Monday, October 31, 2011

RESEPI PILIHAN SEMASA BERPANTANG



Ekceli ada banyak resepi yang bleh mami share kat sini. Tapi takkan la mami nak share sume tu kan???? so, dalam banyak2 resepi tu, yang mami letak kat bawah ni yang agak menarik perhatian mami. kalo bleh masa confinement nanti mami nak makan cam dlm resepi ni...hehehehheh...lagi sedap kalo En. Hubby kesayangan mami yang tolong masakkan...Bleh kan Bang????!!hehehhe...

Daging Halia

Bahan2:
300 gm daging-potong nipis..seelok2nya guna daging yg tak berlemak (boleh ganti dgn hati ayam jika suka)
1½ inci halia-potong nipis
1 inci kunyit-potong nipis
3 ulas bawang putih-potong nipis
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
Garam
minyak

Cara2:
  1. Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan daging biarkan air daging kering dulu. bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan air kering.
  2.  Tuangkan minyak,kacau daging rata2. masukkan kicap,sos lada hitam dan lada hitam.kacau rata.
  3.  Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam. goreng sampai bawang besar layu.siap utk dimakan.
Ikan Bawal Kukus Halia

Bahan2:
1 ekor ikan bawal putih
1½  inci halia-potong nipis
1 inci kunyit-potong nipis
3 ulas bawang putih-potong nipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk
garam
1 btg karot
bunga kubis

Cara2:
  1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.perap seketika.
  2. letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil, siram baki perapan kicap atas ikan.
  3. tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
  4. kukus hingga masak...anggaran 10-12 minit atau hingga masak.
*  Ikan Pindang Kicap

Bahan2:
2-3 ekor ikan (ikan merah/jenahak/selar kuning/kerisi/siakap)-boleh juga ganti dgn daging
*1 ulas bawang putih --tumbuk-lebihkan letak 3 ulas
5 ulas bwg merah
1-2 btg cili merah
*5 cm kunyit- tumbuk
*5 cm halia muda-mayang
*5 cm lengkuas-ketuk
1 btg serai-ketuk
1-2 helai daun salam-tak letak pun ok
3-4 kpg asam gelugur
1-2 sudu teh kicap manis
4 cwn air
Garam

###semua bahan * potong nipis aja

Cara2:
  1. Panaskan minyak sikit tumis bawang dan halia.
  2. Masukkan air.biarkan mendidih dan masukkan bahan lain dan ikan.rasakan garam.

**nak mudah, masukkan air dan semua bahan kecuali ikan buat stail singgang. Bila mendidih baru masukkan ikan.

     Ikan bilis Lada Hitam

Bahan2:
1 gengam ikan bilis
1½ inci halia-potong bulat nipis2
1 sudu mkn lada hitam-tumbuk kasar
sedikit minyak

Cara2:
  1. Goreng ikan bilis dlm minyak yg sikit. bila hampir garing masukkan halia.
  2. Kacau sekejap dan angkat. Gaulkan ikan bilis halia tadi dgn lada hitam. Siap utk dimkn.
 **kalau nak tumbuk ikan bilis dan halia pun boleh

     Sup Ikan Haruan

Bahan2:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
minyak untuk menumis
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
halia – ditumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara2:
  1. Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.
  2. Panaskan minyak  dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air.
  3. Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih.
  4. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.
*   Daging Lada Hitam

Bahan2:
daging lembu
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
minyak
Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
  2. Panaskan minyak. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
*   Ayam Kukus Bercuka

Bahan2:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sm halia – ditumbuk
3 sudu makan cuka
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara2:
  1. Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus ayam sehingga masak.
  2. Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. Kukus lagi selama 5 minit.
Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.

*  Hati Masak Berempah

Bahan2:
hati lembu
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 ulas bawang putih – dikisar [A]
2 ulas bawang merah – dikisar [A]
2 sm halia – dikisar [A]
1 sm lengkuas – dikisar [A]
Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Hati lembu dipotong dan dibersihkan.
  2. Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.
  3. Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk.
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 – 35 minit atau sehingga masak.
*   Ikan Talang Kering Masak Asam

Bahan2:
Ikan talang kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inch halia
1 labu bawang besar
air asam jawa
minyak
garam

Cara2:
  1. Potong ikan talang kering dalam bentuk kiub.
  2. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan air asam jawa.
  3. bila agak mendidih, masukkan hirisan halia dan ikan talang.
  4. masukkan garam dan hirisan bawang besar.
Rendang Peria

Bahan2:
2 biji peria katak (dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis – dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 sudu teh lada hitam – dikisar
2 keping asam keeping
Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.
  2. Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api.
  3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.
Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya.

Petua Orang Tua: Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.

Ikan Panggang Halia

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
garam
kunyit
cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara2:
  1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
  2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.
Petua Orang Tua: Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

Rendang Hati Lembu

Bahan2:
½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar)
10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras

Cara2:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
  3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
  4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa



shawqunnur.blogspot.com ®

2 comments:

  1. bagus gak resepi2ni,nak cubalah unyuk anak saya jap lagi...tq tq

    ReplyDelete

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.