Thursday, September 25, 2014

Lotus Birth???

Semenjak akhir2 ini newsfeed di FB Mami banyak mem'promosi'kan tentang LOTUS BIRTH. Pada mulanya Mami fikirkan ini adalah salah satu style/posisi untuk melahirkan baby..(kikiki...naifnye la Mami ni..) Namun, setelah Mami mula menekan search button pakcik google, barulah Mami tau apalah yang dimaksudkan dengan Lotus birth ni. Jom kita kaji sama2. 

Apa itu Lotus Birth?
Secara amnya, Lotus Birth adalah satu amalan selepas melahirkan bayi di mana tali pusat bayi tidak dipotong, malah dibiarkan terus bersambung bersama-sama uri sehingga kering (lebih kurang 3-10 hari atau lebih) dan akhirnya terlucut sendiri daripada pusat bayi. Amalan ini dikatakan kurang popular di peringkat dunia malah tiada kajian yang agak serius mengenai perkara ini kerana ianya hanyalah amalan tradisi turun-temurun yang terdapat di dalam ajaran Buddha. Hal ini mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai. Prinsip Lotus Birth ini lebih kepada memberi ruang terhadap pencegahan iaitu dengan pengurangan jangkitan kuman (akibat luka tali pusat yang dipotong) terhadap bayi sebaik sahaja dilahirkan mampu mencegah penyakit pada masa hadapan (apabila bayi kemudiannya dibesarkan dengan amalan pemakanan yang baik).

Uri @ Plasenta adalah 'teman rapat' bayi selama 9 bulan bayi dalam kandungan dan 'teman rapat' ini dipercayai boleh terus memberi faedah kepada bayi walaupun selepas kelahiran kerana amalan Lotus Birth akan memberi manfaat kepada bayi untuk mencukupkan bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi sehingga dia tidak memerlukan lagi imunisasi tambahan.
Kenapa Lotus Birth?
1. Mengelakkan jangkitan
Menurut Mary Ceallaigh (penyokong Lotus birth dan juga seorang bidan), amalan Lotus Birth ini amat bagus kerana dapat mengurangkan peluang jangkitan kuman kepada bayi yang baru lahir kerana tiada luka terbuka yang terhasil akibat daripada pemotongan tali pusat bayi.

2. Darah tali pusat kaya dengan antibodi
Amalan membiarkan uri bayi terus tercantum dengan tali pusat adalah satu tindakan yang dapat membantu pengaliran darah tali pusat (cord blood) yang kaya dengan zat antibodi yang mana antibodi ini sangat diperlukan oleh setiap bayi sepanjang proses tumbesarannya kerana sistem imunisasi bayi akan sering berubah-ubah semenjak dilahirkan. Mereka yang mengamalkan Lotus Birth juga percaya bahawa amalan ini memberi jaminan 100% bahawa bayi akan mendapat jumlah aliran darah yang optimum yang biasanya diperlukan oleh seorang bayi.

3. Bayi lebih selamat
Tidak dinafikan amalan Lotus Birth dipandang janggal oleh kebanyakan orang. Bagi yang memilih tradisi ini secara tidak langsung memberi sedikit kelabihan di mana bayi akan lebih selamat daripada menjadi 'mangsa cuitan' mereka yang datang berziarah kerana keadaan bayi yang masih bersambung dengan uri cukup untuk membuatkan si pelawat akan berfikir 2 kali sebelum memberanikan diri untuk memangku/mengendong/mencuit-cuit bayi tersebut.

4. Lebih cepat tali pusat tertanggal
Proses penanggalan tali pusat bayi selepas dipotong biasanya mengambilmasa 5-14 hari, malah mungkin lebih bergantung kepada tahap kekeringan tali pusat tersebut. Amalan Lotus birth dipercayai membantu mempercepatkan pengeringan tali pusat yang seterusnya menyebabkan tali pusat tertanggal daripada pusat bayi seawal 3 hari.

5. Tumbesaran otak
Amalan Lotus Birth diyakini mampu untuk memindahkan secara purata 100mL sel darah merah yang amat diperlukan oleh bayi yang mana ini akan menyumbangkan kepada potensi perkembangan otak bayi terutama pada tahun pertama yang sangat kritikal.

6. Mengeratkan ikatan kasih sayang
Secara amnya semasa diawal kelahiran, seorang bapa (malah ahli keluarga lain yang rapat) akan terlihat sentiasa mendampingi si ibu dan bayinya bagi membantunya yang masih lagi di dalam proses pemulihan. Dengan amalan Lotus Birth, hal ini sedikit sebanyak membantu memupuk kasih sayang yang lebih erat dikalangan ahli keluarga yang terlibat kerana pusat bayi yang masih bersambung dengan uri memerlukan penjagaan khusus yang mana ibu dan bayi biasanya tidak mampu untuk menguruskan sendirian melainkan dengan bantuan daripada si bapa atau ahli keluarga yang lain. 

Cara-Cara Pengendalian/Penjagaan Uri & Tali Pusat
Masyarakat yang mengamalkan Lotus Birth ini pada kebiasaannya sebaik sahaja uri dikeluarkan daripada rahim ibu, mereka akan:-

1. Membasuh uri tersebut dan meletakkan di dalam tapisan selama beberapa ketika untuk mengeringkannya.

2. Uri dan tali pusat akan dibilas dengan air suam untuk kali kedua untuk membersihkan saki-baki kotoran yang masih melekat, kemudian dilap dengan menggunakan tuala.

3. Minyak pati aroma terapi akan direnjis2 ke atas uri sambil diurut2 lembut (kerana uri pada kebiasaannya sedikit 'berbau') dan kemudiannya akan disaluti dengan serbuk Rosemary. Serbuk Rosemary juga ditabur secara merata di pangkal pusat bayi bagi mempercepatkan proses pengeringan. (Serbuk Rosemary akan ditabur selang sehari atau setiap kali lampin alasnya ditukar sehingga pusat bayi gugur)

4. Uri yang telah berbau 'harum' itu kemudiannya akan diletakkan di dalam bakul/mangkuk/tapisan yang terlebih dahulu dialas dengan lampin. Namun, ada juga yang mempraktikkan dengan cara membalut uri tersebut dengan kain kapas sementara tali pusat pula akan dililit dengan riben kain kapas atau sutera, kemudian akan meletakkan uri yang telah berbungkus tadi di dalam mangkuk/tapisan. 

Fakta yang perlu anda tahu
Menurut Dr. James Van Hook, seorang Pengarah Perubatan Ibu & Anak (Maternal Fetal Medicine), Pusat Perubatan University Cincinnati, bahawa melewatkan pengapitan/pemotongan tali pusat membolehkan sel-sel stem darah yang mengandungi imunoglobulin (yang sangat baik untuk membantu bayi melawan jangkitan) dapat dialir masuk ke dalam tubuh bayi dengan lebih banyak. Walaubagaimana pun, teori ini hanya terpakai jika dilakukan dalam tempohmasa beberapa minit sahaja dan bukannya beberapa hari seperti yang dipraktikkan di dalam Lotus Birth.   Selain daripada itu, sehingga kini tidak ada bukti yang jelas mengenai manfaat kepada kesihatan bayi disebalik amalan Lotus Birth ini. Malah, belum ada lagi bukti saintifik mengenai hal ini. Sebahagian saintis yang mengambil darah dari tali pusat sebagai kajian stem cell yang dianggap sebagai bidang baru.

