada usianya yang baru menginjak 1 tahun 12 hari. Cerita tentang ibu Irfan Mami pernah rakamkan di sini dan di sini. Sejak ketiadaan ibunya, Irfan tinggal dengan Opah & Atuk. Lumrah alam, anak yang kehilangan ibu (anak yatim) pastinya mendapat lebih perhatian. Semua orang sayang dan simpati dengan Irfan. Dengan kelebihan ini, Irfan membesar sebagai anak emas kepada semua orang. Dialah penawar, dialah racun.

Tidak dinafikan Irfan adalah seorang anak yang senang diurus. Cuma mungkin kerana Irfan ini anak yatim dan semakin membesar, maka adalah serba sedikit karenahnya yang seringkali menguji kesabaran penjaga2nya. Apa2 pun, bagi Mami, Irfan adalah seorang yang penyayang, sangat manja & sensitif (kuat merajuk). 
 

Irfan membahasakan dirinya sebagai 'Abang' jika bermain bersama-sama dengan Haziq. Jika moodnya bagus, Irfan akan melayan Haziq dengan baik sekali. Memboncengkan Haziq naik basikal sama2, peluk2 & sayang2, berkongsi mainan, makan suap-menyuap sehingga menjadikan Mami seringkali terasa ingin menitiskan air mata terharu melihat keakraban mereka.

Irfan, Mami sayang Irfan sama macam Mami sayangkan Haziq. Walaupun ibu Irfan dah tak ada lagi, tapi Irfan ada Mami. Insya Allah, Mami akan berusaha menjadi Mami yang terbaik untuk Irfan. Mudah2an Irfan akan menjadi anak yang soleh, bijak & berakhlak yang terpuji. Amin


shawqunnur.blogspot.com ®

Akhirnya umpan dah mengena!!

Tolong jangan keliru ye. sebenarnya entry ni khas untuk luahan geram Mami kepada 'Cik Ti' yang dah 3 4 bulan dok bermaharajalela dalam rumah kami, merosakkan harta benda kami, mengotorkan rumah kami & mencemarkan makanan & udara dalam rumah kami selama ini.

Sebelum ni Mami selalu nampak Cik Ti berkejaran di luar tingkap dapur je. Nak dijadikan cerita satu hari tu salah satu cermin tingkap dapur pecah dan Cik Ti yang selama ni dok terjenguk2 je dari luar dapat la peluang baik punya untuk 'menawan' rumah kami.

Mami mula menyedari kehadiran Cik Ti ni bila satu pagi tu Mami tercium bau yang amat busuk dan meloyakan di dapur. Puas mami cari dari mana datangnya bau busuk tu tapi tak jumpa. Kemudian ada pulak najis2 yang menggelikan bertaburan di atas kabinet dapur Mami. Mami yakin sangat semua itu adalah 'kerja' Cik Ti. Bermula saat itu Mami 'isytiharkan perang' terhadap Cik Ti.

Bermula dengan mencari 'sarang'nya & cuba menabur racun. Tapi Cik Ti ni sangat licik & agak panjang umurnya. Biarpun racun yang Mami umpan telah habis dimakan, tapi Cik Ti masih hidup malah kian mengganas. Inilah menjadikan Mami semakin geram. Akhirnya kami cuba dengan cara perangkap pula. Seminggu jugak la perangkap tu terbiar langsung tidak mengena. Tapi akhirnya saat yang ditunggu2 telah pun muncul pagi tadi.


 Inilah tangkapan yang lumayan tu..
'Mengucaplah' kamu wahai Cik Ti..sebentar lagi kamu akan dihukum rejam sampai mati.

Hah...puas hati Mami!! Dendam Mami dah berbalas!! Moga2 lepas ni tak ada lagi Cik Ti yang berani nak masuk menghuni istana hinggap kami. Sayonara Cik Ti....muahahahahahhahahaha!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 10, 2013

PRU 13 paling kotor (pandangan peribadi)

Demokrasi sepertimana pemahaman Mami bermaksud seluruh rakyat menjadi watak utama yang akan memilih untuk membentuk struktur kerajaan di mana rakyat diberikan hak untuk bersuara secara adil dan mengundi mana2 pihak yang mereka yakin akan menjamin keselamatan, keadilan, dan kemakmuran kerajaan yang akan dibentuk.  Mami menganggap Mami masih lagi mentah dalam bab politik. Namun, apa yang dilalui sebelum, semasa dan selepas PRU13 baru2 ini benar2 membuatkan Mami rasa sangat kecewa dengan sistem demokrasi yang dilaung2kan dan digah2kan itu. Pada pendapat Mami, demokrasi yang dicanang2kan sebelum ini hanyalah tinggal nama sahaja. Hakikatnya sistem demokrasi di negara ini telah lama hancur dan berkubur dek sikap 'gila kuasa' yang beraja di dalam diri pemimpin2 Malaysia.

