Pada minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap jarinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau. Sumber:mengandung.com
Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan.
Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu.
Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah.
Sumber: Baby Center
Apa yg mami rasa setakat ni???
- of coz gerakan halus baby yg makin aktif
- perut mami yg makin besar menegang
- B makin 'mengisi' smpai kene gnti B** baru..huhuhuhu..
- mami dh mula sakit pinggang kalo tido terlentang
- kerap buang air kecil, tp agk payah nk buang air besar..urgh!!!
- panas!! panas!! panas!!!!
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.