Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Haziq @ As-Solahuddin Smart Tahfiz (part 2)

Bismillahirrahmanirrahim..bersua kembali..

Nak  menyambung semula cerita tentang 'sekolah' anak bertuah kesayangan Mami tu.

Ok..Kenapa dalam banyak2 tadika, kami pilih SMART Tahfiz sebagai sekolah pertama untuk Haziq??

Image result for as salahuddin smart tahfiz school

Sebenarnya ada beberapa kriteria menarik tentang sekolah ini yang begitu membuatkan Mami (secara peribadi) rasa sangat rugi kalau tak dapat menempatkan Haziq untuk belajar di situ. Jom kita tengok satu persatu..

1. Umur kemasukan
Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan tadika hanya akan menerima anak-anak yang berumur 4-6 tahun sahaja. Namun, berbeza dengan SMART Tahfiz, mereka menerima pelajar yang berumur  seawal 3 tahun. Jadi, sesuailah.. 1 Jan 2015, Haziq kan dah berusia 3 tahun..
2. Waktu persekolahan
Kebanyakan tadika hanya mempunyai 1 sesi waktu persekolahan sahaja iaitu pagi hingga tengahari. Jika kami menghantar Haziq ke tadika lain, pastinya akan timbul masalah seperti siapa yang akan pick up Haziq from school, then Haziq pula terpaksa di'transit' di tempat lain sementara Mami & Abi masih di pejabat. Pastinya keadaan ini sangat leceh dan menyusahkan. So, kami pilih untuk menghantar Haziq ke Smart Tahfiz kerana waktu persekolahannya boleh di'extend' sehingga kepetang sebab di- Smart Tahfiz, parent boleh memilih samada untuk menghantar anak untuk sesi pembelajaran pada waktu pagi sahaja @ petang sahaja @ pagi-petang.

3. Modul & Tarbiyah
Di Smart Tahfiz, modul pembelajaran mereka sebenarnya lebih kurang sama dengan tadika2 lain, cuma yang specialnya di Smart Tahfiz ada nilai tambah tarbiyah yang pastinya akan membezakannya dengan tadika2 Islam yang lain.  Anak2 di Smart Tahfiz diajar untuk lebih mengimarahkan sunnah Nabi SAW. Mereka diwajibkan untuk solat secara berjamaah setiapkali waktu Dhuha, Zohor & Asar, makan di dalam dulang, bersiwak sebelum membaca Al-Quran, qailullah dll. Dan sesuai dengan misi penubuhannya, anak2 seawal usia 3 tahun sudah diasah mindanya untuk menghafal al-Quran bermula dengan surah2 lazim Juzu' 30. Mendengarkan hal ini, Mami terus terpaut hati untuk berusaha menyekolahkan Haziq di Smart Tahfiz kerana Mami percaya, jika Haziq yang masih kecik (2 tahun ketika itu) sudah mampu menghafal & mengenali ABC, 123, lagu2 Inggeris (nursery rhymmes) dengan lancar, inikan pulak ayat2 suci Al-Quran.Pasti Haziq juga mampu untuk menghafalnya biarpun masih lagi belum boleh membaca al-Quran @ mengenal huruf hijaiyah.
4. Alami & Fitrah
Apabila diberi penerangan tentang tatacara pemakanan di Smart Tahfiz, Mami rasa sangat bersyukur & bertuah kerana dipilih Allah untuk menghantar Haziq bersekolah di sini. Kerana apa? Kerana di Smart Tahfiz, pengusahanya sangat menitikberatkan pemakanan daripada sumber alami yang fitrah dan bebas chemical. Mereka hanya menggunakan sumber makanan yang organik, tanpa bahan perasa, pewarna yang akan menyebabkan pelbagai penyakit malah punca kepada permasalahan akhlak. Hatta jika ada dikalangan ibu bapa pelajar yang berhajat untuk meraikan harijadi di sekolah, pihak sekolah langsung tidak membenarkan parent menyediakan kek yang dibeli dikedai2 bakery, tetapi hanya kek yang dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan2 yang alami sahaja yang dibenarkan. Bahkan goodie bag juga diharamkan sama sekali mengandungi jajan2 sepertimana yang biasa kita dapat bila pergi kenduri kawen @ majlis harijadi di tempat-tempat lain.

Ya Allah...inilah yang Mami impikan selama ini. Mami mahukan anak Mami membesar bukan hanya dengan sumber rezeki yang halal, tapi juga thoiyiban. Sedari Haziq baby lagi Mami sedaya upaya mengawal pemakanannya sebab Mami percaya, otak yang bijak, akal yang cerdas adalah bermula dengan pemakanan yang sihat.


credit to FB As Solahuddin Smart Tahfiz

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 30, 2014

Kesian baby tu..

