Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, August 27, 2015

Petua Madu & Kulit Kayu Manis


Madu merupakan satu-satunya makanan di atas muka bumi ini yang tidak akan basi mahupun rosak. Kalau nak tahu madu yang anda beli itu benar-benar asli, perhatikan pada bungkusannya. Jika terdapat "tarikh luput @ expiry date" tercatat di situ, maka sahlah madu yang anda beli itu madu palsu!


Apa yang terjadi apabila madu disimpan terlalu lama atau ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk? Ia hanya bertukar menjadi ''hablur'' atau "kristal" seperti gula! Bagaimanapun bentuknya, madu tetap madu dan apabila keadaan ini berlaku , anda hanya perlu didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas. Biarkan madu mencair secara tanpa pendidihan. Khasiatnya masih kekal biarpun telah melalui proses ini.

Madu adalah makanan/ubat ajaib ciptaan Allah yang boleh digunakan tanpa sebarang kesan sampingan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Ianya juga tidak memberi mudarat kepada pengidap kencing manis sekiranya ianya diambil pada dos yang betul.

Di antara petua/ikhtiar perubatan yang boleh menggunapakai madu & kulit kayu manis adalah:-

1. Penyakit Jantung
Madu dan serbuk kayu manis diaduk menjadi pes dan disapukan pada roti. Amalkan setiap hari semasa bersarapan dapat membantu mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack) serta dapat mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) yang akhirnya akan menguatkan jantung.

2. Radang sendi (arthritis)
1 cawan air suam diaduk bersama 2 sudu teh madu dan 1 sudu serbuk kayu manis amalkan pada setiap pagi dan malam.

3. Jangkitan Pundi Kencing
2 sudu serbuk kayu manis dan 1 sudu madu dicampurkan ke dalam air suam dan diminum boleh membantu membunuh kuman di dalam pundi kencing.

4. Kolesterol
Ambil 2 sudu besar madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis, campurkan dengan 16oz air teh. Amalkan sebanyak 3 kali sehari.

5. Selesema
1 sudu besar madu dimakan/diminum bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis sebanyak 3 kali sehari, Insya Allah dapat menyembuhkan batuk yang berterusan, demam serta membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

6.Sebu Perut
Pengambilan madu bersama serbuk kayu manis mampu menyembuhkan sakit perut dan ulcers serta mengeluarkan gas dari perut (kembung perut).

7. Imun Sistem
Penggunaan madu dan serbuk kayu manis secara istiqamah dan berterusan membantu menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Kajian sains mendapati bahawa  madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi di dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (yang mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

8. Tak Hadam
Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

9. Influenza
Saintis dari Sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

10. Umur Panjang
Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

11.Sakit tekak
Apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

12. Jerawat
3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

13. Jangkitan Kulit
Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

14. Hilangkan Berat Badan
Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

15. Kanser
Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

16. Lemah
Kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

17. Sukar Bernafas
Penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

18. Kurang @ hilang pendengaran
Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.


Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan dari Dia disembuhkan segala penyakit. Assyafi , Arrahman ArRahim....kepada Allah kita mohon pertolongan...wa iza marid tu fahuyashfin!!

P/s: artikel ini diperolehi daripada emel yang di'forward'..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, April 6, 2015

Haziq @ As-Solahuddin Smart Tahfiz (part 2)

Bismillahirrahmanirrahim..bersua kembali..

Nak  menyambung semula cerita tentang 'sekolah' anak bertuah kesayangan Mami tu.

Ok..Kenapa dalam banyak2 tadika, kami pilih SMART Tahfiz sebagai sekolah pertama untuk Haziq??

Image result for as salahuddin smart tahfiz school

Sebenarnya ada beberapa kriteria menarik tentang sekolah ini yang begitu membuatkan Mami (secara peribadi) rasa sangat rugi kalau tak dapat menempatkan Haziq untuk belajar di situ. Jom kita tengok satu persatu..

