Tuesday, March 11, 2014

MH370

Sana sini orang dok bercerita pasal MH370. Mami pun terpanggil jugak nak up enrty special utk big issue ni. Ye betul..aircraft ni sejak 8.3.2014 tiba-tiba tidak dapat dijejaki and 1 dunia sedang berteka-teki di manakah MH370 ini telah pergi? Secara peribadi tiada kenalan atau sanak-saudara Mami yang terlibat dalam misteri ini. Tapi selagi namanya manusia normal yang ada rasa perikemanusiaan, Mami turut bersedih di atas apa yang terjadi.

Namun, Mami percaya dan sangat yakin bahawa disebalik kehilangan ini pasti ada hikmah besar yang tersembunyi. Tiada siapa yang dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas itu. Sebagai manusia biasa, yang termampu hanyalah membuat carian berteorikan ilmu saintifik yang usul asalnya juga adalah ciptaan Allah 'azzawajalla. Samada pencarian itu akhirnya memberikan ebuah jawapan yang positif atau negatif semuanya bergantung juga kepada taqdirNya yang Maha Menentukan.

Jauh di sudut hati ini sangat mengharapkan MH370 kembali bersama penumpang-penumpangnya dan kesemua anak kapal dengan selamat. Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka yang terlibat.

shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.