Assalamualaikum & salam jumuah mubarakah.
Hari ni Mami nak post 1 entry luahan perasaan. Sekejap tadi Mami ada jumpa 1 post kat wall FB Mami berkaitan dengan seorang baby (detail nama dll Mami takmo disclose kat sini) yang berumur 5 bulan++ yang kini ditahan di wad paed sebab sakit paru-paru berair..Innalillahiwainnailaihirajiun..Allahuakbar..

Dari awal lagi Mami dok ckp dalam hati (bila baca post mak baby ni kat FB yang baby ni dok batuk la..demam lah..selsema la..) something goes wrong la ngan baby ni. Sebabnya batuk demam semua tu dah berhari2 kot. Macam takde perubahan je even mak dia dok pulun berubat dengan natural remedy.

Yang menambahkan lagi kehairanan Mami ni, si mak baby ni dok degil jugak takmo bawak baby dia pegi hospital/klinik jumpa doktor dengan alasan baby dia dah teruk kena sumbat antibiotik  sampai overdose (according to her) masa awal2 lahir dulu sehingga menrutnya baby ni terpaksa pulak menanggung side effect antibiotik tu menjadikan baby 'fat malabsorbtion' dan menyebabkan badan baby ni takmo jadi bambam macam anak2nya yang lain sebab semua nutrien daripada susu ibu yang baby ni dok minum hari2 tak boleh diserap dalam badan sepenuhnya..Allahu.. (Mami taktau apa yang mak baby ni claimed was actually from the diagnose by doctor atau andaiannya saja hasil research di internet..tapi as far as Mami nampak, memang baby ni kurus, kulitnya gelap & nampak seperti 'sedang menanggung kesakitan'..wallahu'alam)

Mami tak paham la kenapa mak baby ni dok obses sangat nakkan babynye jadi montel gebus gebas?? Asalkan anak sihat, tumbesaran seiring dengan usia pon bagi Mami dah besar rahmatnya. Memanglah...mak mana yang suka tengok anak kurus kering kan..tapi baby tak bambam bukan bermakna baby tu tak sihat or tak comel or etc.. Come on lah!! Tak payah nak banding2 sangat. Setiap budak kan berbeza even keluar daripada perut ibu yang sama. Memang dah terbaik bagi baby minum susu ibu je..tapi kena ingat, bukan asbab minum susu ibu tu je anak akan jadi bambam, sehat gebus gebas..Kalo Allah tak izinkan memang takkan jadi punye..ingat konsep "kunfayakun". Susu ibu memang anugerah Allah untuk semua baby. Dari segi khasiat memang terbaik..tapi kena faham betul-betul sebab ini melibatkan isu Aqidah, susu ibu bukan menyebabkan seorang budak itu montel, bijak, etc..yang  memontelkan, menjadikan budak tu cerdik semuanya dengan KUASA ALLAH SWT & BUKAN SEBAB SUSU IBU SEMATA2..Allahuakbar!!

Berbalik semula kisah tadi, akhirnya mak bapak baby tu mengalah dan kini baby dirawat di hospital. Tapi selepas semuanya menjadi lebih parah. Allah!! Jauh di sudut hati Mami, sangat terkilan dengan tindakan mak bapak baby tu. Dek kerana sifat ego tak bertempat diorang, baby kecik yang tak tau apa2 terpaksa menanggung akibatnya. Allahu... Mami cakap gini sebabnya:-

1. Mak baby seolah-olah terlalu taksub dengan 'research' yang dia buat yang mostly dapat melalui internet. Memang bagus kalo kita rajin research itu ini kat internet, tapi kita kena rujuk jugak kat mereka yang mempunyai kepakaran. Pada Mami apa yang kita dapat dalam internet hanya boleh dibaca tapi utk percaya 100% itu tak sepatutnya. Sebab yang dok tulis dalam internet tu pon kita tak tau dia sapa..mungkin betul dia doktor @ fake doctor..tulisan yang kita dok baca tu pon ntah dari mana sumbernye pon kita xtau..p la bubuh kat notakaki..notatangan yang so & so statement ni cross referred to so & so..tapi bukan kita dok semak pon..betul tak...?

2. Natural remedi memang bagus..Mami pon amalkannya as a first choice before further treatment. Tapi as mak/bapak kena jugak tengok pada kesesuaian. Cthnya kalo baby dah demam sampai tahap 39˚C suhu dok tang tu ja..takmo turun2 even dah jelum bagai, tambah pulak lebih daripada 24jam, it must be something wrong..maknanya mungkin bukan setakat demam nak beralih bulan ke ape..so, go & seek for further treatment/advise la.. Ni mak baby ni lebih rela dok sapu peevo garlic je kat badan baby tu walaupon dok batuk selsema lebih seminggu  & takdak tanda2 nak sembuh pun..adoi..sian baby tu..Jadi mangsa ketaksuban mak sendiri.

