Sambungan daripada entri yg lepas, hari ni mami nak post sikit citer tentang Diabetes Melitus yg mami amik dari salindah.com. So, secara umumnya, Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan Diabetes Melitus.
Melalui pemahaman mami, dalam keadaan biasa (x mengandung) diabetes dikelaskan kepada 2 jenis.
Bagaimana yang dikatakan Dabetes Mellitus semasa mengandung (GDM) dan apa perbezaan di antara GDM dengan diabetes yang lain?
Melalui pemahaman mami, dalam keadaan biasa (x mengandung) diabetes dikelaskan kepada 2 jenis.
- Diabetes Mellitus bersandarkan insulin (IDDM) - insulin yang dihasilkan di dalam pankreas tidak cukup atau takde langsung.
- Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin (NIDDM) - reseptor insulin x sensitif & biasanya terjadi pada org2 yg gemuk.
Sebenarnya semua perempuan yg mengandung sangat berisiko mengalami GDM. Lebih2 lagi jika seseorang itu sudah mengalami Diabetes Melitus sebelum mengandung lagi. Banyak faktor-faktor yang akan meningkatkan risiko GDM, di antaranya:-
- Sejarah keluarga menghidapi diabetes (Faktor genetik)
- Wanita berumur (>35 tahun). (Faktor usia)
- Wanita dengan indeks jisim badan >30. (Faktor berat badan)
- Pernah mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil, cth: hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran. (Faktor kehamilan terdahulu)
- Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar, lahir mati @ stillbirth, atau bayi yang dilahirkan cacat.
- Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit.
Apakah pulak tanda2 wanita yg menghadapi GDM?
Menurut salindah.com, biasanya penyakit ini terjadi tanpa menunjukkan sebarang tanda.Tetapi berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan sebelum ini, wanita mengandung biasanya akan dicadangkan untuk melakukan ujian saringan glukosa a.k.a ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai (MOGTT) a.k.a kena minum air gula. Caranya ialah dengan berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sehingga sampel darah diambil keesokkan harinya. Selepas itu, air gula(75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air) diminum dan selepas 2 jam kemudian sampel darah diambil lagi untuk mengukur paras gula dalam darah selepas minum air gula.
Dalam keadaan berpuasa, kadar kandungan gula dalam darah bagi kadar yang yang normal adalah <6 mmol/l, manakala jika berlaku tolerans glukosa yang terganggu, bacaan gula dalam darah adalah di antara 6-8 mmol/L dan bagi pesakit diabetes, bacaan paras gula akan lebih tinggi, iaitu >8 mmol/L.
Manakala selepas 2 jam glukosa diambil, bacaan kadar gula dalam keadaan yang normal pula mestilah 8 mmol/L; sekiranya dalam kes tolerans glukosa yang terganggu, bacaan kadar gula pula akan sedikit meningkat di antara 8-11 mmol/L dan bagi pesakit diabetes, bacaan gula dalam darah dapat diukur sekiranya ianya >11 mmol/L.
Dalam keadaan berpuasa, kadar kandungan gula dalam darah bagi kadar yang yang normal adalah <6 mmol/l, manakala jika berlaku tolerans glukosa yang terganggu, bacaan gula dalam darah adalah di antara 6-8 mmol/L dan bagi pesakit diabetes, bacaan paras gula akan lebih tinggi, iaitu >8 mmol/L.
Manakala selepas 2 jam glukosa diambil, bacaan kadar gula dalam keadaan yang normal pula mestilah 8 mmol/L; sekiranya dalam kes tolerans glukosa yang terganggu, bacaan kadar gula pula akan sedikit meningkat di antara 8-11 mmol/L dan bagi pesakit diabetes, bacaan gula dalam darah dapat diukur sekiranya ianya >11 mmol/L.
Kenapa GDM sangat merbahaya dan apa kesannya kepada bayi?
Jawapannya mudah saja. Sekiranya paras gula dalam darah tidak terkawal sehingga berlebihan, ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Kesannya, bayi akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi lebih besar (makrosomia). Secara umumnya, bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika proses kelahiran dan seterusnya akan meningkatkan risiko untuk melahirkan secara pembedahan Caesarean. Selain daripada itu juga, bayi2 yang lahir daripada ibu2 yang menghadapi GDM akan lebih berisiko untuk berhadapan dengan masalah hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi itu dilahirkan. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Dengan saiz badan yang lebih besar juga, bayi tersebut juga akan kemudiannya cenderung menjadi obes dan setelah meningkat dewasa, mereka akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).
.....bersambung.....
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.