Monday, February 27, 2012

Birasku sayang (part 2)

Hari ni genaplah 2 bln birasku meninggalkan kami semua.Pergi yang xkan kembali lagi. Mengimbau kembali detik 27.12.2011 membuatkan Mami seolah2 sedang bermimpi.

Jam 4 pagi 27.12.2011, tidur nyenyak Mami dikejutkan dengan panggilan telefon dari Abah. Mami dapat mengagak seperti ada perkara buruk yang berlaku. Betul la..Abah bagitau arwah sedang nazak di hospital. Mami & Abi tanpa berlengah terus ke hospital. Sampai aje kat sane, Mami nampak tubuh kurus arwah terbaring di katil. Kaku & sejuk tubuhnya. Arwah dibantu oleh alat pernafasan. Mami xdpat menahan air mata melihat keadaan arwah. Bagi Mami arwah dah cukup sengsara & menderita. Mami menangis semahunya. Dalam fikiran Mami hanya terfikirkan nasib anak arwah yang masih kecik (1 tahun) sekiranya arwah pergibuat selama2nya. Alahai...kesiannye. Kecik2 lagi dah xde ibu. Xpuas nak bermanja dgn ibu..Ya Allah...Mami x dapat bayangkan.. Sedih sgt!!!
 
Jam 5 pagi menjelang subuh, nurse datang utk memantau tahap arwah. Tapi Mami tgk nurse macam kelam kabut sikit seolah2 ada sesuatu yg berlaku & ingin disorokkan daripada kami. Mami mengagak "sesuatu" sedang berlaku & memang betul nurse tersebut gagal untuk mendapatkan bacaan tekanan darah arwah. Saat itu, hati kecil Mami seolah2 berperang dengan kenyataan yang Mami akan kehilangan arwah buat selama2nya. Ya Allah.... Mami hanya mampu berdoa moga2 ada keajaiban yang akan berlaku. Tapi hakikatnya, walaupon Mami terlalu sayangkan arwah, tetapi DIA lebih menyayanginya.
 
Buat arwah birasku, akak doakan moga rohmu dicucuri rahmat & ditempatkan bersama2 ahli syurga..amin..



shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.