Dahulu..
Tika inilah dan detik inilah
Suara tangisan itu bergema seluruh alam
Kerinduan yang terpendam akhirnya terubat sudah
Kehadiran si Puteri comel disambut meriah
Ucapan tahniah dititipkan
Pelbagai bentuk hadiah melimpah-ruah
Menjadi buah tangan setiap kunjungan
Rezeki si kecil yang disambut meriah
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Tuhan
Lahirnya si Puteri merubah segalanya
Tangis dan tawa bersilih ganti
Namun
Apa yang paling penting
Lahirnya si comel menceriakan seluruh keluarga
Tahun demi tahun si Puteri semakin keletah
Ibarat bunga yang harum mewangi memekar indah
Menjadi kebanggaan keluarga
Biarpun Si Puteri masih mentah
Akal yang pintar semakin terserlah
Pekerti indah penuh ketrampilan
Itulah berkat asuhan si Ibu dan Ayah
Kini
Kisah lampau itu hanya tinggal sejarah
Masa yang berlalu tidak mungkin dapat diputar kembali
Apa yang pasti adalah hari ini
Nostalgia semalam adalah satu permulaan
Masa hadapan adalah harapan
Entah apa yang akan terjadi
Semuanya bergantung pada suratan takdir
Qada' dan Qadar Tuhan
Kumohon kepada Tuhan
Semoga hari-hari akan terus cemerlang
Agar zaman kegemilangan itu
Dapat terus dipertahankan
Selagi hayat dikandung badan
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.