Tuesday, April 3, 2012

Usaha ikhtiar Mami

Setakat ni Mami masih lagi belum bergelar fully BF mom. Mami teringin sgt nak title tu. Tapi sampai ke hari ni Mami belum mampu nk fully BF anakanda kesayangan Mami tu. Dah macam2 Mami buat sumenye dgn niat & matlamat yang 1....nak banyakkan susu. Tapi hasilnye??? huhuhuu..kalo nak pikirkan give up, mmg dah rase cam nak give up pon. Tapi, bak kate Syahiziey Sam dalam filem Adnan Sempit, "Di mana ada kemahuan, di situ ada highway".. makanya, Mami terus positifkan minda, yakinkan diri bahawa one day pasti susu Mami akan mencurah2 cam mami2 yang lain. So, Mami keep trying ape aje yg Mami rase bleh membantu Mami untuk menjayakan impian Mami ni. Mudah2an berkat kerajinan, kesabaran & ketabahan Mami akan berbalas. Kalo nak tau, ini la di antara usaha ikhtiar Mami setakat ni:-
1. Minum banyak air kosong
2. Makan sayur penggalak susu spt karet putih, sawi putih, brokoli, ulam pegaga etc
3. Makan ubat hormon
4. Minum air rebusan halba, air rebusan longan kering
5. Minum susu, soya
6. Ambik pil ASI, pil Lacta now try set Shaklee plak
7. Buat power pumping hari2
8. Pam setiap 2-3 jam
9. Berurut
10. Doa setiap hari

Ya Allah..permudahkanlah perjalanan penyusuan anakku. Kurniakanlah nikmat rezki susu yang melimpah ruah buat anakku. Amin ya Rabb..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, March 26, 2012

Doa Mami di setiap solat


 Ya Allah Ya Rahman Ya Razzaq Ya 'Alim Ya Matin
Kau permudahkanlah segala urusan kehidupanku 
Permudahkanlah aku untuk susukan anakku
Perkenankanlah hajat dan impianku untuk menyusukan anakku sehingga usia 2 tahun
Agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan
Sesungguhnya aku ingin sekali mendapat fadhilat menyusukan anak seperti yang Engkau janjikan
Ya Allah Ya Rahim
Engkau juga yang Maha Mengetahui betapa aku telah berusaha sedaya upaya demi memperbanyakkan susu badanku
Maka Kau bantulah aku
Perbanyakkanlah susu badanku untuk anakku, berkatilah setiap usahaku
Sesungguhnya aku tidak berdaya melainkan semuanya dengan qudrat dan iradatMu
Ya Allah Ya Rahman
Seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini
Seberapa banyak susu yang anakku minum,
Penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu
Semoga dengan limpahan kasih sayangMu, susu yang sedikit menjadi bertambah banyak dan mengenyangkan anakku
Sesungguhnya hanya kepadaMu aku berserah dan hanya kepadaMu kupohon pertolongan.
Amin ya Rabbal 'Alamin.
shawqunnur.blogspot.com ®

Mami, Haziq & Susu

Impian Mami  sejak belum preggy smpai la dah preggy and dah betul2 jadi mak skg ni nak fully breastfeed (BF) anak sampai usia 2 tahun. Mami dah arif sgt khasiat susu ibu ni. Itu yang Mami harap & Mami doakan tiap2 hari agar Mami dapat exclusively BF Haziq. Tapi, bukan sume impian kite dapat dicapai camtu je. Perlu ade sikit susah payah n pengorbanan.

Setakat ni, Mami masih lagi gigih berusaha untuk mencapai impian Mami tu. Mami start bagi Haziq susu Mami mase umo Haziq 4 hari. Time tu Mami dah discharge dari wad bersalin and mami dah bleh berada bersama2 Haziq 24jam. Kenapa dah 4 hari baru dapat? Citernye di sini

Kisah penyusuan Mami ni penuh dgn liku2. Bermula dgn Haziq yang langsung taknak direct feeding (DF),  dgn susu Mami yang sgt la sikit ala2 segan nak keluar sampai Mami pernah berkali2 menangis disebabkan perkara ni. Nasib baik Mami jenis yang cepat recover walaupon mengalami saat2 down yang teruk. Ape yg Mami pikirkan sume yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Sebab tu la Mami xjemu2 ajar Haziq DF setiap hari sampai Haziq kadang2 tertidur camtu je sbb dah letih menangis. Hari2 Mami pujuk Haziq, merayu dgn Haziq DF la mcm baby2 lain, Mami usaha sungguh2. Akhirnye pada usia Haziq 14 hari, Haziq dah pandai DF. Alhamdulillah. Mami syukur sangat.