Seorang jurucakap O&G Maktab Tentera (Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG)) turut menyatakan bahawa uri yang dibiarkan terus bersambung dengan bayi selepas kelahiran untuk satu tempoh masa yang lama bakal mengundang risiko jangkitan (dalaman uri) yang seterusnya boleh merebak kepada bayi kerana uri seperti yang diketahui mengandungi darah yang mana darah daripada uri akan terus mengalir ke dalam badan bayi melalui tali pusat sejurus kelahiran dan akan menjadi tisu yang mati selepas beberapa ketika. Oleh itu, adalah disarankan bagi mana-mana bayi yang dipraktikkan Lotus Birth dipantau dengan lebih teliti untuk mengelakkan sebarang jangkitan tersebut.
Lotus Birth & Hukum Fiqh 
Secara umumnya, amalan pengendalian uri tidak ada diperbahaskan di dalam kitab2 sunnah kerana ianya lebih kepada adat amalan budaya tertentu yang tiada sandaran dari asSunnah.

Namun, menurut Sheikh 'Abd al-Rahman al-Jar'i, seorang Professor di Universiti king Khalid, Abha, uri bayi adalah sebahagian dari badan wanita. Ia sepatutnya dikebumikan (diuruskan) sebagaimana bahagian badan lain yang dikebumikan apabila ia telah dipotong.

Pandangan lain pula ada menyatakan bahawa uri adalah sama seperti darah yang dianggap sebagai najis jika telah keluar/terpisah daripada keadaan asal (di dalam badan).

Manakala Dr. Zubaidi Hj Ahmad pula berpandangan bahawa uri adalah organ yang dibentuk di dalam rahim wanita bersama-sama dengan janin yang bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin turut dikeluarkan melalui uri yang diserap oleh ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Dengan yang demikian, uri dianggap sebagai sebahagian dari organ yang mana selepas proses kelahiran, uri yang tidak lagi berperanan akan dikeluarkan malah dianggap sebagai organ yang telah mati dan hukumnya adalah najis (sama seperti anggota badan lain yang terputus dari tubuh badan).
Pendapat peribadi tentang Lotus Birth
Pada pendapat Mami, Lotus Birth adalah lebih kepada amalan tradisi budaya tertentu yang orang Islam TIDAK sepatutnya contohi dan ikuti. Memandangkan uri telah dihukumkan sama seperti anggota badan yang lain yang akan menjadi najis apabila terpisah daripada tubuh, maka sebaiknya selepas kelahiran, tali pusat bayi dipotong dengan segera dan uri yang telah terpisah harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak perlulah berlebih-lebihan, contohnya dibasuh dengan asam jawa, limau nipis, diraikan dengan upacara karut-marut dan sebagainya.


Beginilah rupa uri yang didakwa sebagai 'kembar bayi' tapi sebenarnya tak wujud pun istilah kembar bayi ni.

Sumber:

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, September 22, 2014

Haziq warded lagi #2 @ UMMC

Baru2 ni (12/9/2014) Haziq sekali lagi terpaksa warded sebab dehydrated due to Acute Gastroenteritis (AGE) (sakit perut cirit-birit & muntah2).

Alkisahnya pada hari Selasa (9/9/2014) Mami sengaja hantar Haziq ke rumah Mami Yang instead of ke rumah Nenek (BS) sebab kebetulan Opahnya ada. Nak bagi peluang Opah & cucu bermesra. Daripada awal pagi sehingga ke petang Haziq ok aje. Cuma menjelang petang Haziq mula mengadu sakit perut dan kemudiannya muntah2. Keadaan bertambah 'teruk' menjelang maghrib bila Haziq kemudian cirit-birit pulak. Bimbang Haziq akan dehydrated, kami pun bawak Haziq ke klinik malam tu. Alhamdulillah doktor yang merawat bagitau Haziq cuma muntah2 biasa, agak sedikit dehydrate tapi tak perlu refer ke mana2 hospital since Haziq masih lagi nampak pink & aktif. Cuma kami perlu repeat balik untuk ujian darah sekiranya sakit masih berlarutan. Lepas makan ubat, Haziq terus terlena sampai esok pagi.

10/9/2014 (Rabu)- Mami EL hari ni sebab nak pantau kesihatan Haziq. Rasa macam tak best pulak nak hantar Haziq ke rumah Nenek dalam keadaan tak sihat begini. Takpelah Nak..Mami berkorban utk awak. Haziq dah tak muntah2 lagi (mungkin sebab Mami bagi dia ubat tahan muntah) tapi masih lagi cirit-birit. Selera makan memang kurang. Jadi, setiap kali tanya nak makan/minum laju je Haziq akan menggeleng kepala sambil cakap 'tak nak'. Air yang hanya boleh Haziq minum cuma Yakult. Beriya Mami buat bubur nasik akhirnya Mami juga yang kena habiskan. Takpela Haziq..dah takde selera..dipaksa2 kang muntah pulak. Sepanjang hari Haziq cuma melayan youtube menonton cerita Ultraman.

11/9/2014 (Khamis) - Hari ni Opah akan balik semula ke kampung. Hati Mami memang agak berat untuk menghantar Haziq ke rumah Nenek memandangkan Haziq masih lagi belum sembuh. Tapi apakan daya, Mami terpaksa bekerja membantu Abi. Sebelum 8.30 pg Mami dah mula meredah Federal Highway untuk ke pejabat. Tetapi mengenangkan Opah yang akan balik ke kampung pagi tu, Mami ambil keputusan untuk singgah sekejap di rumah Mami Yang untuk berjumpa dengan Opah. Dalam perjalanan Mami rasa tak sedap badan. Perut sakit menyucuk2, kepala terasa berat. Sampai di rumah Mami Yang, Mami mula muntah melambak2, kepala berdenyut2 & cirit-birit. Mami ambik keputusan untuk MC saja. Haziq yang pada mulanya nampak ok mula merengek2 sakit perut & muntah2 di sana-sini. Mami terpaksa menjaga Haziq dalam keadaan Mami sendiri pun masih sakit. Ya Allah memang rasa nak pitam!! Mami sampai merayu mintak Abi segera balik ke rumah selepas habis office hour (Abi berhajat untuk menziarahi jenazah kawan sepejabatnya yang kebetulan meninggal dunia pada ptg itu, dijangka jenazah akan dikebumikan pada malam itu jugak). Alhamdulillah, Abi selamat sampai ke rumah sebelum pukul 7 mlm. Mami mintak Abi belikan makanan untuk kami berdua memandangkan Mami sejak pagi belum makan apa2. Akhirnya selepas makan, Mami mula bertenaga. Sakit kepala & perut beransur2 hilang. Keadaan Haziq pulak nampaknya makin serius. Haziq nampak lemah selepas beberapa kali muntah2. So, takkan nak biar gitu je kan??  

Selepas solat Maghrib, Mami & Abi pon bawak la Haziq kat Klinik kesihatan kat belakang rumah ni. Bila bagitau aje kat doktor segala bagai, maka doktor request buat blood test & urine test (urine test tak boleh nak buat sebab Haziq takmo kencing). Dipendekkan cerita, blood test found out that Haziq punya darah dah makin memekat sebab kekeringan air dalam badan. Doktor suruh refer hospital. Malam tu buat pertama kalinya kami berdua dihantar terus ke wad kecemasan Pediatrics dengan ambulan..mak aihh..

Kat wad kecemasan kami menunggu daripada 9 mlm sampai 2 pagi baru Haziq di'transfer' ke wad (Lebih 5 jam tu..Sabor ajelah!!). Alhamdulillah keadaan Haziq tak sekritikal masa 1st admitted April lepas, Lepas drip air 1 botol, Haziq dah mula nak makan. Nampak aktif. Jam 4.30 ptg esoknya Haziq dah boleh discharged. Syukur takde ape2 yang serius. Cuma Mami agak pelik bila doktor tiba2 bagitau Haziq kurang Vitamin D. Hmmm..Mami kena study ni..!! 

