Menyorot kembali kenangan semasa mengandungkan Haziq dan di awal2 kelahirannya, terus terang Mami katakan Mami kurang ilmu tentang penyusuan. Dengan faktor ini jugaklah Mami hanya sekadar menjayakan complimentary breastfeeding (susu ibu campur formula). Mami terlalu mengambil mudah tentang penyusuan susu ibu ini kerana melihat pengalaman kakak ipar, adik mami sendiri & rakan sepejabat yang berjaya menyusukan anak mereka tanpa gajet penyusuan yang lengkap. Walhal kondisi setiap individu itu amatlah berbeza dan untuk Mami, gajet penyusuan seperti breast pump yang sesuai amat2lah diperlukan sejak awal2 lagi.
Mami selalu menganggap Mami akan bersalin secara normal, anak akan sentiasa bersama Mami selepas dilahirkan, Mami akan terus pandai menyusukan anak sebaik sahaja melahirkan & Mami boleh buat stok susu semasa berpantang hanya dengan memerah susu menggunakan tangan. Malangnya semua yang Mami fikirkan ini langsung tak berlaku. Itulah kesilapan pertama yang merupakan kesilapan paling besar yang Mami telah buat yang akhirnya menjurus kepada kegagalan Mami memperjuangkan penyusuan susu ibu secara eksklusif (100% susu ibu tanpa campuran susu formula atau hatta air masak).
Mami bersalin secara pembedahan, anak Mami mengalami komplikasi Hypoglycemia (kekurangan gula dalam darah yang boleh menyebabkan kemerosotan fungsi (neuroglycopenia) yang boleh membawa kepada kesan yang lebih serius seperti sawan, tidak sedarkan diri, dan mungkin juga kerosakan otak atau kematian..wanauzubillah). Mami tak boleh rooming in dengan anak selepas melahirkan sebab anak perlukan rawatan segera di wad kanak2. Mami berhadapan dengan masalah inverted nipple yang menyebabkan Haziq susah nak melekap (latch) & memandangkan Haziq tak pandai melekap, Mami terpaksa memerah susu & bagi kepada Haziq melalui botol yang akhirnya menjurus kepada masalah nipple confuse yang secara tak langsung menyumbang kepada kegagalan Mami untuk mengumpul stok kerana hasil perahan menggunakan tangan (Mami tak mahir sebenarnya memerah menggunakan tangan) tidaklah sebanyak mana malah hanya cukup2 untuk Haziq minum sahaja.
Selain daripada itu juga, Mami langsung tak faham tentang konsep penyusuan supply vs demand. Pada pandangan Mami, selagimana anak nak menyusu, selagi itu la susu akan ada. Mami mempunyai tanggapan yang salah tentang penghasilan susu di mana selepas bersalin susu akan terus melimpah-ruah, bila diperah akan keluar memancut2 seperti air hujan (hasil daripada pemerhatian Mami terhadap adik Mami yang mempunyai rezeki susu yang banyak). Kena makan banyak2 untuk menghasilkan susu yang banyak dan banyak lagi la 'ajaran sesat' yang Mami telah percaya selama itu. Nasib baik Mami terjumpa page ni di facebook. Biarpun agak terlambat (lepas habis pantang), dapat juga la Mami cedok serba sikit ilmu tentang penyusuan ni. Alhamdulillah, Mami semakin improve. Namun, semua itu takkan dapat mengundurkan balik masa untuk Mami mengulangi semula bagi memperbaiki kesilapan lalu.
Namun begitu, Mami tetap berbangga dengan pencapaian Mami & Haziq. Siapa sangka sehingga kini Haziq masih lagi dapat Mami susukan biarpun pada usianya sekarang 1 tahun 6 bulan (tahun hijrah). Alhamdulillah..Mami bersyukur kerana Allah masih murahkan rezeki susu Mami untuk Haziq, biarpun sekadar complimentary, yang penting susu Mami tetap mengalir di dalam tubuh Haziq setiap hari. Mami berharap & berdoa agar perjalanan penyusuan ini akan terus bekekalan hingga ke garisan penamat (2 tahun). Mudah2an..insya Allah..
Si Bujang bertuah yang amat bijak..gaya seorang 'abang' yang sedang buat 'homework'
p/s: Azam Mami utk 2nd pregnancy ialah mengumpul duit membeli breast pump Madela freestyle idaman & mempersiapkan diri dengan mencarigali sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Moga dipermudahkan..
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.