Semenjak akhir2 ini newsfeed di FB Mami banyak mem'promosi'kan tentang LOTUS BIRTH. Pada mulanya Mami fikirkan ini adalah salah satu style/posisi untuk melahirkan baby..(kikiki...naifnye la Mami ni..) Namun, setelah Mami mula menekan search button pakcik google, barulah Mami tau apalah yang dimaksudkan dengan Lotus birth ni. Jom kita kaji sama2.
Apa itu Lotus Birth?
Secara amnya, Lotus Birth adalah satu amalan selepas melahirkan bayi di mana tali pusat bayi tidak dipotong, malah dibiarkan terus bersambung bersama-sama uri sehingga kering (lebih kurang 3-10 hari atau lebih) dan akhirnya terlucut sendiri daripada pusat bayi. Amalan ini dikatakan kurang popular di peringkat dunia malah tiada kajian yang agak serius mengenai perkara ini kerana ianya hanyalah amalan tradisi turun-temurun yang terdapat di dalam ajaran Buddha. Hal ini mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai. Prinsip Lotus Birth ini lebih kepada memberi ruang terhadap pencegahan iaitu dengan pengurangan jangkitan kuman (akibat luka tali pusat yang dipotong) terhadap bayi sebaik sahaja dilahirkan mampu mencegah penyakit pada masa hadapan (apabila bayi kemudiannya dibesarkan dengan amalan pemakanan yang baik).
Uri @ Plasenta adalah 'teman rapat' bayi selama 9 bulan bayi dalam kandungan dan 'teman rapat' ini dipercayai boleh terus memberi faedah kepada bayi walaupun selepas kelahiran kerana amalan Lotus Birth akan memberi manfaat kepada bayi untuk mencukupkan bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi sehingga dia tidak memerlukan lagi imunisasi tambahan.
Kenapa Lotus Birth?
1. Mengelakkan jangkitan
Menurut Mary Ceallaigh (penyokong Lotus birth dan juga seorang bidan), amalan Lotus Birth ini amat bagus kerana dapat mengurangkan peluang jangkitan kuman kepada bayi yang baru lahir kerana tiada luka terbuka yang terhasil akibat daripada pemotongan tali pusat bayi.
2. Darah tali pusat kaya dengan antibodi
Amalan membiarkan uri bayi terus tercantum dengan tali pusat adalah satu tindakan yang dapat membantu pengaliran darah tali pusat (cord blood) yang kaya dengan zat antibodi yang mana antibodi ini sangat diperlukan oleh setiap bayi sepanjang proses tumbesarannya kerana sistem imunisasi bayi akan sering berubah-ubah semenjak dilahirkan. Mereka yang mengamalkan Lotus Birth juga percaya bahawa amalan ini memberi jaminan 100% bahawa bayi akan mendapat jumlah aliran darah yang optimum yang biasanya diperlukan oleh seorang bayi.
3. Bayi lebih selamat
Tidak dinafikan amalan Lotus Birth dipandang janggal oleh kebanyakan orang. Bagi yang memilih tradisi ini secara tidak langsung memberi sedikit kelabihan di mana bayi akan lebih selamat daripada menjadi 'mangsa cuitan' mereka yang datang berziarah kerana keadaan bayi yang masih bersambung dengan uri cukup untuk membuatkan si pelawat akan berfikir 2 kali sebelum memberanikan diri untuk memangku/mengendong/mencuit-cuit bayi tersebut.
4. Lebih cepat tali pusat tertanggal
Proses penanggalan tali pusat bayi selepas dipotong biasanya mengambilmasa 5-14 hari, malah mungkin lebih bergantung kepada tahap kekeringan tali pusat tersebut. Amalan Lotus birth dipercayai membantu mempercepatkan pengeringan tali pusat yang seterusnya menyebabkan tali pusat tertanggal daripada pusat bayi seawal 3 hari.
5. Tumbesaran otak
6. Mengeratkan ikatan kasih sayang

Amalan Lotus Birth diyakini mampu untuk memindahkan secara purata 100mL sel darah merah yang amat diperlukan oleh bayi yang mana ini akan menyumbangkan kepada potensi perkembangan otak bayi terutama pada tahun pertama yang sangat kritikal.
6. Mengeratkan ikatan kasih sayang
Secara amnya semasa diawal kelahiran, seorang bapa (malah ahli keluarga lain yang rapat) akan terlihat sentiasa mendampingi si ibu dan bayinya bagi membantunya yang masih lagi di dalam proses pemulihan. Dengan amalan Lotus Birth, hal ini sedikit sebanyak membantu memupuk kasih sayang yang lebih erat dikalangan ahli keluarga yang terlibat kerana pusat bayi yang masih bersambung dengan uri memerlukan penjagaan khusus yang mana ibu dan bayi biasanya tidak mampu untuk menguruskan sendirian melainkan dengan bantuan daripada si bapa atau ahli keluarga yang lain.
Cara-Cara Pengendalian/Penjagaan Uri & Tali Pusat
Masyarakat yang mengamalkan Lotus Birth ini pada kebiasaannya sebaik sahaja uri dikeluarkan daripada rahim ibu, mereka akan:-
1. Membasuh uri tersebut dan meletakkan di dalam tapisan selama beberapa ketika untuk mengeringkannya.
2. Uri dan tali pusat akan dibilas dengan air suam untuk kali kedua untuk membersihkan saki-baki kotoran yang masih melekat, kemudian dilap dengan menggunakan tuala.
3. Minyak pati aroma terapi akan direnjis2 ke atas uri sambil diurut2 lembut (kerana uri pada kebiasaannya sedikit 'berbau') dan kemudiannya akan disaluti dengan serbuk Rosemary. Serbuk Rosemary juga ditabur secara merata di pangkal pusat bayi bagi mempercepatkan proses pengeringan. (Serbuk Rosemary akan ditabur selang sehari atau setiap kali lampin alasnya ditukar sehingga pusat bayi gugur)
4. Uri yang telah berbau 'harum' itu kemudiannya akan diletakkan di dalam bakul/mangkuk/tapisan yang terlebih dahulu dialas dengan lampin. Namun, ada juga yang mempraktikkan dengan cara membalut uri tersebut dengan kain kapas sementara tali pusat pula akan dililit dengan riben kain kapas atau sutera, kemudian akan meletakkan uri yang telah berbungkus tadi di dalam mangkuk/tapisan.