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, September 4, 2014

TTC#2 M.A.B... part ii

Kesinambungan daripada entry yang lepas, hari ni Mami nak berkongsi lagi keterujaan Mami dengan MAB yang pada perkiraan Mami sangat serasi dan berpuas hati dengan keberkesanannya.. Insya Allah.

Sepertimana yang Mami dah pernah cerita sebelum ni, Mami start ambil MAB pada hari ke-3 haid bulan lepas dan Alhamdulillah Mami sangat konsisten mengambil MAB ni sehingga habis 21 biji. Sepertimana yang dimaklumkan kepada Mami sebelum ini, selepas habis 21 biji MAB, Mami perlu rest untuk 7 hari sebelum meneruskan pengambilan botol berikutnya. Ini adalah kerana dalam tempoh 7 hari itulah sepatutnya kitaran haid yang baru akan bermula yang mana kedatangan haid dalam tempohmasa ini menunjukkan bahawa rahim telah kembali subur dan tahap keseimbangan hormon menjadi normal. 


Alhamdulillah..dengan izin Allah yang Maha Pemberi Rahmat, Mami bersyukur dengan impak positif yang Mami dapat hasil daripada pengambilan MAB ini. Mana taknya, selesai sahaja botol pertama, kitaran haid yang baru terus bermula. Biarpun secara jujurnya ada sedikit kecewa (sebab belum berjaya conceive kan), tapi hikmah disebaliknya membuatkan Mami bersyukur sebab sekurang2nya kitaran haid yang selama ini tintong sudah kembali ke landasan yang betul. Mudah2an dengan perubahan yang positif ini, usaha Mami untuk conceive 'baby girl' impian si Abang Haziq (dan juga Mami Abi) akan menjadi lebih mudah..amin.


Mami akan terus meng'update' tentang kesan MAB ini dari semasa ke semasa..

Maajun Anggun Bistari (MAB)

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, August 27, 2014

TTC#2-Maajun Anggun Bistari (MAB)

Hamboi..tengok tajuk tu.. Dah tak payah teka-teki lagi. Straight to the point sungguh..hihhihi. Whatever la kan...janji sampai maksudnya.

Ok, entry yang lepas Mami dok cerita pasal strategi Mami berkenaan dengan cara untuk memperbetulkan kitaran haid. Kitaran haid yang teratur memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk conceive sebab secara asasnya tahap kesuburan wanita itu boleh berpandukan kepada tahap keseimbangan hormonnya yang pada amnya dinilai daripada kitaran haid yang teratur. Semakin teratur kitaran haid seseorang wanita itu, maka semakin mudah baginya untuk merancang kehamilan.

Sepertimana yang telah diceritakan di dalam entry sebelum ini, Plan A Mami dengan GLA Shaklee nampaknya terpaksa digagalkan. Plan B dengan Homeopati juga nampaknya tak berhasil. Selepas 6 minggu Mami secara istiqamah mengamalkannya, haid masih tidak keluar pada waktu yang sepatutnya. Malahan Mami dapat berpuasa penuh sepanjang Ramadhan lalu dek kerana tiada haid. Jadi, Mami membuat keputusan untuk tidak lagi mengamalkan homeopati ini.

Plan C, semestinya dengan Maajun Anggun Bistari (MAB). Mami pertama kali dengar pasal MAB ni daripada BFF Mami (yang sekarang telah berjaya preggy anak ke-3 setelah TTC if not mistaken selama 1thn). Tapi masa tu Mami dom try GLA..so, takmo la campur2. Orang kata nak try & error one by one. Then, officemate Mami aka teman TTC Mami (member Mami ni dah kawen almost 6 tahun tapi belum rezeki berzuriat) pulak dok bercerita tentang MAB ni. Dia baru ambil nak masuk botol ke-3. Katanya semenjak dia amalkan MAB haid dia dah kembali lancar. Sebelum ni, darah keluar sikit2 & pernah 2-3 bulan takde haid. Alhamdulillah semenjak berMAB, masalah haid dah hampir pulih & mudah2an ada rezekinya untuk mendapat zuriat selepas ni..amin. 

So, bertitik tolak daripada itulah, Mami mula tergerak hati untuk berMAB. Kebetulan MAB yang diorder sampai pada hari ke-3 haid, so, tak payah nak bertangguh2 lagi terus Mami mulakan pengambilannya. Mami dah mula merasa kesan positif MAB pada hari ke-3 pengambilan di mana darah yang sebelum ni seperti segan2 nak keluar akhirnya terus melimpah-ruah. Dah berbulan2 Mami tak rasa haid yang lancar. Jika sebelum ini pantyliner yang kecik nipis itu sudah cukup untuk menampung aliran darah (spotting je sebenarnya), tapi kali ini 1 pad size maxi perlu ditukar 2-3 jam sekali dek kerana aliran darah yang terlalu banyak. Alhamdulillah..syukur.. 

Untuk makluman, pada dasarnya MAB dihasilkan sebagai ubat untuk menjarakkan kehamilan atau merancang keluarga. Walaubagaimana pun, dengan aturan pengambilan yang tertentu, MAB juga boleh digunapakai sebagai usaha untuk mendapat zuriat dengan cara memperbaiki kitaran haid & menyuburkan peranakan.

Cara pengambilan untuk ikhtiar zuriat:-
1. Mulakan 1biji pagi/malam pada hari ke-3 atau 4 @ 5 haid. Jika tidak didatangi haid (kes haid tak datang berbulan2), boleh terus ambil MAB. Makan MAB setiap hari sehingga habis 1 botol (21 hari)
2. Rehat 7 hari. Haid sepatutnya  keluar dalam jangkamasa ini.
3. Mulakan pula dengan botol ke-2 sehingga habis 21 biji.
4. Rehat 7 hari..Mulakan dengan botol ke-3 sehingga habis 21 biji. 

Biasanya selepas botol 3, kitaran haid yang tintong akan kembali teratur. Bila kitaran haid dah ok, so, masa untuk "pulun'..paham kan?? hihihihi... Tapi jika nasih belum teratur, teruskan pengambilan sehingga kitaran haid menjadi normal. (Berdasarkan pada broucher yang Mami baca, biasanya paling lama haid akan kembali normal dalam jangkamasa 6 bulan).

Namun, ada juga kes yang terus hamil (dengan izin Allah yang Maha Kuasa) walaupun hanya dengan pengambilan botol pertama. So, sebagai langkah berwaspada, Mami akan membuat UPT dulu pada hari ke-7 sebelum nak mulakan botol ke-2 jika within gap 7 hari tu masih tiada haid. Siapa tau kan, tak datang haid tu sebab dah 'berisi'? hihihihi..Insya Allah..mudah2an..amin.. 

MAB..murah sangat..RM18 je..berkali2 ganda murah daripada GLA & Homeopati. Moga2 Mami serasi dengan MAB.

 
Gini lah rupa paras MAB tu..Sedap tau rasanya..manis2 gitu..Makan sebiji rasa macam nak habiskan terus 1 botol..kikiki..melampau uolls...

Cukup dulu sekadar ini. Mami akan kongsi lagi Mami punya testimoni MAB selepas complete botol pertama ini nanti, Insya Allah.. 


shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, August 26, 2014

Entry warming up..Open House kite...

