Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, May 5, 2015

A very faint double line to single line..

Sambungan daripada ENTRY lepas..

Awal pagi Jumaat (27/2/2015) (ketika itu Abi masih lagi outstation ke Kelantan) dengan penuh semangat Mami terus grab UPT cap Guardian yang dah lama dok tunggu Q untuk digunakan. Tanpa banyak berkira2, Mami buat apa yang patut & macam biasa terus letak kat atas toilet flush sementara nak mandi etc. Sambil2 tu dok jeling2 la jugak tgk UPT to kot nampak 2 line..Tapi memang tak la kan..dasar rabun..haram 1 line pon takkan nampak kalo dah tak pakai spek (masa mandi takkan nak pakai spek kan..) hihihi..

Lepas selesai , Mami pon kalut dengan Haziq pulak. Bagi mandi & siapkan dia. Ohh..hampir2 terlupa nak tengok result UPT tadi. So, tanpa berlengah, Mami pun ambik la UPT yang masih di dalam bilik air. Sekali pandang nampak hanya 1 line je. Tapi Mami tak puas hati.tengok lagi sekali. Eh..ada 1 lagi line la...very faint line!!



Terus dalam hati macam dah berbunga2 sebab walaupun faint line, Mami yakin dan percaya ianya positive. Mungkin terlalu awal Mami test atau alat UPT tu perlukan paras HCG yang lebih banyak untuk detect pregnancy. So, Mami pon decide untuk repeat UPT lagi seminggu untuk double confirm.

Tapi...



















Belum sempat seminggu...


























Sabtu malam Ahad, Mami dah mula terperasan ada semacam tompokan darah segar (spotting) sebesar syiling 5 sen semasa Mami buang air. Tapi Mami just ignore sebab keluar spotting in early pregnancy bukan perkara yang luar biasa. Sehinggalah pada keesokan pagi, kira2 jam 5 pagi, Mami terjaga dari tidur sebab terasa seperti contraction nak bersalin. Tapi dek kerana terlalu mengantuk, Mami terus melayan rengat sampai terlena semula. Mami malas nak kejutkan Abi sebab kesiankan Abi yang kepenatan baru sampai dari Kelantan. Tapi, jam 6 pagi, sakit bertambah kuat & bila Mami bangun aje dari katil, terus terasa cecair panas mengalir di betis dan agak banyak & ianya adalah darah yang fresh!! Oh...perkara yang langsung tidak disangka2 akhirnya terjadi pada Mami. Mami bleeding!!

Benarlah seperti yang diceritakan. Sakit keguguran ni memang sangat sakit!! Mujurlah kandungan masih muda..kira2 dalam 5-6 minggu, jadi Mami tak perlu buat D&C.. 'Adik' keluar completely pada hari ke2..

Adik, biarpun hanya sekejap Allah pinjamkan Adik untuk Mami, Abi & Abg Haziq, tapi kehilangan Adik tetap membuatkan kami semua rindukan Adik. Moga kita semua berkumpul semula di syurga nanti & moga Mami cepat dapat pengganti Adik...Insya Allah.

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, February 3, 2014

2 tahun penyusuan - kini terlaksana

Alhamdulillah..betapa besar rahmatMu ya Allah kerana memperkenankan doa hambaMU ni (dan mungkin juga berkat doa daripada suami, mak abah, keluarga & rakan2) untuk menyusukan anakku, Haziq sehingga sekurang2nya genap usianya 2 tahun. Biarpun banyak halangan dan dugaan sepanjang 2 tahun ini yang semuanya Mami pernah ceritakan di sini dan di sini, tetapi Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Adil, tak pernah memungkiri janjiNya untuk 'memberi' apa jua yang dihajati oleh hambaNya dengan syarat semuanya dipohon kepadaNYA. Syukur ya Robb..akhirnya perjalanan penyusuan selama 2 tahun telah sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah..

Sesungguhnya, penyusuan susu ibu ini bukanlah semata2 adat dan budaya, malah ianya adalah suruhan agama. Sejarah telah mencatatkan Nabi Muhammad SAW juga membesar dengan susu ibu. Biarpun tidak disusui oleh ibu kandungnya, Baginda tetap memperoleh khasiat susu ibu daripada Saiyidatina Halimatussa'diyah RA. Sebab itulah bagi Mami (dan mungkin juga ibu2 diluar sana) amat berbangga diberikan keistimewaan oleh Allah menyusukan anak Mami sendiri biarpun di pasaran berlambak-lambak tersedia pelbagai susu formula yang hebat. Tetapi ketahuilah, susu ibu adalah anugerah terhebat dan teragung yang Allah sediakan untuk setiap bayi di dunia ini.

