Aku nak berkongsi pasal homeopati. Walaupun aku ni bukanlah arif sangat nak bercerita pasal benda ni, tapi aku sekadar nak berkongsi pengalaman.
Sebenarnya dah lama aku kenal dengan homeopati ni sebab satu ketika dulu aku pernah buat rawatan resdung dengan homeopati. Tapi malangnya aku tak berapa nak istiqamah sangat amik ubat2nye, jadi resdung aku sampai ke hari ni tak baik2.padan muke!! hahahahha..
Berbalik pada topic di atas, tahun ni secara tak sengaja aku 'terjebak' balik dengan perubatan homeopati ni. Kali ni bukan untuk merawat resdung, tapi sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan aku & hubby dapat zuriat kami sendiri. (Mudah-mudahan...amiiin!!)
Ceritanya bermula bila anak buah kepada jiran sebelah rumah PIL aku yang dah 7 tahun 'mencuba' tapi sekarang dah berjaya preggy (dengan izin Allah) selepas mencuba rawatan Homeopati dengan seorang doctor di Kg. Gajah, Perak. Teruja dengan kisah itu, terus PIL aku cadangkan aku ngan Hubby try. Lagi2 doktor tu kebetulan 1 'kawasan jajahan' ngan my PIL. So, senang bangat la!!!!
Dipendekkan cerita, hari Sabtu (8.1.2011) last week aku ngan hubby pon try la utk step yang pertama. So far, pengalaman aku dah seminggu (termasuk hari ni) amik ubat (dalam bahasa homeopati, remedi) ni, takde ape2 perubahan yang ketara lagi. Cuma pada hari ke-2 je aku buang angin yang amatlah kerap dan baunya melantong-lantong sampai naik fenin kapla aku dan orang2 disekitar..hehhehe dan Hubby aku lak esoknye (hari ke-3) terus sakit perot, CB sampai lembik lotek plus demam. Mungkin tu sume salah satu petanda healing process kot. Ntah la.. Ape pun terjadi, aku tak kesah pon..just anggap sume tu cabaran je.
Hari ni, set utk 1st step dah selamat aku khatamkan. Hubby belum lagi, gara-gara sakit pada hari ke-3 tu dia stop sekejap. Ada lagi 5 step yang aku & hubby kena follow. Tak sabar nak rasa perubahannya. Mudah-mudahan usaha kali ni menjadi..amiin...
Ok la, panjang betul pot pet pot pet aku kali ni. hehheheh...bukan apa, rasa keterujaan yang melampau je...
So, crita ni takkan mati kat sini je..next time aku bukak balik dengan new experience lak.
Daaaaa......
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.