1. Kehangatan
Ambil botol air panas diisi dengan air panas (bukan mendidih), dibalut dengan tuala dan diletakkan di belakang. Mengurut juga dapat memberikan kepanasan. Caranya, usap bahagian belakang kerana sentuhan dapat merangsang badan untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.

2. Pernafasan
Cara yang terbaik untuk menghadapi setiap kontraksi. Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi melalui hidung dan hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut. Lakukan berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, relaks.
3. Berehat
Simpan tenaga dengan cara berehat. Baring di atas katil atau duduk di kerusi dengan selesa. Letakkan bantal di sekeliling, mainkan muzik kegemaran atau tonton TV dan BEREHAT! Jika masih di rumah, ambil minuman panas.

4. Tukar posisi
Elakkan dari berehat di atas katil apabila kontraksi semakin kerap kecuali jika terlalu letih kerana berbaring akan menyebabkan proses kelahiran menjadi lebih panjang. Jadi, banyakkan berdiri, iaitu bersandar pada katil atau pada suami atau boleh juga berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Duduk dalam keadaan merangkak juga baik untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung sebanyak mungkin kerana ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!
5. Urut
Urutan yang perlahan-lahan membantu untuk lebih relaks. Urutan merangsang badan untuk melepaskan endorfin, hormon 'rasa lega' yang membuatkan rasa lebih lega.

6. Suami
Kajian menunjukkan bahawa dengan kehadiran orang yang teristimewa (suami) di samping wanita yang sedang di dalam proses kelahiran akan membuatkan wanita itu lebih tenang serta dapat melahirkan dengan lebih cepat dan mudah.

Tips menghadapi ‘contraction’:-
- Bersedia dengan info & maklumat tentang proses bersalin.
- Bernafas secara beritma dan relaks semasa menghembus nafas.
- Pegang tangan, dakap, peluk dan bergurau dengan suami
- Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.
- Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila terasa lapar.
- Berkipas untuk menyejukkan badan.
- Mengerang kerana mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan.
- Bayangkan baby yang sedang bergerak turun ke pelvis pada setiap kontraksi.
- Dengar alunan zikir, ayat-ayat al-Quran atau muzik yang menenangkan
- Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar.
- Berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi bagi membuka pelvis seluas mungkin. Goyangkan pelvis dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan pada setiap kontraksi
- Berfikir secara positif: 'Saya akan selamat bersalin sekejap saja lagi!'.
- Percayalah pada diri “Saya pandai melahirkan baby saya!”
- Fahami rawatan yang ditawarkan.
- Kosongkan pundi kencing.
- Berjalan-jalan.
- Tidur dalam masa antara kontraksi.
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.