Wednesday, November 23, 2011

A journey to remember..

Alangkah best nye jika saat ini Mami dah bleh bercuti & hanya duduk relax2 kat umah je. Tapi....... mana mungkin Mami bleh buat camtu. Lain la kalo Mami ni keje gomen @ kat mane2 private sector yang bleh tolerate pasal cuti awal ni. Ini la problemnye kalo keje kat opis2 kecik ni. Tengok la lps ni kot2 tuah & rezki anak Mami ni, Mami dapat offer keje kat tmpat yg lagi baik dgn payment yg lebih lagi..mudah2an...

Berciter kisah2 pregnancy Mami sejak hari pertama Mami dapat BFP sampai la ke saat dah pon berada di minggu2 terakhir ni, sesungguhnya Mami rasa inilah kenangan terindah Mami setakat ni. Pengalaman preggy yg Mami selalu mimpi2kan sejak hari pertama Mami bertukar status menjadi Puan. 

2 tahun menanti. Mungkin bagi sesetengah orang menganggap tak lama, tapi bagi Mami, 2 tahun bukanlah 1 masa yang singkat. Sepanjang 2 tahun tu Mami dah rasa cukup untuk membuatkan  Mami kadang2 terlebih emosi. Perasaan sedih & pilu bagaikan tak boleh dipisahkan dari dari Mami. Kalo dulu berita si polan ni dah mengandung, si polan ni dah dapat anak bagaikan 1 cerita tragis yang Mami sangat2 tak sanggup nak mendengarnya kerana pastinya cerita2 tersebut akan mengundang 'banjir' air mata seorang wanita yang terlalu merindui kehadiran cahaya mata ini.

Sepanjang 2 tahun itu juga, Mami & Abi terus  berdoa, berikhtiar & berusaha apa saja yang termampu demi mendapatkan zuriat. Mami & Abi sanggup berhabis duit, beli & buat apa saja yang disarankan. Mami merelakan tubuh Mami disakiti dengan treatment2 moden & tradisional, telan segala macam ubat yang meloyakan, berpantang itu & ini. Tiap2 hari yang Mami pikirkan adalah 'anak'! Apa cara sekalipun Mami sanggup asalkan Mami & Abi ada pewaris, ada keturunan, ada zuriat yang lahir dari rahim Mami sendiri. Itu ikrar Mami!!

Akhirnya, pada hari Sabtu, 7 May 2011 bersamaan dgn 3 Jamadilakhir 1432H, bermulalah detik bersejarah dalam hidup Mami & Abi. Macam tak percaya, buat pertama kalinya Mami dapat tengok 2 line yang terang-benderang pada alat UPT Dip n Tell yg Mami guna utk test pregnancy pagi tu. Seronok sgt sampai rasa nak jerit kat 1 alam Mami akhirnya berjaya preggy!!! Tp dalam hati tetap rasa takut & cuak kalo2 panas tak sampai ke petang. Berita gembira tu Mami & Abi sepakat untuk 'simpan' dulu sbb takut kecewa lagi. Tapi Mami dah 'tak tahan' simpan rahsia. Hari tu jugak Mami telepon Mak Mami & Makyang bagitau berita gembira. Mami suruh diorang rahsiakan smpai Mami sendiri yang bagitau bila balik kampung raya nanti.

Tapi biasala..berita hot kan cepat tersebar. Budak2 opis Mami dah mula syak Mami pregnant bila diorang nampak perubahan2 pada Mami. Mami pon mls nak bagi diorang dok berteka-teki, Mami citer la kat sorang kakak ni. Bila sorang dapat tau, akhirnye 1 opis pon tau la..Takpela..setakat budak2 opis aje yg tau.

Sedara-mara Mami (sebelah Abi) dapat tau bila Mami dah masuk 5 bulan preggy. Sebelah Mami pulak awal sikit dari tu. Kawan2 Mami plak even smpai skg still ade yg xtau..hehehhehehe..Pandaikan Mami simpan rahsia??? hehehheheh.....

Now, saat2 yang mendebarkan dah semakin hampir. Paling awal pon mungkin dalam 2-3 minggu lagi. Apa yg Mami harapkan moga segala2nya berjalan dgn lancar, dipermudahkan dan selamat. Tiada apa yang lebih membanggakan bagi seorang wanita selain daripada menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang cemerlang di dunia & akhirat. Syukur ya Allah kerana telah memberi peluang kepada hambaMu ini utk melahirkan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini.


shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.