Tuntutan supaya ibu2 berusaha memberikan susu ibu kepada anak2 jugak secara jelas termaktub di dalam firmanNya seperti di bawah.
Surah Al-Baqarah, Ayat 233

 
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Maka, mana mungkin ibu2 beralasan lagi untuk tidak berusaha menyusukan anak2?? Ingatlah..sesungguhnya susu ibu adalah hak untuk setiap anak. Usahakanlah sebaik2nya agar anak mendapat khasiat susu ibu. Alasan cliche "saya takde susu" sepatutnya dah tak ada lagi sebab dunia moden maklumat di hujung jari ini menjanjikan ilmu2 tentang penyusuan yang ibu sendiri2 (yang celik IT ni) boleh 'gali dan cari' di mana saja tanpa mengira masa. Yang penting BERKEHENDAK.

Mami bukanlah bertaraf pakar laktasi, jauh sekali berjaya fully BF Haziq. Tapi biarpun sekadar complimentary BF, Mami tetap nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu ibu2 lain yang berhajat menjayakan dunia penyusuan susu ibu. :-

1. Gali sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan semasa mengandung/sebelum mengandung.
2. Niatkan dalam hati untuk menyusukan anak sedari awal kehamilan.
3. Bersedia dengan alat sokongan penyusuan (pam, bekas simpanan susu perahan etc).
4. Amalkan konsep asas penyusuan "Supply vs Demand", tidak ada ibu yang baru melahirkan terus melimpah ruah susunya melainkan kuantiti susunya dihasilkan seiring dengan permintaan daripada babynya.
5. Tentukan target secara berperingkat, contohnya newborn-3bulan, 3bulan-6bulan dan seterusnya agar tidak berasa 'terlalu lama' untuk berjaya.
6.  Tidak mudah berputus asa dan elakkan stress.
7. Jangan bandingkan hasil 'tuaian'/produksi kita dengan orang lain.
8. Sentiasa positif dan gembira.
9.  Berdoa dan bertawakal.
 
Notakaki:
Fully BF- menyusu susu ibu sepenuhnya tanpa dicampur dengan susu formula/susu segar di samping diberikan sumber makanan lain seperti nasi, roti etc.

Exclusive BF - Hanya disusukan dengan susu ibu sahaja, tanpa diberikan makanan tambahan lain hatta air masak.

Complimentary BF- menyusu susu ibu di samping dicampur dengan susu formula/susu segar dan makanan2 tambahan yang lain.
shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, June 13, 2013

Tanda-tanda awal hamil

Berikut adalah tanda2 awal mengandung yang Mami collect daripada website ini . 16 daripada 24 tanda2 ni, adalah perkara yang Mami sedang hadapi sekarang. Aci dok kalo Mami cakap sekarang Mami just felt I'm preggy??? hohoho....moga2 Haziq akan dapat adik..amin...
  1. Sakit cik nipple
  2. Lemah & letih giler
  3. Takde usual PMS simptom
  4. Haus sangat2
  5. Sesekali rasa macam sharp pain kat ari2
  6. CM yang sentiasa ada
  7. Breasts membesar & rasa berat
  8. Lapor manjang
  9. Kuat kencing
  10. CM berubah daripada creamy kpd ala2 watery
  11. Ketidakhadaman & kentut2
  12. Badan rasa panas
  13. Sakit breast
  14. Spotting
  15. Sakit pinggang
  16. Perasaan macam tengah mengandung (instinct)
  17. Mual tapi tak muntah
  18. Sakit kepala
  19. Moody
  20. Tak sedap mulut
  21. Rasa nak 'bersama' je
  22. Hidung sensetip
  23. Mengantuk yang teramat sangat
  24. Perut sebu @ kembong

Rindu saat2 memboyot...
shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, December 29, 2011

My pregnancy: 39 weeks

 Image result for 39 weeks pregnant
Sakit contraction dah mula terasa, dilation je xde progress...aduhhhhh...camne ni? Bile mami bleh bersalin kalo camni? Nak tunggu turun tande, bayang pon xde lg..mungkin Mami ni jenis yg xde tanda2 kot slain daripada sakit contraction je????
Tadi mami pegi hospital buat follow up check up. Doctor cakap kalo x besalin gak, 5/1/2012 nanti terpakse buat IOL (induce)...Ala...Mami kalo bleh xnk la smpai kene induce2 ni..ramai yg ckp kalo induce ni sakit sgt...huhuhuhu...Lg 1, Mami nk sgt ank Mami ni kuar thn ni gak..tp thn ni tinggal lg beberapa hari je lg...sempat ke????
Macam2 cara Mami dh buat utk mempercepatkn bersalin..tp nmpknye cam xjln je...air kelapa dh berbijik2 Mami telan, makan nenas la, kari la, byk2an berjalan la...tp stil xde progress dilation..ape lg yg Mami nk kene try ni????
Aduhai Baby anak Mami...kuar la cepat Sayang...Tlg la Mami..Mami xnk smpai kene induce..Mami nak bsalin secara natural & normal..Please Sayang...kuar la bile2 pon asalkan minggu ni gak...we really miss u!! Mmmmuahhhh!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Sunday, December 25, 2011

