Tuesday, November 8, 2011

Birasku sayang


Ini adalah entri khas yang mami buat dedikasi untuk biras mami yang mami dah anggap macam adik mami sendiri. Mami namakan biras mami tu sebagai 'S'

S bagi mami seorang adik yang baik, mengambil berat, ringan tulang, peramah & terlalu menghormati mami & ipar duai yang lain. Kehadiran S dalam keluarga Abi semestinya sangat2 dialu2kan dan diraikan. Mami ingat lagi, 1 thn 8 bln yg lalu, Mami gembira sekali menyiapkan itu ini bersama2 dgn mak mertua mami untuk menyambut S sebagai menantu baru dalam keluarga. Selepas adik ipar mami & S selamat diijabkabulkan, kami terus akrab seolah2 telah lama berkenalan (sedangkan mami sebelum ini jarang2 sekali bersua muka dengannya berbanding dgn aka2 biras mami yg lain yang dah mengenali S terlebih dahulu drp mami). Mami selesa sgt dgn S sampai tahap mami boleh bercerita itu ini dgn S.

Tapi kini S dah x seperti dulu. S sakit. S terlalu menderita. Mami betul2 simpati dgn nasib S. S sakit yg sehingga kini doktor pon x tahu nk jelaskan sakit apa. Mula2 dulu S selalu mengadu kpd mami kakinya sakit. Mami nasihatkan dia elakkan pakai high heel. S dgr cakap mami. S stop pakai high heel. Drp sakit kaki, S ngadu plak sakit kat sendi2 tangan. Mami jadi pelik..dlm hati mami berkata2 "takkan sakit gout??" mai suruh S pegi klinik, jumpa Doctor..Lepas tu sakit S makin menjadi2. mami mula syak yang S sakit berkaitan dgn sesuatu yang bukan klinikal. Tapi mami diamkan aje sbb takut S tersinggung. Mami cuma ajar S ayat2 pendinding & mami mintak S amalkan. Tapi ternyata sakit S tak jugak sembuh. Makin menjadi2 lagi pulak. Sampai ke saat ni, sakit S bertambah kronik. Kaki, perut, S membengkak, muka S sembab, badan S bertambah kurus. S dah tak blh berjalan, hanya terbaring di katil wad. Mami sedih sgt tgk S macam tu. S tersiksa. Mula2 dulu doktor diagnosed S sbgai SLE-Arthritis, lepas tu kidney problem & infection kat liver ,  latest leukimia plak. Paling menyedihkan Doctor sampai cakap tahap S sekarang dh 50-50 @ dah xde harapan..Allahuakbar!!!! besarnya dugaan & ujian S!!!

Lagi menyedihkan S skg ni sudahpun bergelar ibu. Anak S baru nak masuk 11 bulan. Pendek kata, masih lagi mentah & tak tau apa2. Mami namakan anak S sbgai 'F'.  Melihat keadaan S yang menderita kesakitan & F yang terpaksa ditinggalkan oleh S, hati mami bertambah2 sayu. F seolah2 "tidak beribu" skg ni. Mami tau, F rindukan ibunya. sebab tu la F bila dgn mami seolah2 dgn ibunya sendiri. F manja dgn mami. Setiap kali mami datang ziarah F, mami dapat rasakan F selesa dgn mami. bila mami nak balik, F macam x sanggup nk biarkan mami pergi. Muka F nampak sayu je bila mami cakap bye bye kat dia. Mami tau, F seronok bila ada mami. F nk menumpang bermanja dgn mami. Tapi apakan daya. mami pon ada keluarga & kerjaya sendiri. Ikutkan hati mami memang mami nak sgt jaga F. Mami dah anggap F macam anak mami sendiri.

Ya Allah..
mami dah x boleh nak continue menulis lagi. Mata mami dah berair2. Mami dah sebak. Doa mami, moga adik kesayangan mami, S akn sehat seperti sediakala. Mami terlalu rindukan S yang dulu, S yang sehat & ceria. Semoga Allah mengampunkan segala dosa mami & S & semoga Allah menyembuhkan semua penyakit S.Amin ya Rabbal Alamin.

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.