Wednesday, December 14, 2011

Peringkat-peringkat bersalin

Peringkat pertama : Leher rahim @ serviks  akan mengembang hingga 10cm dan peringkat ini terbahagi kpd 3 fasa, iaitu: - 
  • Fasa awal
  • Fasa aktif
  • Fasa peralihan.
 Peringkat Pertama-Fasa awal
  • Uterus mula mengecut atau menegang dengan tepat.
  • Kontraksi akan menjadi lebih sakit berbanding kontraksi Braxton Hicks
  • Pelvis akan berubah bergerak ke hadapan, menjadi lembut (seperti bibir) dan memeri, lebih nipis dan lebih anjal.  
Apa yang perlu dilakukan??
  1. Buat kerja ringan dalam rumah, keluar bersiar-siar, menonton DVD, mandi air panas atau tidur sebentar.
  2. Relaks sebanyak yang boleh.
  3. Makan snek ringan dan minum banyak cecair.
  4. Selalu membuang air kecil utk kosongkan pundi kencing.
Peringkat Pertama-Fasa Aktif
  • Serviks terbuka sehingga 4cm.
  • Kontraksi lebih kuat dan kerap (setiap 3-4 minit dan berlangsung selama kira-kira 60 saat), lebih panjang dan berasa sangat tegang, rasa seperti datang bertindih-tindih.
Apa yang perlu dilakukan??
  1. Boleh terus ke hospital
  2. Buat latihan pernafasan & teknik2 relaks.
  3. Cuba mandi air panas untuk membantu mengurangkan kesakitan
  4. Berjalan-jalankan di sepanjang koridor hospital
  5. Minta suami urut untuk membantu supaya lebih relaks
  6. Duduk atau baring mengiring
  7. Jika perlu, menangis untuk mengurangkan tekanan emosi dan "melepaskan" perasaan.
  8. Doktor memecahkan ketuban bagi mempercepatkan proses kelahiran sekiranya air ketuban belum pecah lagi.
Peringkat Pertama-Fasa Peralihan
  • Serviks mengembang dari 8-10cm
  • Kontraksi akan berlarutan sehingga 1 1/2 minit dan berlaku setiap 2-3 minit.
  • Ibu mungkin akan menggigil, menggeletar dan sakit.
  • Kontraksi yang sangat menyakitkan memberi tekanan kepada rektum yang mendorong untuk meneran.  
Apa yang perlu dilakukan??
  1. Berehat antara kontraksi
  2. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus perlahan-lahan melalui mulut. Buat secara beritma berulang2 kali
  3. Buang rasa malu untuk menjerit, meraung dan membuat bising. 
Peringkat kedua
  • Serviks sudah mengembang 10cm.
  • Rahim akan menolak bayi ke bawah vagina.
  • Masa untuk 'push' bagi mengeluarkan baby!!
Peringkat ketiga : Peringkat mengeluarkan uri @ plasenta
  • Selepas bayi dilahirkan, kontraksi akan berterusan selepas beberapa minit tetapi sakitnya sudah berkurangan.
  • Kontraksi ini akan menyebabkan plasenta terpisah dari uterus dan jatuh ke bawah ke bahagian bawah rahim.
  • Tunggu arahan dari doktor atau bidan untuk meneran.
  • Proses biasanya mengambil masa 5-15 minit
  • Ibu2 mungkin tidak sedar akan peringkat ketiga ini sebab fokus telah beralih kepada baby yg baru lahir.
  • Memandang, memegang baby dan memberikannya buah dada akan merangsang hormon membantu memisahkan plasenta.
 shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.