My Pregnancy: 38 weeks

Image result for 38 weeks pregnant
Tinggal lagi 2 minggu utk complete 40 minggu bawak si tecit ni dlm perot. Aduh...Mami tertanya2..bile la agaknye anakanda kesayangan Mami & Abi ni akan kuar??? So far Mami langsung xde kuar apa2 tanda..jz rase perut mengeras, sakit pinggang & senggugut yang dtg cam chipsmore & kuar lendir yg melekit2 tu je..alahai....
Sepanjang 2 minggu ni gak dah 2x Mami admitted hospital. 1st time 12hb hari tu, sbb x cukup 10x counting kick chart. 2nd time 21hb lepas, sbb Mami dah rase contraction..Tapi malangnye contraction yg without progress dilation. Kali ke3 admitted harap2nye biar la kali yg terakhir. Mami dah tak sanggup nak kuar masuk hospital cam sbelum2 ni. Huhuhuhu......
Anakanda Mami, kuar le cpt sayang.. Sampai bile nak dok kat dlm perot Mami je? Mami & Abi dh rindu sgt nak peluk & dakap Baby kesayangan Mami & Abi ni. Selagi Baby x kuar, macam2 yg Mami risau. Baby kat dlm, Mami x nampak, Mami xleh pegang..Ape yg jadi pada Baby, Mami xtau..Kuar la Sayang.. Kuar la bila2 je dari sekarang. Mami harap sgt Baby kuar sebelum genap 40 minggu sbb kalo Baby x kuar2 gak, nanti Mami kene induce.. Mami ngeri..Mami takut..
Mami selalu doa pada Allah moga dipermudahkan Mami lahirkan Baby dgn selamat secara normal, dilancarkan proses bersalin & dipercepatkan bersalin lebih awal drp  tarikh yg dijangkakan.
Baby sayang... Semua org tgh tunggu Sayang.. Kuar cepat ye, anak Mami....

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, December 22, 2011

My Pregnancy: 37 weeks

Ohhhh....bila la Baby Mami ni nak kuar??? 4-5 hari kebelakangan ni Mami dah mula rase sakit. Tapi xde lak sakit yg beriya2 sgt. Nak g spital pon rase cm terlalu awal la plak. Aduyai.....

Bercakap pasal Baby cayang Mami, now Baby dah seberat 6.5 paun @ 2.8 kg dgn pjgnya lebih krg 20 inci @ 50cm. Kepala baby by right dah mula engage dlm ruang pelvis. So, keadaan ni memberi ruang pada kaki & punggung bayi spy lebih mmbesar.

Kebanyakan baby sekarang dah ada rambut yang lebat, dan sesetengahnye plak langsung xde rambut.. Emmm..camne la Cayang Mami ye? Berambut lebat cam Abi ke, rambut sikit cam Mami? heheheheh...kite wait & see jela...
Selain drp tu gak, skg ni hampir sume bulu lanugo yang menyaluti baby sejak baby berumur 26 minggu lagi dh mula hilang. Same gak ngan sebahagian besar verniks kaseosa @ bahan putih yg membalutnya. Baby jugak akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi2 lain & menyimpan semua ini dalam ususnya. Sume ni akn jd najis pertama baby @ mekonium yg akn dibuang sebaik shj baby dilahirkan nanti.

