Sunday, October 2, 2011

PETUA DAN TEKNIK MEMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN SECARA NORMAL

Bila dah mula menghampiri fasa2 terakhir aka trimester ke3 ni, perkara yg selalu bermain diminda mami adalah tentang proses bersalin. Di tambah lagi dgn adik mami yg skg ni dok kuar masuk wad sbb dh mula turun tanda2 nk bersalin (hihihi...adik mami yg kawen thn lepas tu sebenarnya tgh menunggu hari) menjadika mami mula tertanya2 tentang tanda2 nak bersalin yg mana satukah yg mami akn hadapi nanti sebab lain org lain karenahnya. macam adik mami tu, dah mula kuar tanda lendir + darah sejak 5 hari yg lalu tp sampai saat ni still x bersalin lagi. kwn mami kat opis lak penah bercerita yg dia kalo nak brsalin x pernah keluar tanda. yang pasti pada hari checkup kat klinik, masa doc check, tgk2 dh terbuka 2cm.. sorg lg kawan mami cakap die kalo nk bersalin x pernah keluar darah @ apa2 tanda, jz sakit macam senggugut tu je.. macam2 pengalaman org kan?? semuanya unik2 belaka. Mami nanti tah camna la nasibnya. Harap2 dipermudahkan lah segala2nya...amin...

disebabkan mami budak baru belajar (ceh, budak lagi ke???? huhuhuhu..) kat bwh ni antara petua yg mami dapat dari 1 blog dan 1 website yang mami rase bagus sgt utk mami share ngan raeder sume. so....melalui pemahaman mami, ada beberapa petua yg setiap preggy moms perlu ambik tau dlm proses nk bersalin ni bagi memudahkan proses kelahiran.
  1. Senaman Pernafasan- ada 3 stage yg kena slalu prektis starting from now.
  • Early labour breathing (mula rase sakit/ start contraction): Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung
  • Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit): Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.
  • Second stage breathing: Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
  1. Senaman kegel (kemut)- baik untuk peregangan otot alat sulit
  2. baca surah Maryam - utk memudahkan bersalin dengan izin allah.
  3. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk - utk mengelakkan mommy2 jadi lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran.
  4. Makan secukupnya - sbb proses bersalin memerlukan jumlah tenaga yg banyak. Kalo makan sikit @ mommy x kenyang, mami akan cpt lesu & x kuat nk meneran nanti. Makanan yg paling baik pada saat2 nk bersalin adalah kurma.2. Senaman Kegel (Kemut)- bagus untuk memudahkan peregangan otot alat sulit semasa bersalin nanti.
Bila dah start contraction @ pintu rahim dh mulka terbuka 2cm, mommy2 mestilah:-
  1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing” aka bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung.
  2. Minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca al-fatihah dan berdoa "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”
  3. Sapu minyak selusuh (kalo ade la..) pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang sambil berselawat.
  4. Minum, sikit (sesudu) minyak selusuh tu dgn sambil berselawat dan berdoa.. ",Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..” 
  5. Jangan terlau fokus pada rasa sakit, maknanya kene selalu ingat allah sbb bersalin ni mcm pertarungan nyawa gak..
  6. Bila contaraction makin kerap, bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.
  7. Banyakan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”
masa nak meneran:-
  1. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. bila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.
  2. Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung utk mengelakkan koyakan yg teruk) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat.
  3. teran tanpa mengeluarkan suara.
shawqunnur.blogspot.com ®

























No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.