Monday, January 27, 2014

Haziq @ 2 yrs old..yeay!!

1.1.2012 - 1.1.2014..
equal to 2 years!!!

Sekejap aje dah 2 tahun putera hati Mami ni...cepatnyeee kamu membesar, Sayang...Apa2 pun yang paling utama, Haziq membesar dengan begitu baik sekali. Jarang sekali Haziq sakit. Bab nak menjaganya pun memang mudah. Tak banyak ragam, tahan lasak, bab makan pun bukan jenis yang picky eater..pendek kata..memang mudah diasuhlah..Terima kasih ya Allah!! Di atas anugerah zuriat yang begitu berharga buat kami!!

Perkembangan fizikal
Haziq ni tinggi lampai compared to other kids yang sebaya dengannya (dah hampir mencecah 100cm kot kalau diukur). Tengok sajalah gambar ni..muat2 aje baring atas sofa 2 seater tu. Berat pulak sekitar 11.6kg je. Memang tak nampak la ke'chubby'annye. Cuma boleh cam Haziq berisi sikit jika dibelai belakangnya tak terasa sangat tulang belakang tu tersembul..hihiih..


Perkembangan mental
Walaupun masih pelat, tapi mulutnya memang jenis tak henti2 bercakap. Suka bertanya itu ini sampai kadang2 tu Mami/Abi dah takde idea nak bagi jawapan apa.hihihi.. Biarpun main sorang2, tapi keriuhannye tu bak ade 3 4 orang yang dok main sekali dengan Haziq.

Selain daripada ajaran2 Mami & Abi, Haziq banyak belajar daripada environment. Bila tengok TV, Haziq suka ajuk ape jugak yang kat dalam TV tu 'cakap'..(bahaya oooo..bab cerita memang kita boleh select, tapi iklan...kena la cepat2 alih channel kalo tetiba ada iklan yang ntah ape2 tu keluar).

 Alhamdulillah, Haziq ni seorang yang fast learner, Tapi biasa lah...dah namanye budak2 ni, cepat ingat, cepat jugak lupa.. Tapi dalam pada short term memori tu, ada la jugak yang Haziq dah boleh hafal. Contohnya: doa makan, doa nak tidur, zikir2, etc.

Mudah2an berbekalkan kebolehan dan keupayaan ini Mami & Abi dapat membentuk Haziq sebagai seorang Huffaz nanti. Seorang ulama yang intelek..insya Allah...
   

Anak soleh yang sorang ni sejak2 dah besar ni dah macam obses pulak dengan Ultraman. Sikit2 nak "men", nak baju "men"..adoi..pening Mami. Cuma yang senang tu, Haziq jenis yang senang dipujuk. Contohnya, kalau lalu kat kedai toys, ternampak pulak patung ultraman, memang dia akan singgah mintak ultraman tu. Tapi bila Mami/Abi tak belikan, setakat ni takdelah Haziq sampai nangis guling2 nak jugak ultraman tu. Kire ok la kan..hihihi..


Favourite words within this month:
1. anak awan (taknak kawan)
2. atafiwah ajim (astaghfirullahalazim)
3. la ila mad cu wah (laailaaha illallah muhammadur rasulullah)
4. Mami....mami....kit ane? (sakit mana?)
5. Tan..tan.. (bukan..bukan..)
6. Acih..ame..(terima kasih, sama2)

Cukup la kot update milestone Haziq ni..Sekali lagi Mami nak ingatkan. Entry Mami pasal Haziq bukanlah untuk menghebah2kan kepada umum kepandaian dan kecerdikan anak Mami ni. Tapi semua ni Mami buat untuk rekod Mami. Jadi, kepada sesapa yang felt annoyed/tak suka sila jangan follow blog ni ye (bajet ramai sangat follower kot)..kikiki..

K. challo!!
shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.