Terlalu banyak perkara yang terjadi sepanjang PRU 13 lepas yang semuanya (pada pendapat Mami & mungkin juga seluruh rakyat Malaysia yang tahu menilai) boleh dianggap sebagai sangat zalim & langsung tiada demokrasi. Contohnya:-

1. Media arus perdana (TV, radio & akbar) sangat ketara 'berat sebelah' kerana hanya mempromosikan/ berkempen untuk parti yang memerintah sahaja tanpa memberi ruang kepada parti lawan untuk bersuara sedangkan rakyat sepatutnya mendengar daripada kedua2 belah pihak dan menilai buruk baik parti2 tersebut sebelum membuat pilihan. Dengan kuasa media yang ada, parti lawan ditentang habis2an oleh parti pemerintah dengan momokan fitnah dan cerita palsu yang sengaja direka bagi membangkitkan kebencian rakyat terhadap parti lawan. 

 
2. Isu warga asing yang sengaja dibawa masuk ke negara ini sebagai pengundi hantu langsung tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak polis dan SPR seolah2 parti pro-kerajaan itu mempunyai kuasa veto yang tidak seorang pon boleh menafikannya.

3. Memberi wang rasuah kepada pengundi2 agar memangkah calon pro-kerajaan.  

 4. Merencanakan kejadian 'blackout' bilamana kiraan undian lebih banyak memihak kepada parti lawan agar undian parti lawan dapat kembali disaingi sementara peti/kertas undi haram dibawa masuk semasa keadaan bergelap.

 5. Mengapi2kan sentimen perkauman bilamana 'mereka' telah mendapat kurang undian dan sokongan daripada kaum cina. 

Kerana kuasa manusia sanggup melakukan apa saja, sanggup menghalalkan apa yang diharamkan asalkan segala hajat terlaksana. Menjadi pemerintah bukan perkara kecil yang boleh dianggap main2. Ini adalah amanah yang bukan hanya wajib dipikul di dunia, malah tanggungjawab sebagai pemerintah juga akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jika di dunia, semua kejahatan mungkin boleh ditutup, tapi di akhirat??? Mata, telinga, tangan, kaki yang akan menjadi saksi. Ketika itu, penyesalan dah tak berguna lagi. Hanya menunggu saat dihumbankan ke neraka..Wa nauzubillahiminzalik..  


shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 3, 2013

5.5.2013-PRU13 Selamat mengundi!!



Malam ni kami adik-beradik akan balik kampung untuk mengundi 5.5.2013 nanti. Terujanya!!! Jika diizinkan Allah, ini adalah kali ke2 Mami akan membuang undi & semestinya pilihan Mami dulu kini & selamanya adalah pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat dan pastinya yang paling penting yang menyokong tertegaknya hukum Allah di Malaysia ini

Pendapat peribadi Mami sebagai orang yang tak berapa pandai berpolitik ni, PRU kali ni paling terkotor sebab terlalu banyak menyajikan cerita2 panas yang 'melemaskan' mata dan telinga yang dimomokkan oleh puak2 tertentui semata2 untuk meraih undi rakyat. Mereka menggunakan apa jugak cara yang boleh untuk menghentam pihak lawan sehingga sanggup memperbodohkan bakal pengundi dengan cerita2 rekaan lucah, gambar2 super impose dan berbagai lagi.

Mami yang hanya rakyat kerdil ni hanya mampu melihat sambil beristighfar..Astaghfirullahal'azim...tak takutkah mereka dengan hukum dan balasan daripada Allah? Kerana taksubkan kuasa memerintah, fitnah-memfitnah, caci maki, bohong membohongi dah jadi perkara biasa..Allahu Rabbi!!!

Ya Allah..selamatkanlah rakyat Malaysia!!! Berikanlah kemenangan besar kepada parti yang 100% memperjuangkan hak rakyat & syiarMu. Berikanlah hidayah kepada mereka yang masih lagi tertutup pintu dan mata hatinya agar mereka memilih jalan yang Engkau redhoi. Berikanlah juga pengajaran yang setimpal kepada mereka dan sekutunya yang tak segan2 menabur fitnah, berbohong dan mereka2 cerita palsu bagi menghalang tertegaknya hukumMU agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan..amin ya Rabbal 'alamin .. 


   
shawqunnur.blogspot.com ®