Wednesday, December 14, 2011

Fakta tentang "air ketuban"

  • Dikenali sebagai cecair amnion yang berada di dalam kantung membran & berfungsi utk melindungi Baby semasa dlm rahim.
  • Pecah ketuban ialah situasi di mana terdapat cecair jernih sedikit kekuningan, dan selalunya bercampur dgn sedikit darah keluar melalui serviks & Miss  V bila kantungnya terkoyak.
  • Ketuban boleh pecah dlm pelbagai keadaan & peringkat kelahiran.
  • Majoriti wanita pecah ketuban semasa bahagian akhir pada peringkat pertama proses kelahiran (serviks dh terbuka penuh)
  • 1 drpd 10 wanita mengalami pecah ketuban di penghujung kehamilan walaupun proses kelahiran belum bermula dan dlm keadaan ini, doktor akan terus meng'induce'kan wanita tersebut sekiranya wanita itu belum lagi berjaya melahirkan selepas 24 jam.
  • 2% wanita mengandung pecah ketuban awal sebelum mencapai 37 minggu kehamilan.
  • Cara cecair ketuban keluar adalah berbeza, ada kalanya seperti menitis keluar beberapa titisan shj, ada juga yang keluar secara memancut dgn jumlah yg banyak dan deras.
  • Ketuban pecah yang pecah terlalu awal (kurang drp 37 minggu kehamilan) hendaklah dirawat kerana boleh menyebabkan maslah jangkitan kerana jangkitan boleh terus masuk ke uterus dari Miss V.
  • 9 drpd 10 wanita yang pecah ketuban selepas 37minggu kehamilan akan berjaya melahirkan anak secara normal dalam masa 24-48 jam selepas ketuban pecah.
  • Wanita yang telah pecah ketuban masih selamat untuk  mandi tetapi dilarang melakukan seks kerana ini akan meningkatkan risiko jangkitan.
     
    Apa yang perlu dilakukan jika ketuban pecah??
  1. Pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan baby diperiksa oleh bidan atau doktor setiap 24 jam sehingga mencapai peringkat proses kelahiran secara semulajadi @ sehingga di'induce'.
  2. Periksa suhu badan setiap 4 jam untuk memastikan sama ada demam atau tidak. 
  3. Perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau air ketuban untuk memastukan tiada sebarang jangkitan berlaku.
  4. Pastikan baby bergerak seperti biasa.
  5. Jika tedapat apa2 tanda jangkitan atau demam atau baby kurang gerak, segera ke hospital berdekatan kerana rawatan antibiotik intravena dan induce perlu dilakukan dengan segera. 
shawqunnur.blogspot.com ®

No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.