Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Monday, February 3, 2014

2 tahun penyusuan - kini terlaksana

Alhamdulillah..betapa besar rahmatMu ya Allah kerana memperkenankan doa hambaMU ni (dan mungkin juga berkat doa daripada suami, mak abah, keluarga & rakan2) untuk menyusukan anakku, Haziq sehingga sekurang2nya genap usianya 2 tahun. Biarpun banyak halangan dan dugaan sepanjang 2 tahun ini yang semuanya Mami pernah ceritakan di sini dan di sini, tetapi Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Adil, tak pernah memungkiri janjiNya untuk 'memberi' apa jua yang dihajati oleh hambaNya dengan syarat semuanya dipohon kepadaNYA. Syukur ya Robb..akhirnya perjalanan penyusuan selama 2 tahun telah sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah..

Sesungguhnya, penyusuan susu ibu ini bukanlah semata2 adat dan budaya, malah ianya adalah suruhan agama. Sejarah telah mencatatkan Nabi Muhammad SAW juga membesar dengan susu ibu. Biarpun tidak disusui oleh ibu kandungnya, Baginda tetap memperoleh khasiat susu ibu daripada Saiyidatina Halimatussa'diyah RA. Sebab itulah bagi Mami (dan mungkin juga ibu2 diluar sana) amat berbangga diberikan keistimewaan oleh Allah menyusukan anak Mami sendiri biarpun di pasaran berlambak-lambak tersedia pelbagai susu formula yang hebat. Tetapi ketahuilah, susu ibu adalah anugerah terhebat dan teragung yang Allah sediakan untuk setiap bayi di dunia ini.

Tuntutan supaya ibu2 berusaha memberikan susu ibu kepada anak2 jugak secara jelas termaktub di dalam firmanNya seperti di bawah.
Surah Al-Baqarah, Ayat 233

 
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Maka, mana mungkin ibu2 beralasan lagi untuk tidak berusaha menyusukan anak2?? Ingatlah..sesungguhnya susu ibu adalah hak untuk setiap anak. Usahakanlah sebaik2nya agar anak mendapat khasiat susu ibu. Alasan cliche "saya takde susu" sepatutnya dah tak ada lagi sebab dunia moden maklumat di hujung jari ini menjanjikan ilmu2 tentang penyusuan yang ibu sendiri2 (yang celik IT ni) boleh 'gali dan cari' di mana saja tanpa mengira masa. Yang penting BERKEHENDAK.

Mami bukanlah bertaraf pakar laktasi, jauh sekali berjaya fully BF Haziq. Tapi biarpun sekadar complimentary BF, Mami tetap nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu ibu2 lain yang berhajat menjayakan dunia penyusuan susu ibu. :-

1. Gali sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan semasa mengandung/sebelum mengandung.
2. Niatkan dalam hati untuk menyusukan anak sedari awal kehamilan.
3. Bersedia dengan alat sokongan penyusuan (pam, bekas simpanan susu perahan etc).
4. Amalkan konsep asas penyusuan "Supply vs Demand", tidak ada ibu yang baru melahirkan terus melimpah ruah susunya melainkan kuantiti susunya dihasilkan seiring dengan permintaan daripada babynya.
5. Tentukan target secara berperingkat, contohnya newborn-3bulan, 3bulan-6bulan dan seterusnya agar tidak berasa 'terlalu lama' untuk berjaya.
6.  Tidak mudah berputus asa dan elakkan stress.
7. Jangan bandingkan hasil 'tuaian'/produksi kita dengan orang lain.
8. Sentiasa positif dan gembira.
9.  Berdoa dan bertawakal.
 
Notakaki:
Fully BF- menyusu susu ibu sepenuhnya tanpa dicampur dengan susu formula/susu segar di samping diberikan sumber makanan lain seperti nasi, roti etc.

Exclusive BF - Hanya disusukan dengan susu ibu sahaja, tanpa diberikan makanan tambahan lain hatta air masak.

Complimentary BF- menyusu susu ibu di samping dicampur dengan susu formula/susu segar dan makanan2 tambahan yang lain.
shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, June 19, 2013

Kisah 1 tahun 6 bulan penyusuan.

Menyorot kembali kenangan semasa mengandungkan Haziq dan di awal2 kelahirannya, terus terang Mami katakan Mami kurang ilmu tentang penyusuan. Dengan faktor ini jugaklah Mami hanya sekadar menjayakan complimentary breastfeeding (susu ibu campur formula). Mami terlalu mengambil mudah tentang penyusuan susu ibu ini kerana melihat pengalaman kakak ipar, adik mami sendiri & rakan sepejabat yang berjaya menyusukan anak mereka tanpa gajet penyusuan yang lengkap. Walhal kondisi setiap individu itu amatlah berbeza dan untuk Mami, gajet penyusuan seperti breast pump yang sesuai amat2lah diperlukan sejak awal2 lagi. 

Mami selalu menganggap Mami akan bersalin secara normal, anak akan sentiasa bersama Mami selepas dilahirkan, Mami akan terus pandai menyusukan anak sebaik sahaja melahirkan & Mami boleh buat stok susu semasa berpantang hanya dengan memerah susu menggunakan tangan. Malangnya semua yang Mami fikirkan ini langsung tak berlaku. Itulah kesilapan pertama yang merupakan kesilapan paling besar yang Mami telah buat yang akhirnya menjurus kepada kegagalan Mami memperjuangkan penyusuan susu ibu secara eksklusif (100% susu ibu tanpa campuran susu formula atau hatta air masak).  

