Penkek
(Sesuai juga untuk anak usia 10bulan++ tapi dengan sedikit modification ingredient)
Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 bekas (kecik) plain yogurt
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
Air secukupnya
2 sudu besar salted butter
Cara penyediaan:
1. Campurkan kesemua bahan dalam blender/food processor/mangkuk biasa. Gaul sehingga semuanya sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
2. Panaskan pan, tuang sesenduk bancuhan tepung. Masak dengan api yang sederhana sehingga kedua2 belah permukaan keperangan.
3. Jika ingin menyediakan cheezy pancake, hanya letakkan sekeping cheese ke atas penkek yang masih panas untuk mencairkan cheese dan lipat 2 penkek tu.
4. Ideal dihidang bersama ais krim jika sukakan yang sweet2 & jika suka savoury, enak dicicah dengan kuah kari/sardin/sambal telur.
Penkek aiskrim untuk Mami & Abi Cheezy penkek untuk Haziq
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.