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, December 14, 2011

Peringkat-peringkat bersalin

Peringkat pertama : Leher rahim @ serviks  akan mengembang hingga 10cm dan peringkat ini terbahagi kpd 3 fasa, iaitu: - 
  • Fasa awal
  • Fasa aktif
  • Fasa peralihan.
 Peringkat Pertama-Fasa awal
  • Uterus mula mengecut atau menegang dengan tepat.
  • Kontraksi akan menjadi lebih sakit berbanding kontraksi Braxton Hicks
  • Pelvis akan berubah bergerak ke hadapan, menjadi lembut (seperti bibir) dan memeri, lebih nipis dan lebih anjal.  
Apa yang perlu dilakukan??
  1. Buat kerja ringan dalam rumah, keluar bersiar-siar, menonton DVD, mandi air panas atau tidur sebentar.
  2. Relaks sebanyak yang boleh.
  3. Makan snek ringan dan minum banyak cecair.
  4. Selalu membuang air kecil utk kosongkan pundi kencing.
Peringkat Pertama-Fasa Aktif
  • Serviks terbuka sehingga 4cm.
  • Kontraksi lebih kuat dan kerap (setiap 3-4 minit dan berlangsung selama kira-kira 60 saat), lebih panjang dan berasa sangat tegang, rasa seperti datang bertindih-tindih.
Apa yang perlu dilakukan??
  1. Boleh terus ke hospital
  2. Buat latihan pernafasan & teknik2 relaks.
  3. Cuba mandi air panas untuk membantu mengurangkan kesakitan
  4. Berjalan-jalankan di sepanjang koridor hospital
  5. Minta suami urut untuk membantu supaya lebih relaks
  6. Duduk atau baring mengiring
  7. Jika perlu, menangis untuk mengurangkan tekanan emosi dan "melepaskan" perasaan.
  8. Doktor memecahkan ketuban bagi mempercepatkan proses kelahiran sekiranya air ketuban belum pecah lagi.
Peringkat Pertama-Fasa Peralihan
  • Serviks mengembang dari 8-10cm
  • Kontraksi akan berlarutan sehingga 1 1/2 minit dan berlaku setiap 2-3 minit.
  • Ibu mungkin akan menggigil, menggeletar dan sakit.
  • Kontraksi yang sangat menyakitkan memberi tekanan kepada rektum yang mendorong untuk meneran.  
Apa yang perlu dilakukan??
  1. Berehat antara kontraksi
  2. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus perlahan-lahan melalui mulut. Buat secara beritma berulang2 kali
  3. Buang rasa malu untuk menjerit, meraung dan membuat bising. 
Peringkat kedua
  • Serviks sudah mengembang 10cm.
  • Rahim akan menolak bayi ke bawah vagina.
  • Masa untuk 'push' bagi mengeluarkan baby!!
Peringkat ketiga : Peringkat mengeluarkan uri @ plasenta
  • Selepas bayi dilahirkan, kontraksi akan berterusan selepas beberapa minit tetapi sakitnya sudah berkurangan.
  • Kontraksi ini akan menyebabkan plasenta terpisah dari uterus dan jatuh ke bawah ke bahagian bawah rahim.
  • Tunggu arahan dari doktor atau bidan untuk meneran.
  • Proses biasanya mengambil masa 5-15 minit
  • Ibu2 mungkin tidak sedar akan peringkat ketiga ini sebab fokus telah beralih kepada baby yg baru lahir.
  • Memandang, memegang baby dan memberikannya buah dada akan merangsang hormon membantu memisahkan plasenta.
 shawqunnur.blogspot.com ®

Fakta tentang "air ketuban"

  • Dikenali sebagai cecair amnion yang berada di dalam kantung membran & berfungsi utk melindungi Baby semasa dlm rahim.
  • Pecah ketuban ialah situasi di mana terdapat cecair jernih sedikit kekuningan, dan selalunya bercampur dgn sedikit darah keluar melalui serviks & Miss  V bila kantungnya terkoyak.
  • Ketuban boleh pecah dlm pelbagai keadaan & peringkat kelahiran.
  • Majoriti wanita pecah ketuban semasa bahagian akhir pada peringkat pertama proses kelahiran (serviks dh terbuka penuh)
  • 1 drpd 10 wanita mengalami pecah ketuban di penghujung kehamilan walaupun proses kelahiran belum bermula dan dlm keadaan ini, doktor akan terus meng'induce'kan wanita tersebut sekiranya wanita itu belum lagi berjaya melahirkan selepas 24 jam.
  • 2% wanita mengandung pecah ketuban awal sebelum mencapai 37 minggu kehamilan.
  • Cara cecair ketuban keluar adalah berbeza, ada kalanya seperti menitis keluar beberapa titisan shj, ada juga yang keluar secara memancut dgn jumlah yg banyak dan deras.
  • Ketuban pecah yang pecah terlalu awal (kurang drp 37 minggu kehamilan) hendaklah dirawat kerana boleh menyebabkan maslah jangkitan kerana jangkitan boleh terus masuk ke uterus dari Miss V.
  • 9 drpd 10 wanita yang pecah ketuban selepas 37minggu kehamilan akan berjaya melahirkan anak secara normal dalam masa 24-48 jam selepas ketuban pecah.
  • Wanita yang telah pecah ketuban masih selamat untuk  mandi tetapi dilarang melakukan seks kerana ini akan meningkatkan risiko jangkitan.
     
    Apa yang perlu dilakukan jika ketuban pecah??
  1. Pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan baby diperiksa oleh bidan atau doktor setiap 24 jam sehingga mencapai peringkat proses kelahiran secara semulajadi @ sehingga di'induce'.
  2. Periksa suhu badan setiap 4 jam untuk memastikan sama ada demam atau tidak. 
  3. Perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau air ketuban untuk memastukan tiada sebarang jangkitan berlaku.
  4. Pastikan baby bergerak seperti biasa.
  5. Jika tedapat apa2 tanda jangkitan atau demam atau baby kurang gerak, segera ke hospital berdekatan kerana rawatan antibiotik intravena dan induce perlu dilakukan dengan segera. 
shawqunnur.blogspot.com ®

Ohhh....its the time!!! Welcome to the world, Baby!!