Mami bersalin secara pembedahan, anak Mami mengalami komplikasi Hypoglycemia (kekurangan gula dalam darah yang boleh menyebabkan kemerosotan fungsi (neuroglycopenia) yang boleh membawa kepada kesan yang lebih serius seperti sawan, tidak sedarkan diri, dan mungkin juga kerosakan otak atau kematian..wanauzubillah). Mami tak boleh rooming in dengan anak selepas melahirkan sebab anak perlukan rawatan segera di wad kanak2. Mami berhadapan dengan masalah inverted nipple yang menyebabkan Haziq susah nak melekap (latch) & memandangkan Haziq tak pandai melekap, Mami terpaksa memerah susu & bagi kepada Haziq melalui botol yang akhirnya menjurus kepada masalah nipple confuse yang secara tak langsung menyumbang kepada kegagalan Mami untuk mengumpul stok kerana hasil perahan menggunakan tangan (Mami tak mahir sebenarnya memerah menggunakan tangan) tidaklah sebanyak mana malah hanya cukup2 untuk Haziq minum sahaja.

Selain daripada itu juga, Mami langsung tak faham tentang konsep penyusuan supply vs demand. Pada pandangan Mami, selagimana anak nak menyusu, selagi itu la susu akan ada. Mami mempunyai tanggapan yang salah tentang penghasilan susu di mana selepas bersalin susu akan terus melimpah-ruah, bila diperah akan keluar memancut2 seperti air hujan (hasil daripada pemerhatian Mami terhadap adik Mami yang mempunyai rezeki susu yang banyak). Kena makan banyak2 untuk menghasilkan susu yang banyak dan banyak lagi la 'ajaran sesat' yang Mami telah percaya selama itu. Nasib baik Mami terjumpa page ni di facebook. Biarpun agak terlambat (lepas habis pantang), dapat juga la Mami cedok serba sikit ilmu tentang penyusuan ni. Alhamdulillah, Mami semakin improve. Namun, semua itu takkan dapat mengundurkan balik masa untuk Mami mengulangi semula bagi memperbaiki kesilapan lalu.

Namun begitu, Mami tetap berbangga dengan pencapaian Mami & Haziq. Siapa sangka sehingga kini Haziq masih lagi dapat Mami susukan biarpun pada usianya sekarang 1 tahun 6 bulan (tahun hijrah). Alhamdulillah..Mami bersyukur kerana Allah masih murahkan rezeki susu Mami untuk Haziq, biarpun sekadar complimentary, yang penting susu Mami tetap mengalir di dalam tubuh Haziq setiap hari. Mami berharap & berdoa agar perjalanan penyusuan ini akan terus bekekalan hingga ke garisan penamat (2 tahun). Mudah2an..insya Allah..


Si Bujang bertuah yang amat bijak..gaya seorang 'abang' yang sedang buat 'homework'

p/s: Azam Mami utk 2nd pregnancy ialah mengumpul duit membeli breast pump Madela freestyle idaman & mempersiapkan diri dengan mencarigali sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Moga dipermudahkan..

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, February 21, 2013

Breastfeeding Solution: Goat's Rue

Instinct Mami kuat mengatakan faktor kekurangan susu Mami ada kaitannya dengan sejarah PCOS sebelum ni. Ditambah lagi setelah membaca beberapa artikel berkenaan di beberapa website tentang PCOS & breastfeeding, meyakinkan Mami bahawa masalah low milk supply Mami bukan masalah yang biasa-biasa.(hehhe..cam doctor plak kan..ade talent jadi doctor x? hehehh..) Jadi, Mami perlu all out my effort untuk meningkatkan production susu Mami agar cukup untuk Haziq, sekurang-kurangnya bila di rumah dah tak perlu top up fresh milk lagi...pity on him.uhuhuhuhu...(Sabar ye nak..Mami takkan putus asa & takkan deny hak Haziq utk dapat khasiat susu Mami selagi Mami mampu untuk berusaha..insya Allah)

Cari punya cari, akhirnya Mami jumpa tentang GOAT"S RUE. Apakah bendanya? Ohh..ianya adalah sejenis herba rupa-rupanya. Kalau kat oversea, herba ni jadi pilihan nombor 1 pakar-pakar laktasi kat sana untuk rekomen kepada ibu-ibu yang ada masalah susu badan especially yang berhadapan dengan PCOS problem.
Goat's rue is one of the most potent herbs known to increase breast milk, stimulating the development of mammary tissue. Helps adoptive mothers to successfully breastfeed, as well as women with Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), or women who have had breast reduction surgery. Also may be used to increase breast size in non-lactating women.

Kat forum http://susuibu.my/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=4284 ni ada mention tentang herba ni.


Inilah bendanya..dambaan Mami gitu..tak sabar nak try..hihihihi..
60 capsules per bottle (RM133.10)
Ingredients : Goat's rue, non-GMO soy lecithin, coconut oil, vegetable cellulose
Suggested Use: Take 1 capsule 4 times per day. Women over 175 lbs take 2 capsules 3 times per day. May be taken with 1-2 oz. of liquid. Avoid additional liquids 20 minutes before and after each dose.
 Kat Malaysia setakat yang Mami tau, tak banyak tempat yang jual herba ni. Tapi kalo nak cari, boleh jenguk-jenguk kat website ni----->http://www.babychuckle.com/item.html?id=289 atau http://momslittleones.com/store/motherlove-goats-capsules-capsules-p-142.html

Product ni tak mempunyai unsur-unsur susu @ tenusu, telur, ikan, kerang-kerangan, kekacang atau gluten. Jadi selamat untuk orang-orang yang alah dengan benda-benda ni semua. Tapi sekiranya ibu itu mengandung, mesti dapatkan nasihat pakar laktasi dulu sebelum ambil produk ni atas alasan faktor-faktor keselamatan.