Semenjak dua menjak ni rasa rinduuu yang teramat sangat nak update blog. Tapi macam masa tu terlalu cemburu sampai jangan kata nak update, nak jengah2 pun tak berkesempatan..Ohh..kesian blogku ini.. Almaklumlah..mood raya katakan.. dok ber'open' house ajelah tak habis2..pagi, petang, siang, malam, hampir setiap hari kenyang dok makan kat open house je..Alhamdulillah...murah rezeki mereka yang menjemput kami..

Bercerita pasal open house gak, tahun ni kami sekeluarga pun turut mengambil kesempatan mengadakan open house secara kecil2an pada 16/8/2014 lepas setelah 2 tahun menyimpan niat. Yelah..sebelum ni Haziq kan kecik lagi, so, tak beranilah kami nak organize event cam ni. Last event yang kami buat pun masa sambutan 1st birthday dia, itu pun banyak dibantu oleh Mak yang susah payah datang dari kampung..huhuhu..TQ Mak. 

Berbalik pada cerita asal, actually kami memang tak plan pun. Cuma lepas dok timbang2, pikir2 rasa macam ok lah..why not we just try. So, Mami pon start la susun plan..set tarikh, masa, menu & jemputan. Alhamdulillah berjaya. Menu simple je, main course bihun sup & nasi goreng cina + keropok, sampingan ada kuih tako, cucur badak, dadih, nugget, sotong ball & buah tembikai. Minuman sejuk, Mami buat Sirap kenduri & minuman panas, Mami sediakan Teh Arab. Lepas tu ada pulak tambahan kuih Keria hadiah daripada tokey kuih, Pakcik Rombau, Adik Mami, Ecah hadiahkan Triffle & Apam Polkadot & CikJa pulak dengan Agar2 Laici & Kek Pisang. Meriah betul makanannya. Plan asal nak goreng fries & nugget buat tambah2 tapi memandangkan makanan sedia ada pon dah banya, maka tak jadilah nak menggoreng.

Jemputan pulak of coz jiran2, keluarga terdekat & kawan2 rapat je. Kawan Abi lah yang paling ramai. Kawan2 Mami yang dijemput cuma BFF yang dalam wassap grup je.. Tapi sedihnya sorang pun tak datang..isk..isk..isk... Mami sengaja tak jemput officemate Mami sbb hari yang sama Mami tengok kat notice board office tu dah berderet jemputan utk diorang. Biasanya kalau dah gitu keadaannya diorang takkan datang punya ke rumah Mami sebab jemputan yang diorang dapat tu mostly yang dekat2 dgn rumah diorang je. Insya Allah ada rezki buat majlis lagi akan datang baru Mami jemput diorang.

Dipendekkan cerita, majlis kecil2an kami nampaknya berjaya. Makanan pon tak banyak berlebih. Alhamdulillah..secara keseluruhannya kami berpuashati biarpun ade sedikit technical error pada permulaan majlis disebabkan tetamu yang datang terlebih awal sebelum sempat makanan terhidang sempurna.

p/s: Gambar tak sempat nak snap. So, takde attach pic la ye..


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, August 6, 2014

Syawal 1435H (2014M)

Biar pun dah masuk 10 Syawal , rasanya belum terlewat lagi kot nak ucapkan 'eid mubarak..taqabbalallahu minna wa minkum..kullu 'aam wa antum bikhair..

Alhamdulillah..Syawal kali ini kami sambut dengan sederhana. Yang paling penting prime time yang perlu diluangkan untuk familiy sangat2 dimanfaatkan sehabis baik.

25.7.2014 Mami mula bercuti dan terus balik kampung. Perjalanan balik kampung Alhamdulillah smooth, cuma ada 1 2 tempat yang sedikit jammed disebabkan kemalangan. Kami merancang untuk keluar seawal mungkin, tapi perancangan Allah mahukan kami lewatkan sikit memulakan perjalanan. Akhirnya jam 8.00 mlm kami selamat tiba di kampung Mami selepas 5 jam mengharungi pemusafiran.

Terasa puas betul bila dapat menghabiskan sisa Ramadhan dengan beriftar, bersahur & berterawih bersama-sama Mak Abah. Jika pada tahun2 lepas hanya mampu untuk bersahur & iftar 1-2 kali saja, tapi kali ni kami dapat lebih daripada itu (sekali di awal Ramadhan & 3 hari sebelum Syawal). 

Syawal kali ini banyak melakar sejarah:-
1. Buat kali pertama kami bertiga beranak berbaju raya sedondon. Memang sungguh mengujakan. Lebih2 lagi baju raya tu Mami sendiri yang jahitkan. Bak kata org kepuasan berganda2 gitu..hihihiih..
2. Adinda Mami yang sudah besar panjang mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya.
3. Impian Mak Abah (terutamanya Mak) yang teringin sangat nak menjejakkan kaki ke Kg. Gajah (Haziq translated as Kg. Elephant..kikiki) akhirnya terlaksana apabila selesai majlis pertunangan si adik di Sitiawan, semuanya terus berkonvoi ke Kg. Gajah pulak. (Mak teringin nak berkunjung ke rumah Opah di kampung seberang, tapi tak berkesempatan..insya Allah next time ye Mak..)
4. Paling sadis beraya di Kg. Gajah dengan air bercatu...huhuhuh..
5. Baju raya yang Mami berhempas pulas menyiapkan akhirnya menjadi rezki adinda Mami sebab Mami tersilap ukuran/tak muat. Sebagai ganti, Mami terpaksa membeli baju lain..

Cuma Mami agak ralat bila Mami tak sempat nak berkunjung-kunjungan ke rumah sedara-mara & kawan2 Mami yang biasa diziarahi seperti tahun2 lepas dek kesibukan melayan tetamu yang tak henti2 bertandang ditambah pula dengan peruntukan masa yang sangatlah singkat. Namun apa2 pun Mami bersyukur kerana masih berpeluang menyambut Syawal ini dan berharap agar dipanjangkan usia untuk menyambutnya lagi pada masa akan datang..


Selepas Solat 'EidulFitri berkunjungan ke rumah Opah


Big family sebelah Mami..tapi keluarga kecil kami takde time ni..sob3..


Kami yang sedondon...
Di dalam kita bergembira, ingat2 juga pada yang menderita.

Pray4Gaza
Pray4MH370 & MH17
Pray4AllMuslims 

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, July 23, 2014

4 hari menjelang Syawal 1435H

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke25 Ramadhan & lagi 4 hari nak raya (tahun ni Ramadhan hanya 29 hari..) Persiapan???

1. Baju raya
Kami sekeluarga sambut ala kadar je. Alhamdulillah tahun ni Mami jahit sendiri baju raya utk Mami & Haziq. Untuk Abi, Mami belum betul2 master lagi nak jahitkan bajunya..sorry ye Abi..bukan ape, kalo Mami yang jahit kot tak rupa baju plak..kikiki...almaklumlah...belajar menjahit pun berguru dengan cikgu youtube je...ngeeeeeee...

2. Balik kampung
Jumaat, 25/7/2014 kami akan balik kampung seawal yang mungkin. Bab balik kampung Mami always bersemangat. Siap ambik cuti awal lagi gara2 takmo jadi macam last year..keluar rumah lps asar, berbuka puasa kat R&R Jejantas Sg. Buloh..sampai kampung dah nak subuh..gilakkkkkk.... So, ambik iktibar kejadian tahun lepas, awal2 lagi Mami dah decide nak balik awal sementara jalan masih clear..harap2nya perjalanan pulang ke kampung kali ni dipermudahkan..amin ya Robb!!

3. Kuih raya
Kuih raya tahun ni memang takde homemade. Kot ade yang berkenan nak gi tunjuk2 je kat Mydin. Kot dapat sejenis dua. Jadilahhhh..kata orang asal ada.

