Cekodok Tauhu
Bahan-bahan:
3 keping tauhu - hancurkan
1 mangkuk kecil ikan bilis - kisar separa hancur
1/2 cawan Tepung gandum
1/2 mangkuk kecil taugeh
1/2 biji bawang besar - potong dadu
garam secukupnya
air secukupnya
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan:-
1. Satukan taugeh, bawang besar, tauhu hancur dan ikan bilis di dalam mangkuk. Gaul hingga semuanya bercampur.
2. Masukkan tepung gandum dan garam, gaul sehingga semuanya bersalut.
3. Pecahkan telur di dalam campuran tepung tadi sambil tuangkan air sedikit. Gaul sehingga semuanya sebati dan bancuhan tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair (boleh dijemput dengan menggunakan jari)
4. Goreng sehingga kekuningan.
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.