Seriously, Mami memang nak sangat try Goat's Rue ni. Tapi Mami kena make sure Mami repeat UPT dulu. (erk...now Mami macam ada terasa simptom-simptom awal preggy, tapi dah cek UPT Sabtu lepas & resultnye -ve. Mami tak berharap sangat Mami preggy, cuma takut jadi cam Haziq dulu. Kali pertama buat UPT -ve, selang beberapa hari buat UPT, akhirnya +ve..so, baik Mami confirm betul-betul kan???)

Peringatan untuk Mami ---> Professional Note: This product comes highly recommended by Lactation Experts worldwide who have used this with their clients and achieved excellent results through proper lactation education, advice, guidance, support and also much effort on the mother's part. However, please note that Breastfeeding is "demand driven" NOT "product driven". This product can compliment or further boost your effort but it is not a "quick fix" to your breastfeeding problem. If you have a special concern regarding breastfeeding, please seek professional help from either a Lactation Consultant or Lactation Counselor.

p/s: Kalau berada di sekitar Lembah Klang, produk ni boleh dibeli di BabyChuckle Malaysia (operated by Hock Hong Enterprise) pickup point kat Ground Floor, USJ 19 City Mall, Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 19, 47620 Subang Jaya, Selangor. Sebelum tu kena order dulu thru fon, 019-2720203 @ email: cs.my@babychuckle.com then lepas tu baru boleh pick up kat alamat mentioned before pada waktu-waktu yang ditetapkan sahaja. (Isn-Jum: 9pg-9mlm, Sabtu: 9pg-5ptg)
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, February 19, 2013

Considering SNS (Supplemental Nursing System)

Memandangkan Mami berhadapan dengan problem low milk supply dan ditambah lagi pulak Haziq tak suka menyusu di 1 lagi cik B sehingga menjadikan cik B yang 1 lagi tu hampir kering susunya, maka Mami terfikir untuk menggunakan kaedah SNS ini utk 'memujuk' Haziq menyusu di cik B yang 1 tu.

Tengok la..Pam 1 jam++ dpat 1oz. Walaupun sikit tapi Mami bersyukur.. Rezeki Allah yang tentukan. Tapi Mami mesti berusaha untuk upkan lagi production. 4kali pam untuk sekali feeding..Ya Allah...kesian anak Mami.


Price: RM250..erk mahal gak ye...haish... Dekat Sarakids RM189. tapi out of stock la pulak..adoi.. Kalau beli yang 2nd hand boleh dapat dalam harga RM150..ermmm..Mami MESTI grab 1 walaupun terpaksa  pejam2 mata gak la nak beli bende alah ni. Ini utk kebaikan Mami & semestinya utk Haziq jugak. Moga Allah permudahkan..amin


shawqunnur.blogspot.com ®

PCOS & Penyusuan

Sebelum berjaya mengandung, Mami pernah didiagnoskan mempunyai masalah hormon (PCOS) di mana salah satu petandanya ialah period yang tidak menentu (irregular period). Alhamdulillah setelah mencuba berbagai-bagai rawatan alternatif & berkat doa semua yang mendoakan, Mami berjaya mengandung pada tahun ke2 perkahwinan. Sepanjang kehamilan tiada masalah kesihatan yang serius selain daripada mengalami GDM (kencing manis).

Namun, selepas bersalin Mami mengalami masalah susu kurang @ low milk supply. Sehingga kini usia Haziq sudah pun hampir 14bulan, masalah susu kurang ini bagai tiada penghujungnya malah kini sudah semakin teruk. Puas Mami mencuba berbagai-bagai milk booster, mengepam susu bagai nak rak, berpower pumping etc tapi production masih tiada peningkatan.

Semasa umur Haziq 10bulan, Mami baru period. 2 bulan pertama period datang on time, tetapi sejak kali ke2 datang period, sehingga kini dah overdue hampir 3 minggu masih lagi tak period. Jadi, Mami syak penyakit PCOS lama berkemungkinan datang balik. Mungkin inilah juga faktor penyebabnya kenapa susu jadi makin berkurang.

Mami terus godek2 pakcik google & betullah jangkaaan Mami. PCOS & low milk supply memang ada kaitannya. Tak percaya??? sila scroll down..

Little research has been done on PCOS in relation to breastfeeding. A possible connection between PCOS and a low milk supply was initially presented in a case study in 2000 of 3 mothers with PCOS who also had low milk supply.2 It is thought that PCOS may possibly interfere with the hormones required for the breast to develop milk-producing tissue.3
In 2008, a study4 of 36 mothers with PCOS and 99 mothers without PCOS concluded that mothers with PCOS appear to have a reduced breastfeeding rate in the early postnatal period as compared to mothers without PCOS. By 3 months however, breastfeeding rates were equal between mothers with and without PCOS. The researchers in this study also found a possible negative link between ‘pre-androgen’ hormone levels in PCOS mothers and breastfeeding rates. This may provide a possible reason why some mothers with PCOS have problems with low milk supply.
However, it is important to know that many mothers with PCOS have no problem with milk supply and breastfeed successfully, and some mothers with PCOS even make too much milk.2 More studies are needed before any connection between PCOS and breastfeeding can be confidently stated.

Many moms with PCOS have no problems with breastfeeding, but recent research is showing that mothers with PCOS are at greater risk for insufficient milk supply. On the other hand, about one-third of women with PCOS report problems with oversupply (perhaps this is connected with the hyperprolactinemia – elevated prolactin levels – that occurs in about 20% of moms with PCOS).
sumber: http://kellymom.com/bf/concerns/mother/pcos/

Why is PCOS thought to have an effect on milk production?