Macam mana nak tau kita dh nak bersalin?? Persoalan ini sering berlegar2 kat ruang fikiran Mami sekarang. Yang Mami tau, nak bersalin ni mesti ade rase sakit. Tapi, sakit yg macam mana??? So, Mai pon try surf kat tenet bagaimana yg dikatakan simptom2 dah nak bersalin. Jom kite baca same2..
 
Secara generalnya, setiap orang mempunyai simptom nak bersalin yg berbeza2. Di bawah ni hanyalah guideline yang Mami berjaya senaraikan & jika seseorang tu telah mengalami 1 atau lebih drpd 5 perkara ni, maka bersiap sedialah kerana baby akan kuar bila2 masa je. So, segeralah ke hospital yg berdekatan.
  1. Serviks jadi nipis & lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang – sehingga 10cm. 
  2. Kontraksi lebih pendek & kerap, lebih lama & lebih sakit.
  3. Sakit kat bwh blakang, cramp macam nak period.
  4. Ada kuar sikit darah dari Miss V (macam discharge kaler kecoklatan @ bercampur dgn darah).
  5. Pecah ketuban yg disertai dgn sakit kontraksi. 
Kalo salah 1 drpd 5 perkara kat atas ni dah mula terjadi, Mami2 hendaklah:-
  1. Minum banyak air.
  2. Selang-selikan di antara berjalan & berehat.
  3. Mandi dgn air panas.
  4. Berehat secukupnya. 
Simptom2 yang menandakan Mami2 akan bersalin tak lama lagi termasuklah:-
  1. Rasa lebih ringan (sbb kepala baby dah menurun ke bawah pelvis)
  2. Discharge dari Miss V makin byk
  3. Ada sikit pendarahan (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur darah);
  4. Kontraksi Braxton Hicks lebih kerap & lebih kuat
 
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, December 12, 2011

my pregnancy: 36 weeks

Masa yang dinanti2kan semakin hampir. Oh..Mami neves campur excited!!! Saat merasa baby kicking dlm perut adalah moment yang paling indah dalam hidup Mami yang Mami pasti akan merinduinya bila Mami dah bersalin nanti. Selama 9 bulan ni, kemana-mana saja Mami pegi, apa yang Mami buat, semuanya ‘berteman’. Biarpun ‘teman’ Mami xdpt dilihat secara zahir, tp Mami bahagia. Kalo pon Mami berbual2 dgn Baby, Mami tak rasa mcm mami bercakap sorang2 sbb Mami tau, Baby mendengar apa yg Mami cakap, Baby dapat rasa apa yg Mami rasa!! Subhanallah…ini lah nikmatnya bila dikurniakan Allah peluang menjadi seorang ibu..Terima kasih ya Allah kerana memakbulkan permintaan hambaMu ini..




Minggu ini check up Mami di klinik Ibu Mengandung dah jadi check up mingguan.Semalam pagi Mami pegi la check up macam biasa kat klinik kesihatan yg berdekatan ngan umah Mami. Setel kat klinik tu lbh krg kul 9.30 pagi. Tapi disebabkan Mami belom lagi booking utk bsalin kat mana2 hospital, makanya doktor yang attend Mami pagi tu, terus buat 1 surat referral utk Mami bawak gi hospital. Kat hospital regis aje. Nk terus wat check up doktor pakar lak xde.So, esoknye kene pegi lagi
Alhamdulillah..Baby Mami yang sihat terus membesar dgn jayanya. Apa yang Mami tau, berat badan Baby akan bertambah kira2 28gm sehari sampai la ke saat dia dilahirkan. Dianggarkan berat Baby skg telah pun mencecah 6 paun @ 2.7kg & panjangnya lebih kurang 19 inci @ 45cm. Alhamdulillah…!! Baby Mami dah sempurna sekarang ni & bleh kuar pada bila2 masa je. Tak sabarnya!!!!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, December 2, 2011

My Pregnancy: 35 weeks

 
Minggu terakhir Mami berada di bulan ke-8!! Wahhhhh!!! Cam x pecaya je Mami dh hampir smpai ke penghujung pregnancy. Now, baby Mami dah seberat 5.25 paun @ 2.4kg & pjg lak lbh krg 18 inci @ 45cm. Memandangkan perut Mami dh semakin boyot & kulitnye agk menipis, Mami cam dpt agk part2 bdn baby cayang Mami yg berbonjol2 bila Baby gerak2. Ada 1 pagi tu, Mami cm terdengar bunyi ‘pop’ dari dalm perut Mami masa Baby tgh sibuk dok kicking. Bunyi apakah itu??? Jari2 kaki baby yg meletop ke??? Huh…misteri nusantara sungguh!!! Whatever pon, yg penting pd minggu ni Baby Mami dah menunjukkan kuku2 & ada sepasang buah pinggang yg terbentuk sempurna. Hepar @ hatinya jugak dah bleh memproses.

