Hamboi..tengok tajuk tu.. Dah tak payah teka-teki lagi. Straight to the point sungguh..hihhihi. Whatever la kan...janji sampai maksudnya.
Ok, entry yang lepas Mami dok cerita pasal strategi Mami berkenaan dengan cara untuk memperbetulkan kitaran haid. Kitaran haid yang teratur memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk conceive sebab secara asasnya tahap kesuburan wanita itu boleh berpandukan kepada tahap keseimbangan hormonnya yang pada amnya dinilai daripada kitaran haid yang teratur. Semakin teratur kitaran haid seseorang wanita itu, maka semakin mudah baginya untuk merancang kehamilan.
Sepertimana yang telah diceritakan di dalam entry sebelum ini, Plan A Mami dengan GLA Shaklee nampaknya terpaksa digagalkan. Plan B dengan Homeopati juga nampaknya tak berhasil. Selepas 6 minggu Mami secara istiqamah mengamalkannya, haid masih tidak keluar pada waktu yang sepatutnya. Malahan Mami dapat berpuasa penuh sepanjang Ramadhan lalu dek kerana tiada haid. Jadi, Mami membuat keputusan untuk tidak lagi mengamalkan homeopati ini.
Plan C, semestinya dengan Maajun Anggun Bistari (MAB). Mami pertama kali dengar pasal MAB ni daripada BFF Mami (yang sekarang telah berjaya preggy anak ke-3 setelah TTC if not mistaken selama 1thn). Tapi masa tu Mami dom try GLA..so, takmo la campur2. Orang kata nak try & error one by one. Then, officemate Mami aka teman TTC Mami (member Mami ni dah kawen almost 6 tahun tapi belum rezeki berzuriat) pulak dok bercerita tentang MAB ni. Dia baru ambil nak masuk botol ke-3. Katanya semenjak dia amalkan MAB haid dia dah kembali lancar. Sebelum ni, darah keluar sikit2 & pernah 2-3 bulan takde haid. Alhamdulillah semenjak berMAB, masalah haid dah hampir pulih & mudah2an ada rezekinya untuk mendapat zuriat selepas ni..amin.
So, bertitik tolak daripada itulah, Mami mula tergerak hati untuk berMAB. Kebetulan MAB yang diorder sampai pada hari ke-3 haid, so, tak payah nak bertangguh2 lagi terus Mami mulakan pengambilannya. Mami dah mula merasa kesan positif MAB pada hari ke-3 pengambilan di mana darah yang sebelum ni seperti segan2 nak keluar akhirnya terus melimpah-ruah. Dah berbulan2 Mami tak rasa haid yang lancar. Jika sebelum ini pantyliner yang kecik nipis itu sudah cukup untuk menampung aliran darah (spotting je sebenarnya), tapi kali ini 1 pad size maxi perlu ditukar 2-3 jam sekali dek kerana aliran darah yang terlalu banyak. Alhamdulillah..syukur..
Untuk makluman, pada dasarnya MAB dihasilkan sebagai ubat untuk menjarakkan kehamilan atau merancang keluarga. Walaubagaimana pun, dengan aturan pengambilan yang tertentu, MAB juga boleh digunapakai sebagai usaha untuk mendapat zuriat dengan cara memperbaiki kitaran haid & menyuburkan peranakan.
Cara pengambilan untuk ikhtiar zuriat:-
1. Mulakan 1biji pagi/malam pada hari ke-3 atau 4 @ 5 haid. Jika tidak didatangi haid (kes haid tak datang berbulan2), boleh terus ambil MAB. Makan MAB setiap hari sehingga habis 1 botol (21 hari)
2. Rehat 7 hari. Haid sepatutnya keluar dalam jangkamasa ini.
3. Mulakan pula dengan botol ke-2 sehingga habis 21 biji.
4. Rehat 7 hari..Mulakan dengan botol ke-3 sehingga habis 21 biji.
Biasanya selepas botol 3, kitaran haid yang tintong akan kembali teratur. Bila kitaran haid dah ok, so, masa untuk "pulun'..paham kan?? hihihihi... Tapi jika nasih belum teratur, teruskan pengambilan sehingga kitaran haid menjadi normal. (Berdasarkan pada broucher yang Mami baca, biasanya paling lama haid akan kembali normal dalam jangkamasa 6 bulan).
Namun, ada juga kes yang terus hamil (dengan izin Allah yang Maha Kuasa) walaupun hanya dengan pengambilan botol pertama. So, sebagai langkah berwaspada, Mami akan membuat UPT dulu pada hari ke-7 sebelum nak mulakan botol ke-2 jika within gap 7 hari tu masih tiada haid. Siapa tau kan, tak datang haid tu sebab dah 'berisi'? hihihihi..Insya Allah..mudah2an..amin..
MAB..murah sangat..RM18 je..berkali2 ganda murah daripada GLA & Homeopati. Moga2 Mami serasi dengan MAB.
Gini lah rupa paras MAB tu..Sedap tau rasanya..manis2 gitu..Makan sebiji rasa macam nak habiskan terus 1 botol..kikiki..melampau uolls...
Cukup dulu sekadar ini. Mami akan kongsi lagi Mami punya testimoni MAB selepas complete botol pertama ini nanti, Insya Allah..
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.