Namun, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Haziq tetiba macam merajuk pulak bile langsung xnak DF ngan Mami pas 2-3 hari pandai DF. Mungkinkah Haziq merajuk sbb Mami salu terjerit2 sakit bile Haziq terus nyonyot xnk henti2 sampai cik N Mami melecet atau Haziq merajuk sbb nyonyot bagai nak rak, tapi dapat susu sikit sangat?? Kalo disebabkan 'keceluparan' mulut Mami, Mami memang tak dapat maafkan diri Mami. Oh..maafkan Mami, anakku..

Bermula dari saat itu, terpaksa la Mami kembali bersusah payah memerah susu setiap kali Haziq nak susu dan setiap hari Mami terus berusaha & berdoa agar Haziq nak DF balik ngan Mami and susu Mami kuar mencurah2. 

Tanggal 8.3.2012 Mami xkan lupakan tarikh ni sampai bila2. Petang Khamis tu, lepas balik dari kerja, Mami macam biasa amik Haziq kat umah babysitter. Spt biasa, Mami berusaha train Haziq untuk DF sementara menunggu waktu Maghrib. Macam dalam mimpi tibe2 je Haziq terus nyonyot cik B Mami sebaik saje Mami offer. Ya Allah.. Mami hepi sangat. Rasa terharu campur bahagia sebab usaha Mami selama ni x sia2 dan doa Mami agar Haziq pandai DF seperti semasa dia berumur 14 hari dahulu dah diperkenankan oleh Allah!!  Allahuakbar!!! Gembiranya Mami hari tu sampai rasa nak jerit kat 1 dunia biar sume org dapat share kegembiraan Mami. Tapi tak kan la Mami nak buat camtu kan? hihihihi...

Alhamdulillah..sampai ke saat ini, Haziq akan DF dgn Mami sepanjang Mami bersamanya. Cuma 1 je lagi. harapan dan doa Mami moga2 susu Mami akan terus melimpah ruah untuk Haziq kerana buat masa ni, Haziq masih lagi terpaksa campur dgn FM, especially bila di rumah BS memandangkan stok susu Mami sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Moga impian dan hasrat Mami nak susukan Haziq sampai usianya 2 tahun akan dipermudahkan oleh Allah..amin

Saaaaaayang anak Mami!!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, March 22, 2012

Haziq sayang

Mami belum penah lagi citer pasal bb Mami yang chumel tu kan?? Ok la..entri kali ni dedikasi khas untuk anakanda Mami, Muhammad Nidhal Haziq bin Mohamad Najib yang sgt cute..hehehhe..

Haziq Mami & Abi yg sgt cute!!!
Haziq lahir 1.1.2012. Kire cam new year prezen la kat Mami & Abi + anniversary prezen gak utk kami. Masa baru pas lahir Haziq sgt 'girlish'. Muka lebar, bulat, mulut kecik je,bibir merah, pipi cam pakai blusher, kulit putih gebu samapi sume org bile 1st time pandang je akan ckp Haziq baby girl. And yg paling best, ramai yg cakap Haziq banyak ikut muka Mami..lalalallaalla..rase bertuah & bangga sgt. hihhihihi...Abi jgn jeles ye...!!



Sian anak Mami...huhuhuhu..

Tapi ade citer sedih..Haziq lahir2 aje dh kena Hipo. So, Haziq dgn Mami terpaksa duduk wad asing2 lepas aje lahir memandangkan Haziq perlu rawatan yg rapi untuk menstabilkan paras glukos dalam darahnye. huhuhuu.. Lagi sedih, Mami langsung takde chance nak susukan Haziq.

