Dah lama Mami tak up entry resepi kan.. So, hari ni Mami just nak share resepi olahan Mami sendiri dikala Mami dah kekeringan idea tak tau nak masak apa. Biasa sangat terjadi kat Mami bila balik dari office tu perut memang lapar sangat tapi macam dah tak larat & malas pulak nak masak beriya. So, resepi Mami kali ni memang sesuai sangat untuk dicuba oleh ibu2/isteri2 atau sesiapa saja yang sukakan penyediaan makanan yang cepat & ekspress tapi masih mengekalkan kualiti kesegaran dan khasiat makanan tu (jauh lebih baik daripada instant mee yang memang boleh disediakan dengan cepat, tapi.....pikir la sendiri!!).
Ceh..panjang pulak mukadimahnye..hihihi.. Moh kite ber'sharing' resepi pulak. Resepi ni sangat mudah & yang paling penting sedap! (Haziq makan bertambah2 gitu..)
Pasta Aglio Olio Style
Bahan-bahan:
1 mangkuk pasta yang telah direbus & ditoskan (Apa2 shape pasta pon ok, tapi Mami hanya gunakan shell pasta & angel hair shj.)
Brokoli - suka2 hati
cauli flower - suka2 hati
carrot - suka2 hati
5 biji meatball
1 biji tomato - potong dadu
1/2 biji bawang Holand/bawang besar - potong dadu
2 sudu besar Minyak zaitun
Sedikit serbuk lada sulah/black pepper
Sedikit mix herb
Garam secukup rasa
Air (jika suka)
Cara penyediaan:-
1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga kekuningan.
2. Masukkan meatball & tomato. Goreng hingga meatball masak.
3. Masukkan sayuran, mix herb dan pasta. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan lada sulah/black pepper. Siap!
shawqunnur.blogspot.com ®
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.