1. Umur kemasukan
Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan tadika hanya akan menerima anak-anak yang berumur 4-6 tahun sahaja. Namun, berbeza dengan SMART Tahfiz, mereka menerima pelajar yang berumur  seawal 3 tahun. Jadi, sesuailah.. 1 Jan 2015, Haziq kan dah berusia 3 tahun..
2. Waktu persekolahan
Kebanyakan tadika hanya mempunyai 1 sesi waktu persekolahan sahaja iaitu pagi hingga tengahari. Jika kami menghantar Haziq ke tadika lain, pastinya akan timbul masalah seperti siapa yang akan pick up Haziq from school, then Haziq pula terpaksa di'transit' di tempat lain sementara Mami & Abi masih di pejabat. Pastinya keadaan ini sangat leceh dan menyusahkan. So, kami pilih untuk menghantar Haziq ke Smart Tahfiz kerana waktu persekolahannya boleh di'extend' sehingga kepetang sebab di- Smart Tahfiz, parent boleh memilih samada untuk menghantar anak untuk sesi pembelajaran pada waktu pagi sahaja @ petang sahaja @ pagi-petang.

3. Modul & Tarbiyah
Di Smart Tahfiz, modul pembelajaran mereka sebenarnya lebih kurang sama dengan tadika2 lain, cuma yang specialnya di Smart Tahfiz ada nilai tambah tarbiyah yang pastinya akan membezakannya dengan tadika2 Islam yang lain.  Anak2 di Smart Tahfiz diajar untuk lebih mengimarahkan sunnah Nabi SAW. Mereka diwajibkan untuk solat secara berjamaah setiapkali waktu Dhuha, Zohor & Asar, makan di dalam dulang, bersiwak sebelum membaca Al-Quran, qailullah dll. Dan sesuai dengan misi penubuhannya, anak2 seawal usia 3 tahun sudah diasah mindanya untuk menghafal al-Quran bermula dengan surah2 lazim Juzu' 30. Mendengarkan hal ini, Mami terus terpaut hati untuk berusaha menyekolahkan Haziq di Smart Tahfiz kerana Mami percaya, jika Haziq yang masih kecik (2 tahun ketika itu) sudah mampu menghafal & mengenali ABC, 123, lagu2 Inggeris (nursery rhymmes) dengan lancar, inikan pulak ayat2 suci Al-Quran.Pasti Haziq juga mampu untuk menghafalnya biarpun masih lagi belum boleh membaca al-Quran @ mengenal huruf hijaiyah.
4. Alami & Fitrah
Apabila diberi penerangan tentang tatacara pemakanan di Smart Tahfiz, Mami rasa sangat bersyukur & bertuah kerana dipilih Allah untuk menghantar Haziq bersekolah di sini. Kerana apa? Kerana di Smart Tahfiz, pengusahanya sangat menitikberatkan pemakanan daripada sumber alami yang fitrah dan bebas chemical. Mereka hanya menggunakan sumber makanan yang organik, tanpa bahan perasa, pewarna yang akan menyebabkan pelbagai penyakit malah punca kepada permasalahan akhlak. Hatta jika ada dikalangan ibu bapa pelajar yang berhajat untuk meraikan harijadi di sekolah, pihak sekolah langsung tidak membenarkan parent menyediakan kek yang dibeli dikedai2 bakery, tetapi hanya kek yang dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan2 yang alami sahaja yang dibenarkan. Bahkan goodie bag juga diharamkan sama sekali mengandungi jajan2 sepertimana yang biasa kita dapat bila pergi kenduri kawen @ majlis harijadi di tempat-tempat lain.

Ya Allah...inilah yang Mami impikan selama ini. Mami mahukan anak Mami membesar bukan hanya dengan sumber rezeki yang halal, tapi juga thoiyiban. Sedari Haziq baby lagi Mami sedaya upaya mengawal pemakanannya sebab Mami percaya, otak yang bijak, akal yang cerdas adalah bermula dengan pemakanan yang sihat.


credit to FB As Solahuddin Smart Tahfiz

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 30, 2014

Kesian baby tu..