Hari ke2 baru Mami dapat pegang & peluk bb. Itu pon kene pegi visit kat wad kanak2 time lunch hour. Ya Allah..hancur luluh hati Mami tgk wayar berselirat kat bdn Haziq. Matanye ditutup sbb kene letak kat bawah lampu, lengannye berbungkus pasang drip masuk air. Ya Allah..Mami sedih sgt time tu. Kalo boleh biar aje Mami yg ganti kat tempat Haziq. Sian sgt tgk bb sekecik tu dah dicucuk sane sini. Mami x dapat bayangkan camne raungnye Haziq bile kene cucuk camtu. Lagi sedih, Mami diberitau darah Haziq terpaksa diambil setiap 3 jam untuk pantau tahap gulanya..Ya Allah...kesiannya anakku..Sedih macam mana pon Mami terpaksa redho sbb itu saja cara untuk membantu Haziq. Alhamdulillah, Mami berjaya mengawal emosi Mami setiap kali melawat Haziq tanpa menumpahkan walau setitis pun air mata. Hari ke-5 Haziq dah discharge dari wad & boleh balik umah. Mami hepi sgt. Moga2 Haziq xkan masuk wad lagi..amin.

Diam aje kepala kena botak..hihihihi.budak baik ni.
Genap 7 hari Mami & Abi baru announce nama Haziq sepertimana yang disunatkan. Kepala Haziq dibotakkan, cuma rambut yang dicukur tu tak plak ditimbang untuk diconvert dgn nilai emas.hihihi..ini kesilapan Abi. Moga2 x diulang lagi kesilapan ni pada adik2 Haziq nanti..insya Allah.

Aksi Haziq yang mencuit jiwa..
Itu citer Haziq masa baru2 lahir. Sekarang Haziq dah makin membesar. Lagi 9 hari usianya 3 bulan. Haziq dah pandai mengagah, dah mula kenal orang, pandai main & yang paling best Haziq tak keliru puting lagi..Alhamdulillah.

Mami tak sabar nak tunggu appoinment awal bulan 4 ni sbb nak tgk berapa berat & tinggi Haziq. Moga Haziq terus membesar dengan sihat, bijak & jadi anak yang soleh kepada Mami & Abi..Insya Allah.

Haziq budak tinggi..
Nak bilang jari, tapi jari dalam sarung le plak..hihihihi...


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, February 29, 2012

Kronologi kelahiran putera sulungku (part 2)

Mami tersedar balik bile sakit contraction mula menyerang kembali. Agaknye ubat dh 'tawar' kot. Time tu Ateh tgh tunggu Mami kat seat tepi katil.

Pukul 8pg Doc dtg utk round checking.Alhamdulillah, bukaan dah 6cm. Mami dibenarkan turun ke labor room. Dalam keadaan yg payah, Mami dgn dibantu oleh Ateh terus pegi ke labor room. Ateh ikut sekali.

Progress bukaan Mami sgt perlahan. Mungkin sbb anak sulung kot. Tapi sakitnye, hanya Allah je yang tau. Doc pesan kat Mami, kalo rase sakit, sedut je gas smpai sakit rase kurang. Mami pon ape lagi, bertalu2 la mami dok sedut gas tu sampai kebas2 muka Mami.

Pukul 12 tghari bukaan dah full 10cm. Sakit yg datang bagaikan xde gap langsung. Daripada pukul 1 pg sampai ke saat itu, Mami terasa gesa nak bersalin non stop, tapi Doc x kasi Mami push plak even dah buak penuh. Alasannye, anak sulung & takut koyak teruk..Ya Allah!!! Mami rase macam nak tercabut je nyawa Mami time tu dok menahan sakit yang terlampau sgt sehingga x dapat nak describe ngan kata2.

Pukul 2.30ptg baru Mami dibenarkan utk push. Aduhai...berhempas pulas Mami push, tapi bb tetap xnak kuar. Sudahnye, Mami langsung dah xde tenaga nak push lagi setelah hampir 1 jam Mami berusaha utk deliver secara normal.

At last, Doc ckp terpaksa czer. Whatever la Doc..Bagi Mami, ape yg penting time tu Mami & Baby selamat.Lps everything settle, lbh krg jam 3.50ptg Mami terus ditolak ke operation theater. 1st time Mami masuk bilik bedah ni rase sgt ngeri. Dlm dok tahan sakit, hati Mami xputus2 berdoa mintak Allah selamatkan Mami & anak.