Mami dinasihatkan untuk minum banyak air pada minggu ini memandangkan mami dh kerap buang air. Mami mesti kurangkan minum minuman jenis diuretik mcm the & kopi, sebab air jenis ni akan menyebabkan Mami akan buang air lebih kerap. Ala…..Mami dah la penggemar kopi. Nampaknye terpaksa la Mami lupakan dulu sekejap kopi ni..

Mulai minggu ni jugak, check up Mami di klinik ibu2 mengandung akan jadi lebih kerap @ seminggu sekali sampai la mami bersalin nanti. Maknanya, Mami kena pegi klinik sekurang2nya 1-3kali lagi sblm deliver. Alahai…dh la cuti dah abis..terpaksala Mami pegi keje jgk lepas check up…huhuhuu…


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, November 30, 2011

My Pregnancy: 34 weeks

Pd minggu ke-34, berat baby lbh kurang 4.7 paun @ 2.2 kg & ukuran pjg plak lbh krg 18 inci @ 45cm. Baby now dah makin bam bam..woooohaaa!!! Mami dinasihatkan lbh byk bercakap dgn baby sbb time mcm ni deria pendengaran baby dh terbentuk dgn sempurna. Sistem saraf pusat baby still blom betul2 mature even paru2 baby dh hampir matang sepenuhnya sekarang. Sebab tu la if baby nak gak kuar time ni, baby tu akn dipanggil premature lg….Hopefully Baby cayang Mami kuar pd waktu yg sepatutnye..amin..

Changes pd Mami sepanjang minggu ni:-
  1. Oh….strech marks yg dh semakin byk, perut Mami dh mcm kena cakar, bercalar-balar!!
  2. Mami kerap sakit pinggang, belakang.
  3. Perut Mami selalu je rasa mengeras especially petang hingga ke mlm.
  4. Mami mengidam nk makan mcm2.
  5. Mami dh x larat nk berjalan @ berdiri lama2
  6. Bila bangun pagi, kaki Mami rasa kebas
  7. Mami kerap rasa sakit perut, sebu, kembung sehingga membuatkan Mami kerap terken…hihihihi..
  8. Tidur mlm Mami dh makin payah sbb Baby Mami sgt aktif waktu tgh2 mlm..Selalu kicking2 nk ajk Mami main agknye??? Heheheheh..

    Image result for 34 weeks pregnant
Banyak lg sebenarnye changes yg Mami alami sepanjang 34 minggu preggy ni. Tak larat plak nak tulis pnjg2..Whatever pon, Mami hepi & sgt excited dgn proses pregnancy ni. 
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, November 29, 2011

Tanda2 Awal & Hampir Bersalin

Bagi yang dh berpengalaman bersalin, mungkin lebih relax nk mengharungi detik2 bersalin ni. Tapi bagi new mom cam Mami ni, dengar aje 'bersalin' dah rase kecut perut. Mami tertanya2..macam mana sakit bersalin tu? Bila masanya Mami kena segera ke hospital? Walaupon Mami dah study tentang perkara ni, tp teori & praktikal semestinya x sama.Huh..Memang sukar utk meramal bila akan bersalin sbb ianya bleh blaku pd bila2 masa je (normally between week 37 - 42). Semakin dekat waktunya, semakin dup dap dup dap berdebar jantung ni!! Suspen, excited....sumenye bercampur-baur.

Utk memudahkan Mami & moms to be yg lain memahami ttg tanda2 nak bersalin ni, Mami berusaha google apa yg patut & kat bwh ni adalah hasilnya. Moga dapat beri manfaat pada yg membacanya..

Tanda2 dah nak bersalin @ hampir bersalin:-
  1. Sakit perut yg setiap 5-10 min
  2. Kuar darah bercampur lendir
  3. Pecah ketuban @ kuar air jernih xde kaler dari faraj (tp kalo air yg kuar tu kalernye agak kehijauan, plz go to the hospital immediately sbb itu mgkin tandanya baby dah "passed meconium" @ dlm istilah tradisionalnye "tertelan najis" & slh ini merupakan 1 petanda baby dah lemas. Wa na'uzubillah!!)
  4. Kerap sakit belakang
 Kalo dah cukup bulan (36 minggu ++) & experience perkara @ perkara2 yg tersenarai kat ats ni, Insya Allah, proses kelahiran akn berlaku sekejap je lagi. So, jgn panik. Tenang2kan hati & banyakkan berdoa semoga segala2nya mudah & selamat. Yg penting time2 camni kena get ready pegi ke hospital.