4. Duit raya.
Dukacita diumumkan duit raya tahun ni takdak. Until now gaji pon tak dapat lagi. Bonus raya pon nan hado...Nak tukar duit lagu mana?? Dalam akaun cuma ada 60 hengget.. waaaaaaaa!!! Mujur Abi dah gaji, dapatlah kami balik kampung & beli barang sikit2.. Harapkan Mami..beraya kat sini jelah jawabnya..huhuhuhu..sadisssss...

Sekian update ringkas tentang persiapan kami anak beranak. Salam Ramadhan & Ahlan Syawal..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, July 7, 2014

TTC#2 - Strategi

Amboi..lame betoi nak menunggu next entry kan?? Hihihihi... mak dah karang lama dah.sebelum posa lagi kot..cuma takmo la post gitu je..mesti la nak diedit itu ini bagi sedap dibaca..kikiki..
Oiii..dalam TTC pon perlukan strategi tau. Utk TTCian yang special cam Mami ni, perancangan yang teratur memang diperlukan...huhuhu.. Bukan la nak cakap if tak well planned baby dambaan jiwa tu tak boleh jadi a.k.a Mami tak boleh nak conceive..After all kan itu semuanya KUASA ALLAH SWT jua..Cuma sebagai manusia yang lemah, kita hanya merancang, DIA yang tentukan. Usaha, ikhtiar, berdoa & akhirnya pasrah dengan KETENTUANNYA.

Ok..cukup takat tu..jangan nak merapu meraban tak tentu hala..To make short, jom..kita go thru one by one..So, Mami dah senaraikan strategi kami (mana boleh Mami sorang je kan? kikiki..) utk TTC ke-2 ini based on pengalaman yang lepas. Tapi kebanyakkannya cenderung kpd Mami's do's & don'ts la..   

1. Detoks

Apa2 hal perkara terpenting yang mesti dilakukan sebelum memulakan sesi rawatan mesti kena cuci bersih usus dan yang sewaktu dengannya daripada anasir2 toksin supaya apa saja supplimen yang diambil dapat diserap oleh badan 100%. Actually macam2 cara yang boleh diguna pakai untuk proses detoks ini. Yang paling common dan mudah ialah dengan minum air kosong banyak2.. 2-3 Liter sehari bergantung kepada berat badan. Cara Mami, selain daripada minum air kosong banyak2, Mami amik Herb Lax Shaklee utk proses detoks ni. Hasilnya memang umphh.. legaaa.. Selain tu pernah gak minum infused water..ala..air sejuk yang direndam semalaman dengan potongan timun, lemon..etc tu la..Tapi infused water ni utk Mami agak biasa2 je.. 

2. Betulkan kitaran haid

Ni la among big problem kpd PCOSer macam Mami ni. Period cycle Mami sangatlah tintong sampai celaru habis. Cik P datang ikut suka dia je.. Buat masa ni Mami belum consult dgn mana2 Fertility Clinic sebab dah tau..kalo pegi mesti kena amik Norculut bagai utk regularize period & kesuburan. Tapi kekononnye Mami kalo boleh takmo la start dengan all these drugs. So, Mami usahakan dengan mengambil GLA Complex Shaklee at the first place. Tapi macam tak memberi kesan sangat. Mungkin jugak sebab tak betul pengambilannya + harganya jugak boleh tahan sehingga membuatkan Mami rasa macam nak try yang lain dulu la.

So, hold dulu GLA Complex, Mami try pulak another alternative..set kesuburan Homeopathy. So far Mami baru aje consume remedi (ubat) ni lebih kurang sebulan. Perubahan ketara selepas 3 hari pengambilan ubat ni, Mami mula haid selepas hampir 2 bulan cik P tu merajuk. Tapi condition Cik P ala2 segan je nak keluar.. Tapi takpe..sebab Mami tau semua ini adalah kerana hormon badan Mami sedang bertindakbalas dengan ubat tu. So, bersabarlah.. (Pengalaman lepas, Mami consume homeopati selama 6 minggu saje..stop. keep trying & akhirnya dengan izin Allah pada masuk cycle ke2 Mami dah mengandung naturally). Next action, jika masih tiada perubahan, Mami akan try makan jamu pulak..MAAJUN ANGGUN BESTARI..

3. Kurangkan berat badan

Ni memang big problem Mami sedari akil baligh..Tapi time tu naik badan pon still lagi within normal range BMI. Cuma sejak graduate sampai sekarang yang jadi lebih teruk. Badan makin tembun bagai dipam2..walaupun beriya tak ambik makan malam, makan nasik sehari sekali je..tapi berat still maintain overweight!! Haishhhh...Now, dah mencecah 72kg..huhuhuhu..pengsannnnn!! dengan ketinggian 157cm ni memang sangat la tak balance..huhuhuhu.. Kalau nak ikutkan, berat badan yang paling ideal ialah 57kg..tapiiii macam mustahil je Mami boleh capai figure 57 tu.. Last few months Mami ade try 1 produk ni untuk loss weight.. Royal Slim Lishou Magic.. alahhh..yang Sarah Raisudin jadi duta tu..Alhamdulillah memang memberi kesan. Mami try 1 kotak dalam 20 hari dah turun hampir 5kg. Mami dah hepi la..Masuk kotak kedua, tetiba Mami terfikir. Kan biasanya produk2 gini biasanya akan attack kidney dalam jangkamasa panjang?? So, taknak amik risiko, terus Mami stop. Hiiiii..rasa macam takut plak nak teruskan..dah la hujung tahun lepas tiba2 je diduga dengan kidney stone prob..so better stop & try to loss weight dengan cara lain.

Again..Mami berbalik pada Shaklee..Mami amik Lechitin & Alfafa..Tapi kekdahnya makan tak istiqamah sangat. Maka berat badan pun takde perubahan. Now Mami dok try naturally je. Lagi2 pulak di bulan Ramadhan ni. Berharap sangat berat badanku turun..mudah2an.. Tapi kalo tak turun2 gak, lps raya nanti Mami nak erobik...hoyehhhhh!!..Nak joget dengan Haziq kat dalam rumah..kahkahkah..! Sila jangan gelak tau En. Abi!!

4. Kurangkan stress & ceria sokmo

Bab ni memang tak boleh nak elak. Lagi2 bila bekerja dibidang undang2 & kepeguaman ni. Hohohihi...hari2 makcik stress tau..macam2 punca penyebabnya.. Boss lah..klien lah..Banker lah.. even staff pun semuanya rajin dok bikin darahku naik. Hoiiii.. memang sesak perut. Nak elak stress mmg payah. Yang mampu cuma try berdepan dan tangani stress dgn positif. Cakap memang senang..tapi itulah yang selalunya terbabas..huhuhuhu... Banyak cara untuk 'sejukkan' diri bila dah mula 'naik darah'.. Ada orang makan coklat, pegi jalan2, tidur, mandi, minum air, etc.. Mami pulak lebih suka pada pendekatan meluahkan. Mami cerita pada sesiapa yang Mami percaya, atau sekurang2nya Mami tulis segala2nya atas kertas and lepas tu Mami akan koyak2kan/bakar kertas tu.. Cara lain, tentunya dengan minum air @ ambik wudhuk.. Kalo tak berjaya jugak, Mami makan @ mengunyah kudap2..hahahhahaha...teeet...kat sinilah punca kenapa berat badanku naik..kikiki... BAD HABIT..!! Tobat takmo buat lagi..!! 

