Insya Allah Ahad (7.11.2011) nanti 1 lagi perayaan besar umat Islam akan disambut. 'Eidul Adha sangat sinonim dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anakandanya, Nabi Ismail AS demi perintah Allah SWT, yang ternyata ketulusan & keikhlasan mereka menjalankan perintah Allah itu, akhirnya Allah SWT gantikan Ismail AS dengan seekor kibas. Allahu Akbar!!
Namun disebalik kisah ini, sebenarnya ada lagi 1 kisah pengorbanan yang mami sendiri jika ditakdirkan untuk menghadapinya belum tentu mampu menghadapinya. Kisah apa???
Kisah Siti Hajar, isteri ke2 Nabi Allah Ibrahim.. Setiap kali mami membaca @ mendengar kisah pengorbanan wanita mulia ini, pastinya hati perempuan mami akan menjadi sebak & sayu. Ya Allah, betapa mami mengagumi keimanan & kekerasan hati wanita agung ini. Dalam keadaan yang masih lagi lemah kerana melahirkan anak, dibawa pula jauh ke suatu tempat yang langsung tidak berpenghuni, kemudian ditinggalkan suaminya di situ tanpa berbekalkan apa-apa. Anak yang masih merah itulah penemannya. Subhanallah!!!

Saat ditinggalkan suaminya yang tercinta, Siti Hajar yang masih lagi dalam keadaan yang keliru cuba menerima seadanya yang takdir ini adalah semata-mata perintah Allah yang Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Dengan kudrat wanita yang tidak seberapa, Siti Hajar bersabung nyawa menjaga dirinya dan anaknya yang masih lagi mentah. Di tengah-tengah padang pasir yang tandus, tiada apa yang boleh didapatinya melainkan hanya debuan pepasir yang panas dan kering. Ditambah pula dengan rengekan si kecil yang dahagakan susu, menjadikan Siti Hajar seperti hilang arah. Berulang-alik, berlari-lari dari Safa ke Marwah mencari seteguk air biarpun yang dicarinya tidak juga ditemui. Allah Maha Kaya dan Maha Mengerti. Terpancar mata air dari bekas sepakan dan tendangan si kecil Ismail. Maha Suci Allah...mata air itu tidak pernah kering, sentiasa subur hingga ke hari ini, memberi manfaat kepada berbilion manusia. Nikmat air Zam Zam semuanya kerana pengorbanan Siti Hajar AS. Subhanallah...
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.