Ingat tak, di entry ni Mami ada mentioned pasal Irfan.. So, hari ni Mami nak story sikit tentang anak bertuah yang sangat comel ini, Muhammad Irfan.
Memiliki wajah persis ibunya menjadi penawar kerinduan kami semua terhadap arwah.
Irfan ialah anak saudara Mami sebelah Abi @ anak kepada adik Abi. Kisah Irfan ini sedikit tragis sebab Irfan sudah kehilangan kasih sayang ibunya pada usianya yang baru menginjak 1 tahun 12 hari. Cerita tentang ibu Irfan Mami pernah rakamkan di sini dan di sini. Sejak ketiadaan ibunya, Irfan tinggal dengan Opah & Atuk. Lumrah alam, anak yang kehilangan ibu (anak yatim) pastinya mendapat lebih perhatian. Semua orang sayang dan simpati dengan Irfan. Dengan kelebihan ini, Irfan membesar sebagai anak emas kepada semua orang. Dialah penawar, dialah racun.
Tidak dinafikan Irfan adalah seorang anak yang senang diurus. Cuma mungkin kerana Irfan ini anak yatim dan semakin membesar, maka adalah serba sedikit karenahnya yang seringkali menguji kesabaran penjaga2nya. Apa2 pun, bagi Mami, Irfan adalah seorang yang penyayang, sangat manja & sensitif (kuat merajuk).
Irfan membahasakan dirinya sebagai 'Abang' jika bermain bersama-sama dengan Haziq. Jika moodnya bagus, Irfan akan melayan Haziq dengan baik sekali. Memboncengkan Haziq naik basikal sama2, peluk2 & sayang2, berkongsi mainan, makan suap-menyuap sehingga menjadikan Mami seringkali terasa ingin menitiskan air mata terharu melihat keakraban mereka.
Irfan, Mami sayang Irfan sama macam Mami sayangkan Haziq. Walaupun ibu Irfan dah tak ada lagi, tapi Irfan ada Mami. Insya Allah, Mami akan berusaha menjadi Mami yang terbaik untuk Irfan. Mudah2an Irfan akan menjadi anak yang soleh, bijak & berakhlak yang terpuji. Amin
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.