sebahagian warga PATEL (perempuan) |
Alhamdulillah..pada 16.9.2011 (Jumaat) bersamaan dgn 18 Syawal 1432H & bersempena dgn cuti hari Malaysia & sambutan hari kemerdekaan yg ke54, majlis yg menjadi tumpuan seluruh keluarga PATEL akhirnya berjaya dilaksanakan jugak. Lebih bermakna tahun ini diadakan di rumah mami & abi & lagi bertambah bermakna kami adalah cucu pertama yg membuka tirai penggiliran tuan rumah bagi perhimpunan keluarga besar ini mewakili susur galur generasi ke3 kerana penggiliran generasi ke2 telah pon tamat pada tahun lepas dengan ayah chik aziz & makcik nor menjadi tuan rumahnya.
Seperti yang dirancang, majlis bermula dengan solat isyak secara berjamaah, bacaan yasin dan doa selamat. Kemudian, pihak pengacara majlis, Paksu memulakan majlis dan diikuti dengan ucapan alua2an pengerusi PATEL a.k.a Abah kesayangan serta ucapan dari Tuan Rumah a.k.a abi. Selepas itu perbentangan mengenai isu2 berbangkit mengenai PATEL yg memerlukan perhatian semua pihak. Selesai agenda berucap, barulah acara mengisi perut bermula.
Warga PATEL muslimin |
Mami & abi selaku tuan rumah pada kali ini diberi mandat untuk menyediakan juadah utama & juadah sampingan akan disumbangkan oleh ahli2 PATEL yg lain. Makanya, mami & abi pon bermuafakat untuk menyediakan Nasi Ayam pada hari tersebut. Alhamdulillah..biarpon mami dalam keadaan terboyot2., juadah tetap berjaya disiapkan...hehehhe.. Mami terasa macam Supermak la pulak sebab mampu lakukan semua tu biarpon sebenarnya mami kurang kudrat.hehheheheh.... Terima kasih kepada ayah bonda mertua mami yg dari pagi lagi tampil membantu, ipar duai mami, Syam & Rafi yg menyelamatkan keadaan pada petangnya dan yg paling penting, suami kesayangan mami yg x kering tangan membantu mami dari awal sampai habis program di samping ahli2 keluarga yg lain yg turut bekerjasama membantu mami.
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.