So, pengajaran daripada kisah ini, Mami ingin berpesan kepada diri sendiri & jugak kepada ibu bapa yang lain:-

1. Jangan terlalu obses dengan sesuatu. Kalau nak bereksperimen sekali pun, jangan sampai ada pihak yang terpaksa merana menanggung akibatnya. Bab nyawa bukan boleh ditukar ganti.

2. Jika kita sedar kita bukan pakar dalam sesuatu bidang, let the experts do their job. Jangan nak memandai2 memperbodohkan diri sendiri. Bila keadaan jadi bertambah buruk, nak menyesal pun dah tak berguna.

3. Bila kita bercakap/menulis di FB, twitter, blog etc..biar percakapan/tulisan kita tu bersandar dengan konsep Aqidah. Maksudnya, dahulukan Allah sebagai yang MAHA BERKUASA daripada benda2 lain yang hanya menjadi asbab sesuatu itu berlaku dengan izinNYA.

Cukup sekadar ini. Akhir kalam, Mami berdoa dan berharap agar baby malang ini diberi kesembuhan oleh Allah SWT, pulih dan membesar dengan sihat. Amin..

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, April 5, 2013

Si penggemar sayur & buah

Bak kata nenek (Ateh Juriah), "patut la kulit Haziq cantik, suka makan sayur & buah rupanya"..hihihih..kembangnye hati Mami mendengar pujian ikhlas tu.. Yela..dah ramai sangat yang Mami jumpa budak2 yang tak suka sayur & buah. Alhamdulillah sehingga kini anak Mami masih suka makan sayur & buah. Mami nak share tips bagaimana untuk bantu anak suka makan sayur/buah:-
  1. Puri sayur & buah adalah makanan pertama yang mesti di perkenalkan kepada anak apabila telah tiba saat yang sesuai untuk anak makan solid food, bukan cerelac/nestum/apa2 makan bayi yg segera.   
  2. Pastikan dalam menu harian anak ada 3-4 hidangan sayur dan buah.
  3. Bekalkan sayur/buah untuk anak jika makan di luar atau bertandang ke rumah kawan2/sedara mara.
  4. 'Upah' anak dengan sayur/buah semasa ibu sibuk membuat kerja rumah.
  5. Jangan bagi keropok etc sebagai jajan untuk anak, sebaliknya bagi anak sayur/buah.
  6. Berkongsi sayur/buah dengan anak, makan sama2.
  7. Pelbagaikan resepi sayur dan buah supaya menarik.
  8. Potong sayur dan buah dengan bentuk2 yang memudahkan anak pegang & menaraik agar seronok dimakan.
  9. Elakkan daripada memberi anak sayur/buah yang berasa pahit/kelat, cth sayur sawi & peria.
Inilah dia pecinta sayur & buah..Si comel yang gebuuuuus
Sedapnya brokoli ni!!!

Brokoli di tangan belum habis lagi makan, dah nak..nak..nak...
Haish...Mami & Abi pon nak jugak tau..hihhii.. 

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, March 26, 2013

Babychair..

Dah lama Mami mengidam nak belikan Haziq babychair Ikea ni. Akhirnya dapat jugak selepas Haziq berusia 14bulan. Terima kasih Abi!! hihihihihi..
Pada Mami, babychair ni sgt praktikal sebab akan memudahkan Mami untuk feed Haziq dan yang paling penting dapat minimize kan kadar 'sepahan' & 'keterbetaburan' makanan sebab nama pun budak kan, kalo nak makan tu, bukan jenis yang boleh duduk setempat aje. Bila dah jalan sana sini tu, for sure la ada makanan yang akan tersepah di sana sini jugak..huhuhuuh... Dengan adanya babychair, Haziq tak boleh sesuka hatinya berlari sana sini sambil makan..yeay!! Mami pon kurang sikit letihnya nak menyapu & mengemop lantai lepas suap Haziq makan.

See.....

Tertib aje makan sambil tengok tv.. Takde lagi berkejaran sana sini..

Kadar sepah sangat minima. Mami hanya perlu sapu sikit2 je. Tray tu kalo teruk sangat comotnya tertumpah makanan, boleh dicabut & dibasuh.

Beza sangat bila makan tanpa babychair..

Terpaksa membongkok2 menunduk2..kesian..

Lepas makan lantai confirm kena mop

Mami nak kena ikut aje ke mana Haziq pergi..penat oii..
 Kesimpulannya, babychair sangat memudahkan Mami & Haziq.

shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, March 19, 2013

Mendidik anak-anak.



