Wednesday, January 26, 2011

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Perkongsian cerita kali ini berkisar tentang pengalaman aku ber'family day' anjuran opis aku. Awal2 nya memang aku rasa teruja sangat nak experience event ni. Maklumla..1st time..hehehhe. Walaupon kena travel naik bas, dengan seat yg muat2 je utk aku & hubby hhehehe..lakibini bombom & mengharungi perjalanan yang jauh (lebih kurang 8 jam), aku tetap rasa hepi & cam x sabar2 nak pegi.

So, hari Khamis malam lepas aje solat maghrib kat umah, aku & hubby terus bergerak ke opis aku utk sama2 bergerak naik bas menuju ke T'ganu. 'Pelajaran' pertama yang aku 'dapat' sebaik sahaja sampai di perkarangan opis aku ialah "kekeliruan cara berpakaian". Maksud aku, staff2 aku ni, aku boleh kategorikan sebagai failed dari segi berpakaian & menutup aurat. Tudung bukan lagi sebagai material untuk menutup aurat, tapi macam accessory je..Pakai tudung, tapi rambut keluar terjuntai2, pakai tudung, tapi pakai legging ketat melekat sampai nampak kesan seluar dalam, pakai tudung, tapi bajunya hanya berlengan pendek, pakai baju & seluar panjang dah ok, tapi kat atas kepala just selendang aje, leher, telinga, rambut semua nampak!! Itu yang perempuan, yang lelaki pulak, dengan tanpa rasa segan silu, selamba je pakai short..Dalam hati aku, terdetik, diorang ni tak sejuk ke? Pakai baju siap dengan lengan panjang, ber'sweater' lagi..tapi kaki sekerat je yang bertutup..pelik.pelik.!!

Dalam bas lain pulak halnye..awal2 dalam bas, yang bertudung, semuanya cantik je tudung melekap atas kepala. Tiba2 bila bas stop kat 1 tempat, yang bertudung litup tadi dah 'togel' pulak kepalanya, hilang tudung!!  Aduhai..nak kutegur nanti dikata aku ni bz  body pulak..Istighfar aje la banyak2 dlm hati sambil berdoa moga diorang akan dapat hidayah & akan berubah..amiin..

Kemuncak rasa kekecewaan aku masa di Cherating. Alkisahnya, petang tu aku ajak hubby aku keluar ambik angin kat tepi pantai. Sampai aje kat sana, terus aku terpempan seketika sambil mengucap panjang melihat karenah staf2 aku. Di ofis bertudung litup, di luar tudung hilang, pakai short!! Aku rasa sedih yang teramat sangat melihat keadaan mereka. Tapi aku tak berdaya untuk berkata apa-apa. Hanya mampu menjauhkan diri dari mereka dan berdoa moga Allah mengampuni aku & mereka..  

So, peringatan utk aku dan kepada yang membaca entri ini, sesungguhnya melarang kemungkaran itu sebahagian dari Iman. Amar ma'ruf dan nahi mungkar itu satu kewajipan sebab Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam sebuah hadith;
"Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman".


Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam memegang teguh agama-Mu..amin ya Rabbal 'alamin..








No comments:

Post a Comment

The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.