Fakta yang perlu anda tahu
Menurut Dr. James Van Hook, seorang Pengarah Perubatan Ibu & Anak (Maternal Fetal Medicine), Pusat Perubatan University Cincinnati, bahawa melewatkan pengapitan/pemotongan tali pusat membolehkan sel-sel stem darah yang mengandungi imunoglobulin (yang sangat baik untuk membantu bayi melawan jangkitan) dapat dialir masuk ke dalam tubuh bayi dengan lebih banyak. Walaubagaimana pun, teori ini hanya terpakai jika dilakukan dalam tempohmasa beberapa minit sahaja dan bukannya beberapa hari seperti yang dipraktikkan di dalam Lotus Birth.
Selain daripada itu, sehingga kini tidak ada bukti yang jelas mengenai manfaat kepada kesihatan bayi disebalik amalan Lotus Birth ini. Malah, belum ada lagi bukti saintifik mengenai hal ini. Sebahagian saintis yang mengambil darah dari tali pusat sebagai kajian stem cell yang dianggap sebagai bidang baru.
Seorang jurucakap O&G Maktab Tentera (Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG)) turut menyatakan bahawa uri yang dibiarkan terus bersambung dengan bayi selepas kelahiran untuk satu tempoh masa yang lama bakal mengundang risiko jangkitan (dalaman uri) yang seterusnya boleh merebak kepada bayi kerana uri seperti yang diketahui mengandungi darah yang mana darah daripada uri akan terus mengalir ke dalam badan bayi melalui tali pusat sejurus kelahiran dan akan menjadi tisu yang mati selepas beberapa ketika. Oleh itu, adalah disarankan bagi mana-mana bayi yang dipraktikkan Lotus Birth dipantau dengan lebih teliti untuk mengelakkan sebarang jangkitan tersebut.
Lotus Birth & Hukum Fiqh

Secara umumnya, amalan pengendalian uri tidak ada diperbahaskan di dalam kitab2 sunnah kerana ianya lebih kepada adat amalan budaya tertentu yang tiada sandaran dari asSunnah.
Namun, menurut Sheikh 'Abd al-Rahman al-Jar'i, seorang Professor di Universiti king Khalid, Abha, uri bayi adalah sebahagian dari badan wanita. Ia sepatutnya dikebumikan (diuruskan) sebagaimana bahagian badan lain yang dikebumikan apabila ia telah dipotong.
Pandangan lain pula ada menyatakan bahawa uri adalah sama seperti darah yang dianggap sebagai najis jika telah keluar/terpisah daripada keadaan asal (di dalam badan).
Manakala Dr. Zubaidi Hj Ahmad pula berpandangan bahawa uri adalah organ yang dibentuk di dalam rahim wanita bersama-sama dengan janin yang bertujuan untuk pengambilan makanan dan oksigen dari ibunya. Selain itu bahan-bahan kumuh dan toksik dari janin turut dikeluarkan melalui uri yang diserap oleh ibu agar dapat dibuangkan dari tubuhnya. Dengan yang demikian, uri dianggap sebagai sebahagian dari organ yang mana selepas proses kelahiran, uri yang tidak lagi berperanan akan dikeluarkan malah dianggap sebagai organ yang telah mati dan hukumnya adalah najis (sama seperti anggota badan lain yang terputus dari tubuh badan).
Pendapat peribadi tentang Lotus Birth
Pada pendapat Mami, Lotus Birth adalah lebih kepada amalan tradisi budaya tertentu yang orang Islam TIDAK sepatutnya contohi dan ikuti. Memandangkan uri telah dihukumkan sama seperti anggota badan yang lain yang akan menjadi najis apabila terpisah daripada tubuh, maka sebaiknya selepas kelahiran, tali pusat bayi dipotong dengan segera dan uri yang telah terpisah harus diuruskan dengan sempurna tetapi tidak perlulah berlebih-lebihan, contohnya dibasuh dengan asam jawa, limau nipis, diraikan dengan upacara karut-marut dan sebagainya.
Beginilah rupa uri yang didakwa sebagai 'kembar bayi' tapi sebenarnya tak wujud pun istilah kembar bayi ni.
Sumber:
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.