According to Lisa Marasco 1, the IBCLC whose breakthrough research revealed the connection between PCOS and low milk supply, there are several different ways that PCOS could potentially interfere with breastfeeding.
  1. Due to the hormonal imbalances which occur, there is the potential for poor breast tissue development during puberty and pregnancy. Fewer menstrual cycles in early puberty can translate into less estrogen to develop mammary tissue.
  2. Prolactin and oxytocin are two of the main hormones involved in the onset of lactation. Women with PCOS have higher levels of androgen hormones that can interfere with prolactin reaching its receptors.
  3. In addition, if too few prolactin receptors were formed during pregnancy, milk production will be limited.
  4. Estrogen is known to inhibit lactation, particularly in the early days after delivery. Women with PCOS typically have an imbalance called “estrogen dominance.” If estrogen levels are not down-regulated after birth, circulating estrogen may interfere with lactation. This is why the contraceptive pill is not recommended for breastfeeding mothers.
  5. Insulin resistance may affect breast growth and milk synthesis. Insulin is known to be an important factor in lactation in conjunction with prolactin and cortisol.
sumber: http://www.mobimotherhood.org/MM/article-pcos.aspx

Lisa Marasco, MA, IBCLC, is a lactation consultant in Santa Maria, California. She has studied the impact of PCOS on breastfeeding and first suspected the connection after seeing two patients within a week show up with low milk supply and similar symptoms. “I looked at their history and found out they both had infertility issues and a diagnosis of PCOS,” she says.
Building on her interest in low milk supply, Marasco decided to investigate the PCOS connection more thoroughly, making it the subject of her Master’s thesis. She studied a group of women with diagnosed lactation failure, and she found that PCOS was indeed a risk factor. Half of the women with lactation failure suffered from obesity, and 67 percent suffered from infertility—both of which are side effects of PCOS. Some women in her study group had never been diagnosed with PCOS but displayed symptoms and turned out to actually have the disorder.
“As it unfolded, I began to realize it was a great big huge spider web,” Marasco says.

Why?

With all the overlapping hormones involved in lactation, it makes sense that PCOS—which affects the balance of numerous hormones in a woman’s body—would impact breastfeeding. Marasco emphasizes, however, that PCOS affects all women differently. In a casual survey she conducted in an Internet PCOS support group, a quarter to a third of the respondents had supply troubles, and only a third of those had severe problems. “A whole lot of them do fine,” she says. In fact, in her Internet survey, Marasco found that a percentage of the respondents actually suffered from oversupply.
However, in those that do have low milk supply, the problem may be physical. Generally, the later the onset of PCOS, the better odds a woman has of being able to establish a milk supply. Women with early onset PCOS may have underdeveloped breast glands. In others, Marasco explains, the breasts may develop normally in puberty but fail to go through the required changes in pregnancy that make milk production possible. The breasts may also develop normally, but the milk simply never comes in
sumber: http://www.breastfeed.com/breastfeeding-problems/illness/breastfeeding-pcos


"....the fact that even successful pregnancy and delivery does not guarantee successful lactation in women with PCOS.1 Insulin, progesterone, and estrogen all are essential to breast development appropriate for lactation and all are imbalanced in women with PCOS. The heterogenous nature of PCOS, with different presentations and underlying pathologies in each woman, make it difficult to predict the lactation outcome. Some PCOS women easily breastfeed; some experience an oversupply of milk; some experience an undersupply.1 Insulin, progesterone, and estrogen all are essential to breast development appropriate for lactation and all are imbalanced in women with PCOS. The heterogenous nature of PCOS, with different presentations and underlying pathologies in each woman, make it difficult to predict the lactation outcome. Some PCOS women easily breastfeed; some experience an oversupply of milk; some experience an undersupply."

Bagaimana untuk meneruskan penyusuan & mengembalikan susu yang hampir kering disamping berhadapan dengan masalah PCOS? Melalui pembacaan Mami ada beberapa cadangan yang boleh dilakukan, iaitu:-
  1. Menggunakan SNS (Supplemental Nursing System).
  2. Mengambil ubat 'metformin'
  3. Mengamalkan Low-carb diet (diet makanan berkanji & manis)
  4. Amalan pengambilan herba penggalak susu seperti Alfafa, Fenugreek (halba), goat’s rue, Shatavari etc
  5. Mengambil ubat Domperidone (Motilium)
Alhamdulillah Mami dah jumpa jalan penyelesaian. Insya Allah Mami akan terus berusaha untuk kembali memperbanyakkan susu Mami untuk Haziq. Moga-moga Allah permudahkan..amin ya Rabb!!

Friday, January 4, 2013

Mami got 'Degree' in breastfeeding!!!

Alhamdulillah..Syukur ya Rabb!! Today I have completed 12 months in bf journey my lovely Haziq. Another 12 months to go to complete the 2 years breasfeeding as recommended in alQuran.

I don't think I can go so far as I'm having a lot of problem in this bf journey. I still remember, I was unable to bf Haziq on the 1st and 2nd day because we were placed separately. I was in the postnatal ward while Haziq in the PICU Paed ward, admitted for the hypoglisemia problem. I can only see & hold him during the visit time in the afternoon and evening. At that time, I tried to bf Haziq severally, but Haziq refused. May be he was full. So, from that time I have to redha and accept the fact that my dream to exclusively bf him for the 1st 6 months has been shattered completely. 

