(Ku dedikasikan puisi ini buat Adikku yang amat ku rindui sempena memperingati hari lahirnya yang ke 26 pada 15 Mac nanti..al Fatihah)
Ada 1 cerita
Kisah sebuah keluarga 3 beranak
Malangnya si Ibu telah menemui penciptaNya
Sebelum si anak puas bermanja
Amanat Ibu: "besarkanlah si Kecil dengan sempurna"
"Didiklah dia dengan iman dan taqwa"
"Agar kelak menjadi insan berguna"
"Jambatan buat Ibu Ayah ke syurga"
Tinggallah si Kecil dengan si Ayah
Malah keluarga Ibu jugak tidak membantah
Kerana mereka faham hati dan batin si Kecil
Pasti lebih parah jika berpisah pula dengan si Ayah
Jika itulah yang paling terbaik
Mereka sanggup beralah
Biarpun hati mereka gundah
Benar si Kecil hak mutlak si Ayah
Namun sepertinya si Tua yang lebih bersusah-payah
Makan, minum, mandi hatta tidur si Kecil
Si Tua lah yang lebih memberi perhatian
Mentanglah si Tua masih berqudrat
Si Ayah seolah mencuci tangan
Di manakah janji si Ayah kepada si Ibu dulu?
Faham..si Ayah perlu mencari nafkah
Agar keperluan si Kecil sentiasa tersedia
Tapi bukan sekadar keperluan yang si Kecil dambakan
Hakikatnya si Kecil kehausan perhatian dan kasih sayang Ibu dan Ayah
Jika disiang hari si Kecil merindui si Ayah yang keluar mencari rezeki
Maka sisihlah sedikit waktu pada malamnya untuk si Kecil bermesra
Pasti si Kecil bahagia bila lenanya dalam pelukan si Ayah
Sambil diulit nyanyian dan dodoian manja
Terubatlah rindu si Kecil pada si Ibu yang telah tiada
2 tahun sudah berlalu
Akhirnya si Ayah tak betah bersendirian
Fitrah makhluk yang ingin berpasangan
Si Ayah membawa si Mama pengganti si Ibu
Si Kecil yang langsung tak pernah mengerti
Sungguh gembira menyambut ibu baru
Teruja hingga tidak terucap dengan kata-kata
Hati si Kecil kembang menggebu-gebu
Bangga dia juga mempunyai ibu
Betapa bahagianya si Kecil itu
Kerana Ibu yang dirindu akhirnya muncul di depan mata
Seluruh dunia dicanang dan dijaja
"Inilah Mama saya!!"
Saat si Mama bersetuju menerima si Ayah
Pasti dia juga bersedia menerima si Kecil
Namun timbul pula isu kedua
Si Tua seolah kurang percaya
Bermacam dalih si Tua cipta
"Si Kecil lasak Mama pasti penat"
"Kasihan Mama yang belum terbiasa"
Si Kecil yang teruja ingin bermanja dengan Mama
Menjadi mangsa si Tua yang tamak kuasa
Si Mama hanya pihak ketiga
Masakan mampu dirinya bersuara
Si Ayah diam 1000 bahasa
Membiarkan si Kecil terus didominasi si Tua
Padahal si Kecil itu hak mutlaknya
Mungkin dia telah lupa tujuan utama menikahi si Mama
Juga syarat sebelum si Mama diterima
"Si Kecil adalah subjek utama"
"Jika si Kecil Mama terima, Mama diterima dengan berlapang dada
Apakan daya nasib si Kecil
Jiwanya meronta batinnya merintih
"Kenapa si Tua perlu pisahkan dia daripada Ayah Mama?"
"Bukankah anak perlu tinggal bersama ibu bapanya?"
"Kenapa bukan Ayah dan Mama yang menguruskan dirinya?"
"Kenapa perlu berjadual untuk serumah dengan Ayah Mama?"
Kasihan si Kecil ketandusan kasih sayang
Setiap detik merindukan si Ayah dan si Mama
Tetapi tak mampu meluahkan dengan kata-kata
Hanya tangisan bukti kesedihan
Setiapkali si Tua memaksanya ditinggalkan
Kasihan si Kecil mangsa keadaan
Benar sayangnya si Tua tiada bandingan
Si Kecil dilayan bak putera raja
Namun batin si Kecil tetap menderita
Hak bermanja dengan Ayah Mama dihalang si Tua
Jika beginilah selamanya
Mampukah si Mama untuk terbiasa?
Wahai si Ayah
Kamu lelaki sejati yang bukan dayus
Berusahalah menjaga 'amanah'mu dengan qudratmu sendiri
Sudah-sudahlah kamu bergantung dengan si Tua
Kasihanilah si Kecil yang masih belum mampu bersuara
Ayuh besarkan si Kecil sepertimana amanat si Ibu
Wahai si Tua
Terimalah hakikat si Ayah telah mempunyai si Mama
Positifkanlah tanggapanmu terhadap si Mama
Sesungguhnya dia mampu menggantikan si Ibu
Letakkanlah dirimu di tempat si Kecil
Bagaimana perasaanmu bila diperlakukan sebegitu?
Sesungguhnya si Kecil, si Ayah dan si Mama berhak membina keluarga mereka tersendiri
Wahai si Mama
Buktikanlah kemampuanmu kepada si Tua
Suarakan hasratmu kepada si Ayah
Biar dia tahu biar dia faham
Kamu dan si Ayahlah yang bertanggungjawab ke atas si Kecil
Si Kecil adalah amanah Allah untuk kamu dan si Ayah
Bukan si Tua dan bukan juga orang lain
Kerana kamu bertiga adalah 1 keluarga
Kepada si Ibu
Tenanglah dikau di sana
Sungguh si Mama adalah penggantimu
Tapi dia tetap tidak setandingmu
Moga kamu aman dan baik-baik sahaja
Beristerehatlah menunggu si Ayah dan si Kecil bila tiba waktunya
Agar semuanya bersatu kembali untuk selamanya
*Puisi ini adalah nukilan khas luahan perasaan seorang pemerhati yang sangat prihatin tetapi suaranya tidak mampu terluah malah bicaranya juga bagaikan angin lalu kerana siapalah dia yang hanya pihak ketiga. Besar harapan si penukil kiranya pembaca puisi ini yang lebih memahami situasi sebenar agar menyampaikan suara hatinya kepada si polan dan si polan watak terpenting di dalam puisi ini agar maksudnya bisa disampaikan*
shawqunnur.blogspot.com ®
Salam ukhuwah dan salam ziarah dari bunda...
ReplyDelete#DoaBuatMH370 :(