Tanda2 awal nak bersalin:-
  1. Baby dah turun ke bwh
  2. Perut jadi ringan(biasanya dlm 2 minggu sblm bsalin sbb kepala baby dah engage dlm area rangka tulang pelvis)
  3. Sakit kat kelangkang sbb kepala baby dah menekan kat kawasan tu
  4. Kerap buang air kecil, pun sbb tekanan kat pundi kencing dah makin kuat
  5. Sakit perut, memulas
  6. Kerap buang air besar
  7. Kerap terkentut
  8. Keluar lendir pekat mcm gam sbb serviks dh mula menipis
  9. Sakit belakang
 So far, apa yg Mami dah rasa??? 

Emm..org2 yg berpengalaman yg tgk keadaan perut Mami salu ckp perut Mami dah nmpk 'jatuh'. Sakit kat kelangkang blom experience lg, tp skg kerap rase cam ngilu2 je kat situ. Mami mmg dh jadi pengunjung setia toilet, especially mlm2. Siang hari ni biase2 je. Mgkin sbb Mami bz ngan keje kot?? Perut rase memulas ala2 kembung perut gitu mmg Mami dh salu sgt jadi lately. Mami ingat ni sbb salah makan ke ape ke...rupe2nye.....oh ade kaitan ngan tanda2 nk bsalin rupenye..hehehehh.. Sama gak ngan terkentut2 tu. Hihihihi... Bab kerap buang air besar tu nak kate kerap sgt tu biase2 je kot. At least sehari sekali la..unless kalo Mami kena CB..harusla banyak kali..hihihihi...Tp Mami perasan, lately Mami kerap sgt CB..apakah???? Bab yg kuar discharge pekat tu Mami xcek la plak berapa kepekatannya. So far mmg ade je.. Tp part sakit belakang ni, Mami  rasa inilah major simptom Mami. Adoi....hari2 sakit je blakang ni smpai kdg2 rase nak aje mintak dipijak. Tapi mane bleh kan... tahan je la..abis2 sgt pon, mintak Abi urut2kan..hihihihi... Sekian...

 shawqunnur.blogspot.com ®

Saturday, November 26, 2011

Kontraksi Tipu2 @ Kontraksi Sebenar?

Memandangkan sekarang Mami kerap sangat rasa perut mengeras & sakit pinggang, Mami mula terfikir, ini ke yg dinamakan contraction? Mami try google kat tenet cari jawapan. Yang Mami faham, contraction tu ade 2 jenis. 1, contraction tipu2 @ Braxton Hicks & 1 lagi contraction yg betul2 punye. Tapi persoalannye macam mana nak bezakan di antara 2 contractions tu? Almaklumlah..ini kan 1st time experience Mami.. So, google punye google, dapat la Mami cedok sana-sini info ttg contraction ni & kat bwh ni yg Mami dah simplify kan..jom kite blaja together2!!!
Ciri2 contraction sebenar:-
  1. Pengecutan otot rahim, rasa seperti berombak, bergerak dari bhgian ats rahim ke bhgian bawah.
  2. Sakit start from bhagian belakang (bwh) & terus ke depan perut or vice versa. 
  3. Ada org ckp sakit macam nk period @ senggugut yg kuat.
  4. Sakit terus2an dlm tempoh yg lama
  5. Kadar kekerapan makin bertambah..end up 3-5 minit sekali.
  6. Kalo bawak2 berjalan pon, sakit makin kuat.
  7. Tak lega kalo berbaring pon.
  8. Servik menipis dan terbuka.
  9. Cara mengesan & mengira tempoh contraction ialah dgn meletakkan tapak tangan pd puncak rahim.
Contraction Palsu @ Braxton-Hicks - Bermula seawal 28 minggu usia kandungan. Kenapa contraction ni terjadi?? Sebabnya utk menyediakan diri melalui proses kelahiran.
Ciri2 Braxton-Hicks:-
  1. Jarang-jarang berlaku. Mungkin setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
  2. Sakit maintain je, x bertambah kuat.
  3. Tempoh sakitnya x lama.
  4. Sakit bermula di bhgian hadapan perut ke bwh
  5. X terlalu menyakitkan.
  6. boleh reda jika berbaring.
  7. Xde perubahan pada servik @ servik x bukak

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, November 23, 2011

A journey to remember..

Alangkah best nye jika saat ini Mami dah bleh bercuti & hanya duduk relax2 kat umah je. Tapi....... mana mungkin Mami bleh buat camtu. Lain la kalo Mami ni keje gomen @ kat mane2 private sector yang bleh tolerate pasal cuti awal ni. Ini la problemnye kalo keje kat opis2 kecik ni. Tengok la lps ni kot2 tuah & rezki anak Mami ni, Mami dapat offer keje kat tmpat yg lagi baik dgn payment yg lebih lagi..mudah2an...

Berciter kisah2 pregnancy Mami sejak hari pertama Mami dapat BFP sampai la ke saat dah pon berada di minggu2 terakhir ni, sesungguhnya Mami rasa inilah kenangan terindah Mami setakat ni. Pengalaman preggy yg Mami selalu mimpi2kan sejak hari pertama Mami bertukar status menjadi Puan. 