On the 3rd until 5th day after been discharged from the postnatal ward, I stay with Haziq at his ward. My bf journey started at this point actually. During that time, Haziq needs to be fed every 3 hours and the amount of milk was 30ml to 60ml per session as the doctor wants his blood sugar level gradually reach the normal border. Once again I have to set aside my dream to fully bf him as my milk supply was still lower than his demand plus Haziq still did not know how to latch due to my flat nipple. What I did was from time to time I tried to express my milk (at that time called colostrum) using the syringe and Alhamdulillah, I manage to at least gave him a taste of my golden breastmilk.

Haziq still unable to latch perfectly until he reached 2mo. Therefore, during that time, I tried my best to express my breastmilk every 3 hours, but the collected EBM still not enough to cover his demand . Haziq drank 2-3 oz per session, 10-12 time daily, but my EBM collection per session was only 1-1.5oz..ooohhh my God!!!. Can you imagine how should I stick with my principle to fully bf him without topping up with the FM??? I'm not that cruel to my son. So, the best solution is to continue giving him the EBM and when there was lack of supply, I supplemented him with the FM. That's the best way I thought rather than simply denying his right to be breastfed..Isn't it?? 

Alhamdulillah when I backed to work, he suddenly able to latch perfectly and until now, Haziq will get my precious breastmilk directly at home and during my working hour, I  gave him the EBM which I collected in the office.

Haziq, eventhough Mami's milk production is not as rich as others, but Mami will feed you with my golden precious breastmilk as long as I am able to. May Allah let this ease and may He makbul my du'a to extend the bf journey with my lil Haziq until he reaches 2. Amin ya Rabbal 'Alamin



shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, June 13, 2012

Ohhhh...apa dah jadi???

Hari ni for the 2nd time Makteh will look after Haziq while Mami & Abi working. So, Mami gets up early in the morning & prepare everything untuk dibawa ke Shah Alam, The 1st thing is Haziq's stuff, then Mami & Abi's bag, then Mami's pum bag, cooler bag bagai..Sumenye perlu disediakan pagi ni coz semalam Haziq langsung taknak berenggang dgn Mami..Dah tu camne Mami nak wat keje?? 

Luckily Haziq ada tido sekejap petang tu, sempat la Mami prepare for dinner. Kalo tak, Mami terpaksa la makan ape je yang ada. Nak harap Abi tapaukan or jaga Haziq while Mami bz in the kitchen, memang tak dapek la sebab lepas aje solat Maghrib Abi dah keluar..

Dok ingatkan Haziq nak la lena lama2 sikit, so sempat le Mami nak settle down all those thing. Rupa2nya belum lagi Mami sempat nak solat maghrib, Haziq dah bangun..huhuhuhu...Bila dah bangun, start la nak 'melekap' aje sampai Mami nak solat pon kena curi2 waktu..Haziq..Haziq...

Pagi ni Mami tersedar sebelum subuh lagi. Tapi macam biasa la, 'gayut' time dulu. Selalunya Haziq tidur balik lepas dah menyusu, tapi pagi ni cerah lak matanya. So, Mami mintak tolong Abi take over layan Haziq while Mami packing barang. Tapi...packing punya packing, sekali Mami terlupa la nak bawak botol susu & corong pam!! Itu pon Mami realize masa nak start 1st session pam pagi tadi. Adui....camne nak pam setiap 3hrs kalo camni??huhuhuhuhu...

B Mami dah mula merengat2 sebab dah sampai waktu sepatutnya Mami pam. Alamak!!! Camne nak buat ni?? Thanks God rupa2nya dalam cooler bag Mami ada 1 botol extra. Apa lagi..Mami bergegas la ke surau. Dah xde pam, marmet aje la..Alhamdulillah dalam tak sampai 5min dah penuh 1 botol. Rezeki Haziq..Untuk next session, terpaksa la Mami simpan susu dalam plastik pulak..Moga2 rezeki Haziq untuk hari ni akan terus melimpah ruah..Amin..

Moral of the story, no matter how do prepare earlier!!! MESTI INGAT SELALU!!

p/s: Maybe next time Abi kena jadi alarm untuk ingat2kan Mami..Lagi best kalo Abi boleh turun padang join Mami prepare sama2, Mudah2an Mami tak lupa lagi..hihihihi..

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, June 6, 2012

Bila Mami hepi..lallalallalallala..

Alhamdulillah..kupanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T di atas rahmat & kasih sayangNYA yang telah kembali memeriahkan susuku. Hasil perahan pagi ni Mami dapat 3oz. Tersenyum lebar Mami bila menyaksikan perubahan ni. Maklumlah..dah 2 minggu susu Mami ala2 segan gitu nak keluar. Nak dapat 2oz setiap kali perah pon sangatlah susah sampai Haziq terpaksa di topup gak dgn fm walaupun ada dgn Mami di rumah. 

Biarpun hasil yang Mami dapat pagi ni tidaklah terlalu banyak, tapi Mami rasa hepi sangat sebab Mami tau susu Mami sekarang ni Insya Allah dalam proses untuk kembali meriah. Mami rasa puas sebab usaha Mami untuk memperbanyakkan susu di samping doa yang tak putus2 ada natijahnya. Insya Allah lepas ni Mami akan terus berusaha menambahkan lagi kuantiti & kualiti susu Mami demi Haziq yang sangat Mami sayang. Moga2 impian Mami nak susukan Haziq hingga 2 tahun akan tercapai..Insya Allah.




shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, June 1, 2012

Disebalik susu..