Mami dapat tips ni di wall fb Mami (terima kasih kpd yang sharing). Panduan yang sangat menarik dan relevan untuk dipraktikkan. Apa yang Mami tau hasil daripada pembacaan & dengar dalam ceramah2 agama, Mami dapat simpulkan spt berikut:-

Umur 0-7 tahun - Kena selalu belai, cium, peluk dan pujuk anak2 dengan penuh kasih sayang. Time ni anak tengah melasak dan sikap ingin tau tu sangat tinggi. Jadi, tugas ibu bapa adalah try to explain apa2 yang anak nak tau dgn gaya bahasa yang anak2 boleh faham. Ibu bapa tak boleh takutkan anak2 dgn 'momok', hantu segala bagai & jangan sesekali tipu anak2. Contohnya, kalau bawak anak pergi kedai, anak mintak gula2, ibu @ bapa taknak belikan gula2 tu. Jadi ibu @ bapa kena bagi alasan yang betul kenapa taknak beli. Bukannya cakap ibu @ bapa takde duit, tapi cakaplah gula2 tu makanan yang tak sihat, banyak pengawet, gigi boleh rosak bla..bla..bla.. Penting untuk ibu bapa mengajar dan memperkenalkan anak2 tentang aurat, solat & alQuran di samping ilmu2 duniawi.

Umur 8-14 tahun - Masa ni kena bertegas dengan anak2. Gunakan rotan jika perlu. Nak pupuk anak2 berdisiplin time ni la. Kalo anak2 buat salah, jangan bagi muka. Kena tegur setiap kesilapan anak2. Tapi mestilah dengan cara yang betul. Tak boleh maki hamun anak2. Rotan anak sekadar memberi pengajaran, bukannya mendera. Yang paling penting anak2 mestilah hormatkan ibu bapa, bukannya 'takut', kerana jika mereka takutkan ibu bapa, mereka akan buat segala perkara yang ibu bapa tak suka bila ibu bapa mereka tiada bersama-sama mereka. Lebih2 lagi semasa peralihan daripada fasa kanak2 ke fasa awal remaja (usia 11-14). Ibu bapa kena selalu pantau aktiviti harian mereka, dengan siapa mereka berkawan, kenal dengan ibu bapa kawan2 mereka. Apa bahan bacaan & tontonan mereka. Ilmu duniawi & ukhrawi mestilah seiiring.

Umur 15-21 tahun - Anak2 sedang melalui fasa remaja. Jika anak buat salah, ibu bapa kena tegur anak2 dengan cara yang berhikmah. Sistem rotan dah tak efektif time2 usia sebegini. Ibu bapa kena 'berkawan' dengan anak2. Ibu bapa kena luangkan masa dengan anak2. Dengar masalah anak2. Saling hormat-menghormati.Contohnya bila anak tamat SPM dan berminat untuk sambung belajar di dalam bidang A, sedangkan si ayah inginkan anaknya belajar di dalam bidang B. Selagimana bidang A itu bukan bidang yang membawa kpd keburukan/kemusnahan kepada anak2, ibu bapa sepatutnya menghormati keputusan anaknya kerana jika ibu bapa tetap bertegas mahukan anaknya belajar dalam jurusan B, dikhuatiri anak akan terasa seperti dipaksa dan tidak bersungguh2 dalam pelajarannya yang akhirnya boleh membawa kepada kegagalan.

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, December 20, 2012

Impian & Harapan seorang Mami & Abi


Carta ni Mami cilok daripada fb..sangat menarik & Mami rasa Mami patut share kat blog Mami untuk rujukan Mami & Abi

Alhamdulillah perkara utama sebaik shj Haziq lahir done perfectly.
Umur Haziq 7 hari: 2 drp perkara utama dah setel (beri nama & cukur rambut).
Aqiqah lambat sikit, tapi still buat masa Raya Haji lepas..
Sedekah emas/perak ikut berat timbangan rambut tu xdpt nak buat sebab rambut2 Haziq yang dah dicukur tu dibuang macam tu aje sebab Mami lupa nak ingatkan Abi suruh simpan & timbangkan...huhuhuhu..(hopefully pasni x berlaku lagi)
Umur 40 hari sepatutnya dikhatankan, tapi Mami macam kesian plak kat Haziq, so postpone sampai Haziq umur 7 tahun la..Insya Allah..
Alhamdulilah sehingga saat ni Haziq masih lagi menyusu dengan Mami & Insya Allah Mami akan berusaha sehabis daya untuk meneruskan penyusuan sampai 2 tahun..Moga2 Allah permudahkan & murahkan rezki Haziq dgn susu Mami yang sentiasa meriah & melimpah-ruah..amin

Impian & Harapan Mami & Abi utk Haziq & bakal adik2 Haziq, Insya Allah..:-
1. Cepat pandai baca al-Quran. Bila dah mula pandai bercakap, Mami akan terus ajar mengaji alif..ba..ta..
2. Sekolahkan di sekolah yang very Islamic environment, cth Sekolah Ibn Khaldun
3. Anak2 Mami & Abi hafal Al-Quran
4. Anak2 Mami & Abi jadi seorang yang intelek ulama', maknanya bijak pandai dalam hal ehwal dunia & alim dalam hal ehwal akhirat. 

Insya Allah...

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, June 1, 2012

Disebalik susu..

