Monday, February 3, 2014

2 tahun penyusuan - kini terlaksana

Alhamdulillah..betapa besar rahmatMu ya Allah kerana memperkenankan doa hambaMU ni (dan mungkin juga berkat doa daripada suami, mak abah, keluarga & rakan2) untuk menyusukan anakku, Haziq sehingga sekurang2nya genap usianya 2 tahun. Biarpun banyak halangan dan dugaan sepanjang 2 tahun ini yang semuanya Mami pernah ceritakan di sini dan di sini, tetapi Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Adil, tak pernah memungkiri janjiNya untuk 'memberi' apa jua yang dihajati oleh hambaNya dengan syarat semuanya dipohon kepadaNYA. Syukur ya Robb..akhirnya perjalanan penyusuan selama 2 tahun telah sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah..

Sesungguhnya, penyusuan susu ibu ini bukanlah semata2 adat dan budaya, malah ianya adalah suruhan agama. Sejarah telah mencatatkan Nabi Muhammad SAW juga membesar dengan susu ibu. Biarpun tidak disusui oleh ibu kandungnya, Baginda tetap memperoleh khasiat susu ibu daripada Saiyidatina Halimatussa'diyah RA. Sebab itulah bagi Mami (dan mungkin juga ibu2 diluar sana) amat berbangga diberikan keistimewaan oleh Allah menyusukan anak Mami sendiri biarpun di pasaran berlambak-lambak tersedia pelbagai susu formula yang hebat. Tetapi ketahuilah, susu ibu adalah anugerah terhebat dan teragung yang Allah sediakan untuk setiap bayi di dunia ini.

Tuntutan supaya ibu2 berusaha memberikan susu ibu kepada anak2 jugak secara jelas termaktub di dalam firmanNya seperti di bawah.
Surah Al-Baqarah, Ayat 233

 
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Maka, mana mungkin ibu2 beralasan lagi untuk tidak berusaha menyusukan anak2?? Ingatlah..sesungguhnya susu ibu adalah hak untuk setiap anak. Usahakanlah sebaik2nya agar anak mendapat khasiat susu ibu. Alasan cliche "saya takde susu" sepatutnya dah tak ada lagi sebab dunia moden maklumat di hujung jari ini menjanjikan ilmu2 tentang penyusuan yang ibu sendiri2 (yang celik IT ni) boleh 'gali dan cari' di mana saja tanpa mengira masa. Yang penting BERKEHENDAK.

Mami bukanlah bertaraf pakar laktasi, jauh sekali berjaya fully BF Haziq. Tapi biarpun sekadar complimentary BF, Mami tetap nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu ibu2 lain yang berhajat menjayakan dunia penyusuan susu ibu. :-

1. Gali sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan semasa mengandung/sebelum mengandung.
2. Niatkan dalam hati untuk menyusukan anak sedari awal kehamilan.
3. Bersedia dengan alat sokongan penyusuan (pam, bekas simpanan susu perahan etc).
4. Amalkan konsep asas penyusuan "Supply vs Demand", tidak ada ibu yang baru melahirkan terus melimpah ruah susunya melainkan kuantiti susunya dihasilkan seiring dengan permintaan daripada babynya.
5. Tentukan target secara berperingkat, contohnya newborn-3bulan, 3bulan-6bulan dan seterusnya agar tidak berasa 'terlalu lama' untuk berjaya.
6.  Tidak mudah berputus asa dan elakkan stress.
7. Jangan bandingkan hasil 'tuaian'/produksi kita dengan orang lain.
8. Sentiasa positif dan gembira.
9.  Berdoa dan bertawakal.
 
Notakaki:
Fully BF- menyusu susu ibu sepenuhnya tanpa dicampur dengan susu formula/susu segar di samping diberikan sumber makanan lain seperti nasi, roti etc.

Exclusive BF - Hanya disusukan dengan susu ibu sahaja, tanpa diberikan makanan tambahan lain hatta air masak.

Complimentary BF- menyusu susu ibu di samping dicampur dengan susu formula/susu segar dan makanan2 tambahan yang lain.
shawqunnur.blogspot.com ®

2 comments:

  1. sobs...tahniah kak! :) doakan saya juga. now dah 8months fully BF alhamdulillah, walaupun byk dugaan melanda, memang ada try FM mase tu sakit and susu sangat sikit sbb makan ubat, tapi anak taknak, die mcm tau2 je itu bukan susu ibu die, :P last skali dia minum sikit2 pun takpe asalkan bukan FM, anak pun pandai pilih! semoga sy pun sampai 2tahun jugak :D thanks for sharing ur story n tips!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..tq sis...
      big congrats to u too sbb masih struggle fully bf..insya allah u pon boleh bf ur bb until complete 2yrs...

      Delete

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.