Mami dibius separuh badan. Daripada pinggang ke kaki langsung xde rasa apa2. Mami x sedar langsung bila baby dikeluarkan. Apa yg pasti Mami hanya rase perut Mami dah ringan. Mami  tertanya2, kenapa x dengar baby menangis? Bile Mami tanya Doc, rupe2nye Baby Mami dh diangkat ke bilik lain utk consult dgn pakar kanak2. X lama lepas tu, sayup2 Mami dgr suara Baby menangis & Mami pasti itu la Baby Mami yg ditunggu2.

Alhamdulillah...secara rasminya pada jam 4.02ptg 1.1.2012 Mami dgn rasminya bergelar ibu kepada seorang putera.

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, February 27, 2012

Birasku sayang (part 2)

Hari ni genaplah 2 bln birasku meninggalkan kami semua.Pergi yang xkan kembali lagi. Mengimbau kembali detik 27.12.2011 membuatkan Mami seolah2 sedang bermimpi.

Jam 4 pagi 27.12.2011, tidur nyenyak Mami dikejutkan dengan panggilan telefon dari Abah. Mami dapat mengagak seperti ada perkara buruk yang berlaku. Betul la..Abah bagitau arwah sedang nazak di hospital. Mami & Abi tanpa berlengah terus ke hospital. Sampai aje kat sane, Mami nampak tubuh kurus arwah terbaring di katil. Kaku & sejuk tubuhnya. Arwah dibantu oleh alat pernafasan. Mami xdpat menahan air mata melihat keadaan arwah. Bagi Mami arwah dah cukup sengsara & menderita. Mami menangis semahunya. Dalam fikiran Mami hanya terfikirkan nasib anak arwah yang masih kecik (1 tahun) sekiranya arwah pergibuat selama2nya. Alahai...kesiannye. Kecik2 lagi dah xde ibu. Xpuas nak bermanja dgn ibu..Ya Allah...Mami x dapat bayangkan.. Sedih sgt!!!
 
Jam 5 pagi menjelang subuh, nurse datang utk memantau tahap arwah. Tapi Mami tgk nurse macam kelam kabut sikit seolah2 ada sesuatu yg berlaku & ingin disorokkan daripada kami. Mami mengagak "sesuatu" sedang berlaku & memang betul nurse tersebut gagal untuk mendapatkan bacaan tekanan darah arwah. Saat itu, hati kecil Mami seolah2 berperang dengan kenyataan yang Mami akan kehilangan arwah buat selama2nya. Ya Allah.... Mami hanya mampu berdoa moga2 ada keajaiban yang akan berlaku. Tapi hakikatnya, walaupon Mami terlalu sayangkan arwah, tetapi DIA lebih menyayanginya.
 
Buat arwah birasku, akak doakan moga rohmu dicucuri rahmat & ditempatkan bersama2 ahli syurga..amin..



shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, February 21, 2012

Kronologi kelahiran putera sulungku (part 1)

Dah lebih sbln Mami 'terpakse' biarkan blog kesayangan Mami ni bersawang. Hari ni akhirnya dapat gak Mami curi sikit mase utk update citer..ehhhehe..

1st time Mami warded 12.12.2011..Mase tu bkn Mami sakit nak bersalin lagi, tapi mami warded sbb kick counting x cukup kiraan 10x..Doc pesan kat mami kalo drp 9 pg - 9 mlm kick counting x cukup 10x, cpt2 pegi hospital. So, mlm tu Mami pon pegi la hospital ngan Abi. Sampai spital, doc pasangkn CTG, buat scan bagai..Alhmdulillah sayang Mami masih lagi "ada"..esoknye mami dah discharged. tapi Doc bagi Mami mc 10 hari utk rest betul2 sbb Doc ckp Baby kurang gerak mgkin sbb Mami stress ngan keje..