Hari ni Haziq dah 5 bulan. Tapi masih lagi terpaksa campur dgn fm. Mami rasa impian Mami nak bagi susu Mami je without campur fm dah makin tipis. Sekarang pulak susu perahan Mami dah makin berkurangan. Kalau sebelum ni, Mami boleh bawak balik 7-8oz setiap hari, tapi minggu ni tak lebih dari 6oz je. Selalu perah sesi pagi dapat 3-4oz, tapi sekarang dapat 2oz je..aduh...sedih sangat. 

Mami tau, Mami memang dari kategori yang tak banyak susu macam ibu2 lain. Mungkin untuk ibu2 yang lain satu sesi je dah boleh dapat 10oz. Tapi, bagi Mami, 7-8oz untuk 3x sesi memerah tu sangat bernilai buat Mami sebab sekurang2nya dengan 7-8oz tu, Mami boleh bekalkan untuk Haziq 3 botol EBM & selebihnya Mami terpaksa merelakan Haziq minum fm sebab Haziq perlukan sekurang2nya 24oz setiap hari sepanjang di rumah baby sitternya.

Hari2 Mami pikir apa lagi yang Mami perlu buat untuk banyakkan susu Mami. Mami faham sangat dengan konsep supply vs demand tu. Sebab tu la kat opis Mami sanggup memerah setiap 3 jam setiap hari. Cuma kat rumah je Mami jarang mengepam sebab Haziq selalu bergayut je kat Mami. Mami dah try macam2 milk booster, daripada yang mahal, sampai la yang murah2. Setiap kali lepas Mami solat, Mami takkan lupa untuk berdoa moga Allah banyakkan susu Mami. Apa lagi yang Mami perlu buat??? Mami dah buntu. Ya Allah...!!

Haziq sayang, maafkan Mami kerana tak dapat nak susukan Haziq dengan susu Mami sepenuhnya. Apa yang Mami nak Haziq tau, Mami akan terus berusaha untuk susukan Haziq selama mana yang boleh. Haziq penguat semangat Mami. Mami nak semua yang terbaik untuk anak Mami. Moga anak Mami terus membesar jadi anak yang soleh untuk Mami & Abi.

Ya Allah..
Bantulah hambaMu ini
Banyakkanlah susuku untuk anakku
Kasihanilah aku yang tidak berdaya ini
Tunaikanlah impianku
Kerana sesungguhnya aku ingin yang terbaik untuk anakku
amin ya Rabbal alamin 

Nyawa Mami..
Mami sayang Haziq!!

.
shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, May 28, 2012

sayang sayang sayang

Ilham 11mo, Balqis 4mo & Haziq 1mo..

shawqunnur.blogspot.com ®

Aktiviti Cuti Sekolah


Bulan Mei ni Mami kurang sangat menjenguk blog a.k.a open diary Mami ni. Bukan apa, kat rumah & opis ada tenet problem. Nak update story guna fon, henpon Mami 'canggih' la sgt.. hihihi..org lain dah x pakai dah henpon cam Mami ni...dah season! Tapi season pon season la..Asal boleh Mami buat call out, org boleh call in, sms sudah la....itu pon dah cukup memudahkan Mami..Alhamdulillah..Eh...melalut suda...hihihii...

So, hari ni, Mami tumpang tenet opis jap sementara keje tak banyak sgt ni, Mami amik peluang utk update blog Mami ni jap memandangkan blog ni dah lama sgt bersawang..Hihihihi....

Ok back to the topic. Dah sampai hujung bln 5 ni cikgu cikgi & budak2 sekolah berseronok sakan la. Cuti sekolah la katakan. Tapi Mami yang bukan cikgu ni pon syok jugak. Sbb cuti sekolah sgt sinonim dgn kenduri kawen..Yessss!!!.. hujung minggu Mami bleh gi makan kenduri..hihihihhi... & yang paling best, Mami boleh tutup dapur jap..hahhaha...

Tahun ni, kebetulan ada pulak kazen Abi kawen & bertunang, jadinya Insya Allah, kalo takde halangan Mami akan turut sama meraikan majlis mereka. 2/6/12, kenduri kat kampung, 9/6/12 Insya Allah ke Negeri Sembilan, esoknya 10/6/12 ke Pahang pulak..  

Mengimbau balik zaman2 Mami sekolah dulu, especially masa sekolah rendah, cuti2 sekolah ni memang sgt ditunggu2 oleh Mami. Bukan ape, tak payah bangun pagi2 nak mandi air sungai yang super sejuk tu.
Family Mami bukan la senang sangat. Kalo orang lain time cuti sekolah parent bawak gi jalan2 makan angin, Mami & adik2 memang takkan kemana2. Tapi walaupun kami hanya duduk kat rumah aje, aktiviti kami padat. Pagi2 kalo tak pegi library, Mami & adik2 berkubang kat sungai bila agak2 matahari dah naik sikit. Kami tangkap ikan, udang.. Tengahari tapau nasik dari rumah berkelah kat sungai sambil main 'makmak', petang sikit bila dah redup main basikal pusing2 kampung. Kadang2 kami ikut mak abah gi kebun kutip getah sekerap. Kemudian, dekat nak maghrib kami ramai2 berkubang kat sungai lagi. Malam lepas mengaji lepak ngan mak abah, makan2, bercerita itu ini, lepas tu masing2 pegang buku cerita, layan sampai lena. Tak pon, kalo ade bekalan homework yang cikgu suruh buat masa cuti sekolah, time2 malam camni la yang Mami  buat. Ni la rutin kami 24jam sepanjang cuti sekolah. Kat rumah kami takde TV. Rumah pun agak jauh ke dalam. So, kebanyakan masa Mami bersama2 dgn adik2 je. 

