Minggu ke-31..Now, mami dah hampir sampai kepenghujungnya..Alhamdulillah..syukur padaMu ya Allah!!! Minggu2 kepayahan mami dah bermula sekarang. Sakit belakang, susah nak tidur, sakit kaki, rasa mengantuk, kurang bertenaga & penat, semua ni dah mula menyerang mami sejak akhir2 ini.. Bagi org yg tidak mengalaminya mungkin menganggap mami mengada2 dan sengaja menarik perhatian untuk bermanja-manja. Tapi hakikatnya, mami bukanlah seperti itu. Apa yang mami sedang hadapi sekarang adlalah bukti pengorbanan mami sebagai seorang ibu yang sanggup menerima apa jua kesusahan dah kesukaran demi membawa 1 lagi nyawa di dalam rahim ini. (Wahhhhh...syahdu le plak!!! huhuhuhu..)
Bercerita plak tentang si comel kesayangan Mami & Abi ni, pada minggu ke-31, baby akan terus membesar dengan jayanya. Berat baby sekarang lebih kurang 3.3 paun @ 1.5kg, dengan ketinggian sebanyak 16 inci @ 41cm.Lengan, kaki dan badan baby akan terus membesar untuk menyama padankan dengan saiz kepalanya dan baby sekarang sudahpun kelihatan seperti newborn baby. Aktiviti gerakan baby dalam perut pula bemula saat ini akan menjadi sedikit perlahan berbanding sebelum ini kerana ruang dalam rahim yang semakin sempit. Namun, selagi masih terasa baby bergerak, mami tak perlu risau. Apa yang penting, mami tak lupa untuk mencatat setiap gerakan baby dalam "kick chart". Pada minggu ini juga, baby akan terus praktis membuang air kecil dari pundi kencingnya...
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.