Kali ke-2 Mami warded mase 20.12.2011. Puncanye Mam de rase sakit contraction dh makin kerap. x sdp ati takut ape2 terjadi, sekali lg Mami ajak Abi pegi spital.Sampai spital cam bese misi pasangkan CTG utk tgk brp frekuensi contraction yg Mami rasa.. Pastu check dilation. menurut doc yg merawat Mami tu, contraction dh kuat, tapi blm cukup kuat utk Mami push Baby kuar. Lagi pon bukaan baru lbh krg 2cm. Kene tunggu lagi at least 4cm utk Doc bntu pecahkn ketuban so that Mami bleh bersalin secara normal. Tapi esoknye Mami di'dscharged'kan sbb xde progress bukaan. Balik la Mami ke rumah...

Malam 29.12.2011, Mami dh mula rase contraction makin kuat.Ade cecair cam egg white kuar dari miss V. tapi Mami try bertahan. Abi dok asik ckp kalo nk g hospital jomla..tapi Mami takut pisang berbuah 2 kali..Pegi spital beriya2, kene warded 1 mlm, esoknye balik umah balik..hhuhuhu..buat malu je..So, mlm tu Mmai kuatkan hati utk bsabar smpai esok pagi.

Esok pagi, 30.12.2011, lepas sarapan, Mami ajak Abi pegi spital. Mami cakap kat Abi pegi je klinik ibu mengandung tu cam bese, tapi Abi berkeras terus hantar Mami pegi labor ward. Ape lagi, sah2 la Mami kene warded. Doc check bukaan..stil 2cm, tapi cervic dh sgt lembut. Maknenye Mami berkemungkinan akan bersalin pada bila2 masa je. Jadi, sementara dok tunggu bukaan semakin besar, Mami kene berehat kat prenatal ward dulu.

31.12.2011. Hari Sabtu. Sakit contraction on off lagi. Tapi dah agak kuat + dah ade bloody show. Jadinye Mami x dibenarkan balik. So, memandangkan hari ni hari cuti & Doc pon xde la mlawat kerap2 sgt, Mami bjalan2 je kat dlm wad. Kononnye nak bagi cepat bsalin..hehehe...Tapi smpai ke malamnye stil xde progress yg memungkinkan Mami bersalin hari ni. Tahun 2011 berlabuh camtu je..Angan2 Mami nk dpt anak tahun 2011 akhirnye x tercapai..ehehehehheh...

Pukul 1 pagi 1.1.2012 Mami tetibe rase nak buang air. Pas slesai, Mami bjalan le ke sinki nak basuh tangan. Tibe2....Mami rase cam ade air hangat meluncur kat betis Mami. Eh, air ketuban Mami dah pecah la..Mami kuar dari bilik cari nurse kat luar. Tapi sorang pon xde. Mami nampak sorang nurse kat lobi wad. Mami terus panggil nurse tu. "Nurse, saye rase ketuban dah pecah!" Cepat2 nurse tu suruh Mami baring kat katil suh Mami relax sementara die kuar jap panggil Doc. Mami call Abi suh dtg stanby sbb Mami akn bsalin bile2 mase je. Abi dtg ngn Opah. Tp cam bese la x dibenarkan masuk.

X lame lepas tu Doc dtg check dilation. Ala...baru 3cm..xleh pegi labor room lagi. Doc tu suh Mami berehat je kat katil. Time tu alat CTG dh dipasang kat perut Mami. Sakit contraction makin kuat. Nurse suh Mami berzikir "Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin" Ya Allah..camni rupenye sakit nak bersalin!! Mami betul2 x tahan. Rase cam nak jerit kuat2 je. Mami try bersabar sambil berzikir, tapi bila gesa tu dtg, Mami rase Mami dh xleh nak zikir, Mami rase nak push je. Mami mintak nurse panggilkan Abi kat lobi wad. Abi dtg..tlg gosok2kan pinggang Mami. Mami rase tenang sikit. Tapi bile contraction tu dtg lagi, Mami kembali x senang duduk. Mami panggil nurse,bagitau Mami sakit sangat. Nurse sekali lagi check dilation. Still..xde progress. Mami mintak nurse tu ubat tahan sakit. Nurse tu ckp nanti nak refer Doc dulu.

Tunggu punye tunggu, hampir subuh baru Doc dtg. Check dilation lagi.Tp still same..Doc kasi Mami jab utk tahan sakit. Akhirnye Mami tertidur dlm kesakitan.

shawqunnur.blogspot.com ®