Hari ni Haziq dah 5 bulan. Tapi masih lagi terpaksa campur dgn fm. Mami rasa impian Mami nak bagi susu Mami je without campur fm dah makin tipis. Sekarang pulak susu perahan Mami dah makin berkurangan. Kalau sebelum ni, Mami boleh bawak balik 7-8oz setiap hari, tapi minggu ni tak lebih dari 6oz je. Selalu perah sesi pagi dapat 3-4oz, tapi sekarang dapat 2oz je..aduh...sedih sangat. 

Mami tau, Mami memang dari kategori yang tak banyak susu macam ibu2 lain. Mungkin untuk ibu2 yang lain satu sesi je dah boleh dapat 10oz. Tapi, bagi Mami, 7-8oz untuk 3x sesi memerah tu sangat bernilai buat Mami sebab sekurang2nya dengan 7-8oz tu, Mami boleh bekalkan untuk Haziq 3 botol EBM & selebihnya Mami terpaksa merelakan Haziq minum fm sebab Haziq perlukan sekurang2nya 24oz setiap hari sepanjang di rumah baby sitternya.

Hari2 Mami pikir apa lagi yang Mami perlu buat untuk banyakkan susu Mami. Mami faham sangat dengan konsep supply vs demand tu. Sebab tu la kat opis Mami sanggup memerah setiap 3 jam setiap hari. Cuma kat rumah je Mami jarang mengepam sebab Haziq selalu bergayut je kat Mami. Mami dah try macam2 milk booster, daripada yang mahal, sampai la yang murah2. Setiap kali lepas Mami solat, Mami takkan lupa untuk berdoa moga Allah banyakkan susu Mami. Apa lagi yang Mami perlu buat??? Mami dah buntu. Ya Allah...!!

Haziq sayang, maafkan Mami kerana tak dapat nak susukan Haziq dengan susu Mami sepenuhnya. Apa yang Mami nak Haziq tau, Mami akan terus berusaha untuk susukan Haziq selama mana yang boleh. Haziq penguat semangat Mami. Mami nak semua yang terbaik untuk anak Mami. Moga anak Mami terus membesar jadi anak yang soleh untuk Mami & Abi.

Ya Allah..
Bantulah hambaMu ini
Banyakkanlah susuku untuk anakku
Kasihanilah aku yang tidak berdaya ini
Tunaikanlah impianku
Kerana sesungguhnya aku ingin yang terbaik untuk anakku
amin ya Rabbal alamin 

Nyawa Mami..
Mami sayang Haziq!!

.
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, May 28, 2012

sayang sayang sayang

Ilham 11mo, Balqis 4mo & Haziq 1mo..

shawqunnur.blogspot.com ®

Aktiviti Cuti Sekolah


Bulan Mei ni Mami kurang sangat menjenguk blog a.k.a open diary Mami ni. Bukan apa, kat rumah & opis ada tenet problem. Nak update story guna fon, henpon Mami 'canggih' la sgt.. hihihi..org lain dah x pakai dah henpon cam Mami ni...dah season! Tapi season pon season la..Asal boleh Mami buat call out, org boleh call in, sms sudah la....itu pon dah cukup memudahkan Mami..Alhamdulillah..Eh...melalut suda...hihihii...

So, hari ni, Mami tumpang tenet opis jap sementara keje tak banyak sgt ni, Mami amik peluang utk update blog Mami ni jap memandangkan blog ni dah lama sgt bersawang..Hihihihi....

Ok back to the topic. Dah sampai hujung bln 5 ni cikgu cikgi & budak2 sekolah berseronok sakan la. Cuti sekolah la katakan. Tapi Mami yang bukan cikgu ni pon syok jugak. Sbb cuti sekolah sgt sinonim dgn kenduri kawen..Yessss!!!.. hujung minggu Mami bleh gi makan kenduri..hihihihhi... & yang paling best, Mami boleh tutup dapur jap..hahhaha...

Tahun ni, kebetulan ada pulak kazen Abi kawen & bertunang, jadinya Insya Allah, kalo takde halangan Mami akan turut sama meraikan majlis mereka. 2/6/12, kenduri kat kampung, 9/6/12 Insya Allah ke Negeri Sembilan, esoknya 10/6/12 ke Pahang pulak..  

Mengimbau balik zaman2 Mami sekolah dulu, especially masa sekolah rendah, cuti2 sekolah ni memang sgt ditunggu2 oleh Mami. Bukan ape, tak payah bangun pagi2 nak mandi air sungai yang super sejuk tu.
Family Mami bukan la senang sangat. Kalo orang lain time cuti sekolah parent bawak gi jalan2 makan angin, Mami & adik2 memang takkan kemana2. Tapi walaupun kami hanya duduk kat rumah aje, aktiviti kami padat. Pagi2 kalo tak pegi library, Mami & adik2 berkubang kat sungai bila agak2 matahari dah naik sikit. Kami tangkap ikan, udang.. Tengahari tapau nasik dari rumah berkelah kat sungai sambil main 'makmak', petang sikit bila dah redup main basikal pusing2 kampung. Kadang2 kami ikut mak abah gi kebun kutip getah sekerap. Kemudian, dekat nak maghrib kami ramai2 berkubang kat sungai lagi. Malam lepas mengaji lepak ngan mak abah, makan2, bercerita itu ini, lepas tu masing2 pegang buku cerita, layan sampai lena. Tak pon, kalo ade bekalan homework yang cikgu suruh buat masa cuti sekolah, time2 malam camni la yang Mami  buat. Ni la rutin kami 24jam sepanjang cuti sekolah. Kat rumah kami takde TV. Rumah pun agak jauh ke dalam. So, kebanyakan masa Mami bersama2 dgn adik2 je. 

