Sesungguhnya setiap perkara atau kejadian ciptaan Allah SWT tidaklah dijadikan sia-sia. Semuanya adalah bukti kebesaran dan kekuasaan DIA. Bagi mereka yang tahu berfikir, ianya satu bentuk ilmu yang akhirnya bila dikaji akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah SWT. Hasil daripada penilaian mereka yang berusaha mengkaji dan menyelidik, maka terhasillah suatu info seperti di bawah ini. Sesungguhnya semua kebaikan itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang buruk itu adalah manusia itu sendiri yang secara umumnya tidak sempurna. Semoga paparan info ini direnungi dan dihayati demi memperbaiki diri kita, Insya Allah.
MUHARRAM
Mereka yang lahir pada bulan ini lazimnya bersifat pendiam tetapi sihat fikirannya. Jika tidak diberikan didikan dan asuhan yang sempurna, mungkin dia akan menjadi bodoh. Tetapi, dengan didikan dan asuhan yang sempurna, meraka yang lahir pada bulan ini akan terserlah kecerdikkannya kerana bakat fikiran yang pintar cerdas telah dianugerahkan kepadanya. Dia selalu mempunyai keinginan kepada perkara @ benda yang baik-baik dan selalu berada dalam keadaan yang selamat.
SAFAR
Bagi yang lahir pada bulan ini, mereka mempunya tabiatnya buruk yang perlu diperbaiki, iaitu, mereka seorang yang ego tidak bertempat dan tidak suka mengakui kesalahannya. Namun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan berjaya dan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Golongan yang bertuah dilahirkan pada bulan ini sering dikaitkan dengan perwatakannya baik. Malah, berkemungkinan akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Mereka juga disenangi ramai orang. Namun disebalik kebaikan, terdapat juga sifat negatif dalam diri meraka yang perlu dikikis, termasuklah sikap kurang sabar, keras hati dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Manakala mereka yang lahir pada bulan ini pula sering dikaitkan dengan perwatakan yang agak negatif dek kerana tidak tetap pendiriannya, mempunyai fikiran dan kemahuan yang lemah, buruk nafsu, kasar dan suka bergaduh. Dengan sifat-sifat buruk inilah akhirnya kehidupan meraka menjadi agak sukar malah menjadi cabaran kepada ibubapa mereka di dalam mengasuh dan mendidik mereka.
JAMADIL AWAL
Mereka yang lahir pada bulan ini dikatakan berkeyakinan tinggi, lebih berani dan nekad biarpun ada kalanya mereka melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, sifat berani dan tekad akan memberikan hasil samada berjaya atau sebaliknya di dalam setiap perkara yang dilakukannya.
JAMADIL AKHIR
Bagi yang lahir pada bulan ini lazimnya seorang yang berani, menghormati orang lain serta mempunyai berbagai kepandaian. Dia juga seorang yang tidak malu untuk mengakui kesalahannya jika dia benar-benar bersalah, tepai jika dia yakin dia tidak bersalah, dia akan berkeras berpegang kepada pendiriannya dan tidak akan sesekali mengalah. Mereka yang lahir pada bulan ini, jika baik asuhan ibu bapanya, maka apabila dia dewasa kelak dia akan menjadi seorang yang menghargai dan menyenangkan hati orang tuanya.
REJAB
Oranbg yang lahir pada bulan ini terkenal semasa kecilnya dengan kedegilan dan kenakalannya. Namun, apabila sudah dewasa, dia lazimnya merendah diri dan bersikap tidak mengambil tahu hal orang lain. Oleh itu, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Berperwatakannya baik, hidup yang tiada bermasalah dan selamat serta mempunyai rezekinya yang tidak putus-putus. Inilah di antara perkara positif yang berjaya dikaji selidik ke atas mereka yang lahir pada bulan ini. Sewaktu kecil, mereka sangat dikenali dengan sikap mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan, berkelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Apabila dewasa, dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Mereka yang lahir pada bulan yang mulia ini biasanya seorang yang baik, pendiam, suka merendah diri, tidak angkuh dan tidak suka menonjolkan diriya. Pendek kata, kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Berbeza dengan seorang yang lahir pada bulan ini, secara umumnya dia seorang ynag berperwatakan keras dan seorang yang keras hati serta tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini amat membahayakan hidupnya. Oleh itu ibu bapanya perlul memainkan peranan yang penting didalam mendidiknya dengan betul bagi mengikis tabiat buruknya itu. Sekiranya tersalah didikan, kehidupannya kelak akan menemui kesusahan dek perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Seseorang yang lahir pada bulan ini mempunyai perwatakan yang pendiam. Namun, dalam diam-diam itu, banyak perkara baik pada dirinya akan berubah menjadi buruk. Dia juga seorang yang banyak berfikir dan kerana kerana sifat inilah satu hari nanti dia akan berjaya dalam kehidupannya. Tetapi sikap banyak berfikir ini juga kadangkala akan menjeratnya menjadi keliru. Oleh itu, dia harus bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Sifat mereka yang lahir pada bulan ini jika dia jahat dia akan menjadi terlalu jahat, tetapi jika baik, dia akan menjadi terlalu baik. Seringkali dia akan mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia juga seorang yang sukar mengawal perasaan, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak seperti tidak dapat membezakan sesuatu yang betul-betul baik atau buruk untuknya, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya sehingga menyebabkan dia seringkali menyesal.
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.