Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
Bergenang air mata ini membaca kisah2 tragis pembuangan bayi yang semakin menjadi2 ini. Apakah langsung tidak terselit rasa bersalahkah hati mereka2 yang begitu 'kering' membuang bayi comel yang mereka sendiri usung di dalam perut ke sana ke mari selama 9 bulan? Atau tidakkah terdetik langsungkah di dalam hati mereka rasa kasihan terhadap bayi comel yang hanya mampu menangis bila diperlakukan sebegitu? Manusia apakah mereka ini????
Bayi kecil yang perlu dibelai dan dimanja dibiarkan di tepian jalanan, menjadi mangsa hurungan semut ataupun gonggongan anjing2 yang lapar.
Di manakah sifat perikemanusiaan mereka ini? Tergamak menyumbatkan anak ini ke lubang tandas yang busuk dan memualkan!!
Hanya kerana semata-mata untuk menutup 'aib' yang mereka sendiri 'cipta', anak yang masih belum mengerti apa-apa ditinggalkan dengan harapan ada insan lain yang boleh menggantikan 'tanggungjawab' mereka.
Wahai pembuang-buang bayi, seseungguhnya azab Allah itu amatlah pedih dan menyiksakan. Jika di dunia ini mungkin kamu boleh terlepas daripada hukuman, ketahuilah di akhirat nanti, kamu langsung tiada ruang untuk mengelak.
Wahai pembuang-buang bayi, seseungguhnya azab Allah itu amatlah pedih dan menyiksakan. Jika di dunia ini mungkin kamu boleh terlepas daripada hukuman, ketahuilah di akhirat nanti, kamu langsung tiada ruang untuk mengelak.
No comments:
Post a Comment
The owner of the blog will response to your comment shortly. Jazakumullah.