Dari dulu sampai sekarang, asal cuti sekolah je, ade orang kawen. Jadi opah (mak Mami) taknak lepaskan peluang tambah income sambil pegi kenduri. Ape kami buat?? Jual aiskrim, kerepek & kacang pedas!. Mak bagi komisyen 20sen untuk setiap seringgit yang kami jual. Upah yang Mami dapat memang kalo nak ikutkan tak seberapa. Tapi seronok sebab hasil jualan habis. Duit yang Mami dapat, Mami simpan dalam tabung buluh.


shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, May 8, 2012

Haziq @ 4mo

Sekejap aje baby Haziq dah 4 bulan. Begitu cepat masa berlalu kan? Progres Haziq up to this age:-
1. Makin ramah bersembang dalam 'bahasa'nya yang langsung Mami & Abi x paham..heheheh..
2. Leher dah makin tegap bila menerap.
3. Hand grip dah makin mantap. Kalo menyusu, suka sgt tarik baju Mami macam orang nak gaduh..tapi comel sgt..!
4. Suka "makan" tangan & jari sendiri. Celik aje mata, confirm jari dalam mulut. Kalo Mami dukung, bahu Mami jadi mangsa, kalau dimandikan, lengan Mami yang ampu badan Haziq pulak jadi tempat Haziq nyonyot..aduyai Haziq...
5. Dah mula pandai minat tengok makanan.Kalo Mami makan depan Haziq, ralit je haziq perati..sian la plak..
6. Tersengih2 bila tengok imej sendiri dalam cermin... mesti Haziq ingat ada baby lain yang dok senyum2 kat dia dalam cermin tu kan?? hehehhe..comel!!
7. Suka main2 masa menyusu (BF). nyonyot sekejap, lepas,tengok muka Mami senyum2..sambung nyonyot lagi..
8. Pandai mengagah orang lain. Hari tu, kemain lagi Haziq bergelak ketawa dgn member Abi sampai Abi nak bersembang pon x boleh..hahahhha..Haziq..Haziq...


shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, May 4, 2012

Merajuk??

Penah dengar tak susu merajuk?? Hihihihi...bunyi macam lawak je kan? Tapi tu la yang Mami sedang hadapi sekarang ni. Mami xtau nak istilahkan dgn perkataan apa, tapi apa yang pasti, susu Mami ala2 segan gitu nak kuar bila dipam walhal B rase sakit & berketul2..huhuhuhu...

Kesahnya, mungkin sebab Mami hanya pam sekali je masa 5 hari cuti yg lepas. Susu keluar bergantung pada Haziq je. Haziq plak ala2 dah besar sekarang ni suka sgt nyusu sambil main2..Sudahnya setiap kali nyusu x pernah le kot sampai B kosong..huhuhuh...akhirnya masuk kerja Rabu lepas, Mami mengalami problem flow susu yang x lancar bila pam hinggakan hasil yang dapat sikit sangat..adoyai... 
sikit sangat..tp tetap bersyukur....
 
shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, April 27, 2012

Abi sayang

Entri kali ni Mami dedikasikan khas untuk hubby tercinta, Mohamad Najib. 
Semenjak kehadiran Haziq, Mami seolah2 telah mengabaikan Abi. Dulu, sibuk macam mana pon, Mami masih ada masa untuk Abi. Tapi sekarang, Mami boleh bilang berapa minit aje Mami boleh duduk2 santai dengan Abi setiap hari. 
Mami xtau ape tanggapan Abi pada Mami. Apa yang penting Mami nak Abi tau, seboleh2nye Mami nak jadi yang terbaik untuk ke2 hero Mami, Abi & Haziq.
Dulu, kini & selamanya (Insya Allah) Abi yang teristimewa buat Mami.
Mami sangat bertuah dan beruntung kerana bersuamikan Abi. 
Abi ringan tulang, Abi tak banyak songeh, Abi pemaaf, Abi bertanggungjawab, Abi cool...bla bla bla.. Cuma kadang2 setan jahat yang dok kacau fikiran Mami selalu buat Mami rasa tak puas hati, nak marah & geram dgn Abi walhal Abi dah cukup bertolak ansur dengan Mami.
Maafkan Mami ye Abi..Mami sayang Abi dunia sampai akhirat.
Tak ada orang sebaik Abi yang boleh menggantikan tempat Abi sebab Abi sentiasa di hati Mami.