Assalamualaikum & salam jumuah mubarakah.
Hari ni Mami nak post 1 entry luahan perasaan. Sekejap tadi Mami ada jumpa 1 post kat wall FB Mami berkaitan dengan seorang baby (detail nama dll Mami takmo disclose kat sini) yang berumur 5 bulan++ yang kini ditahan di wad paed sebab sakit paru-paru berair..Innalillahiwainnailaihirajiun..Allahuakbar..

Dari awal lagi Mami dok ckp dalam hati (bila baca post mak baby ni kat FB yang baby ni dok batuk la..demam lah..selsema la..) something goes wrong la ngan baby ni. Sebabnya batuk demam semua tu dah berhari2 kot. Macam takde perubahan je even mak dia dok pulun berubat dengan natural remedy.

Yang menambahkan lagi kehairanan Mami ni, si mak baby ni dok degil jugak takmo bawak baby dia pegi hospital/klinik jumpa doktor dengan alasan baby dia dah teruk kena sumbat antibiotik  sampai overdose (according to her) masa awal2 lahir dulu sehingga menrutnya baby ni terpaksa pulak menanggung side effect antibiotik tu menjadikan baby 'fat malabsorbtion' dan menyebabkan badan baby ni takmo jadi bambam macam anak2nya yang lain sebab semua nutrien daripada susu ibu yang baby ni dok minum hari2 tak boleh diserap dalam badan sepenuhnya..Allahu.. (Mami taktau apa yang mak baby ni claimed was actually from the diagnose by doctor atau andaiannya saja hasil research di internet..tapi as far as Mami nampak, memang baby ni kurus, kulitnya gelap & nampak seperti 'sedang menanggung kesakitan'..wallahu'alam)

Mami tak paham la kenapa mak baby ni dok obses sangat nakkan babynye jadi montel gebus gebas?? Asalkan anak sihat, tumbesaran seiring dengan usia pon bagi Mami dah besar rahmatnya. Memanglah...mak mana yang suka tengok anak kurus kering kan..tapi baby tak bambam bukan bermakna baby tu tak sihat or tak comel or etc.. Come on lah!! Tak payah nak banding2 sangat. Setiap budak kan berbeza even keluar daripada perut ibu yang sama. Memang dah terbaik bagi baby minum susu ibu je..tapi kena ingat, bukan asbab minum susu ibu tu je anak akan jadi bambam, sehat gebus gebas..Kalo Allah tak izinkan memang takkan jadi punye..ingat konsep "kunfayakun". Susu ibu memang anugerah Allah untuk semua baby. Dari segi khasiat memang terbaik..tapi kena faham betul-betul sebab ini melibatkan isu Aqidah, susu ibu bukan menyebabkan seorang budak itu montel, bijak, etc..yang  memontelkan, menjadikan budak tu cerdik semuanya dengan KUASA ALLAH SWT & BUKAN SEBAB SUSU IBU SEMATA2..Allahuakbar!!

Berbalik semula kisah tadi, akhirnya mak bapak baby tu mengalah dan kini baby dirawat di hospital. Tapi selepas semuanya menjadi lebih parah. Allah!! Jauh di sudut hati Mami, sangat terkilan dengan tindakan mak bapak baby tu. Dek kerana sifat ego tak bertempat diorang, baby kecik yang tak tau apa2 terpaksa menanggung akibatnya. Allahu... Mami cakap gini sebabnya:-

1. Mak baby seolah-olah terlalu taksub dengan 'research' yang dia buat yang mostly dapat melalui internet. Memang bagus kalo kita rajin research itu ini kat internet, tapi kita kena rujuk jugak kat mereka yang mempunyai kepakaran. Pada Mami apa yang kita dapat dalam internet hanya boleh dibaca tapi utk percaya 100% itu tak sepatutnya. Sebab yang dok tulis dalam internet tu pon kita tak tau dia sapa..mungkin betul dia doktor @ fake doctor..tulisan yang kita dok baca tu pon ntah dari mana sumbernye pon kita xtau..p la bubuh kat notakaki..notatangan yang so & so statement ni cross referred to so & so..tapi bukan kita dok semak pon..betul tak...?