2 tahun menanti. Mungkin bagi sesetengah orang menganggap tak lama, tapi bagi Mami, 2 tahun bukanlah 1 masa yang singkat. Sepanjang 2 tahun tu Mami dah rasa cukup untuk membuatkan  Mami kadang2 terlebih emosi. Perasaan sedih & pilu bagaikan tak boleh dipisahkan dari dari Mami. Kalo dulu berita si polan ni dah mengandung, si polan ni dah dapat anak bagaikan 1 cerita tragis yang Mami sangat2 tak sanggup nak mendengarnya kerana pastinya cerita2 tersebut akan mengundang 'banjir' air mata seorang wanita yang terlalu merindui kehadiran cahaya mata ini.

Sepanjang 2 tahun itu juga, Mami & Abi terus  berdoa, berikhtiar & berusaha apa saja yang termampu demi mendapatkan zuriat. Mami & Abi sanggup berhabis duit, beli & buat apa saja yang disarankan. Mami merelakan tubuh Mami disakiti dengan treatment2 moden & tradisional, telan segala macam ubat yang meloyakan, berpantang itu & ini. Tiap2 hari yang Mami pikirkan adalah 'anak'! Apa cara sekalipun Mami sanggup asalkan Mami & Abi ada pewaris, ada keturunan, ada zuriat yang lahir dari rahim Mami sendiri. Itu ikrar Mami!!

Akhirnya, pada hari Sabtu, 7 May 2011 bersamaan dgn 3 Jamadilakhir 1432H, bermulalah detik bersejarah dalam hidup Mami & Abi. Macam tak percaya, buat pertama kalinya Mami dapat tengok 2 line yang terang-benderang pada alat UPT Dip n Tell yg Mami guna utk test pregnancy pagi tu. Seronok sgt sampai rasa nak jerit kat 1 alam Mami akhirnya berjaya preggy!!! Tp dalam hati tetap rasa takut & cuak kalo2 panas tak sampai ke petang. Berita gembira tu Mami & Abi sepakat untuk 'simpan' dulu sbb takut kecewa lagi. Tapi Mami dah 'tak tahan' simpan rahsia. Hari tu jugak Mami telepon Mak Mami & Makyang bagitau berita gembira. Mami suruh diorang rahsiakan smpai Mami sendiri yang bagitau bila balik kampung raya nanti.

Tapi biasala..berita hot kan cepat tersebar. Budak2 opis Mami dah mula syak Mami pregnant bila diorang nampak perubahan2 pada Mami. Mami pon mls nak bagi diorang dok berteka-teki, Mami citer la kat sorang kakak ni. Bila sorang dapat tau, akhirnye 1 opis pon tau la..Takpela..setakat budak2 opis aje yg tau.

Sedara-mara Mami (sebelah Abi) dapat tau bila Mami dah masuk 5 bulan preggy. Sebelah Mami pulak awal sikit dari tu. Kawan2 Mami plak even smpai skg still ade yg xtau..hehehhehehe..Pandaikan Mami simpan rahsia??? hehehheheh.....

Now, saat2 yang mendebarkan dah semakin hampir. Paling awal pon mungkin dalam 2-3 minggu lagi. Apa yg Mami harapkan moga segala2nya berjalan dgn lancar, dipermudahkan dan selamat. Tiada apa yang lebih membanggakan bagi seorang wanita selain daripada menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang cemerlang di dunia & akhirat. Syukur ya Allah kerana telah memberi peluang kepada hambaMu ini utk melahirkan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini.


shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, November 21, 2011

my pregnancy: 33 weeks


Saat yang dinanti2 akan menjelang tak lama je lagi. Paling cepat mungkin dalam 3-4 minggu lagi atau 7 minggu lagi jika baby Mami nak kuar pada due date yang doctor estimate. Mami dah semakin excited nak menyambut kelahiran putera sulung (Insya Allah..)Mami ni!! Gerakan2 cayang Mami dlm perot ni seolah2 nak bagitau kat Mami yang baby Mami dah xbest dok kat dlm perot Mami yg semakin sempit ni!!! “Sabar ye Sayang…sekejap je lagi Sayang dah boleh keluar..” 
 
Memandangkan usia baby ketika ini telah pon memasuki 8 bln, maka secara basicnya, berat baby sekarang adalah sebanyak 4.2 paun @ 2 kg dgn panjangnya lebih kurang 17 inci @ 44 cm. Posisi kepala baby juga sepatutnya pada minggu2 terakhir ini semester ini harus sudah menjunam ke bawah @ cephalic. Tulang-belulang baby semakin mengeras, kecuali tengkoraknya yg masih lembut pd bhgian ubun2. Kulit baby jugak dh mula hilang kemerahannya & kurang berkedut. Subhanallah!!
 
shawqunnur.blogspot.com ®