Dari dulu sampai sekarang, asal cuti sekolah je, ade orang kawen. Jadi opah (mak Mami) taknak lepaskan peluang tambah income sambil pegi kenduri. Ape kami buat?? Jual aiskrim, kerepek & kacang pedas!. Mak bagi komisyen 20sen untuk setiap seringgit yang kami jual. Upah yang Mami dapat memang kalo nak ikutkan tak seberapa. Tapi seronok sebab hasil jualan habis. Duit yang Mami dapat, Mami simpan dalam tabung buluh.


shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, May 8, 2012

Haziq @ 4mo

Sekejap aje baby Haziq dah 4 bulan. Begitu cepat masa berlalu kan? Progres Haziq up to this age:-
1. Makin ramah bersembang dalam 'bahasa'nya yang langsung Mami & Abi x paham..heheheh..
2. Leher dah makin tegap bila menerap.
3. Hand grip dah makin mantap. Kalo menyusu, suka sgt tarik baju Mami macam orang nak gaduh..tapi comel sgt..!
4. Suka "makan" tangan & jari sendiri. Celik aje mata, confirm jari dalam mulut. Kalo Mami dukung, bahu Mami jadi mangsa, kalau dimandikan, lengan Mami yang ampu badan Haziq pulak jadi tempat Haziq nyonyot..aduyai Haziq...
5. Dah mula pandai minat tengok makanan.Kalo Mami makan depan Haziq, ralit je haziq perati..sian la plak..
6. Tersengih2 bila tengok imej sendiri dalam cermin... mesti Haziq ingat ada baby lain yang dok senyum2 kat dia dalam cermin tu kan?? hehehhe..comel!!
7. Suka main2 masa menyusu (BF). nyonyot sekejap, lepas,tengok muka Mami senyum2..sambung nyonyot lagi..
8. Pandai mengagah orang lain. Hari tu, kemain lagi Haziq bergelak ketawa dgn member Abi sampai Abi nak bersembang pon x boleh..hahahhha..Haziq..Haziq...


shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 4, 2012

Merajuk??

Penah dengar tak susu merajuk?? Hihihihi...bunyi macam lawak je kan? Tapi tu la yang Mami sedang hadapi sekarang ni. Mami xtau nak istilahkan dgn perkataan apa, tapi apa yang pasti, susu Mami ala2 segan gitu nak kuar bila dipam walhal B rase sakit & berketul2..huhuhuhu...

Kesahnya, mungkin sebab Mami hanya pam sekali je masa 5 hari cuti yg lepas. Susu keluar bergantung pada Haziq je. Haziq plak ala2 dah besar sekarang ni suka sgt nyusu sambil main2..Sudahnya setiap kali nyusu x pernah le kot sampai B kosong..huhuhuh...akhirnya masuk kerja Rabu lepas, Mami mengalami problem flow susu yang x lancar bila pam hinggakan hasil yang dapat sikit sangat..adoyai... 
sikit sangat..tp tetap bersyukur....
 
shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, April 27, 2012

Abi sayang

Entri kali ni Mami dedikasikan khas untuk hubby tercinta, Mohamad Najib. 
Semenjak kehadiran Haziq, Mami seolah2 telah mengabaikan Abi. Dulu, sibuk macam mana pon, Mami masih ada masa untuk Abi. Tapi sekarang, Mami boleh bilang berapa minit aje Mami boleh duduk2 santai dengan Abi setiap hari. 
Mami xtau ape tanggapan Abi pada Mami. Apa yang penting Mami nak Abi tau, seboleh2nye Mami nak jadi yang terbaik untuk ke2 hero Mami, Abi & Haziq.
Dulu, kini & selamanya (Insya Allah) Abi yang teristimewa buat Mami.
Mami sangat bertuah dan beruntung kerana bersuamikan Abi. 
Abi ringan tulang, Abi tak banyak songeh, Abi pemaaf, Abi bertanggungjawab, Abi cool...bla bla bla.. Cuma kadang2 setan jahat yang dok kacau fikiran Mami selalu buat Mami rasa tak puas hati, nak marah & geram dgn Abi walhal Abi dah cukup bertolak ansur dengan Mami.
Maafkan Mami ye Abi..Mami sayang Abi dunia sampai akhirat.
Tak ada orang sebaik Abi yang boleh menggantikan tempat Abi sebab Abi sentiasa di hati Mami.

Luv u...

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, April 25, 2012

3.... what a number!!!

Hari ni hari untuk no. 3.. Nape Mami cakap camni? Tuuuu..have a look down below...


 
Usia perkahwinan Mami & Abi hari ni genap 3 tahun 3 bulan... masih terasa baru lagi kan..? hehehehe..


 Baby cayang Mami pon hari ni genap usianya 3 bulan, 3 minggu & 3 hari..

Hehehehe...satu kebetulan yang cantik kan..?
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, April 24, 2012

Balik Kampung ooooo Balik Kampung!!

28 haribulan is jz arround the corner!!! Can't wait anymore..Jasad aje dok kat sini, tapi hati dah lama melayang2 balik kampung..huhuhu...
That's Mami..
As usual Mami akan jadi camni everytime nak balik kampung..ohhhh...terasa waktu begitu lambat berlalu..even it jz only 4 days to wait!!
Mami terlalu rindukan my family kat kampung, especially my lovely Mak & Abah a.k.a Opah & Tokwan to my Haziq, Opah, CikNab & family, my lil sis @ Mak Usu juga xdilupakan TokSu sebelah rumah..

Biasanya balik aje kampung Mak akan masak yang special utk anak2..
heheheh..Mak kan..always wants the best for her children. Laksa, rendang hitam, ikan bakar, ulam rebus cicah air garam..waaaaah...finger licking good gitu!! Really yummy!!

