Malam hari minggu lepas, buat kesekian kalinya rumah kami menerima tetamu dari keluarga besar abang Mami @ Abi (jangan confuse ok..sejak abang Mami kawen & dapat anak, kami semua terus panggilnya Abi..kehkehkeh..) Semua ada, kecuali Along yang dah pon balik ke asrama petang Khamis lepas. Meriah sangat dengan kehadiran anak-anak Abi yang 5 orang tu. Macam tongkang pecah jadinya rumah Mami..wahahhahahah..tapi Mami tak kesah pon..sesekali berkumpul ramai2 begini memang syok habis.. Sayangnya Abah (Tokwan) tak sihat masa anak cucu dom riuh rendah tu...Sian Abah...
Haziq yang selama ni 'keseorangan' di rumah bukan main hepi lagi bila dapat kawan sampai dah tak kisah nak nenen pon. Main bergelak ketawa ikut abang & kakak2. Berlari ke depan, ke belakang, melompat2 atas katil, atas sofa..mengekek je ketawa..seronok sangat!!
Dah boleh geng dengan Abang Ilham..Ilham ni cool sikit kalo nak bandingkan dengan Irfan. (Nanti dekat entry lain Mami akan ceritakan pasal Irfan pulak ye..hiihihi.) Dengan Ilham, Haziq ok je..boleh main sama2 & takde gaduh2..good boys gitu...
Penuh satu meja lauk pauk hidangan makan malam kami. Semuanya Mami & Opah masak sendiri except ikan siakap 3 rasa & sup bayam cendawan je yang Abi bawak dari rumah.
Meriah betul la malam tu..semua makan sampai so'oh perut..kahkahkah..
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.