Luv u...

shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, April 25, 2012

3.... what a number!!!

Hari ni hari untuk no. 3.. Nape Mami cakap camni? Tuuuu..have a look down below...


 
Usia perkahwinan Mami & Abi hari ni genap 3 tahun 3 bulan... masih terasa baru lagi kan..? hehehehe..


 Baby cayang Mami pon hari ni genap usianya 3 bulan, 3 minggu & 3 hari..

Hehehehe...satu kebetulan yang cantik kan..?
shawqunnur.blogspot.com ®

Tuesday, April 24, 2012

Balik Kampung ooooo Balik Kampung!!

28 haribulan is jz arround the corner!!! Can't wait anymore..Jasad aje dok kat sini, tapi hati dah lama melayang2 balik kampung..huhuhu...
That's Mami..
As usual Mami akan jadi camni everytime nak balik kampung..ohhhh...terasa waktu begitu lambat berlalu..even it jz only 4 days to wait!!
Mami terlalu rindukan my family kat kampung, especially my lovely Mak & Abah a.k.a Opah & Tokwan to my Haziq, Opah, CikNab & family, my lil sis @ Mak Usu juga xdilupakan TokSu sebelah rumah..

Biasanya balik aje kampung Mak akan masak yang special utk anak2..
heheheh..Mak kan..always wants the best for her children. Laksa, rendang hitam, ikan bakar, ulam rebus cicah air garam..waaaaah...finger licking good gitu!! Really yummy!!

Balik kali ni xtau la mak nak masak ape. Tapi Mami teringin sgt nak ajak Mak Abah makan kat Dataran Lenggong. Bukan ape, tgk kat FB wall post Makteh, Mami rase cam best je this place. So, should try la.. Pastu if ok, maybe bleh recommend kat orang lain plak.Heheheheh...

Mak, Abah here we come!!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, April 23, 2012

Hensem boy


Hihihiihihihi...look at me. 
I'm having my hair cut while Abi holding me and Mami snap this pic. 
This is my 1st experience, but I'm very cool. No crying okay!! 
Thanks to uncle Barber for a nice & neat job.
weeeeweeee!!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Buku impian

Tengok post title cam ape2 je kan? heheheheh...Tapi Mami teringin sangat nak beli buku ni walaupon Haziq blom masa lagi nak makan. Apa salahnya kan? Bersedia awal2 gitu...hihihihi..Mami yang over eksaited sebenarnye...

Any how, Mami will patiently wait until Haziq turns to 180day-old @ 27/6/2012, then only Mami will introduce him with solid food...huhuhu can't wait!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Wednesday, April 18, 2012

Haziq @ 3.5mo

3 days ago Haziq turn to 3.5mo. Wow! Dah besa bb tomey Mami ni. hihihihi.... What can Mami expect from Haziq at this age?? Hmmmm.... here Mami will share what i've found from http://www.welcomebabyhome.com 

By now your baby should:
• Lift head up to 90 degrees while lying on stomach ----------- Haziq is trying so hard utk menerap skg
• Be able to open and close his fingers and bring both hands together -------- He loves to do this
• Smile when around people --------- yeah...so friendly
• Babble, coo and make facial expressions with greater frequency -------------- really enjoy mumbling!
• Be able to change positions more often --------- of course!! sampai dah tawaf 1 tilam!! hahahha..
• Enjoy playing games like pat-a-cake and peek-a-boo ----------- Haziq loves his playgym

By now your baby probably will:
• Enjoy playing with his fingers ------------ Mami noticed this when he was only 2mo
• Put most things into her mouth --------- yeah..likely all that stuff really delicious!! yummy!!
• Stare at strangers with fascination --------- Haziq is soo friendly, so he's not afraid of people..
• Be able to follow an object held about 15 cm away from face and moved 180 degrees, from one side to the other -------------- absolutely right!!
• Recognize certain smells and show disdain for some of them ------------Mami not so sure la..
• Practise swimming movements when lying on his tummy ----------- yeah!!
• Enjoy more vigorous play such as bouncing up and down ----- Haziq really enjoy main timang2
• Show signs of emotional attachment to you -------- oh no! Haziq crying when Mami left him with BS

By now your baby may even:
• Bear some weight on legs when held standing ------- emmmm..i think so
• Turn head in direction of voice, especially mother's voice ----- yes..he turns at Mami & smile..how cute!!
• Make a wet razzing sound ------ He jz make saliva bubbles, no sound yet
• Examine objects for a long time ---------- especially when he is 'reading' his book
• Sit up if held --------- yes!! he really love to do this exercise..1,2,3..up!!
• Press her feet flat on the floor or your lap when held in standing position -------yea right!!
• Show preference for some people within your circle of friends and relatives ------- very excited when his kids frens @ cousins playing arround him

my gebu gebu!!