5. Amalan pemakanan Sunnah

Zaman sekarang ni sana-sini oarang dok cakap pasal makanan sunnah produk itu, produk ini. Ada kawan Mami tu tak abis2 dok promote Qaseh Gold. Bukan Mami tak minat..minat sangat. Tapi harganya mak aih..awat mahal sangat? Sebotol sampai RM70+..tahan berapa hari je kalo makan utk 2 orang? Jenuh nak angkut la.. Lagi pon kat rumah dah ada minyak zaitun, kurma, kismis, madu, habbatussawda', susu kambing..lebih kurang sama je macam ingredient kat dalam Qaseh tu. So, ada baiknya Mami just combine je suma tu sendiri and amalkan setiap hari. Buat masa ni setiap pagi dan malam Mami amalkan minum air suam yang dicampur dengan 1 sudu teh minyak zaitun, 1 sudu teh minyak habbatussawda', 1 sudu besar madu & 1 sudu besar jus delima ghulsan (pengganti apple cider sebab takde stok)..Alhamdulillah..niat untuk sihat tubuh badan.

6.  Pemakanan seimbang, berkhasiat dan NO fast food @ processed food

Semestinyalah kan. Nak sihat kena la makan secara sihat. So far, bab ni tak susah sangat pon sebab health food rule ni dah diketahui Mami sejak dolu2 lagi. Cuma aplikasi dalam menu harian tu je yang adakalanya fail. So, Mami berazam untuk free kan peti ais kat rumah kami dengan segala bendalah makanan yang tak sihat & berazam untuk sediakan makanan yang fresh je tiap2 hari..Insya Allah..mudah2an..So, Abi, please jangan beli lagi nugget, sosej, burger sume tu tau..Kalo nak makan jugak, kita buat sendiri...homemade.

7. Tingkatkan amalan rohani

Bab makanan jasad settle. Now makanan rohani pulak. Bukan saja untuk memudahkan hamil, tapi jugak bagus sebagai bekalan ke alam yang lagi 1 yang kekal abadi. Macam mana nak bagi rohani sihat? Kena banyak bersedekah, jaga solat, jaga aurat, baca Quran, bertaubat, berdoa..Insya Allah.. Mami tak kata Mami baik sangat & jiwa suci murni..Tapi Mami jugak sedang dalam proses berubah untuk menjadi yang lebih baik. Mudah2an Allah lorongkan jalan kepada kami.

8. Kenalpasti waktu subur dan 'berusaha keras'

Macam2 cara untuk mengenalpasti waktu subur ni. Paling senang jika mempunyai kitaran period yang teratur. Secara teorinya, waktu subur bermula pada hari ke-10 hingga 14. Tapi teori ni memang totally out utk Mami. So, Mami lebih suka menggunakan kaedah lain untuk mengenalpasti hari subur Mami. Contohnya dengan BBT, tekstur cairan miss V, kedudukan serviks & tahap 'keinginan'.. Walaubagaimana pun, semua kaedah ni hanya applicable jika cycle dah kembali ok. Jika dok tintong2 macam sekarang ni, berusaha keras setiap hari pon memang la payahhh nak lekat..huhuhu...

Ok..cukup la kot setakat ini. Nanti sambung lagi... Kesimpulannya, strategi ni hanya sebagai penunjuk arah. Kena buat sungguh2..Insya Allah..mudah2an Allah perkenankan..Amin..    


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, June 18, 2014

TTC#2 - Sebuah mukaddimah

Throwback memory in 2011..May 7th if not mistaken..On that day orang dok kalut sambut Hari Ibu..Me? Biasa2 saja..hari2 adalah hari ibu.. Tapi yang specialnya pada hari itu ialah my 1st time ever got a DOUBLE LINE..wahhhhhh...excited bagai nak umum kat 1 dunia!!  Maklumlah..2 tahun jugak menanti good news ini..

UPT bertuah ni sampai sekarang Mami simpan..kenangan berharga yang sangat tinggi nilainya buat TTCian macam Mami...(ohh..syahdu pulak!!)

Now, anak bertuah Mami dah pun berusia hampir 2 1/2 tahun. Tapi masih tak berteman. Memerhati keletah dan gelagatnya bercakap dengan patung Ultraman, main sorang2, bila dapat jumpa geng sampai nak ikut orang balik @ takmo balik rumah sebab nak berkawan...betul2 membuatkan Mami rasa kesian sangat kat Haziq.. Mami tau, even bila Mami/Abi tanya "Haziq nak adik tak?" Haziq selalu cakap "taknak"..tapi Haziq sebenarnya perlukan 'kawan'. Haziq mungkin tak faham sangat apa yang Mami/Abi maksudkan. Takpalah nak..sampai masanya pasti kamu sendiri yang akan bertanya hal ini pada kami..

Bercerita pasal TTC kali ke2 ini, dari segi usaha jika nak bandingkan dengan TTC kali pertama mungkin jauh bezanya. Bukan sebab tak beriya2 tapi mungkin sebab dah ada yang satu ini membuatkan kami sedikit lega. Tapi mengenangkan usia Mami yang makin hari makin meningkat dan menyedari fakta bahawa tahap kesuburan wanita makin merosot seiring kenaikan usianya membuatkan Mami perlu bertindak lebih proaktif demi mengejar impian kami suami isteri.

Bertitik tolak daripada kisah ramai rakan sebaya yang kini keluarga masing2 makin mengembang besar, Mami menjadi sentap lantas mula mencari jalan untuk menyertai mereka. Jadi, untuk memudahkan usaha ini, Mami rancangkan kembali apa yang Mami perlu lakukan dan Insya Allah Mami & Abi akan berusaha bersungguh2 demi mencapai hasrat kami untuk menambahkan bilangan umat Muhammad SAW..Doakan kami ye..

...bersambung

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, June 3, 2014

Air Tangan Mami#52

Labu bersama Cous Cous

Bahan-bahan:
1/2 mangkuk labu tua - potong kiub
2-3 biji pisang berangan - potong kecil2
3 sudu besar biji sagu
1-2 mangkuk santan kelapa
2 inci halia - ketuk
1 helai daun pandan
gula pasir secukupnya / puree kurma secukupnya
sedikit garam
1/2 cawan cous cous - rendam di dalam air panas mendidih sehingga kembang.

Cara penyediaan:-
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali cous cous, biji sagu, pisang dan garam) di dalam periuk.
2. Renihkan sehingga mendidih. Masukkan biji sagu dan pisang. Renihkan sehingga biji sagu masak.
3. Perasakan dengan secubit garam (untuk memberi rasa sedikit lemak)
4. Tutup api, sedia di hidang bersama cous cous yang telah kembang.



shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, June 2, 2014

Air Tangan Mami#51


Cekodok Tauhu

Bahan-bahan:
3 keping tauhu - hancurkan
1 mangkuk kecil ikan bilis - kisar separa hancur
1/2 cawan Tepung gandum
1/2 mangkuk kecil taugeh
1/2 biji bawang besar - potong dadu
garam secukupnya
air secukupnya
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:-
1. Satukan taugeh, bawang besar, tauhu hancur dan ikan bilis di dalam mangkuk. Gaul hingga semuanya bercampur.
2. Masukkan tepung gandum dan garam, gaul sehingga semuanya bersalut.
3. Pecahkan telur di dalam campuran tepung tadi sambil tuangkan air sedikit. Gaul sehingga semuanya sebati dan bancuhan tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair (boleh dijemput dengan menggunakan jari)
4. Goreng sehingga kekuningan.


shawqunnur.blogspot.com ®

Air Tangan Mami#50


Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan:
1 ekor Ikan Patin
1 labu bawang besar
4-5 biji cili padi (jika suka pedas tambah lagi)
1 batang serai - dititik
Sedikit kunyit hidup
1 Mangkuk tempoyak lama (lagi lama lagi bagus)
Sedikit daun kesum
Asam keping (jika tempoyak kurang masam)
Garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:-
1. Kisar bawang besar, kunyit hidup & cili padi bersama sedikit air.
2. Satukan bahan kisar, tempoyak, daun kesum, serai, air dan ikan dalam periuk.
3. Renihkan sehingga ikan masak. Perasakan dengan garam. Siap.

