Pemeriksaan ultrasound sangat penting untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu mengandung yang menghidap GDM lebih berisiko untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Kemungkinan besar juga akan menyebabkan kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.
Ramai orang menganggap GDM bermakna bayi yang akan dilahirkan mestilah dengan secara pembedahan. Pendapat ini sebenarnya langsung tidak tepat. GDM itu sendiri bukanlah secara automatik bermaksud kelahiran mestilah tidak dapat dilakukan melainkan secara pembedahan Caesarean. Oleh itu, harus diingat bahawa seseorang pesakit GDM masih boleh melahirkan secara normal, melainkan jika keadaan langsung tidak mengizinkan, barulah pembedahan Caesarean dilakukan.
Ramai orang menganggap GDM bermakna bayi yang akan dilahirkan mestilah dengan secara pembedahan. Pendapat ini sebenarnya langsung tidak tepat. GDM itu sendiri bukanlah secara automatik bermaksud kelahiran mestilah tidak dapat dilakukan melainkan secara pembedahan Caesarean. Oleh itu, harus diingat bahawa seseorang pesakit GDM masih boleh melahirkan secara normal, melainkan jika keadaan langsung tidak mengizinkan, barulah pembedahan Caesarean dilakukan.
Cara merawat GDM sebagai langkah awal ialah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah melalui diet dan bersenam secara sederhana. Diet seimbang yang berkhasiat penting untuk mengekalkan kesihatan ibu & bayi. Namum, bagi ibu2 yang disahkan menghadapi GDM, kadar pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah harus diberi lebih perhatian. Contoh2 pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah ialah:-
- Elakkan pengambilan gula ringkas. Contohnya gula2,kek, aiskrim dll
- Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran ubi, dan makanan berkanji).
- Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dll).
- Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dll).
Sekiranya amalan diet dan senaman masih lagi tidak dapat membantu untuk mengawal paras gula dalam darah, terapi insulin adalah jalan yang terakhir. Pesakit akan diajar teknik suntikan insulin. Kawasan suntikan yang biasa ialah pada bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas sahaja.
Selain daripada ujian darah, ibu mengandung juga dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan kehadiran keton, iaitu hasil sampingan dari penguraian lemak yang boleh dijumpai di dalam darah dan air kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam diet. Walaupin tiada kayu ukuran sebenar jumlah keton yang boleh mengancam janin, namun keton yang banyak akan disertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam janin.
Sebaik sahaja seseorang wanita mengandung itu disahkan menghidap GDM, maka pemeriksaan antenatal perlulah dijalani dengan lebih kerap, iaitu setiap 2 minggu sehingga kehamilan berusia 32 minggu dan selepas itu pemeriksaan setiap minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran janin. Profil gula di dalam darah (BSP) akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberkesanan pengawalan diabetes.
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.