Hari ini dalam sejarah semenjak menjadi ibu selama hampir 1thn setengah kali pertama perkara ini terjadi dalam hidup Mami. Berdepan dengan anak yang sakit sorang2 tanpa suami (Abi ketika ni sedang berkursus di Cherating, Pahang) dan kali pertama jugak Mami bawak sendiri Haziq ke klinik tanpa ditemani sesiapa.
Segalanya bermula pada pagi Ahad (16.6.2013) baru2 ni seawal jam 4.30 pagi dalam keadaan mamai2 Mami mendengar Haziq merengek2. Alah.. Haziq nak apa pulak pagi2 ni? Dalam pada mengantuk2, Mami peluk Haziq tenangkan dia supaya kembali terlena. Ye la..awal2 pagi hari minggu ni kalau boleh nak la tidur bangun lewat sikit daripada biasa..hihihi..
Tapi, tak sampai 10 minit, Haziq merengek2 lagi. Macam tak selesa. Mami raba bontot Haziq kot2 dah terbocor & buat Haziq tak selesa. Tapi kering je. Mami dakap lagi Haziq. Mami fikir Haziq mungkin kesejukan sebab kami tidur dalam aircond. Haziq kembali lena.
Dalam pada Mami nak terlelap, tiba2 Mami terdengar bunyi yang agak pelik daripada Haziq serentak dengan bau muntah. Alamak Haziq muntah!! Serta-merta Mami bingkas bangun, dudukkan Haziq sambil urut2 belakang Haziq yang dah mula menangis. Haziq muntah melambak2. Baju Mami, cadar, selimut semuanya terpalit muntah Haziq. Bila dah agak reda, Mami cempung Haziq ke bilik air. Sempat jugak pandang jam dinding masa tu dah hampir jam 5 pagi. Haziq menangis menggigil2 menahan sejuk penangan mandi di awal pagi. Maklumlah..di bilik air rumah kami takde water heater. Terpaksa la jugak Mami siram Haziq dengan air sejuk macam tu. Kesian Haziq..maafkan Mami ye nak..
Selesai mandi, Mami balut Haziq dalam selimut, peluk sampai Haziq rasa selesa. Dalam pada dok berkira2 nak sambung tido, Haziq termuntah lagi untuk kali kedua. Alamak!!! Nasib baik kali ni Mami sempat tadah. Selamat la satu lagi blanket kena muntah Haziq.
Kesian Haziq..lembik terus..
Mami berkira2 samada nak bagitau Abi atau tak sebab after all Abi akan balik hari ni. Tapi memandangkan Haziq dah muntah berkali2, maka akhirnya Mami ambik keputusan untuk inform Abi jugak tentang hal ni. Setelah berbincang dengan Abi dan selepas mengambil kira nasihat Opah (mak Mami) ditambah pula melihat kepada keadaan Haziq yang dah nampak pucat, maka Mami terus ambik keputusan untuk bawak Haziq pergi klinik saja sebab Mami takut Haziq dehydrated.
Dalam kereta, dalam perjalanan ke klinik. Diam tak terkutik langsung.
Destinasi pertama, Klinik Othman, malangnya masih tutup atau mungkin jugak klinik tu memang tak buka pada hari Ahad. Dalam kepala Mami dah tak boleh fikir klinik apa lagi yang terima patient pagi2 camni selain daripada emergency unit Klinik Kerajaan. Mami pun terus la menghala ke sana tetapi di pertengahan perjalanan, Mami ternampak ada satu klinik yang dah buka. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Tanpa berfikir panjang, Mami terus membelok ke perkarangan Klinik Dinar (klinik baru sebenarnya) dan hasil konsultasi dengan doctor, rupa2nya Haziq hanya mengalami masalah pencernaan & syukur Haziq jugak masih belum dehydated, Alhamdulillah.. Haziq hanya diberi ubat tahan muntah dan doctor suruh Mami monitor keadaan Haziq sehingga ke petang sebab sekiranya setelah makan ubat pun Haziq masih lagi muntah2, Haziq mungkin tak boleh tolerate dengan ubat tu dan Haziq perlu dirujuk ke mana2 hospital utk further treatment..Oh..Mami takut sangat kalau Haziq terpaksa warded..
Lepas makan ubat baru Haziq boleh makan benda lain. Mami buatkan bubur, tapi Haziq hanya makan 3 4 sudu..
Alhamdulillah menjelang petang Haziq beransur sembuh. Walaupun Haziq masih taknak makan bubur nasik, tapi Haziq dah mula mintak makanan lain. Moga2 inilah kali pertama & terakhir Haziq sakit macam ni. Mami tak sanggup tengok keadaan Haziq yang lesu. Mami nak Haziq sentiasa sihat & ceria. Amin..mudah2an..
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.