2. Natural remedi memang bagus..Mami pon amalkannya as a first choice before further treatment. Tapi as mak/bapak kena jugak tengok pada kesesuaian. Cthnya kalo baby dah demam sampai tahap 39˚C suhu dok tang tu ja..takmo turun2 even dah jelum bagai, tambah pulak lebih daripada 24jam, it must be something wrong..maknanya mungkin bukan setakat demam nak beralih bulan ke ape..so, go & seek for further treatment/advise la.. Ni mak baby ni lebih rela dok sapu peevo garlic je kat badan baby tu walaupon dok batuk selsema lebih seminggu  & takdak tanda2 nak sembuh pun..adoi..sian baby tu..Jadi mangsa ketaksuban mak sendiri.

So, pengajaran daripada kisah ini, Mami ingin berpesan kepada diri sendiri & jugak kepada ibu bapa yang lain:-

1. Jangan terlalu obses dengan sesuatu. Kalau nak bereksperimen sekali pun, jangan sampai ada pihak yang terpaksa merana menanggung akibatnya. Bab nyawa bukan boleh ditukar ganti.

2. Jika kita sedar kita bukan pakar dalam sesuatu bidang, let the experts do their job. Jangan nak memandai2 memperbodohkan diri sendiri. Bila keadaan jadi bertambah buruk, nak menyesal pun dah tak berguna.

3. Bila kita bercakap/menulis di FB, twitter, blog etc..biar percakapan/tulisan kita tu bersandar dengan konsep Aqidah. Maksudnya, dahulukan Allah sebagai yang MAHA BERKUASA daripada benda2 lain yang hanya menjadi asbab sesuatu itu berlaku dengan izinNYA.

Cukup sekadar ini. Akhir kalam, Mami berdoa dan berharap agar baby malang ini diberi kesembuhan oleh Allah SWT, pulih dan membesar dengan sihat. Amin..

shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, February 3, 2014

2 tahun penyusuan - kini terlaksana

Alhamdulillah..betapa besar rahmatMu ya Allah kerana memperkenankan doa hambaMU ni (dan mungkin juga berkat doa daripada suami, mak abah, keluarga & rakan2) untuk menyusukan anakku, Haziq sehingga sekurang2nya genap usianya 2 tahun. Biarpun banyak halangan dan dugaan sepanjang 2 tahun ini yang semuanya Mami pernah ceritakan di sini dan di sini, tetapi Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Adil, tak pernah memungkiri janjiNya untuk 'memberi' apa jua yang dihajati oleh hambaNya dengan syarat semuanya dipohon kepadaNYA. Syukur ya Robb..akhirnya perjalanan penyusuan selama 2 tahun telah sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah..

Sesungguhnya, penyusuan susu ibu ini bukanlah semata2 adat dan budaya, malah ianya adalah suruhan agama. Sejarah telah mencatatkan Nabi Muhammad SAW juga membesar dengan susu ibu. Biarpun tidak disusui oleh ibu kandungnya, Baginda tetap memperoleh khasiat susu ibu daripada Saiyidatina Halimatussa'diyah RA. Sebab itulah bagi Mami (dan mungkin juga ibu2 diluar sana) amat berbangga diberikan keistimewaan oleh Allah menyusukan anak Mami sendiri biarpun di pasaran berlambak-lambak tersedia pelbagai susu formula yang hebat. Tetapi ketahuilah, susu ibu adalah anugerah terhebat dan teragung yang Allah sediakan untuk setiap bayi di dunia ini.