Friday, May 30, 2014

Selamat tinggal Sultanku..Selamat datang Sultan yang baru.

Tak terlewat lagi rasanya untuk Mami mengucapkan takziah kepada kerabat diraja Perak khasnya dan seluruh rakyat Negeri Perak amnya di atas kemangkatan baginda Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Sungguh fitrah setiap kejadian yang ada awalnya pasti akan berakhir, yang ada tidak akan kekal abadi melainkan Allah SWT. Kepada almarhum Tuanku Sultan, moga rohnya ditempatkan bersama salafussoleh. Perjalanan Tuanku di dunia ini telah bernoktah, moga pengganti Tuaku akan terus menyambung menabur jasa kepada kami semua. 

 

Kepada Sultan Perak yang baru, kami sebagai rakyat hanya mengharapkan Tuanku menjadi pemerintah yang adil & saksama. Yang sentiasa berlandaskan kepada ajaran Islam dan bukan bangsa melayu semata-mata. Semoga rakyat negeri Perak mendapat yang terbaik daripada baginda Tuanku.

shawqunnur.blogspot.com ®

Kesian baby tu..

Assalamualaikum & salam jumuah mubarakah.
Hari ni Mami nak post 1 entry luahan perasaan. Sekejap tadi Mami ada jumpa 1 post kat wall FB Mami berkaitan dengan seorang baby (detail nama dll Mami takmo disclose kat sini) yang berumur 5 bulan++ yang kini ditahan di wad paed sebab sakit paru-paru berair..Innalillahiwainnailaihirajiun..Allahuakbar..

Dari awal lagi Mami dok ckp dalam hati (bila baca post mak baby ni kat FB yang baby ni dok batuk la..demam lah..selsema la..) something goes wrong la ngan baby ni. Sebabnya batuk demam semua tu dah berhari2 kot. Macam takde perubahan je even mak dia dok pulun berubat dengan natural remedy.

Yang menambahkan lagi kehairanan Mami ni, si mak baby ni dok degil jugak takmo bawak baby dia pegi hospital/klinik jumpa doktor dengan alasan baby dia dah teruk kena sumbat antibiotik  sampai overdose (according to her) masa awal2 lahir dulu sehingga menrutnya baby ni terpaksa pulak menanggung side effect antibiotik tu menjadikan baby 'fat malabsorbtion' dan menyebabkan badan baby ni takmo jadi bambam macam anak2nya yang lain sebab semua nutrien daripada susu ibu yang baby ni dok minum hari2 tak boleh diserap dalam badan sepenuhnya..Allahu.. (Mami taktau apa yang mak baby ni claimed was actually from the diagnose by doctor atau andaiannya saja hasil research di internet..tapi as far as Mami nampak, memang baby ni kurus, kulitnya gelap & nampak seperti 'sedang menanggung kesakitan'..wallahu'alam)

Mami tak paham la kenapa mak baby ni dok obses sangat nakkan babynye jadi montel gebus gebas?? Asalkan anak sihat, tumbesaran seiring dengan usia pon bagi Mami dah besar rahmatnya. Memanglah...mak mana yang suka tengok anak kurus kering kan..tapi baby tak bambam bukan bermakna baby tu tak sihat or tak comel or etc.. Come on lah!! Tak payah nak banding2 sangat. Setiap budak kan berbeza even keluar daripada perut ibu yang sama. Memang dah terbaik bagi baby minum susu ibu je..tapi kena ingat, bukan asbab minum susu ibu tu je anak akan jadi bambam, sehat gebus gebas..Kalo Allah tak izinkan memang takkan jadi punye..ingat konsep "kunfayakun". Susu ibu memang anugerah Allah untuk semua baby. Dari segi khasiat memang terbaik..tapi kena faham betul-betul sebab ini melibatkan isu Aqidah, susu ibu bukan menyebabkan seorang budak itu montel, bijak, etc..yang  memontelkan, menjadikan budak tu cerdik semuanya dengan KUASA ALLAH SWT & BUKAN SEBAB SUSU IBU SEMATA2..Allahuakbar!!

Berbalik semula kisah tadi, akhirnya mak bapak baby tu mengalah dan kini baby dirawat di hospital. Tapi selepas semuanya menjadi lebih parah. Allah!! Jauh di sudut hati Mami, sangat terkilan dengan tindakan mak bapak baby tu. Dek kerana sifat ego tak bertempat diorang, baby kecik yang tak tau apa2 terpaksa menanggung akibatnya. Allahu... Mami cakap gini sebabnya:-

1. Mak baby seolah-olah terlalu taksub dengan 'research' yang dia buat yang mostly dapat melalui internet. Memang bagus kalo kita rajin research itu ini kat internet, tapi kita kena rujuk jugak kat mereka yang mempunyai kepakaran. Pada Mami apa yang kita dapat dalam internet hanya boleh dibaca tapi utk percaya 100% itu tak sepatutnya. Sebab yang dok tulis dalam internet tu pon kita tak tau dia sapa..mungkin betul dia doktor @ fake doctor..tulisan yang kita dok baca tu pon ntah dari mana sumbernye pon kita xtau..p la bubuh kat notakaki..notatangan yang so & so statement ni cross referred to so & so..tapi bukan kita dok semak pon..betul tak...?

2. Natural remedi memang bagus..Mami pon amalkannya as a first choice before further treatment. Tapi as mak/bapak kena jugak tengok pada kesesuaian. Cthnya kalo baby dah demam sampai tahap 39˚C suhu dok tang tu ja..takmo turun2 even dah jelum bagai, tambah pulak lebih daripada 24jam, it must be something wrong..maknanya mungkin bukan setakat demam nak beralih bulan ke ape..so, go & seek for further treatment/advise la.. Ni mak baby ni lebih rela dok sapu peevo garlic je kat badan baby tu walaupon dok batuk selsema lebih seminggu  & takdak tanda2 nak sembuh pun..adoi..sian baby tu..Jadi mangsa ketaksuban mak sendiri.

So, pengajaran daripada kisah ini, Mami ingin berpesan kepada diri sendiri & jugak kepada ibu bapa yang lain:-

1. Jangan terlalu obses dengan sesuatu. Kalau nak bereksperimen sekali pun, jangan sampai ada pihak yang terpaksa merana menanggung akibatnya. Bab nyawa bukan boleh ditukar ganti.

2. Jika kita sedar kita bukan pakar dalam sesuatu bidang, let the experts do their job. Jangan nak memandai2 memperbodohkan diri sendiri. Bila keadaan jadi bertambah buruk, nak menyesal pun dah tak berguna.

3. Bila kita bercakap/menulis di FB, twitter, blog etc..biar percakapan/tulisan kita tu bersandar dengan konsep Aqidah. Maksudnya, dahulukan Allah sebagai yang MAHA BERKUASA daripada benda2 lain yang hanya menjadi asbab sesuatu itu berlaku dengan izinNYA.

Cukup sekadar ini. Akhir kalam, Mami berdoa dan berharap agar baby malang ini diberi kesembuhan oleh Allah SWT, pulih dan membesar dengan sihat. Amin..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, May 19, 2014

Studio Apartment!!