shawqunnur.blogspot.com ®

Monday, April 16, 2012

Flat belly..oooooh ;)

Tgk tajuk je mesti dah dapat predict apa yang Mami nak post kan? Hihihihi.. Mami rase this is a very normal for newly giving birth mom to discuss how to get flat belly jz prior pregnancy kan?.. So, Mami pon x terkecuali la kan.. Eventhough its almost 4 months Mami bersalin, tapi Mami masih lagi fail to get my shape..huhuhuhu... di tambah lagi Mami bf Haziq, maka bertambah payah la Mami nak kurus sbb as known, bf mom ni xleh diet2 sbb nanti akan effect milk production..ehehhehe..alasan kan?? so, Mami have to think for another solution utk mencapai impian Mami and now, Mami dengan semangat yang berkobar2 akan menjadikan belly binder/korset sebagai pakaian wajib Mami setiap hari!!! Doakan Mami berjaya ye..


Yang ni Mami pakai during confinement hari tu.Tapi disebabkan Mami bersalin secara czer, agak menyakitkan bile pakai. So, Mami pon pakai on off je la..
Binder jenis ni Mami x berapa suka nak pakai sebab 'tulang'nye suke mencucuk2 rusuk Mami. Tapi dah beli kan..Pakai la gak. Yang ni Mami buat backup je bile korset Mami @ bamboo binder Mami kotor..hihihi..  
Ha...ini la korset feveret Mami. Sgt selesa bile pakai, Mudah nak bf @ pump susu..Yang ni Mami pakai waktu siang, especially during ofis hour.. 
Ni bamboo binder. Bengkung yang paling mahal Mami beli. RM240 Mami beli masa expo kat Mid Valley. Pakai binder ni mmg best. x rase panas langsung. Yela..bamboo la katakan..hihihi.. yang ni Mami pakai waktu malam..
 p/s: Gamba2 kat atas ni mmg originally not mine, tp same as mine..

Eh, lupa plak..di samping binder & korset, Mami jugak pakai lotion Mustajab ni untuk membantu pembakaran lemak & membuang angin. Insya Allah, Mami akan terus konsisten pakai losyen ni tiap2 hari.
Moga2 impian Mami akan jadi kenyataan.ooooo..flat belly!!

shawqunnur.blogspot.com ®

Friday, April 13, 2012

Haziq si molat

Entri kali ni Mami nak bercerita tentang Haziq lagi. Selasa lepas, 10.4.2012, sebaik aje amik Haziq kat umah BS, Mami pon cam biasa tergolek2 la ngan Haziq kat atas katil. Dalam dok tergolek2 tu Haziq lak tetibe termuntah kat atas Mami..hehehhe..nasib baik blom mandi lagi. Mami pon bukak la sume baju suar Haziq untuk ganti yang baru. Sementara nak settle down ape2 yang perlu disetelkan tu, tibe2 dgr Haziq dok eh..eh..eh..mcm tgh struggle buat something. Bile Mami pandang aje, tgk2 Haziq dok rolling sambil angkat2 kepala & badan cam nak meniarap..Wow!!! ini 1 perkembangan yang baik ni. Terus Mami snap gambar & rekod video Haziq training nak menerap...hihihi..

Jemput tengok...
Cayalah Haziq...baru je 3bln dah nak menerap.Nanti 9 bulan dah berjalan, 1 tahun dah berlari..wahhhhh...!!!

Ha...yang kat atas tu citer pada 10.4.2012, skg nak citer kejadian semalam (12.4.2012) plak. Cam biase lepas balik keje je Mami akan gomol2 si molat Mami tu sambil bergolek2 santai kat atas katil. Sambil2 mengagah, budak tecit yang baru aje pandai rolling2 ni terus dgn aktifnye training menerap...
and...akhirnya
telah pun BERJAYA!!! 
Tapi sekejap je sbb Haziq blom pandai nak kontrol kepala lagi. Sebelah tangan yang tersangkut kat bawah badan pon Mami yang tolong alihkan..hihihi..
Haziq...Haziq

shawqunnur.blogspot.com ®

Thursday, April 12, 2012

11th April..

11th APRIL 1983 - 11th APRIL 2012
Too many memories over 29 years..
From a child become a teenager, then an adult and now a wife and a mother
Surely its hard to remember all, but i'll try to remember at least
But what is past history is history, what is done is finished, and bygones are bygones
The most important now is the days ahead
I hope happiness will stay throughout the year to fill my life
Special thank first and foremost to Allah for giving me chance to be the Khalifah
Also big thanks to my Mak & Abah for bringing me up to this world
Unforgettable to my siblings and friends for colouring my life
and great appreciation to my beloved Hubby & my adorable Haziq for always be with me to complete my life.
Alhamdulillah..



shawqunnur.blogspot.com ®