Tuntutan supaya ibu2 berusaha memberikan susu ibu kepada anak2 jugak secara jelas termaktub di dalam firmanNya seperti di bawah.
Surah Al-Baqarah, Ayat 233

 
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Maka, mana mungkin ibu2 beralasan lagi untuk tidak berusaha menyusukan anak2?? Ingatlah..sesungguhnya susu ibu adalah hak untuk setiap anak. Usahakanlah sebaik2nya agar anak mendapat khasiat susu ibu. Alasan cliche "saya takde susu" sepatutnya dah tak ada lagi sebab dunia moden maklumat di hujung jari ini menjanjikan ilmu2 tentang penyusuan yang ibu sendiri2 (yang celik IT ni) boleh 'gali dan cari' di mana saja tanpa mengira masa. Yang penting BERKEHENDAK.

Mami bukanlah bertaraf pakar laktasi, jauh sekali berjaya fully BF Haziq. Tapi biarpun sekadar complimentary BF, Mami tetap nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu ibu2 lain yang berhajat menjayakan dunia penyusuan susu ibu. :-

1. Gali sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan semasa mengandung/sebelum mengandung.
2. Niatkan dalam hati untuk menyusukan anak sedari awal kehamilan.
3. Bersedia dengan alat sokongan penyusuan (pam, bekas simpanan susu perahan etc).
4. Amalkan konsep asas penyusuan "Supply vs Demand", tidak ada ibu yang baru melahirkan terus melimpah ruah susunya melainkan kuantiti susunya dihasilkan seiring dengan permintaan daripada babynya.
5. Tentukan target secara berperingkat, contohnya newborn-3bulan, 3bulan-6bulan dan seterusnya agar tidak berasa 'terlalu lama' untuk berjaya.
6.  Tidak mudah berputus asa dan elakkan stress.
7. Jangan bandingkan hasil 'tuaian'/produksi kita dengan orang lain.
8. Sentiasa positif dan gembira.
9.  Berdoa dan bertawakal.
 
Notakaki:
Fully BF- menyusu susu ibu sepenuhnya tanpa dicampur dengan susu formula/susu segar di samping diberikan sumber makanan lain seperti nasi, roti etc.

Exclusive BF - Hanya disusukan dengan susu ibu sahaja, tanpa diberikan makanan tambahan lain hatta air masak.

Complimentary BF- menyusu susu ibu di samping dicampur dengan susu formula/susu segar dan makanan2 tambahan yang lain.
shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, August 30, 2013

'Ubat' nyamuk paling murah dan bebas aerosol..

Satu ketika dulu ada kawan Mami share tentang kaedah perangkap nyamuk kat facebook & Mami ada salin kat tempat lain tapi ter'missplace' pulak. Tiba2 kelmarin Mami terjumpa balik post tentang ni. Terus Mami ambik keputusan nak salin dalam bentuk entry blog ni sebab confirm takkan hilang punya selagi Mami masih berblog..kihkihkih...
Ok..jom kita belajo cara kekdahnye..

Bahan-bahan:-
1 botol  kosong (100plus 1.5L)
200ml air panas
50gm gula perang
1gm yis/ibu roti

Cara-cara penyediaan:-
Potong botol kepada 2 bahagian. Ketepikan bahagian atasnya.
Bancuh gula dengan air, sejukkan dan letak dalam botol (1/2 bahagian yang bawah)
Masukkan yis (tak payah kacau2 nak bagi sebati)
Ambik balik 1/2 bahagian botol bahagian atas yang diketepikan, fit in dalam bahagian yang dimasukkan air gula & yis tadi
Balut botol dengan sebarang material gelap/hitam
Letak di sudut2 tersembunyi kegemaran cik nyamuk bermastautin
Lepas 2 minggu boleh la tengok hasil tangkapan..

Senang sangat kan??? Teruja betul Mami nak try...Insya Allah..lapang2 sikit nanti pasti Mami akan buat jugak..


 shawqunnur.blogspot.com ®