Baru2 ni kami sefamili berpeluang untuk 'bercuti' di Melaka. Di sana kami menginap di Bayou Lagoon Park Resort dan memilih bilik jenis studio apartment. Makcik first time dapat stay kat bilik camni agak jakun gak la..Bilik memang spacious (check kat website, keluasannya ialah 76 m²) lebih kurang sebesar apartment kos rendah gitu. Kalau 1 family ada 5 orang pon masih boleh dok sini dengan selesa. Cuma kena bawak tilam bantal sendiri la sebab pihak resort designed bilik ni untuk 2 orang je..hihihi.. Ok..tak payah nak gebang panjang2, jom jelajah gambo yang Mami sempat snap kat sana...

 Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka



Bukak aje pintu bilik, nampak mini bar ni dulu. Yang paling Mami suka kat part ni ialah tiang divider tu. Moden kontemporari gitu. Bestnye lahai kalo dapat buat divider gini kat rumah...hihihi..

 Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka
 Then ade mini living are yang simple yet interesting..

Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka
 TV tu dilapik dengan 'tray kayu' yang boleh dipusingkan 360˚.. so, kalo rasa nak menonton movie sambil berbaring santai2 dalam selimut, pusingkan aje TV tu menghadap ke katil..walla!!

Disebalik langsir tu ada pulak balkoni. Tapi view tak menarik sebab menghadap blok sebelah..
Image result for bayou lagoon park resort

Berhadapan dengan mini living area ada katil single 2 buah yang boleh dirapatkan menjadi queen size. Bab yang ni Mami tak berapa berkenan sangat sebab kami kan bertiga. Bila semua sekali nak tido kat atas katil tu, sesapa yang dok kat tengah boleh jadi silap haribulan akan jatuh/tersepit di antara 2 katil tu. Nayaaa...
Tapi Alhamdulillah..walaupun begitu keadaan katilnya, kami bertiga dapat tidur dengan selesa selepas dapat idea dengan men'transform'kan 2 seater sofa di living area tu sebagai 'portable baby cot' untuk Haziq. Caranya, rapatkan sofa ke katil serapat mungkin & alaskan dengan comforter untuk menaikkan lying space supaya sama paras dengan ketinggian tilam..  


 Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka 
(Gambar: credit to iBilik) 

Di sebelah katil ada mini wardrobe yang tersimpan di dalamnya beberapa batang hanger & sebuah seterika. So, kalo sesapa datang sini tak perlu susah2 bawak iron dari rumah @ nak call receiptionist mintak iron. Semuanya tersedia...
Ok..bersebelahan dengan wardrobe tu nampak macam tingkap kan? Iye..memang betul tingkap. Tapi itu bukan sebarangan tingkap tau..Itu ialah tingkap yang boleh nampak bilik air. 
 Tak percaya? Meh tengok gambar ni..

Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka

Menarikkan?? Boleh main intai2...cakkk!!
Image result for studio apartment bayou lagoon park resort melaka
Bilik air studio apartment ni memang besar. Bukaan lebarnya saja 8-9 kaki @ 1/2 daripada lebar bilik. Susun atur kat dalam pun cute je..tapi menarik..
Boleh main kejar2 dalam bilik air sebab luas sangat...Mami suka design sinki & top tu..modern gitu...


Image result for bayou lagoon park resort
Last but not least, di sebelah kanan pintu bilik air ada mini pantry yang lengkap dengan kabinet & freezer. Mami sukaaaaaa...
Dok berangan kalo pasni datang lagi sini bawak baby kecik memang takde masalah lah kalo kata nak masak puree/baby poridge..@ nak simpan EBM.. BF mom friendly gituuuu!
Dengan kabinet yang comfortable tu, bertambah seronoklah Mami dok loading stock makanan kami sementara kat sana.ngeeeee.... 
(tapi gambonye Mami tak teringat pulak nak snap)
Bawah sinki...tempat tong sampah kecik & demi menjaga kebersihan & juga mengelakkan mata Mami naik serabut, kabinet bawah sinki ni Mami jadikan stor penyimpanan kasut/sandal kami...jadi, bilik kami selamat daripada kasut2 yang bersepah...

  Kesimpulannya, Mami berpuas hati dengan kemudahan & kelengkapan yang tersedia dalam Studio Apartment Bayou Lagoon Park Resort Melaka ni. Jika nak diskalakan dengan bilangan bintang, Mami bagióóó daripada óó óóó 
 Sekian review Mami.

Jika ada yang berminat untuk lalui pengalaman bermalam di sini, alamatnya seperti di bawah:-


Bayou Lagoon Park Resort
Jalan Wakaf Utama
Bukit Katil
Ayer Keroh
Melaka


RM286/day (harga termasuk sarapan pagi)

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 16, 2014

Haziq @ IKEA

1 May lepas sempena cuti Labour Day Mami & Haziq dengan ditemani Makcik sedara Haziq a.k.a Acik Yana pergi ke IKEA, berjalan2 sambil memcuci mata. Malas nak celoteh panjang2..jomlah layan gambo...

Kebetulan masa kami pegi tu IKEA buat sambutan utk Children's Week, makanya memang banyaklah display stuff utk anak2 kecik ni..apalagi....Haziq jadi rambang matalah..semua benda dia nak sentuh, nak main.. tapi paling minat ngan mainan masak2..haishhhhh...agaknye Haziq beso esok nak jadi chef kot???

Mami: Apa tu Haziq?
Haziq: Sayur..

"Nak acak cayur"

Sibuk di dapur..

Kongsi dapur ngan amoi...

Banyaknyeeeee...rambang mata Haziq tak tau nak main yang mana 1..

"awak nak makan ape?"

"wow..kek..nyamnyam...sedap!!"

Main khemah pulak..Masuk kot kiub hijau tu, ikut pulak terowong kecik masuk dalam khemah kuning-merah...

Kemain seronok dia main sampai takmo balik...

Akhirnya Mami 'terjebak' jugak belikan Khemah kuning merah tu utk Haziq..

Penat..rehat jap...

Cukup cerita pasal Haziq, Mami nak cerita pulak barang2 kat IKEA yang Mami minat.. Jom...

Ni lemari baju 2 pintu... Mami berkenan sangat..

Murah..

Ni dalam lemari tu (tak termasuk aksesori)..Cantik kalo buat lemari baju untuk Haziq 

Lagi..bahagian dalam lemari...kat bawah tu boleh letak box..simpan baju2 Haziq yang dah x muat

Ni meja kecik beroda..Kalo beli Mami nak buat tempat letak TV dalam bilik..
kat atas letak TV, kat bawah letak player..

RM99..boleh la kan..?

Rak buku...ni molek gak kalo letak kat our SOHO. Takdelah files sume berderet je susun ats meja..
Tak pun elok jugak dijadikan tempat utk Mami susun atur barang kat dapur..kikikik...

Murah & berpatutan...

Ni meja kecik..Mami dah beli pun..tapi tak dapat kaler ni..dapat kaler merah menyala cam kaler tag tu..Mami beli sebab gantikan 'meja study' Haziq yang Abi dah ambik buat letak TV dalam bilik...

Rak buku lagi....dah lama Mami dok aim rak ni..Asal2nye Mami plan kalo beli rak ni nak letak kat ruang tamu. Tapi rak ni tak bertutup plak..Kalo letak magazines confirm jadi tempat paling best utk Haziq 'berkreativiti' plak nanti..Mungkin the best jadikan  storage kat SOHO kami..

Harga maintain..tak turun2, tak naik2..

Sekian...cerita IKEA..
  
shawqunnur.blogspot.com ®