Balik kali ni xtau la mak nak masak ape. Tapi Mami teringin sgt nak ajak Mak Abah makan kat Dataran Lenggong. Bukan ape, tgk kat FB wall post Makteh, Mami rase cam best je this place. So, should try la.. Pastu if ok, maybe bleh recommend kat orang lain plak.Heheheheh...

Mak, Abah here we come!!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, April 23, 2012

Hensem boy


Hihihiihihihi...look at me. 
I'm having my hair cut while Abi holding me and Mami snap this pic. 
This is my 1st experience, but I'm very cool. No crying okay!! 
Thanks to uncle Barber for a nice & neat job.
weeeeweeee!!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Buku impian

Tengok post title cam ape2 je kan? heheheheh...Tapi Mami teringin sangat nak beli buku ni walaupon Haziq blom masa lagi nak makan. Apa salahnya kan? Bersedia awal2 gitu...hihihihi..Mami yang over eksaited sebenarnye...

Any how, Mami will patiently wait until Haziq turns to 180day-old @ 27/6/2012, then only Mami will introduce him with solid food...huhuhu can't wait!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, April 18, 2012

Haziq @ 3.5mo

3 days ago Haziq turn to 3.5mo. Wow! Dah besa bb tomey Mami ni. hihihihi.... What can Mami expect from Haziq at this age?? Hmmmm.... here Mami will share what i've found from http://www.welcomebabyhome.com 

By now your baby should:
• Lift head up to 90 degrees while lying on stomach ----------- Haziq is trying so hard utk menerap skg
• Be able to open and close his fingers and bring both hands together -------- He loves to do this
• Smile when around people --------- yeah...so friendly
• Babble, coo and make facial expressions with greater frequency -------------- really enjoy mumbling!
• Be able to change positions more often --------- of course!! sampai dah tawaf 1 tilam!! hahahha..
• Enjoy playing games like pat-a-cake and peek-a-boo ----------- Haziq loves his playgym

By now your baby probably will:
• Enjoy playing with his fingers ------------ Mami noticed this when he was only 2mo
• Put most things into her mouth --------- yeah..likely all that stuff really delicious!! yummy!!
• Stare at strangers with fascination --------- Haziq is soo friendly, so he's not afraid of people..
• Be able to follow an object held about 15 cm away from face and moved 180 degrees, from one side to the other -------------- absolutely right!!
• Recognize certain smells and show disdain for some of them ------------Mami not so sure la..
• Practise swimming movements when lying on his tummy ----------- yeah!!
• Enjoy more vigorous play such as bouncing up and down ----- Haziq really enjoy main timang2
• Show signs of emotional attachment to you -------- oh no! Haziq crying when Mami left him with BS

By now your baby may even:
• Bear some weight on legs when held standing ------- emmmm..i think so
• Turn head in direction of voice, especially mother's voice ----- yes..he turns at Mami & smile..how cute!!
• Make a wet razzing sound ------ He jz make saliva bubbles, no sound yet
• Examine objects for a long time ---------- especially when he is 'reading' his book
• Sit up if held --------- yes!! he really love to do this exercise..1,2,3..up!!
• Press her feet flat on the floor or your lap when held in standing position -------yea right!!
• Show preference for some people within your circle of friends and relatives ------- very excited when his kids frens @ cousins playing arround him

my gebu gebu!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, April 16, 2012

Flat belly..oooooh ;)

Tgk tajuk je mesti dah dapat predict apa yang Mami nak post kan? Hihihihi.. Mami rase this is a very normal for newly giving birth mom to discuss how to get flat belly jz prior pregnancy kan?.. So, Mami pon x terkecuali la kan.. Eventhough its almost 4 months Mami bersalin, tapi Mami masih lagi fail to get my shape..huhuhuhu... di tambah lagi Mami bf Haziq, maka bertambah payah la Mami nak kurus sbb as known, bf mom ni xleh diet2 sbb nanti akan effect milk production..ehehhehe..alasan kan?? so, Mami have to think for another solution utk mencapai impian Mami and now, Mami dengan semangat yang berkobar2 akan menjadikan belly binder/korset sebagai pakaian wajib Mami setiap hari!!! Doakan Mami berjaya ye..


Yang ni Mami pakai during confinement hari tu.Tapi disebabkan Mami bersalin secara czer, agak menyakitkan bile pakai. So, Mami pon pakai on off je la..
Binder jenis ni Mami x berapa suka nak pakai sebab 'tulang'nye suke mencucuk2 rusuk Mami. Tapi dah beli kan..Pakai la gak. Yang ni Mami buat backup je bile korset Mami @ bamboo binder Mami kotor..hihihi..  
Ha...ini la korset feveret Mami. Sgt selesa bile pakai, Mudah nak bf @ pump susu..Yang ni Mami pakai waktu siang, especially during ofis hour.. 
Ni bamboo binder. Bengkung yang paling mahal Mami beli. RM240 Mami beli masa expo kat Mid Valley. Pakai binder ni mmg best. x rase panas langsung. Yela..bamboo la katakan..hihihi.. yang ni Mami pakai waktu malam..
 p/s: Gamba2 kat atas ni mmg originally not mine, tp same as mine..

Eh, lupa plak..di samping binder & korset, Mami jugak pakai lotion Mustajab ni untuk membantu pembakaran lemak & membuang angin. Insya Allah, Mami akan terus konsisten pakai losyen ni tiap2 hari.
Moga2 impian Mami akan jadi kenyataan.ooooo..flat belly!!

shawqunnur.blogspot.com ®